Friday, October 02, 2009

@_@

Hmmmmmm...pagi ni tak tau kenapa tapi rasa ngantuk. Mujur masa drive tadi ok jer. bersemangat tetiba. Bila sampai opis, dah start ngantuk balik dan entah kenapa tangan sebelah kanan ni terasa lenguh. Adakah aku tersalah tidur sampai menghempap tangan kanan ku ini?? Mungkin ya, mungkin tidak. Sebabnya pagi tadi masa bangun aku ok jer tapi bila separuh perjalanan masa memandu tadi baru terasa tangan tu berdenyut2 huhu. harap2 tak ada apa2 yang berlaku. Amin!

Buka sekejap blog kawan2. Ada yang mood baik siap mau menari pastu hilang tetiba, ada pulak yang masih sakit siap ada tambah penyakit baru. Moga2 mereka semua hari ni mood baik2 hendaknya dan dikurniakan kesihatan yang baik. Untuk aku jugak lah kiranya ni (tumpang sekaki lah maknanya hehehe)

Pagi ni tak tau nak buat apa lagi. Otak masih lagi dalam mode hibernate. Lambat sikit nak switch on. Harap2 hari ni tak ada perkara2 yang membuat aku kebingungan. Oh, lupa hari ni ada Hari Sua Raya kat padang kawad. Tak tau lagi nak pergi ke idak. Tak ada member nak ajak pun. Hmmm, kalau ada masa nak pergi main library nak paksa sape2 ikut pergi sua raya tu. Tak pun keluar jalan2 pergi mana2 ke. Hari ni kan masa rehat panjang. Best kalau dapat menenangkan fikiran jap.

Dah dua hari mimpi yang bukan2. Adakah disebabkan perkara hari tu. Sesungguhnya cerita dengan seorang student yang begitu rajin melawat aku hari tu benar2 membuatkan aku terfikir...adakah memang aku sebenarnya memerlukan teman. Bagi aku tidak!!! Berkawan boleh tapi untuk melangkah ke peringkat seterusnya aku tidak mampu. Dah lelah untuk menghadapi semua itu. Kadangkala hati ini hanya berserah pada ketentuan. Ketentuan yang telah ditetapkan namun ada saja yang mengganggu. Memang benar, dua tiga hari ni aku disajikan perkara2 seperti itu tapi percayalah sesungguhnya hati aku ni tidak lagi bersungguh2 untuk mempunyai kehidupan berteman. Biarlah suatu masa nanti akan menetapkan aku untuk berteman dan harapnya teman aku itu benar2 memahami dan menghormati. Itu saja, cukuplah!

3 comments:

i-za said...

uiks.. mendalam maknenye tu.. hehe..

haney said...

ketentuan ek?
sama laa kita..
hehe

ninaAlona said...

hehehe...tp serius kes tu mmg masuk agenda mggu lps..x tau la dorg suma tu...dorg x tau menda2 camni bknnya leh paksa2...haish