Tuesday, October 20, 2009

JoB baRu

Hmmm...semalam ada meeting bahagian perpustakaan fakulti. Banyak gak isu2 yang timbul. Dan semalam gak secara tak rasmi aku kena jadi setiausaha tetap meeting. Cambest! Bertambah skop kerja aku. Tapi seronok gak. Macam kerja aku dulu2. Kena tengok minit meeting hari2. Cuma dulu aku tengok dan edit sikit2 jer. Sekarang ni aku yang kena buat minit tu. Tulisan aku pun dah ala2 cacing kerawit, laju sangat nak mengejar orang2 yang bercakap. Rugi pulak tak rakam. Takut tertinggal perkara2 yang penting huhuhu. Dan semalam rasanya ada tugas baru kena buat gak tapi sekejap jer sebab tu kerja adhoc.



Aku kena jadi AJK Pameran untuk satu aktiviti nanti kat kampus bandaraya. Hehehe tak sabar2 nak berjalan ni (huh..tu yang ko ingat cik penulis). Tapi apa2 hal pun aku akan berusah menjadi setiausaha yang cekap dan berefisyen(aku tak reti nak tulis dalam bahasa melayu...betul ke ni cik aney?)



Hmmm...agak2nya apa lagi yer. Oh, Jumaat ni ada journal workshop. Minggu depan ada bengkel Liaison Officer pulak. Yang bestnya penceramah yang datang tu adalah bekas bos part-time aku dulu, Pn Salbiah hehe. Boleh jumpa tapi tak taulah dapat borak panjang ke tak. Hmmm.....

2 comments:

haney said...

betul3...

dah jadi omputes skang...haha..
weh, beshnya jd ajk function..igt x dulu event visit msia..havoc kan..

rindu laa dolu2...

ninaAlona said...

hahaha...biasa ar dolu kat tmpt keja lama kena paksa ckp omputih jer nasib baik ku x lupa bhs ibundaku heheheh...

Mmg besh! aku slalu terigt time tu...hr2 lalu kat "tmpt kejadian" heheh...sronoknya

kan besh klu dpt blek zmn dolu2