Thursday, January 27, 2011

PelanGGan.StAF.SenYUm

Tadi baru lepas perbincangan dengan pensyarah fakulti berkenaan pusat sumber yang hendak diupgrade. Masa mula-mula pergi, aku dengan bos tak tau jalan walaupun bangunannya hanya seberang jalan dengan perpustakaan kami. Macam hapa je kan! Mujur jumpa juga. Masa kami masuk ke tempat tu, kami agak kagum seketika. Bukan apa, dari luar pandangan bangunan biasa je tapi kat dalam...mak aih!cantik interior dia.

Lepas dah kagum tu, kami berjumpa dengan staf di situ berbincang tentang perancangan nak menaik taraf pusat sumber kat situ. Banyak juga input dan output yang aku dapat masa perbincangan tu. Teringat pulak masa kat opis lama.Masa aku kerja dulu, Library kat situ tak pakai lagi sistem canggih. Sekarang dah mantop! huhuhu rindu nak jejak balik kat KMC.

Okay, sambung balik. Lepas habis perbincangan, terkeluar satu cerita dari pensyarah ni. Dia kata dah lama tak masuk library kami sebab dah tawar hati. Masa beliau cakap macam tu, aku dengan bos dah berpandangan. Aku terfikir kes apa pula yang buat pensyarah ni tak mahu masuk library..
Rupa-rupanya beliau ada pengalaman pahit di kaunter sirkulasi. Katanya, staf perpustakaan garang dan tak mahu senyum. Sebagai pelanggan, beliau merasakan beliau tak mendapat layanan yang sepatutnya. Beliau kata dah lama tak masuk sebab kes tu. Dah setahun. Terus kami minta maaf pasal kes tu dan beliau ada beri cadangan supaya letakkan orang yang sesuai kat kaunter. Kalau boleh orang yang muda-muda.

Hmmm, nak salahkan staf pun tak boleh jugak sebab nak mengadap pelanggan yang pelbagai kerenah ni bukannya senang. Bukannya sorang dua kadang-kadang beratus orang setiap hari. Tapi yelah, semua orang nak kan layanan yang baik. Macam mana pun seorang staf perlu bersikap profesional dan bersedia menghadapi kerenah pelanggan lebih-lebih lagi frontliners. Mereka umpama cermin imej pada sesebuah jabatan atau organisasi. Kalau buruk perkhidmatan yang diberikan maka buruklah imej organisasi.

Hmmm, teringat pesanan bos tadi. Sentiasa senyum. Bercakap sopan. Walau teruk mana pun masalah yang kita hadapi tak kira masalah peribadi atau opis, jangan tunjuk depan pelanggan. Sentiasa ramah.


Nota kaki: Aku pun pelanggan, jadi aku faham situasinya. Aku pun tak suka kalau staf kat kaunter muka masam dan marah orang sesuka hati

0 comments: