Definitely not in the mood for work.....
Rasa nak nangis je....
Ya Allah tabahkanlah hatiku...kuatkan semangatku....
skip to main |
skip to sidebar
1) Hari Mesra FSPU - Urusetia -> 21 Sep 20102) Hari Mesra PTAR 3 & 4 - Urusetia -> 22-23 Sept 20103) Hari Mesra PTAR 2 - Urusetia -> 5-6 Okt 20104) Majlis Penutup Hari Mesra PTAR - Bendahari + AJK Aktiviti, Hadiah -> 6 Okt 20105) Hari Mesra INTEC -> 7 Okt 2010
Monday, October 25, 2010
TekaNan.StudEnt.MamPUKah?
Had read those my beloved friend's blog. Masing-masing buat terapi ek?
Kebetulan juga saya membuat terapi tapi dengan cara saya sendiri. Tidak membazir duit cuma membazir tenaga je hahahaha (gaming and gaming and gaming...i like!)
Dengan stress yang diberi orang atasan atas satu kejadian yang membuatkan aku rasa jadi macam tak betul kejap (aku hampir terlibat dalam kemalangan gara-gara tak fokus disebabkan kes itu. Mujur mak tak tau!). Betul-betul menahan perasaan. Student sekarang memang naik minyaklah. Tahukah kamu, staf bawahan seperti kami yang akan menjadi mangsa gara-gara komen tak bertuah kamu. Ingin saya ingatkan masa-masa belajar ni lah kamu perlu diajar supaya menjadi orang yang mempunyai tingkahlaku terpuji bukan orang yang perlu disua-sua. Semua minta mesti dapat!
Aku juga pernah menjadi pelajar dulu. Aku pernah merasa kesusahan menjadi seorang pelajar dulu. Dan sesungguhnya bila aku bekerja nak pulak dalam menguruskan pelanggan(student pulak tu), barulah aku tau rupa-rupanya tak mudah nak ikut kehendak semua orang. Betul! Amat payah. Orang atasan kata lain, staf kita kata lain, student pula minta yang bukan-bukan...yang mana perlu diturut? Akhirnya menjadi orang yang di tengah-tangah akan tersepit seterusnya kelemasan gara-gara nak memenuhi permintaan. Cukup susah untuk bernafas. Namun perlu diteruskan. Kerja itu ibadah. Nawaitu kena betul. Jalan sentiasa diluruskan. Halangan ditempuh. Belajar mengenai kehidupan.
Takpelah STUDENT. Suatu hari nanti kamu akan belajar, dalam dunia pekerjaan yang bezanya beribu kali ganda daripada masa belajar, kamu akan tempuhi. Masa itu kamu akan hargai apa yang kamu lalui dulu. Itu pun kalau kamu ada kesedaran. Kalau tak, lalui lah hidup anda sepertimana orang lain nak bukan seperti apa yang kamu mahu.
Thursday, October 21, 2010
TahNiah!
Oh lupa pulak..yang ni boleh aku cakap....
Cuma nak ucap tahniah kat kawan seorang ni....
Kawan sekelas masa diploma dulu.....Tengku Adil @ budak-budak kelas panggil dia Anton..
Dah sambung belajar kat luar negara..Melbourne, Australia. Aku tak sempat nak tanya dia sambung masters ke PhD...
Sebenarnya segan jugak nak tanya sebab jarang bercakap dengan dia ni huhuhu
Papehal pun tahniah dan selamat maju jaya kat Anton...fuhuhu seronok dapat belajar kat luar negeri.
Cuma nak ucap tahniah kat kawan seorang ni....
Kawan sekelas masa diploma dulu.....Tengku Adil @ budak-budak kelas panggil dia Anton..
Dah sambung belajar kat luar negara..Melbourne, Australia. Aku tak sempat nak tanya dia sambung masters ke PhD...
Sebenarnya segan jugak nak tanya sebab jarang bercakap dengan dia ni huhuhu
Papehal pun tahniah dan selamat maju jaya kat Anton...fuhuhu seronok dapat belajar kat luar negeri.
Mode SeKarang Ni
Teringin nak tulis pasal sesuatu tapi takut nanti ayat tu memakan diri...
Hmmm...baik simpan je dalam hati....
Hmmm...baik simpan je dalam hati....
RuMUSan AkTIviTi MiNggU LepAs
Terlalu banyak nak cerita. Banyak perkara berlaku minggu lepas. Jadi pening pulak nak cerita satu-satu. Senang aku buat rumusan apa yang aku rasa terbaik yang aku jumpa sepanjang aktiviti yang aku buat.
Hari Mesra PTAR 2
Tahun ni kali kedua buat hari mesra kat tempat aku. Tapi tahun ni agak grand sikit sebab ada bajet. Kebetulan tempat kami merupakan lokasi terakhir selepas PTAR 1, PTAR FSPU, PTAR 3 & PTAR 4. Jadi kami buat majlis penutupnya sekali. Dan nama aku naik jadi bendahari maka tugas duit advance dan perbelanjaan jadi urusan aku. Risau jugak mula-mula sebab dapat duit advance hampir 3K. Masuk pulak dalam akaun sendiri. Jadi gabra sangat, takut terbelanja duit tu. Mujur gak aku ni seorang yang berhemah (perasan lagi!). Jadi duit tu betul-betul guna untuk urusan hari mesra je. Memandangkan aku jugak merangkap biro aktiviti dan hadiah, jadi kerja bertambah-tambah. Nak mencari-cari hadiah yang sesuai, nak fikir pulak games mana yang menarik. Betul-betul menuntut keperahan otak nak memikirkan idea-idea menarik. Mujur juga dapat bantuan daripada ketua dan staf. Alhamdulillah, perjalanan hari mesra sepanjang 2 hari tu (ditambah dengan majlis penutup pada petang hari terakhir) berjalan dengan lancar. Aku dapat tau daripada bos, majlis kami tu menjadi buah mulut staf-staf yang hadir. Banyak yang memuji kelancaran program dan hadiah-hadiah. Alhamdulillah sekali lagi, berkat usaha kami yang bekerja. Tak sia-sia jugak aku balik lewat ke rumah (selalunya lepas maghrib) selama seminggu semata-mata nak siapkan program ni.
Bengkel Amalan Terbaik
Sekali lagi menjadi urusetia. Kali ni terlibat dengan pendaftaran. Agak sibuk juga memandangkan bukan staf library sini je, staf dari cawangan pun datang jugak. Sehari sebelum, AJK ramai turun padang, kemas dan buat persiapan. Aku tolong bahagian hadiah dan cenderahati masukkan barang dalam door gift. Banyak juga benda dalam goodies bag tu. set manicure, lanyard library, notepad, pensel, button badge (comel sangat), gula-gula dan asam. Sangat menarik! Dan esok harinya aku datang awal. Macam biasa selesaikan hal kerja sendiri dulu, baru uruskan hal bengkel. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit isu tapi masih terkawal. Pendaftaran dilewatkan sedikit tapi tak menjadi masalah kerana masih mengikut masa yang ditetapkan. Ada satu cerita kat sini. Aku terserempak dengan kawan lama. Masa belajar dulu. Aku dah pernah cerita pasal mak ayah dia meninggal baru-baru ni dalam blog aku. Mula-mula perasan belakang dia tapi tak pasti sama ada betul ke tak orangnya tu. Lepas tu memang dah ditakdirkan kami betul berjumpa, dia betul-betul lalu depan aku. Tak tau macam mana tiba-tiba terpanggil nama dia. Agak terkejut dia bila dengar nama dipanggil. Aku pun jadi terkejut tengok reaksi dia macam tu. Agak lama kami berborak. Macam-macam cerita keluar. Yang paling best, dia boleh bagitau dia mimpikan aku malam sebelum tu. Huuu, bagus betul mimpi dia. Cerita lain, dia ajak aku pergi kenduri kahwin dia bulan 12 ni. Kawan ni siap cakap kalau aku tak datang, dia nak cari aku kat UiTM ni. Huuuuu....aku cuma boleh bagitau dia aku tak berjanji tapi aku usahakan untuk datang. Cerita yang lagi satu aku dengar dan yang ni buat aku rasa kagum, rupa-rupanya ada kawan sekelas kami yang tengah buat PhD. Orang yang aku tak sangka-sangka pulak tu. Tapi mungkin dah rezeki dia. Aku cuma doakan semoga dia berjaya dapatkan title DR. tu. Bila cakap macam tu buat aku terfikir nak sambung belajar je hehehe. Okay habis bab ni.
Bengkel CoP
Kali ni aku jadi peserta. Agak berat pengisian begkel kali ni. Betul-betul sentuh bab pengurusan library. Aku satu kumpulan dengan Kak Fiza(pustakawan PTAR 3 - senior kat kedah dan masa degree) dan Anuar (Puncak Alam - junior masa degree). Yang lain semuanya orang besar-besar. Aku rasa kami bertiga je yang muda-muda dalam group 8 orang tu. Yang bestnya kami bertiga senyap je sebab tak boleh nak mencelah orang-orang senior bercakap. Cuma jadi tukang taip dan cantikkan slide presentation hehehe. Hari tu aku balik lambat gara-gara masa pembentangan yang agak panjang.
Hari Persaraan Ketua Pustakawan
Hari yang agak kelam kabut. Aku jadi urusetia lagi sekali. Kali ni jadi Urusetia sambutan. Banyak protokol kena ikut. Sebabnya Naib Canselor dan orang besar datang. Jadi persiapan kena buat sehabis baik. Bos aku pun dah jadi kelam kabut. Sekejap kat pentas, sekejap kat kerusi tetamu VIP, sekejap kat ruang makan. Kami pun ikut kelam kabut. kaki aku masa tu tak yah cakaplah. Rasa macam tak jejak lantai pun. Walau macam mana pun, majlis tetap berjalan lancar. Aku sempat bertegur sapa dengan Cik Aniey dan Cik Nurul. Puan Azizah dan keluarga En. Haron pun datang jugak. Puan nampak makin cantik. Sempat dia tanya kat aku dia nampak cantik ke tak? hehehe. Aku menjawab dengan seikhlas hatinya yang dia memang cantik. Yang seronoknya, walaupun VC sibuk dengan tugas dan sepatutnya beliau cuma datang sekejap je tapi VC memang seorang yang sporting. Beliau dan isteri sanggup tunggu sampai habis majlis. Siap makan-makan lagi. Bila acara "send-off" tu agak sedih. Aku sebenarnya tak nak menangis pun tapi entah kenapa bila terpandang Puan Azizah pastu tengok En. Haron salam dengan staf-staf terus je airmata aku bergenang. Puan Azizah yang cool tu terus je bagi tisu kat aku. Alih-alih tengok dia pun menangis jugak hehehe. Anyway happy pension day to Tn. Hj. Haron. Hmmm, dah takde orang yang happy go lucky macam En. Haron nak tegur-tegur staf. Tapi apa-apa pun kami dah ada big big boss baru hehehe...peace ^_^ v
Tuesday, October 12, 2010
CeriTa kerJa.sTudeNt.
Pagi ni rasa ngantuk sangat. Sama ada aku tak cukup tidur ataupun kesan ubat batuk yang tak hilang lagi. Tekak pun rasa tak selesa je. Asyik-asyik batuk. Sampai mencucuk-cucuk dada. Sakit huhu T_T.
Tapi, walau sakit macam mana pun kerja tetap kena jalan. Pagi ni mungkin tak sibuk sangat. Cuma siapkan kerja-kerja hakiki. Statistik yang perlu disiapkan dengan diari aktiviti yang perlu ditambah. Tengahari dan petang karang mungkin agak sibuk. Persiapan tempat dan raptai untuk bengkel esok.
Aku dah siap bawa bekal baju lebih. T-shirt free library bagi sempena bengkel. Hadiah atas sumbangan staf library yang berusaha sungguh-sungguh dalam pekerjaan hehehe. Kaler biru turqoise. Sekali pandang macam kaler baju tempat kerja lama aku. Memang tak lari dari kaler favorite aku.
Student pulak macam biasa, banyak kunjungan. masing-masing tengah sibuk nak siapkan assignment. Memandangkan minggu ni minggu terakhir kuliah sebelum masuk study week. Sekejap je rasa. Lagi dua minggu mereka nak exam. Ah! teringat kenangan masa belajar dulu. Seronok!
Hmmm, semalam dah dapat surat salinan permohonan. Harap-harap diluluskan. Dapatlah pergi luar negara sekali lagi. Sibuk aku nak mengumpul duit nak bayar ke agensi dan nak berbelanja sakan hehehehe. Mak pun dah bagitau awal-awal suruh sediakan duit tukaran. Huhuhu tak sabarnya....
p/s: ariza, aku terjumpa orang yang sebijik macam sharizal kat sini. Aku ingatkan dia sambung belajar balik hehehe rupa-rupanya orang lain. Haa..lagi satu, terjumpa dengan orang yang mukanya sama macam Zain tapi yang ni lagi hensem ;) hahahaha. Kerja kat library jugak tapi kat bahagian lain.
Monday, October 11, 2010
Aku MenGomel
Setelah menyiapkan pelarasan bajet program hari mesra, otak aku kena dibahagi lagi untuk majlis-majlis besar yang lain. Ditambah lagi dengan kerja hakiki yang masih tertinggal tak dibuat kerana banyak program lain yang menuntut tanggungjawab yang besar. Kadang-kadang rasa macam robot pun ada. Buat banyak benda dalam satu masa. Kadang-kadang rasa macam komputer pun ada. Sekejap On kat situ, Off kat lain, hibernate benda lain, Run benda lain. Mujur otak ni ada banyak saraf. Boleh bahagi pada banyak benda. Kira terer gak aku sebab masih tak keliru dengan tugas-tugas aku yang kena jadi macam-macam rupa bentuk AJK.
Pagi tadi baru habis mesyuarat AJK sambutan Majlis Pesaraan Ketua Pustakawan. Ada gak tugasan mencabar. Antara tetamu yang hadir ialah Dato' VC. Sememangnya perlukan protokol. Jadi kami berbahagi tugas untuk menyambut tetamu-tetamu VIP.
Baru jap tadi dapat t-shirt hadiah sempena Bengkel Amalan Terbaik. Esok kena pakai t-shirt untuk kerja persediaan dan raptai bengkel. Mujur ada kat dengan bangunan tempat kerja aku (Library kami tingkat bawah, tempat bengkel tu diadakan kat tingkat atas). Tapi yang pastinya library kami nanti menjadi tempat persinggahan, transit, letak barang, tumpang makan, solat dan lain-lain. Yang penting tugas aku kena berjalan lancar pada hari bengkel tersebut. Mujur ada Kak Syaakirah. Dia yang tolong siapkan senarai peserta bengkel memandangkan aku ada komitmen lain.
Baru siap satu tugasan.....
Belum lagi yang lain-lain. Bengkel CoP tak tau apa cerita. Siapa pesertanya, informasinya takde sape yang maklumkan. emel pun tak nampak. Tak taulah apa jawatankuasa tu buat. Mujur aku dapat tau daripada Bahagian Sumber Manusia. dapatlah sikit-sikit info pasal CoP tu.
Friday, October 08, 2010
SuPer MighTy WoMan
WAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHH!
Puas hati menjerit. Fuh lama gila tak masuk blog ni. Sampai password pun dah hampir-hampir lupa tapi yang magiknya jari tu pantas menekan keyboard menaip password. TANPA memerlukan bantuan otak. SO COOL! Agaknya sebab dah terbiasa heehee.
Tajuk kat atas tu merujuk kepada ME! yang teramat sibuk sepanjang lepas RAYA sehingga habis bulan OKTOBER! Sebabnya terlalu banyak program berjalan secara berturutan, tertib serta menarik tertarik aku memang meletup! (Apa ni?)
tak boleh bercerita panjang. Korang suma tengok list dah bawah pun dah tau berapa banyak kerja aku kena buat ok.
Kerja Aku
6) Bengkel Amalan Terbaik - AJK Sambutan & Pendaftaran -> 13 Okt 2010
7) Bengkel CoP -> 14 Okt 2010
8) Majlis Persaraan Ketua Pustakawan - AJK Sambutan ->15 Okt 2010
9) Temujanji dengan pakar ENT ->19 Okt 2010
10) Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM - AJK Pengangkutan & Logistik - 26-27 Okt 2010
See... banyak kan.... I suka....kerja hakiki tak campur lagi ni hehehe...memang very the Super Mighty woman.
p/s: saya demam hari ni tapi datang kerja jugak. pekerja yang berdedikasi kan (saja nak puji diri sendiri)
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
My Blog List
-
what should4 years ago
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:ispahan cake:.8 years ago
-
~ Singapore - work-related ~9 years ago
-
-
-