Yeah..lega! Semalam dah buat perbincangan pasal perasmian dan teks ucapan. Mujur aku tak kena duk depan dengan VIP. Tak tau nak borak-borak apa dengan KP nanti. Aku jadi orang belakang tabir. Bos yang akan duk depan dengan VIP. Selamat! Mujur juga ada Kak Bai dan Kak Lah di situ. Penyelamat keadaan memandangkan tumpuan aku kena bahagi dua sekarang ni. Satu nak fokus pada program CIS ni satu lagi fokus pada pasukan boling library. Tu belum lagi nak bahagi tiga bila masuk bab peribadi. Nak tolong mak uruskan hal kenduri doa selamat dan nak beli perabot segala bagai untuk homestay. Mujur ada adik-adik yang boleh dilepaskan tanggungjawab.
Semalam buat latihan rasmi untuk boling. Lelaki dan wanita. Yang lelaki aku tak hiraukan sangat sebab aku dah tengok cara mereka bermain masa rabu petang. Yang wanita aku kena kisahkan. Nak tengok cara mereka pulak. Alhamdulillah, setakat ni ok. Cuma kena tingkatkan lagi latihan. Semalam pun markah mereka agak bagus. Kena kekalkan prestasi. Result aku pun agak bagus tapi risau juga, selalu masa latihan score memang cantik. Bila pertandingan je selalu score tu entah ke mana hala. Harapnya kejohanan kali ni aku dapat fokus. Latihan rasmi sesi kedua aku tak dapat nak join. Nampak gaya berlatih sorang-sorang nanti. Mungkin aku akan berlatih masa lepas mesyuarat Pengurus Pasukan rabu minggu depan. Ada peluang aku nak rasa berlatih kat tempat perlawanan, Sunway. Dah lama tak bermain kat situ. Rasa-rasanya 3 tahun lepas aku pergi sana dengan best friends (Dekni, Sal & Marli). Yup betul 3 tahun yang lepas, aku ada cerita kat sini. Huhuhu lama jugak tu. Dah tak tau rasa lane dia macam mana. Nak kena ujicuba betul-betul ni. Semangat giler nak bermain boling ni hahahaha..menang belum tentu lagi tapi sekiranya menang pun Alhamdulillah rezeki namanya tu.
Esok dah nak bertolak ke Kedah. Baju tak kemas lagi. Aduyai nak kena memikir pulak baju apa nak pakai. Hmmm, nampak gaya aku akan bermain campak-campak je la baju yang mana sempat aku capai nanti. Nak kena kemas baju untuk balik kampung lagi. Beg aku akan jadi dua nanti. Satu pakaian untuk ke Kedah, satu lagi untuk ke kampung. Hmmmm...serabut...