Friday, October 30, 2009

Bengkel Liaison Officer

Dua hari kursus termasuk pagi tadi punya tazkirah dengan majlis meraikan staf...sebab tu lambat update blog. Macam2 cerita tapi seperti biasa takde gambar nak disertakan sebab saya tak rajin bergambar dan upload hehehe...

Tapi apa2 hal pun nak ucap tahniah kat ariza (wah, nak sambung masters dah ko ye....) Good day to asmahani (semoga hari2 ko penuh dengan cerita maka dengan itu blog ko akan sentiasa up to date dan maka dengan itu aku pun boleh baca blog ko hari2...tak bosan aku hehe)...

Anyway, banyak giler ilmu yang aku kutip masa bengkel 2 hari tu ...dan aku paling kagum dengan dua penceramah yang memang superb bila bagi ceramah...(aku nak dengar lagi!)..tak lain tak bukan bekas bos part time aku dulu (aku selalu buat kerja part time kat library sebab tu panggil beliau "bos part-time") Pn Salbiah dan Tn Hj Mokhtar (memang best dia bagi ceramah...mau gelak2 saja). Biasalah bila dah dengar ceramah tu mesti banyak ilmu kan. Ilmu communication skill, presentation skill, macam2 lagilah. Moga2 aku dapat manfaatkan ilmu tu sebaik mungkin. Nak berkongsi dengan kamu semua wahai pembaca tapi malangnya aku tak boleh nak cerita sebab tak tau nak cerita macam mana (nak tau...pergi dengar sendirilah hahahaha)

Apa2 hal pun, hari ni dah mula kerja balik. Kena siapkan apa2 yang perlu disiapkan (Hmm, macam banyak kerja aku). Nanti kalau ada cerita baru, ku akan update...Alright, jom KERJA!

2 comments:

i-za said...

hehe.. insyaAllah kalo ade rezeki, berjaya tevew kelmarin, aku sambung le.. ko plak bile nk sambung? sm dgn aney ke, thn dpn?

ninaAlona said...

hahaha...insyaAllah thn dpn...mak aku pn dh bg signal...ok la tu kot