Friday, October 30, 2009

Bengkel Liaison Officer

Dua hari kursus termasuk pagi tadi punya tazkirah dengan majlis meraikan staf...sebab tu lambat update blog. Macam2 cerita tapi seperti biasa takde gambar nak disertakan sebab saya tak rajin bergambar dan upload hehehe...

Tapi apa2 hal pun nak ucap tahniah kat ariza (wah, nak sambung masters dah ko ye....) Good day to asmahani (semoga hari2 ko penuh dengan cerita maka dengan itu blog ko akan sentiasa up to date dan maka dengan itu aku pun boleh baca blog ko hari2...tak bosan aku hehe)...

Anyway, banyak giler ilmu yang aku kutip masa bengkel 2 hari tu ...dan aku paling kagum dengan dua penceramah yang memang superb bila bagi ceramah...(aku nak dengar lagi!)..tak lain tak bukan bekas bos part time aku dulu (aku selalu buat kerja part time kat library sebab tu panggil beliau "bos part-time") Pn Salbiah dan Tn Hj Mokhtar (memang best dia bagi ceramah...mau gelak2 saja). Biasalah bila dah dengar ceramah tu mesti banyak ilmu kan. Ilmu communication skill, presentation skill, macam2 lagilah. Moga2 aku dapat manfaatkan ilmu tu sebaik mungkin. Nak berkongsi dengan kamu semua wahai pembaca tapi malangnya aku tak boleh nak cerita sebab tak tau nak cerita macam mana (nak tau...pergi dengar sendirilah hahahaha)

Apa2 hal pun, hari ni dah mula kerja balik. Kena siapkan apa2 yang perlu disiapkan (Hmm, macam banyak kerja aku). Nanti kalau ada cerita baru, ku akan update...Alright, jom KERJA!

Tuesday, October 27, 2009

LAyOUt BaRu!!

Haha hari ni tukar angin sikit. Tetiba je rajin nak tukar layout. Cantik tak kawan2? Cantik kan...

Tapi ada yang tak puas hati lah. Nape dia tak nak keluar Nav Bar tu? huhuhu...

Takpe2 akan ku usahakan untuk mencantikkan dan menambah baik(ayat piawai tempat keja aku) blog ni.

Jadi, kawan2 tunggulah cerita2 terbaru dariku ya...

Terima kasih...

Monday, October 26, 2009

sedara ku kawen

Yes! Ni masa aku nak cerita pasal weekend ku...bermula jumaat lepas...

petang tu aku keluar kejap pergi servis kereta, dah alang2 dekat, aku singgah opis lama aku. Sampai saja kat opis, tu abis ku serang semua umat yang ada kat situ...tapi ramai gak yang takde, cam bekas bos aku, Pn Zarina. dia pergi Terengganu ikut exhibition fair kat sana. Tapi rakan2 yang lain adalah. Takpelah, janji dapat jumpa diaorang hehehe..

Sabtu pagi pulak, kena bersiap2 awal sebab sedara ku nikah pagi tu. So, kenalah bertolak awal nak pergi ke rumah dia nak tolong apa2 yang patut. Sampai2 je, aku dah kena tugasan memegang dan membawa barang hantaran huhuhu..ku pun apa lagi kontrol ayu jela kerjanya...sebab kameraman nak tangkap gambar hahaha (apa salahnya tumpang sekaki nak glamer)...

Dah sampai kat masjid, sempatlah jugak snap beberapa keping gambar guna my phone...so, tengoklah gambar orang yang kontrol ayu nih...


gmbr ngn adik kecik
konon cunlah duduk cam gitu hehe


dengan mak


Ahad pulak pergi time sanding sedara ku pulak...pergh! makan best tu...tempat kejadian tu Kelab Darul Ehsan...leh tahan eksklusif tu....huuuu...tapi sorilah tak sempat nak tangkap gambar pengantin sebab ada kat kamera lain..yang ni semua gambar dalam my phone jer...hehehe

Marilah tengok gambar yang seterusnya...ada sekeping je kot hehehe


dengan adik kecik gak

notebook

malam karang aku nak citer psl aku buat apa time weekend..sebab apa malam karang?...Sebab aku nak letak gambar...dan aku tak suka guna komputer opis ni untuk bab2 camni...no privacy..

setakat nak tulis2, nak taip2 aku tak kisah tapi kalau nak letak gambar memang leceh kalau kat sini(sebab nanti student ingat aku tak buat kerja...padahal ada je, cuma aku pandai bahagi masa untuk blog jugak hehe)..jadi baik aku guna personal computer (masa ni lah dok teringat kata2 adik aku yang suruh beli notebook..hmmm, aku nak SONY VAIO...leh tak?..hati kata: takdak duit buat cara takdak duit..jangan nak berangan lebih!)..

cakap pasal notebook ni bukan apa..sebabnya aku selalu berebut dengan adik aku..dia asik nak main game...dan aku pulak sibuk nak tengok citer korea...so camne?

tapi Insyaallah...suatu hari nanti adalah notebook tu (cuma tak tau bila...dalam mimpi dah selalu ada hehehehe)

Friday, October 23, 2009

feels like...

no words can impress myself now...maybe it is true..OR..not

but why do i have to feel like this. Is something wrong or only i feel this..

what should i do?

Tuesday, October 20, 2009

JoB baRu

Hmmm...semalam ada meeting bahagian perpustakaan fakulti. Banyak gak isu2 yang timbul. Dan semalam gak secara tak rasmi aku kena jadi setiausaha tetap meeting. Cambest! Bertambah skop kerja aku. Tapi seronok gak. Macam kerja aku dulu2. Kena tengok minit meeting hari2. Cuma dulu aku tengok dan edit sikit2 jer. Sekarang ni aku yang kena buat minit tu. Tulisan aku pun dah ala2 cacing kerawit, laju sangat nak mengejar orang2 yang bercakap. Rugi pulak tak rakam. Takut tertinggal perkara2 yang penting huhuhu. Dan semalam rasanya ada tugas baru kena buat gak tapi sekejap jer sebab tu kerja adhoc.



Aku kena jadi AJK Pameran untuk satu aktiviti nanti kat kampus bandaraya. Hehehe tak sabar2 nak berjalan ni (huh..tu yang ko ingat cik penulis). Tapi apa2 hal pun aku akan berusah menjadi setiausaha yang cekap dan berefisyen(aku tak reti nak tulis dalam bahasa melayu...betul ke ni cik aney?)



Hmmm...agak2nya apa lagi yer. Oh, Jumaat ni ada journal workshop. Minggu depan ada bengkel Liaison Officer pulak. Yang bestnya penceramah yang datang tu adalah bekas bos part-time aku dulu, Pn Salbiah hehe. Boleh jumpa tapi tak taulah dapat borak panjang ke tak. Hmmm.....

Friday, October 16, 2009

Kursus

Alhamdulillah, dah abis gak kursus 10 hari. Macam2 kena belajar dan banyak lagi yang kena belajar. Time kursus pun ada macam2 cerita tapi biarlah, semua tu dah lepas. Yang bestnya, makan best2 time kursus tu. boleh dikatakan hari2 lauk ayam...maaa! sedapnya.

Masa kursuslah memang hari yang memenatkan sampai tak berbuka blog ni nak cerita. Tapi takpe, kan aku kan tengah sambung ni. Ahad minggu lepas, buat rumah terbuka. Banyak mak masak tuk tetamu. Ramai gak yang datang. Antara sajian yang mak buat: laksa johor, laksa pahang dan mi calong (hanya orang yang datang rumah jer tau macam mana rupa mi tu), puding buah, dadih. Dan akulah pembantu setia di sebalik tabir pembuatan segala sajian tu. dibantu sekejap2 oleh amir. Abg chik tak payah cakap selagi tak pukul 12 jangan harap dia nak bangun. Meriah gaklah majlis kat rumah. Dan meriah gakla dapur lepas tu nak mengemas barang2, pinggan mangkuk sudu semua menda tu. Penat tapi best!

Time kursus takde apa yang menarik kecuali soalan cepuemas exam. Pergh! macam jawab soalan temuduga. Siap keluar soalan piagam pelanggan. Aku jawab ikut kefahaman kepala otak ku yang genius ni (kuikuikui perasan genius). Jumpa aney kejap masa kursus. rupa2nya minah tu pun ada kursus kat bandar S ni (hahahaha macam dalam novel plak tulis singkatan2 ni aish). kami pergi melepakkan diri kat Secret recipe sambil ditemani kawan aney (junior kitaorang tapi aku tak kenal sangat pun...aney jer yang kenal ahaks). Yang best...aney belanja makan hehehehe. XIEXIE aney.

Anyway hari ni dah sambung buat kerja. Check emel yang bertimbun2, kerja yang tertunggak dan bestnya mggu depan ada meeting dan bengkel dan minggu lagi satu pun ada bengkel. Wahhh! semestinya aku akan beserabut + kusut tapi seronok (ada ke orang mcam tu??...heh! aku lah tu)

Monday, October 05, 2009

Pegi Beraya

Hari cuti lepas adalah hari pergi beraya. Best gak dapat jalan2 pergi rumah sedara mara. Masa hari sabtu, pergi rumah sepupu, Kak Ida kat Puchong. Tapi lambat sikitlah sebab mak kerja syif petang. Malam tu ambik mak kat hospital (kesian mak tinggalkan myvi kat sana) pastu terus pergi ke Puchong. Agak mengambil masa sebab ayah ingat2 lupa + waktu malam, memang agak susah perjalanan. Mujur sampai jugak dengan bantuan 3 orang co-pilot (aku, amir ngan mak). Sampai kat sana je tetamu dah banyak yang balik cuma tinggal Kak Ida adik beradik. Byk gak makanan kat situ. Ada pecal dari Sg Karang, fruit cocktail, mi calong (respi mak bagi kat kak Ida), lemang. Aku memang bedal semua sebab nampak menarik, ku tertarik, kau memang da boom. Dah habis mengisi tong dan jam pun menunjukkan ke angka 11, barulah ayah kata "Jom balik". Sebelum balik tu Kak Ida ada ajak pergi beraya rumah Pak Lang kat Bukit Mahkota. Ayah ngan mak tentulah ok sebab esok pun memang dalam perjalanan nak ke Senawang jumpa Makcu. On the way balik bolehlah singgah. Dalam hati aku "Yes! berjalan lagi esok hahaha"

Pagi Ahad tu, sebelum memulakan perjalanan, ayah singgah stesen minyak. Kali ni pakai kereta mak (myvi dh amik masa balik dari beraya malam tu). Singgah breakfast kat warung makan sebelah tu, makan kuehteow goreng. Agak pedas. Dah lepas breakfast, teruskan perjalanan ke Senawang. Kali ni pun ada sesat2 sikit sebab tak pernah sampai lagi rumah makcu. Makcu dah siap telepon jangan makan apa2 sebab dia dah masak. tapi masa tengah sesat tu terjumpa sebuah kedai cendol yang best (Agak feymes sebab pernah masuk kat tv). Nak tau kenapa best? Sebabbbbbb......cendolnya murah dan boleh tambah seberapa banyak yang anda mau secara percuma! Kan best tu. Dah puas membelasah cendol barulah bergerak semula. Masa tu dapatlah jumpa kawasan perumahan Makcu. Sampai2 jer Pakcu dah hidang macam2 lauk. Dah tengahari kan konpemlah makan nasi. Pergh! lauk memang best. Ada kari ayam, ayam masak black pepper, sayur sawi goreng, ulam raja + timun dengan sambal tempoyak. Fuh, menjilat jari. Macam biasa, aku pun bedal lah semua hehehe. Dah habis seround makan nasi (pinggan penuh tu) dan tengok F1 sampai habis, barulah kami berangkat. Perjalanan seterusnya ke Bukit Mahkota, Nilai. Singgah rumah Pak Lang pulak. Yang ni pulak, ayah dah tau jalan so takdelah sesat sangat. Sampai2 jer keluarga Mak Andak dan Che Yu dah ada. Tinggal Kak Ida and family dengan adik beradik dia tak sampai lagi. Kat rumah ni pulak, de laksa penang dengan laksa lemak (laksa pahang). Wah!! buat aku terliur lagi. Dahlah favorite aku laksa. Memang takkan ku lepaskan peluang keemasan. Puasnya! dapat makan sedap2 hehehe. Lama gak beraya kat rumah Pak Lang. Si kecik tu siap tambah laksa 2 kali. Petang tu masa balik, ayah suruh aku drive. Aku pun pe lagi. hehehe ni lah time yang paling best. Mak dah muka cuak. Tapi memanglah menguji kesabaran. Jalan jam teruk kat tol Sg Besi. Ditambah pulak dengan teguran mak + teguran ayah (anda semua leh bayangkan camne) memang time tu aku lah pemandu paling berhemah kat atas jalan raya. Tak sampai separuh perjalan lepas tol Sg Besi tu, ayah dah lelap mak pulak diam. Maka, dengan seronoknya aku drive. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah akhirnya.

Puas aku beraya time cuti tu hehehe....

Friday, October 02, 2009

@_@

Hmmmmmm...pagi ni tak tau kenapa tapi rasa ngantuk. Mujur masa drive tadi ok jer. bersemangat tetiba. Bila sampai opis, dah start ngantuk balik dan entah kenapa tangan sebelah kanan ni terasa lenguh. Adakah aku tersalah tidur sampai menghempap tangan kanan ku ini?? Mungkin ya, mungkin tidak. Sebabnya pagi tadi masa bangun aku ok jer tapi bila separuh perjalanan masa memandu tadi baru terasa tangan tu berdenyut2 huhu. harap2 tak ada apa2 yang berlaku. Amin!

Buka sekejap blog kawan2. Ada yang mood baik siap mau menari pastu hilang tetiba, ada pulak yang masih sakit siap ada tambah penyakit baru. Moga2 mereka semua hari ni mood baik2 hendaknya dan dikurniakan kesihatan yang baik. Untuk aku jugak lah kiranya ni (tumpang sekaki lah maknanya hehehe)

Pagi ni tak tau nak buat apa lagi. Otak masih lagi dalam mode hibernate. Lambat sikit nak switch on. Harap2 hari ni tak ada perkara2 yang membuat aku kebingungan. Oh, lupa hari ni ada Hari Sua Raya kat padang kawad. Tak tau lagi nak pergi ke idak. Tak ada member nak ajak pun. Hmmm, kalau ada masa nak pergi main library nak paksa sape2 ikut pergi sua raya tu. Tak pun keluar jalan2 pergi mana2 ke. Hari ni kan masa rehat panjang. Best kalau dapat menenangkan fikiran jap.

Dah dua hari mimpi yang bukan2. Adakah disebabkan perkara hari tu. Sesungguhnya cerita dengan seorang student yang begitu rajin melawat aku hari tu benar2 membuatkan aku terfikir...adakah memang aku sebenarnya memerlukan teman. Bagi aku tidak!!! Berkawan boleh tapi untuk melangkah ke peringkat seterusnya aku tidak mampu. Dah lelah untuk menghadapi semua itu. Kadangkala hati ini hanya berserah pada ketentuan. Ketentuan yang telah ditetapkan namun ada saja yang mengganggu. Memang benar, dua tiga hari ni aku disajikan perkara2 seperti itu tapi percayalah sesungguhnya hati aku ni tidak lagi bersungguh2 untuk mempunyai kehidupan berteman. Biarlah suatu masa nanti akan menetapkan aku untuk berteman dan harapnya teman aku itu benar2 memahami dan menghormati. Itu saja, cukuplah!