Pagi ni bilik aku dicemari dengan insiden yang menggelikan dan mengerikan. Lepas balik dari sarapan kat HEP, singgah kejap kat bilik bos. Bincang tentang statistik yang diubahsuai sikit sebelum nak catit data. Lepas bincang, aku terus masuk bilik aku.
Masa mula-mula masuk memang aku pasti takde apa-apa yang ganjil kat lantai bilik. Jadi aku terus duduk dan buat kerja. Memang agak khusyuk aku buat kerja. Yelah, hari Isnin kan.Tengah rajinlah lagi. Nak pulak lepas tu cuti lama sempena Tahun Baru Cina, lagilah rajin nak siap segala statistik dan laporan.
Tak lama lepas tu, Kak Syaakirah masuk. Ok, aku buat dialog kat sini...
Kak Syaakirah (KS): Nik! ni nak bagi ni.....EHHH! NIK!
Aku: Kenapa Kak?
KS: Nik perasan tak ni?
Aku: Perasan apa Kak? (Masa ni aku masih pandang komputer jadi tak nampak)
KS: Nik tau tak apa kat bawah ni.
Aku: Apa bendanya Kak? (aku jenguk lepas tengok muka Kak Syaakirah yang agak pelik).....AHHHHHH! Kak bila masa dia ada kat sini.
KS: Nik tak perasan ke tadi masa masuk bilik?
Aku: Tadi takde. huhuhu
Korang nak tau apa benda kat lantai opis aku tu? Meh sini aku cerita...
Bila aku jenguk je lantai...Tu dia! seekor lipan bara sepanjang pembaris 15 cm tengah duduk melepak kat situ. Terus meremang bulu roma aku. Rasa geli, takut, seram semua ada tau. Kalau setakat lipan kecik aku boleh lagi nak ketuk. Ini lipan besar camtu.....huuuuuu takut sangatttttttt....
Terus aku cari tukang cuci. Masa nak lalu kat depan lipan tu, aku risau je takut-takut dia gerak. Dahlah kaler merah sangat...hmmmmm...tak senang duduk aku dibuatnya. Bila tak jumpa tukang cuci, aku cepat-cepat pergi bilik bos. Masa tu, bos ada perbincangan dengan staf tapi aku main redah je. Bos aku tanya kenapa, terus aku bagitau ada lipan besar kat bilik. Staf-staf lain semua tanya aku ada buat apa-apa ke tak...aku cuma geleng pastu cakap "sebab tu saya datang sini nak mintak tolong siapa-siapa yang boleh bunuh lipan tu". Staf semua gelak termasuk bos. Boleh pulak cakap aku ni penakut sangat. Haih, kalau besar camtu macam mana aku tak takut? Nasib baik ada seorang staf datang bantu. Siap pukul dengan buku lagi. Tak lama lepas tu ada lagi seorang staf datang jenguk dan cleaner lelaki 2 orang. Bukan main ramai lagi nak tolong aku huhuhu. Masa kat bilik bos, ada staf yang senior boleh cakap macam ni "Cik, kalau ada lipan datang dalam bilik,tu tandanya ada orang nak datang merisik." Ada ke pulak cakap macam tu. Yang bos aku ni pulak beria-ia setuju dengan senior staf tu. Siap senyum lagi. Sama jugak dengan staf-staf lain. Aku malas nak layan, terus aku keluar.
Sepanjang hari aku tak tenang nak buat kerja. Kejap-kejap jenguk kat bawah. Takut ada lagi yang datang. Huhuhuhu.
Nota kaki: Aku hairan apa kena-mengena lipan dengan merisik? Lipan tu datang nak merisik aku ke?
3 comments:
aduh! tergelak aku baca ayat terakhir ko tu.. hahahaha..
hahahaha...
ye la tu kot.. lipan dtg nk merisik ko along.. kui3 - dekni-
Post a Comment