Hahaha...baru nak tulis entri...sibuk sikit. Biasalah dah masuk tahun baru kan. Nak pulak semester baru dah bermula. Bertambah sibuknya. Macam-macam perubahan berlaku. Dalam hidup dan kerjaya. Setiap orang perlukan perubahan. Perubahan untuk kebaikan kan...kan...
Macam sekarang kat opis, aku dah ada bilik baru. Baru semangat sikit nak buat kerja. Bolehlah buat aksi-aksi terlarang (ek..macam mana tu? hahahaha) yang tak boleh ditunjuk kat budak-budak ni. Bolehlah nak letak barang-barang peribadi. Dekat opis pun dah ada perubahan. Ada staf bertukar, jadi kami dapat staf baru. Nak kata baru pun tak jugak sebab dia dulu kat tempat lain sekarang baru masuk kat sini. Apa-apa hal pun selamat bertugas kat dia. Sekarang pun, aku, bos dengan Kak Syakirah tengah sibuk buat senarai tugas staf yang baru memandangkan kami kena buat semula penstrukturan staf. Jadi ada staf yang bertukar unit. Nama unit juga dah diubah baru. Tugas kami pegawai pun dah berubah. Nak adjust dengan staf di bawah seliaan. Hmmm, memandangkan tahun baru ni, aku dah berazam nak menjalankan tugas lebih baik dan nak capai KPI yang diberikan. Semoga aku berjaya! Berusaha!
Terjumpa pulak dengan Kak Shikin, staf UiTM yang sambung belajar kat INCEIF. Nak buat perbincangan dengan kawan dia. Haa...kat sini pun ada kaitan dengan perubahan. Kak Shikin cakap aku dah kurus...Wow! Hahaha suka aku dengar bila orang cakap macam tu. Membuktikan yang memang aku tak tipu kalau cakap pasal sibuk ni. Hahahahah okla aku tambah sikit. Sebenarnya ada jugak aku buat senaman kat rumah. Yelah, kesihatan tak boleh dipandang remeh. Tak payah buat senaman berat-berat. Setakat buat rope jumping 100 kali, lari setempat 100 kali, push up 30 kali sehari, dah boleh kurangkan 5-10% kalori (yang ni aku tak berapa ingat tapi betul la tu kot) dalam badan.
Ada lagi perubahan di tahun baru ni tapi aku cerita sikit-sikit dulu. Baru ada feel sikit hehehehe..
Okay tu saja dulu. Apa-apa pun aku nak ucap
SelAmaT TahuN BaRu 2011
SemOga TahuN BarU inI ANdA AkAn BerJayA meNjAdi seORanG yaNg BaRu. PerUBahaN yaNG MemBAwa KebAiKan.
BerUsahA !!!!
0 comments:
Post a Comment