Wednesday, July 14, 2010

IndUKsI UmUm

Minggu ni 'terlebih' sibuk daripada biasa. Dengan kelas kemahiran dan orientasi. Lepas tu mesyuarat lagi. Nak buat farewell party pulak kat bos, Encik Ariffin. Bos aku dapat naik pangkat dan kena pindah ke main library. Untung bos, dapat dua 'farewell party' dan satu 'welcoming party'. Semua orang sayang dia. Untuk Bahagian kami ni, aku dengan kak Syakirah kongsi duit dengan staf buat jamuan dan beli hadiah. Berhempas pulas aku dan kak Syakirah cari hadiah. Sampai ke Klang cari. Mujur jumpa. Hmmmm, lepas ni bakal dapat bos baru. Bos perempuan hehehe. Kiranya staf aku kat sini dapat 3 orang pegawai perempuan. Bos baru ni pun aku dah biasa jumpa. Cuma staf je lah yang tak biasa lagi. Aku akan merindui bos lama aku yang begitu baik hati dan bersedia bekerja dengan bos baru. Harap-harap Bahagian kami dapat banyak lagi perubahan.

Hmmm...tinggal dua hari lagi nak pergi induksi. Baju tak siap kemas lagi. Barang-barang pun ada yang tak beli lagi. Macam banyak je barang nak kena bawa. Mujur pergi dengan kawan. Nak kena bawa baju kurung, baju sukan, baju tidur, baju santai, buku tebal perintah am, alatulis, megi, biskut, dan lain-lain yang cukup untuk bekalan 14 hari. Fuh! tak ke banyak tu. Balik induksi, dah ada projek besar tunggu. Huuuuuu, serius sibuk. Tapi, lantaklah, yang kemudian tu kemudian. Yang penting serabutkan dulu dengan induksi ni. Mari kita berinduksi....Yeah!

p/s: pada kawan-kawan yang nak hubungi aku, sila hubungi pada tarikh sebelum 16 Julai dan selepas 1 Ogos kerana liputan akan menjadi tidak elok ketika kejadian berinduksi. Yelah, duduk kat ceruk dalam 'line' telefon tak jelas. Harap maklum. Kalau emel boleh hahahaha

1 comments:

i-za said...

pergh, lm tu induksi.. br plan nk ajk kuar gi mkn kt tmpt br..