3 minggu lepas berpeluang jejakkan kaki ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Lawatan kali ni pergi dengan famili Makde dan famili Pak Itam. Ada 15 orang semuanya. Famili aku yang tak ikut cuma Amir dan Abang Cik. Kami pergi ke sana selama 3 hari. Aku ingat lagi yang kami kena keluar rumah seawal 3 pagi untuk pergi ke LCCT sebab waktu penerbangan mula jam 7.50. Sampai di Padang lebih kurang pukul 9.00 pagi tapi agak panas cuaca masa tu. Terasa bahangnya macam dah pukul 11 pagi. Trip kali ni memang tak ada perancangan. Memang datang macam tu je sebabnya pertama kali datang. Yang tau pun cuma Makde itu pun dia dengar pengalaman kawan-kawan dia. Jadi, kami terus cari pemandu di lapangan terbang. Pada mulanya rancang nak naik bas mini tapi orang di sana suruh naik kereta saja. Lama juga mak ayah dan makcik pakcik berbincang pasal ni. Sebabnya kos pengangkutan agak mahal. Untuk sehari je kena bayar RP100,000 satu kereta kalau tak silap aku tak termasuk duit minyak. Kami kena bayar RP300,000 memandangkan 3 kereta kena ambil. Sudahnya kami tetap ambil kereta sebabnya pemandu tu cakap kalau pergi Bukit Tinggi jalannya agak kecil. Jadi bas tak dapat lalu banyak kawasan yang kami nak pergi. Tapi aku rasa macam pemandu yang cakap tu macam tipu pun ada, sebabnya aku nampak banyak jugak bas yang lalu. Tapi terima jelah masa tu, kami tak tau apa-apa sebab pertama kali sampai.
Dari lapangan terbang ke Bukit Tinggi ambil masa dalam satu jam perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, sempat jugaklah tengok pemandangan. Tapi boleh dikatakan, trip kali ni memang banyak kali aku tertidur dalam kereta. Maka, banyak kali jugaklah peluang aku terlepas nak tengok pemandangan sekitar Padang & Bukit Tinggi. Kat sini banyak aku dapat merasa peluang pertama kali, macam pertama kali aku duduk hotel yang tak ada air cond, tapi aku tak rasa panas pun. Sebabnya kami duduk di kawasan yang tinggi. Ala lebih kurang macam kat Genting Highland la. Pertama kali jugak, aku dapat merasa makan telur penyu. Pertama kali dapat tengok dan jejak rumah-rumah minang. Dekat sinilah, asalnya keturunan Minangkabau yang kat Negeri Sembilan tu. Aku tengok orang-orang kat sini tak jauh beza dengan orang Malaysia. Berbeza masa aku Bandung dulu. Dekat sini juga orangnya agak ramah dan bersopan. Susah jugak nak jumpa budak-budak yang datang minta sedekah. Boleh dikatakan aku tak pernah jumpa sepanjang 3 hari kat sana. Memang pengalaman yang berbeza daripada masa kat Bandung dulu. Harga makanan dan membeli-belah tak kurang beza macam harga kat Malaysia. Kalau pandai tawar-menawar dapatlah diskaun sikit. Kat sini boleh kain pasang bersulam. Memang banyak jenis sulam yang dibuat. Selain tu, kain untuk langsir pun boleh dibuat. Kain pelekat dan telekung pun boleh dibeli. Memang cantik buatannya, lebih-lebih lagi telekung. Sulam yang dibuat agak tebal dan halus. Tudung bawal bersulam pun agak terkenal di sini. Sempat jugak aku beli 4 helai tudung.
Antara tempat-tempat yang kami singgah Lembah Anai Air Mancur, Rumah Minang, Lubang Jepang, Jam Gadang, Pasar Atas (tempat beli-belah), Kilang Kopi Bukit Tinggi dan Jambatan Nurbaya. Ada lagi tempat-tempat menarik yang lain tapi kami tak berkesempatan melawat. Dekat sini ada dua gunung berapi yang terkenal iaitu Gunung Merapi dan Gunung Sijangkang.
Yang menarik perhatian aku bila datang kat sini ialah bila masa makan. Stail di sini, mereka akan hidangkan semua lauk-pauk yang ada atas meja dan kita ambil je lauk yang kita nak. Punya banyak lauk sampai penuh meja. Kadang-kadang lauk ayam pun sampai empat jenis ada kat atas meja tu. Makanannya banyak lauk kering dan tak jauh beza gulai yang dibuat macam di Negeri Sembilan. Cuma lauknya tak pedas sangat. Yang menjadi kegemaran aku ialah sambal lada hijau. Macam sambal belacan la fungsinya, penyedap makanan hehe. Harga makanan akan dikira mengikut lauk yang diambil. Masa mula-mula makan, kami tak tau, jadi ambil je semua lauk yang ada. Sudahnya kena bayar RP800,000. Lepas tu, barulah berhati-hati nak ambil makanan. Satu lagi yang sedap kat sana adalah Bakso. Memang terbaik dan murah. Aku tak ingat nama tapi lebih kurang macam ni lah namanya "Warung Pak..." Harga satu mangkuk Bakso cuma RP10,000. Jadi dua malam kami makan Bakso berturut-turut. Sebab sedap dan nak jimat belanja hehehe.
Kat bawah ni antara gambar-gambar yang diambil masa pergi ke sana.
|
Air Mancur Lembah Anai |
|
Depan perpustakaan Rumah Minang |
|
Bergambar di pelamin Orang Minang |
|
Bergambar dengan pasangan pengantin tua hehe |
|
Gmabr beramai-ramai depan Rumah Minang |
|
Antara lauk-lauk yang kami makan. Banyak kan |
|
Lubang Jepang |
|
Gunung berapi yang ada di Bukit Tinggi. Tak silap ni Gunung Merapi |
|
Jam Gadang |
|
Pasar Atas |
|
Di Kilang Kopi. Kat sini dapat merasa kopi percuma |