Thursday, April 14, 2011

INsuRans KereTa.Road Tax.Cuti LuAr NeGara

Tak buat lagi pembaharuan insurans kereta. Tarikh tamat dah nak dekat. Minggu depan. Pening nak cari duit nak bayar. Minta tolong adik bayarkan sebab aku dah call orang insurans tu, kalau adik aku datang boleh dapat diskaun lagi. Kalau aku yang bayar tak dapat diskaun sebab adik aku owner kereta yang sebenar. Boleh pulak masa sekarang ni dia sibuk. Aku dah lah risau separuh mati ni. Karang tak dapat guna kereta. Aku nak pergi dengan apa masa kerja nanti huhuhuhu.

Dalam duk risau tu, hati tengah teruja. Tak sabar-sabar nak bercuti. Biarlah risau macam mana pun, teruja tetap teruja hehehe. Lagi 4 hari sebelum berlepas. Aduh, beg tak kemas-kemas lagi. Memanjang sibuk. Balik rumah je terus rasa penat. Tup tup dah tidur huhuhu. Huish, balik ni kena kemas beg.

Aduh, asyik terfikir pasal insurans kereta je ni. Bila nak bayar?



Nota kaki: Tengah isi satu lagi borang ke luar negara. Berturut-turut aku pergi luar negara tahun ni...hmmmm seronok hehehe

Wednesday, April 13, 2011

StatUS CuKai PendaPatan

Baru selesai isi borang cukai pendapatan secara e-filing.

Tak payah bayar cukai lagi untuk tahun ni.

Kepada mereka yang belum isi, cepat-cepat isi sebelum tarikh akhir pada 30 April 2011. Tak lama lagi tu...

Sila klik di https://e.hasil.gov.my/ untuk mengisi borang.

Boleh juga melawat laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengetahui informasi terkini.

Tak BaLik RumAh

Semalam buat kerja gila. Semuanya jadi tak betul. Kecelaruan minda yang maha hebat memaksa aku buat sesuatu untuk bertenang.

Mujur ada kawan yang membantu. Betul, semalam aku tak balik rumah. Tak ada kemampuan nak memandu kereta. Beberapa kali hampir terbabas. Memikirkan keadaan yang sebegitu, aku memikirkan jalan yang terbaik untuk tidak mengambil risiko. Lantas, aku menghubungi kawan untuk menumpang sebentar di rumah dia. Aku hanya fikirkan untuk menumpang rehat sekejap dan malam tu aku akan balik tapi atas nasihat kakak ni, aku terus tak jadi balik. Tumpang tidur rumah dia. Memang gamble habis. Rasa bersalah pun ada sebab mengganggu dia, tapi kakak ni cukup baik benarkan aku menumpang. Dia tau aku nampak sungguh miserable semalam. Dia kata muka aku nampak macam orang yang terlampau tertekan.

Mujur dia ada. Mujur juga ayah boleh terima alasan aku tak balik rumah. Cara kami habiskan masa ~~ teman dia beli kek hari lahir untuk teman serumah, makan sup power, pastu tolong kawan serumah jolok buah mangga yang akhirnya selamat dikorbankan menjadi kerabu mangga pedas tapi sedap. Terima kasih kepada Kak Ina, tukang buat kerabu mangga. Kelakar bila ingat balik cara aku jolok mangga atas bumbung pakai payung je hehehehehe. Dah la rumah sebelah tu lelaki bujang, mesti diaorang fikir, apa lah budak-budak perempuan sebelah ni dok jolok-jolok payung. Hahaha! biarkan janji dapat makan kerabu mangga.

Sekarang ni aku dah ok. Syukur juga, emosi aku cepat berubah. Sekejap je dah boleh jadi biasa. Tu pun kalau ada kerja gila yang aku boleh buat ;)

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak Kak Fiza yang tolong saya. Dahlah bagi tumpang tidur, belanja makan, baju pun bagi pinjam. Hanya Allah je yang dapat balas budi akak. Lain kali saya minta tolong akak lagi ye hehehehe

Tuesday, April 12, 2011

MenGhitUng HaRi naK KE....

Tapak kaki ni dah beberapa kali rasa gatal...Nak berjalan jauh lah tu hehehehe....

Tak sabar-sabar dah ni.. Tinggal 6 hari saja lagi...

Nak menjejak kaki ke negara orang lagi...Syukur Alhamdulillah, diberi peluang sekali lagi. Bukan senang nak dapat peluang belajar budaya orang lain kan.

Dapat pulak pergi ke negara yang ada dalam senarai "nak pergi" hehehe..

Nak pergi Korea yeye.....

Uweeee...tak sabar dah ni (dengan senyuman lebar ku cakap perkataan ni)


BlaCkoUt.OpiS

Semalam satu hari suntuk takde elektrik kat opis. Blackout start jam 11 lebih. Elok je sebelum tu ada temu ramah dengan student pasal security and risk at office. Ada pulak student tanya pernah berlaku apa-apa kejadian tak? Aku dengan senang hati jawab "kalau setakat blackout tu adalah beberapa kali." Tup tup sejam lepas temu ramah blackout terus. huhuhuhu masin mulut aku ni kan...

Kalau dah blackout, dah sah library bergelap kan. Yang hairannya makin ramai student masuk dalam library. Aku jadi pening tengok gelagat budak-budak kat sini. Mula-mula biasa je, tapi dah masuk dua jam takde elektrik, staf dah tanya "Cik Nik tak call bos ke nak buat macam mana ni?" Aku suruh staf jaga pintu jap. Tolong tengok dan semak beg student. Takut-takut ada yang bawa keluar bahan library. Bos aku pulak pergi dengar ceramah, kebetulan kat bangunan yang sama. Semestinya bergelap jugak. Pukul 1 lebih baru bos turun.

Aku tengok keadaan dalam library. Masa ni lah nak tengok gaya macam-macam student. Yang tidur, tak yah cakaplah, memang ramai. Macam-macam gaya tidur ada. Dah siap terlentang, baring tepi rak,tidur atas kerusi, macam-macam lagi lah. Belum lagi tengok pelajar bersembang dalam library yang kuatnya mengalahkan bunyi bising kat pasar. Tu baru student yang duduk depan pintu utama, belum lagi yang kat dalam-dalam tu. Staf aku beberapa kali cakap "shhh" nak suruh perlahankan sikit suara. Lepas tu, bos suruh staf kejutkan semua student dan minta diaorang keluar. Dalam pukul 3 library tutup tapi staf kena stay sampai pukul 4.45. Nak tunggu pak guard datang kunci pintu library. Kalau keluar awal takut student masuk dalam library time staf takde. Tu pun ada jugak student datang nak masuk library. Tak paham-paham, kalau library dah bergelap mestilah tak boleh nak buat apa-apa hatta nak pinjam buku pun tak boleh. Hmmmmm...

Agak lama juga blackout kali ni. Sampai ke malam. Pihak fasiliti siap cakap mungkin sampai pukul 7 malam kalau tak ada apa-apa. Yang seronoknya, kami tak buat kerja pun semalam. Yang tak seronoknya, kerja tertangguh. Hmmm.....


Nota kaki: Pagi ni pulak kakak cleaner bagitau, air takde. Hmmmmm....boleh aku tahan sampai air ada? Masalahnya tak tau bila air akan ada, aduh....