Thursday, April 29, 2010

Adik Aku KOnvO!

Hari ni adik aku,AbangChik konvo.Satu famili ikut kecuali aku sebab aku kena kerja T_T huhuhu.....Dua hari lepas lagi AbangChik dah sibuk.Kena pergi ambil jubah konvo lepas tu ada rehearsal malam tu pulak ada dinner.Dapat pulak pinjam kereta ayah.Seronok sakan dia.Betul-betul menggunakan kesempatan yang ada,pergi berjalan-jalan dengan kawan sampai ke Lumut.Oh, lupa pulak nak bagitau.Adik aku ni belajar kat POLISAS, sabak bernam.

Malam tadi, mak dah siap warning kat adik-adik suruh tidur awal sebab nak bangun awal.Aku pulak sibuk tengok komputer.Yelah,tak berkaitan dengan aku jadi buat tak tahu jela.Pastu mak bagi tugasan tak rasmi kat aku.Suruh ambik barang tempahan kat dealer memandangkan aku sorang je tak dapat ikut.Memang tau!Pagi tadi mak dah kejutkan semua suruh bangun (kecuali aku..aku kan tak ikut).Pukul 5 tadi diaorang dah bertolak.Tinggal aku sorang-sorang.Kejap!Pekehal aku cerita pasal ni....gaya macam orang jealous tak dapat nak ikut......tapi memang betul pun...AKU JEALOUS!!

Ok..dah stop!

Papehal pun TAHNIAH kepada AbangChik a.k.a Boboy (nama ni popular di kalangan sedara mara dan kawan dia) sebab dah tamat pengajian diploma.Result CGPA pun bagus.Along berdoa semoga kamu dapat sambung belajar ke peringkat ijazah.Kalau dapat sambung,kekalkan usaha untuk dapat result yang bagus.Jangan asyik main-main ja.Nak berawek pun takde masalah,jangan sampai lupa belajar.Sama jugak dengan Amir,semoga dapat sambung belajar.Belajar betul-betul.Kalau boleh,Along nak korang berdua kalahkan result Along (yang semestinya sekarang ni adalah yang terbaik di kalangan anak-anak ayah mak hahahaha...berlagak betul)....ok!

Akhir sekali, SELAMAT BERKONVO!



p/s: Nak tau sebab apa aku tak cuti hari ni...sebab aku nak cuti esok....Esok balik kampung...boleh mandi air terjun lagi kalau dapat hehehehe

Wednesday, April 28, 2010

ParKinG

Hari ni sepatutnya ada latihan pangkalan data kat main library tapi tak dapat nak pergi. Ada temujanji dengan doktor. Penat cari parking kat HKL.Berpusing-pusing.Siap salah masuk kawasan staf lagi.Dah tak jumpa,kena tanya pak guard.Rupa-rupanya kena keluar dari kawasan hospital baru ada tempat parking untuk orang awam.Terpaksa menapak jauh-jauh.Dalam 8 minit berjalan baru sampai klinik dermatologi.Mujur gak sampai awal,dapat nombor giliran awal.Tapi terpaksa tunggu satu jam sebab aku sampai terlalu awal.Aku tak kisah pun.Dah biasa sangat bab-bab tunggu ni.

Dah jumpa doktor,singgah opis lama.Bagi buku yang dipinjam kat kawan.Sambil-sambil tu jumpa member opis lama yang lain.Borak-borak kejap pastu terus aku gerak ke opis aku.Banyak pula kenderaan hari ni nak pulak lori bersepah-sepah kat highway.Memang kelajuan yang biasa je aku dapat pandu.Dah sampai kawasan opis,masalah parking sekali lagi timbul.Punyala banyak kenderaan dalam tu sampai aku terpaksa parking tempat lain.Aku memang ada parking khas tapi malangnya dah diambil orang lain.Aku malas nak bising-bising,jadinya aku terpaksa keluar dan buat pusingan sekali lagi dalam UiTM tu.Kenpa aku cakap buat pusingan sekali lagi?Kat bahagian aku tu laluan sehala saja.Jadi kalau takde parking kat tempat aku dan nak pergi kawasan parking yang terdekat,aku kena buat pusingan.Dah faham kan...bagus...bagus.Sampai opis,faham-faham jela,kena buat kerja la kan.




.....Hmmmm,nak kena menapak lagi masa balik karang.Parking punya pasal

Monday, April 26, 2010

Aku di Tag ^^



Huhuhu..terharu rasanya aku diberi award ni...Terima kasih cik Kaseh atas kesudian kamu memberi award ni ^^
Tapi adakah patut mengskandalkan aku dengan HyunJoong....Tak mau~~~~ kekeke...nak tukar orang lain leh tak....nak Shinee Minho hahaha

Dan seperti biasa kalau dah dapat award ni mesti ada udang di sebalik mee ruski(aku suka perasa tomyam)...dan Yeah!Aku ditagged....So nak tau macam mana jawapan aku...sila scroll di bawah



Let's check it out!



1) Adakah anda rasa HOT?

Sexy Hot...oh yes! hahaha





2)Upload wallpaper PC/Laptop yang anda gunakan sekarang..?


Gambar yg ada dalam Windows Vista punya koleksi hehehe...Ni yang kat komputer opis.Tak boleh letak gambar sebarangan...hehehe...budak baik...



3) cerita pasal gambar nih...

Ini je gambar yang agak cool dan nampak misteri ^^









4) kali terakhir makan pizza...?

Bulan mac lepas









5) Lagu terakhir anda dengar...?


Lagu "I Did Wrong" daripada 2 AM...




6) Apa anda buat selain selesaikan tag ni...?

Buat kerja (hahaha nampak sangat aku tulis ni masa waktu kerja)




7) selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

NinaAlona....Along.......Bad (dapat nama ni masa praktikal).....Aman (yang ni macam pelik kan tapi budak satu kelas dengan aku masa sek men suka panggil nama ni...dia kata sesuai dengan aku yang brutal macam budak laki....masa tu je la sekarang dah sopan...kot...^^).....


8) Tag lagi lima orang yang anda suka?



1)Haney




2)Cik Babacak






3)Cik Nurul (cik haney sila bagitau kat cik nurul ya ^^)






4)En Hapacrita (kalau tak nak buat pun takpa..aku tak paksa hehe)






5)Cik Waniey









9) Siapa orang no 1 pada anda..?

Kawan satu organisasi merangkap kawan masa ambil degree....serius,banyak kenangan dengan budak ni ^^







10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?

Ehem...makcik waniey...udah-udahlah tu makan...sila jaga kesihatan (dalam erti kata lain "Kurangkan berat badan anda" hehehe)







11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

Dengan orang no.1 dan juga saya hikhikhik







12) Bagaimana pulak dengan no 2....?

Hmmmmm...no komen...hahahahaha...jangan mare yer cik babacak.....saja gurau-gurau......I lap U







13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?

Ek! Aku tak tau nak cakap apa







14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?



1)Suka Drama Jepun






2)Dah termaktub dalam hidup dia ada nama Nishikodo Ryo






3)Peminat tegar Super Junior






4)Tak pernah jumpa dia tapi tau dia suka apa hahaha....bila kita nak jumpa ni oitt~~






5)Satu lagi jer nak cakap...mana gambar KyuHyun haaa?




Ok! dah habis

Thursday, April 22, 2010

mImpi...

Malam tadi aku mimpi...Mimpi yang sungguh kelakar..
Dalam mimpi tu aku dapat adik lagi...
Adik perempuan...
Muka dia tak nampak sangat tapi a very cute baby..




Dalam mimpi tu siap aku leh fikir..."Aku ada adik baru...perempuan....Ops!aku takde keistimewaan sebagai anak perempuan tunggal lagi dah"


Aku terus bangun lepas tu....istighfar banyak-banyak pastu senyum sorang-sorang...







...agak-agak korang apa akan jadi kalau aku cerita menda ni kat mak ayah aku.Aku macam dah rasa bahang kena "tempeleng hikmat berjari lima" kat muka aku.



Tapi apa salahnya kalau dapat adik lagi kan...kan ^^

Monday, April 19, 2010

KerJakU

Hari Isnin.Masuk kerja je dah ada macam-macam atas meja.Bukak emel pulak,lagi macam-macam kerja.Takpe-takpe,lagi bagus ada kerja daripada duduk makan gaji buta ^^

Sabtu lepas teman Amir pergi temuduga sambung belajar.Aku menggunakan kelebihan aku sebagai seorang staf di situ maka kami dapat pergi dengan mudah.Masa dalam kereta,berkali-kali budak tu bagitau aku betapa gemuruhnya dia.Kalah orang nak pergi perang.Aku cuma gelak je.Baru temuduga untuk sambung belajar tu.Belum lagi duduk bersila depan tok kadi masa akad nikah.Lagilah gemuruh gila hehehe.Alhamdulillah,walaupun ada silap faham sikit tapi adik aku berjaya jugaklah menghabiskan temuduga.Mudah-mudahan dia akan dapat.Kalau jadi,makanya dua orang adik aku masuk U balik ambil ijazah.Along dia orang ni je tak sambung-sambung lagi.Hajat nak sambung masters tertangguh.Bos tak galakkan sangat sebab aku baru masuk kerja.Banyak benda nak kena stabil dulu baru boleh sambung.Bila cakap camtu kat mak,mak pulak cakap apa susahnya,bukannya ganggu waktu kerja pun.Yelah,tapi nanti ada kursus lah,aktivitilah,kerja pun tak sah jawatan lagi.Aku nak kena setel semua tu baru boleh.Karang bercampur dengan assignment,kursus,presentation,kerja..tak ke parah otak aku nak memikirnya.Ada rezeki nanti aku sambung.

Minggu ni aku sibuk (tapi ada masa jugak nak buat entri ni hehehe).Macam-macam kerja.Nak pulak library aku nak anjurkan dua aktiviti besar.Dan tak pasal-pasal aku kena jadi urusetia untuk dua-dua aktiviti tu.Agak berpinar mata nak tengok kertas kerja.Tambah pulak meeting dan meeting dan meeting.Ditambah pulak dengan kerja hakiki.Huish...tak terlarat tangan nak buat semua tu.Bos pulak takde.Staf pun tak ramai.Ada yang pergi kursus.Ada yang ambil CTR sebab nak study tuk exam.Mana-mana staf yang ada jer bertugas.Jadual kerja pun terpaksalah diubah nak menggantikan staf yang tak ada.Nak pulak time exam ni,lagilah sibuk.Shif sampai pukul 11 malam.Kesian jugak dengan staf.Mana nak buat kerja hakiki,nak kena jaga kaunter,layan kerenah student,masalah peribadi lagi.Tak terlayan semua tu tapi dah nama pun kerja nak pulak dalam memberi perkhidmatan kena "senyum dan mesra" selalu,digagahkan jugaklah.Tapi yang seronoknya diaorang ada OT.Boleh claim.Lagi banyak OT,lagi banyak boleh claim.Aku jer tak boleh claim.Sain claim bolehlah huhuhu.


Oklah...sambung buat kerja...



Berusaha \(^0^)9

Friday, April 16, 2010

Pening dah

Sori.Tak boleh nak buat entri panjang-panjang.Tengah serabut.Banyak giler kerja nak kena buat.Minit mesyuarat semalam tak mula lagi.Emel aktiviti tak hantar lagi kat warga library.Statistik jurnal tak sempat belek tajuk.Aktiviti 5S pun tercungap-cungap nak buat follow up.

Ni belum lagi tambah kes adik aku nak pergi temuduga esok untuk sambung belajar.Baru nak mintak sahkan salinan sijil-sijil dia tu.Dahlah bos aku pun tengah sibuk dengan audit dan KIK.




[-.-']


Berusaha!!

Monday, April 12, 2010

StaTus KehiLangAn

Baru hantar borang kehilangan tadi.Tu pun kena patah balik ofis sebab nak minta tandatangan saksi.Main cekup jer staf bawahan sorang untuk minta tandatangan.Dah patah balik dan bagi borang boleh pula terlupa nak buat salinan I/C.Mujur ada kedai koperasi kat situ.Kalau tak,terpaksa pula melilau luar bangunan bank nak cari kedai photostat.Dah habis semua tu....dapat satu berita best....cik kaunter bank tu cakap "Cik kena tunggu 3 hari ya untuk proses kad cik ni.Ambil masa sikit sebab cik buka akaun kat cawangan lain.Hari khamis cik boleh datang semula ambil kad."













....terpaksa ikat perut untuk 3 hari yang akan datang...Wuuuu

Saturday, April 10, 2010

Entri BerGambaR versi Berkelah Siri 2

Entri BerGambaR versi Berkelah Siri 1

Friday, April 09, 2010

KehiLangaN

Hari ni aku kehilangan satu benda yang begitu penting dalam hidup aku.Kalau takde benda tu aku jadi sasau,tak tentu arah tapi anehnya sampai saat aku menulis ni aku masih tenang.Korang nak tau ke apa yang aku hilang tu?

Aku hilang kad bank dan satu-satunya kad yang hilang dalam dompet.Tak tau mana aku letak.Tapi setakat ni aku tak pernah hilang benda-benda penting macam I/C,lesen memandu dan kad bank sebab aku seorang yang cukup berhati-hati dalam bab ni.Aku jarang cuai kecuali kalau aku dah serabut (tapi aku jarang serabut).Memang cemas tapi aku tenangkan diri dan cuba mencari di tempat-tempat yang aku pernah jejak sebelum tu.Yang hairannya,kad-kad lain elok tersusun dalam dompet.Duit pun ada tapi macam mana kad bank boleh hilang.Sungguh musykil!

Bila sebut kad hilang ni,teringat kejadian dompet aku kena curi masa aku belajar dulu.Masa tu kat UiTM Kedah,aku ambil diploma.Aku tak ingat semester bila tapi yang aku jelas masa tu kami ada ujian kat Dewan Mini dan aku berbaju kurung.Masa ujian tu kami kena tinggalkan beg di luar dewan dan entah macam mana aku tertinggal dompet dalam beg.Mungkin masa tu tengah fokus nak jawab soalan jadi sampai terlupa nak bawa dompet sekali.Ya!silap aku jugak tu.Aku cuma sedar bila aku check beg, aku perasan dompet dah takde.Masa tu memang panik.Yelah,semua dokumen penting dalam tu.Mujur kawan-kawan ada,jadi diaorang nasihatkan aku buat report kat pak guard.Dah selesai buat report,pak guard tu nasihatkan aku suruh telefon pihak bank blockkan kad bank dan bagi cadangan supaya aku cari kat dalam kawasan yang berdekatan.Mana tau mungkin terjumpa.Kalau tak jumpa jugak baru buat laporan polis.Dalam fikiran aku,kalau aku tak jumpa dalam masa 24 jam,banyaklah benda aku kena buat.Nak kena report polis,Pegi JPN kena buat I/C baru.Dahlah masih belajar,mak ayah jauh....tak ke haru dibuatnya...

Entah macam mana, dah jadi rezeki aku.Aku dapat jumpa balik dompet aku.Tu pun atas pertolongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik guard kat situ.Salah seorang pak guard tu kata mereka jumpa dompet aku kat dalam tong sampah dekat dengan Bangunan Pentadbiran (serius dompet aku bau semacam lepas tu...eeeee!).Aku bersyukur sangat masa tu.Memang aku rasa muka aku berbunga-bunga masa tu.Terima kasih banyak pada pakcik-pakcik dan makcik-makcik guard yang sudi menolong.Semoga mereka dimurahkan rezeki dan panjang umur.Hilang beban aku...

Tu kenangan dulu yang memang aku tak lupa....









....diam......















Huhuhu aku nak kad bank aku balikkkkkkkkk......macam mana nak topup handphone ni...


p/s:korang semua tak yah risau ya....aku dah block kad aku cuma sekarang ni aku mati kutu kejap...nak kena tunggu hari Isnin baru dapat kad baru.....

p/s p/s: Dapatlah aku merasa macam mana orang miskin yang takde duit....buatkan aku rasa bersyukur yang sebenarnya ada orang merasa kehidupan yang lebih teruk daripada aku....

Thursday, April 08, 2010

I'm BacK!!

Baru balik dari bercuti ke luar negara.Seronok sangat!!
Tapi masuk kerja, dah kena mengadap kerja yang tersusun cantik atas meja dan dalam email.
Ingat nak cerita pasal cuti tapi memandangkan ada komitmen lain(kerja lah tu) kena tangguh sekejap.Lagipun nak kena sediakan perkara lain dulu.Hari ni hari jadi emak.Yang ke-52 tahun ^^

Kena balik cepat(maknanya tepat 5.00 petang).Dah janji dengan Amir nak jumpa kat Jusco.Nak beli hadiah untuk mak sekali dengan kek.Ayah awal-awal dah beli hadiah.

Ok...nak sambung buat kerja.Jangan lupa tunggu entry aku seterusnya pasal cuti.Kalau rajin ada gambar sekali ^^