Baru balik dari berinduksi...
Terlalu penat...
Tak mampu nak taip entri...
Nasib baik esok cuti....
Tapi esok balik kampung pulak...
Terlalu banyak nak cerita masa induksi...
Terlalu banyak kenangan
Tunggulah bila aku free nanti
Aku akan cerita puas-puas
skip to main |
skip to sidebar
Thursday, July 29, 2010
Wednesday, July 14, 2010
IndUKsI UmUm
Minggu ni 'terlebih' sibuk daripada biasa. Dengan kelas kemahiran dan orientasi. Lepas tu mesyuarat lagi. Nak buat farewell party pulak kat bos, Encik Ariffin. Bos aku dapat naik pangkat dan kena pindah ke main library. Untung bos, dapat dua 'farewell party' dan satu 'welcoming party'. Semua orang sayang dia. Untuk Bahagian kami ni, aku dengan kak Syakirah kongsi duit dengan staf buat jamuan dan beli hadiah. Berhempas pulas aku dan kak Syakirah cari hadiah. Sampai ke Klang cari. Mujur jumpa. Hmmmm, lepas ni bakal dapat bos baru. Bos perempuan hehehe. Kiranya staf aku kat sini dapat 3 orang pegawai perempuan. Bos baru ni pun aku dah biasa jumpa. Cuma staf je lah yang tak biasa lagi. Aku akan merindui bos lama aku yang begitu baik hati dan bersedia bekerja dengan bos baru. Harap-harap Bahagian kami dapat banyak lagi perubahan.
Hmmm...tinggal dua hari lagi nak pergi induksi. Baju tak siap kemas lagi. Barang-barang pun ada yang tak beli lagi. Macam banyak je barang nak kena bawa. Mujur pergi dengan kawan. Nak kena bawa baju kurung, baju sukan, baju tidur, baju santai, buku tebal perintah am, alatulis, megi, biskut, dan lain-lain yang cukup untuk bekalan 14 hari. Fuh! tak ke banyak tu. Balik induksi, dah ada projek besar tunggu. Huuuuuu, serius sibuk. Tapi, lantaklah, yang kemudian tu kemudian. Yang penting serabutkan dulu dengan induksi ni. Mari kita berinduksi....Yeah!
p/s: pada kawan-kawan yang nak hubungi aku, sila hubungi pada tarikh sebelum 16 Julai dan selepas 1 Ogos kerana liputan akan menjadi tidak elok ketika kejadian berinduksi. Yelah, duduk kat ceruk dalam 'line' telefon tak jelas. Harap maklum. Kalau emel boleh hahahaha
Thursday, July 08, 2010
UcaPAn~BirtHdaY kAwAn & AnniVeSaRy
Salam 1Malaysia dan selamat pagi
Sebelum aku terlupa dek banyak benda 'terkumpul' dalam otak, izinkan aku [macam hape je ayat..blog sendiri pun nak minta izin ka?]...ok, ulang semula. Izinkan aku untuk bagi ucapan ni kat semua.
Kepada Aney dan Dekni ~~ Selamat Harijadi yang ke....tuttttt hehehe. Maaf aku 'ter'cepat satu hari. Reason dah ada kat atas tu, tak payah aku ulang-ulang. Ke nak ulang jugak? Ok..ok...aku ulang. Sebabnya...aku takut terlupa. Apa-apa hal semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati tuhan dan paling penting semoga bertemu jodoh yang terbaaaaek. Apa? nak hadiah? jumpa aku baru boleh bagi hadiah. tarikh tutup minta hadiah adalah pada 15 Julai 2010. [malangnya aku kena kursus kat perak dua minggu bermula 16 Julai. Ada harapan tak korang nak jumpa aku ni. Tak kot hahahaha]<-----ayat kejam.
Kepada aku---->selamat ulangtahun pertama bekerja di tempat baru ni [tarikhnya minggu depan 16hb tapi yelah, dah pergi kursus tak sempatlah pulak nak update nanti. takut 'TERLUPA' lagi]. Wah, dah setahun. Macam tak percaya je. Kejap sangat. Tapi banyak benda yang masih aku perlu belajar. It's a life long learning. Banyak lagi yang aku tak kecapi. Salah satu contoh, berkahwin [hahaha tak boleh miss yang ni] dan ada lagi. Nak cerita banyak. Tulis kat sini karang tak termampu korang semua nak baca kan...kan..
Apa-apa pun. biar semua selamat dan selamat.
Monday, July 05, 2010
HaRi Yang KelAm KaBut
Pagi ni terlewat bangun. Tak dengar bunyi loceng kat handphone. Serius memang aku lewat sangat. Aku bangun pun bila Amir kejut. Tengok-tengok dah pukul 6.30. Babas habis. Selalu masa tu aku dah bergerak pergi kerja. Entah hapa masalah kat handphone tu sampai tak bunyi langsung. Cukup tak macho. Penat tukar handphone tu dengan Amir. [Ah! aku rindu kat handphone lamaku].
Keluar rumah pukul 6.50. Memang aku bersiap ala-ala komander. Sepantas kilat. Tak mau terlambat. Mujur Amir yang pandu [tu pun aku yang suruh. Siapa suruh tak kejut awal-awal]. Oh ya, kali ni Amir ikut sekali. dia pun ada kelas pagi tu. Barang-barang dia pun dah siap humban dalam kereta. Tunggu nak sumbat kat rumah sewa dia je.
Sampai ofis dalam 7.30. Tu pun pintu ofis tutup lagi. Cepat-cepat punch in bila pintu dah buka lepas tu aku hantar Amir ke fakulti dia. Masuk balik ofis, dah ada banyak kerja. Tambah pulak dengan pelajar baru masuk. Masing-masing memenuhi ruang legar perpustakaan. Tunggu nak daftar kursus. Dan aku menjadi teramatlah sibuk dengan pelbagai benda. Dengan kerja aku lagi, nak layan kerenah student lagi. Dan masa ni lah library portal nak buat hal. Aku punyalah geram, rasa nak hempuk-hempuk je keyboard tapi aku sabarkan je. Rupa-rupanya memang ada masalah tapi orang bahagian sistem tak bagitau. Memang terbaekkkkk!
Dan dalam kegeraman yang amat, aku terpaksa terangkan kat student pasal masalah tu. Mujur dia faham. Ada student lain lagi yang tanya soalan. Masa ni lah ada pulak telefon bunyi. Aku pandang handphone dan nampak nama malaun tu terus aku putuskan. Masa-masa sibuklah dia nak kacau. Bila aku hantar mesej yang aku kata sibuk, boleh pulak dia hentam bagi "Yelah kita dah tak sama level dengan awak. Takde siapa nak tolong kita." Mau je aku nak baling handphone tu. Kau ni faham bahasa ke tak. Aku bukan tak nak tolong tapi aku sendiri pun kelam kabut nak buat semua kerja. Mujur ada student depan aku. Boleh jugak aku tahan marah aku ni jap. Muka nampak senyum, dalam hati aku dah sumpah seranah orang tu. Mujur aku dah tak kawan dengan kau tau tak. Tak sanggup aku nak layan kerenah kanak-kanak bawah 5 tahun kau tu. Sebab tu tak ramai orang lekat dengan kau. Jenis yang TAK FAHAM BAHASA.
Sabar...sabar. Aku ada kerja lagi nak buat ni. Banyak benda aku kena setel sebelum aku pergi induksi minggu depan. Lama pulak tu aku takde kat ofis. 2 minggu!
Petang ni ada lagi orientasi nak bagi kat student baru. Kerja yang kena dibuat setiap kali buka semester.
Hmmm, apa lagi. Dah! Cukup! Aku nak buat kerja....
Friday, July 02, 2010
'PaNas' LaGi
Aku tak tau apa nak cakap ni. Memang terasa panas. Just opened my profile on web and someone just typed few comments which were DISGUSTING. And that was from someone i knew. Asking of stupid, ridiculous thing. Really annoy me. To think that person is so called "friend", it makes me feel really want to throw rocks at him. But what makes me feel more annoy, it's just I can't give advice to him as I am his so called "friend". Truthfully I don't know him anymore. That is too much.
What is so good asking girls to be "ONE NIGHT STAND". Don't you get it? It's disgusting and you're muslim. Even married already. Huh, some men are not to be trusted. I am dissapointed.
What is so good asking girls to be "ONE NIGHT STAND". Don't you get it? It's disgusting and you're muslim. Even married already. Huh, some men are not to be trusted. I am dissapointed.
PaNas.SeJuk
Hari ni aku berasa "panas" dan "sejuk".
'panas' hati tadi tengok orang yang tak faham bahasa suka-suka alihkan kon yang aku letak kat parking Kak Syakirah. Dah terang-terang ada label parking untuk "Pustakawan" dan dah diletak kon, yang kamu memandai alih kon tu dan parking kenapa? Masa sekolah dulu cikgu tak pernah ajar ke menghormati hak orang. Tak pernah dengar ke perkataan "marking". Dahlah buat masa kami baru je gerak ke depan sikit dari tempat parking tu. Bila ditegur, boleh pulak buat-buat tanya "Ni parking untuk siapa?". Bila diberitahu, "Oh, parking untuk you je." Tak ke rasa nak bagi sedas dua je kat orang macam tu. Aduihlah. Peringatan untuk aku lain kali. Tak kiralah apa-apa pun, jangan ceroboh hak orang. Orang tak suka. That's it.
Nasib baik aku 'disejukkan' dengan Secret Recipe's Shepherd Pie dan Choc Banana. Mula-mula dah kenyang sebab pagi tadi bantai soto masa sarapan. Tapi disebabkan insiden 'panas' tu buatkan aku lapar sampai terasa nak makan orang sekali. Mujur Kak Syakirah ada idea yang best. Kira puaslah aku hadap dua-dua tu. Rasa perut aku dah overload dengan macam-macam.
p/s: aku jarang rasa 'panas' camtu. Kalau ada yang rasa nak kena telan, tolong buat aku rasa 'panas'. Siap ada laser merah nanti bila aku fire.
p/s p/s: esok nak kena temankan Amir pergi daftar masuk. Boleh jumpa Aney kejap. Nak hantar baju yang aku pinjam hari tu. Aney pun ada kursus esok kat situ.
Thursday, July 01, 2010
[UPDATE]KurSus KemaHiran PengguNaan PangkAlan DaTa
Dah habis kursus yay. Habis jugak gemuruh aku bagi latihan kat geng-geng pustakawan. Hilang semua rasa berat kat kepala. Bukannya senang kan nak bercakap depan orang ramai. Tak tau kenapa tadi agak ok lah. Sepanjang dua hari kursus tu aku sentiasa diusik kawan-kawan dengan panggilan "cikgu". Huu, makin nervous aku dibuatnya. Mujurlah aku boleh kawal diri daripada bercakap spesis keretapi laju Jepun. Masa aku belajar dulu, selalu kena marah dengan lecturer pasal ni. Sebab aku suka cakap laju-laju. Entah hapa yang aku nak kejar sampai cakap bukan laju. Mungkin pengalaman kot banyak bantu aku bercakap dengan tenang hehehehe. Tapi ni pertama kali aku jadi peserta kursus dan penceramah pada masa yang sama. Pengalaman yang menarik ^^
Minggu ni punya aktiviti tak habis lagi. Esok aku ada lawatan ke perpustakaan fakulti. Kat Sek. 17, Petaling Jaya, Puncak Perdana, Puncak Alam dan dalam kampus induk. Memang satu hari suntuk kitaorang pergi melawat je. Hari Khamis pulak ada lagi taklimat perpustakaan nak bagi kat budak baru. Minggu depan lagi sibuk. Semester baru dah mula dan pelajar-pelajar baru mula kuliah.
Kerja....kerja...kerja
Lupa nak cerita masa hari kursus tu. Tima kasih banyak-banyak ye aney dan nurul bagi aku tumpang tidur kat tempat kamu. Serius kelakar, kita bertiga tidur di atas katil yang kecik tu siap dengan kaki berjulur. Kena potong kaki tu, panjang sangat hahahaha. Dan best jugak dapat tengok wayang malam tu, tengok cerita A-Team yang super kelakar. Tima kasih sekali lagi kat aney yang bagi pinjam baju kurung. Baju aku berlubang hehehe..kesan kena seterika panas. Aney, kamu kata aku bagi taklimat terbaek, hahaha..aku rasa jantung aku nak terkeluar je masa bagi penerangan tu tau. Mujur dah lepas. Lepas ni, aku nak dengar kau pulak cakap boleh? ^^
Lupa nak cerita masa hari kursus tu. Tima kasih banyak-banyak ye aney dan nurul bagi aku tumpang tidur kat tempat kamu. Serius kelakar, kita bertiga tidur di atas katil yang kecik tu siap dengan kaki berjulur. Kena potong kaki tu, panjang sangat hahahaha. Dan best jugak dapat tengok wayang malam tu, tengok cerita A-Team yang super kelakar. Tima kasih sekali lagi kat aney yang bagi pinjam baju kurung. Baju aku berlubang hehehe..kesan kena seterika panas. Aney, kamu kata aku bagi taklimat terbaek, hahaha..aku rasa jantung aku nak terkeluar je masa bagi penerangan tu tau. Mujur dah lepas. Lepas ni, aku nak dengar kau pulak cakap boleh? ^^
LaWatAn PerPustaKaan FaKUlTi
Semalam satu hari suntuk pergi lawatan ke perpustakaan fakulti UiTM Shah Alam. Ada 10 buah perpustakaan sebenarnya tapi yang kami sempat lawat cuma 8. Tu pun dah kira banyak kan. Yang pergi lawatan ni semua staf baru daripada semua perpustakaan di Shah Alam. Ada 30 orang termasuk aku. Ada lagi yang tak dapat ikut. Ada hal lain.
Kami berkumpul di PTAR 1 dan mulakan lawatan ke tempat aku dulu, PTAR 2. Kebetulan pulak masa tu bos aku kena ambil EL sebab ada sedara meninggal di Batu Caves. Jadi, maka dengan itu, akulah tukang yang memberi taklimat pasal perpustakaan kat staf-staf ni. Macam agak kelakar. Semuanya jadi last minute nye hal. Sekali aku jadi bidan terjun pulak kena terangkan. Tapi small matter je. Takat nak cakap-cakap,tunjuk-tunjuk,jawab menjawab, no problem. Semua beres. Dah habis bawak dia orang jalan-jalan, kami bergambar.
Lepas tu destinasi seterusnya ke Perpustakaan FSPU. Perpustakaan paling kecil di kampus induk. Kami diberi penerangan oleh Puan Shahidatul (ketua). Agak meriah walaupun tempat kecil. dengan ketuanya yang rajin ketawa dan bercakap, ditambah pulak staf-staf yang "nakal" hehehe, kira seronok jugak. Seperti biasa, sesi bergambar di depan perpustakaan.
Destinasi berikutnya, ke PTAR 3 dan PTAR 4. Perpustakaan ni letaknya sebelah menyebelah je tapi fungsinya lain-lain. PTAR 3 khusus untuk engineering, policy science and mass comm. PTAR 4 pulak untuk medical, dentistry dan computer science & math. Kami bermula ke PTAR 3. Macam biasa sesi taklimat dan jalan-jalan oleh Puan Adlina (ketua). Agak unik di perpustakaan ni kerana tiada tandas (diletakkan di bangunan lain. serupa juga di PTAR 4). Dan yang unik lagi, kedua-dua perpustakaan ni ada Annexe building. Aku tak tau maksudnya tapi yang aku faham, perpustakaan ni ada sebuah lagi tempat(jabatan) yang diletakkan di luar perpustakaan. Kami kena keluar dari perpustakaan dan kena naik lif untuk ke tempat tersebut. Lebih kurang macam tu lah. Habis lawatan, sekali lagi bergambar.
Kalau nak tau, kesemua perpustakaan di atas terletak dalam kampus induk sahaja. Dah banyak kan.
Seterusnya, kami ke Perpustakaan INTEC di Seksyen 17 (yang ni dah luar kampus induk). Antara perpustakaan terbaru (bukanlah baru sangat tapi bangunan baru dan boleh dikatakan antara perpustakaan UiTM yang terbesar dan canggih). Memang kagum kami dibuatnya...dan penat. Punyalah besar sampai termengah-mengah aku dibuatnya. Tapi memang aku kagum dengan infrastruktur dalaman. Siap ada perpustakaan kanak-kanak. Pusat IT yang besar (boleh memuatkan lebih kurang 160 buah komputer) dan juga sound proof. Huuuu, memang canggih. Yang lagi best ada Dewan Seminar dalam perpustakaan. Pun sound proof. Huish, kagum sangat-sangat. Kami berhenti makan tengahari di sini dan solat.
Jam dua, kami bergerak ke Petaling Jaya. Lawatan ke perpustakaan UiTM Jalan Othman. Kami sampai dalam pukul 3. Perpustakaan ni merupakan yang tertua di UiTM. Tempatnya kecil tapi menarik. Warna-warni macam kat Terminal Bas Seremban, ada staf kata. Yang best kat sini, ruang bacaan terletak di atas yang macam ruang loteng. Ala yang macam dari luar korang tengok satu tingkat je kan tapi kat dalam ada setingkat lagi, so, jadi tempat tu dua tingkatlah kan. Haa, macam tu lah kat sini. Masa naik kat atas tu rasa takut gak sebab bila pijak keluar bunyi krek, krek. Hehehe. Sekejap je kami ada kat situ . Tak sampai setengah jam pun. Kami terus bergerak ke destinasi berikutnya, Puncak Perdana.
Masa dalam perjalanan di Federal Highway tu, tiba-tiba jalan jam teruk. Aku macam dah agak ada something berlaku. Dan memang betul. Kat seberang jalan, kami nampak banyak kereta polis dan bomba serta kepulan asap kat tempat kejadian. Rupa-rupanya ada sebuah kereta terbakar kat atas jalan. Mercedes pulak tu. Aku tak taulah mana pergi pemandunya sebab tak nampak ada ambulans kat situ tapi kereta tu memang terbakar habis. Menjulang-julang api dia. Yang ni satu-satunya gambar yang dapat aku ambil masa semalam.
nampak tak kereta kat belakang tu terbakar. Sibuk pulak encik-encik bomba ni berposing masa aku tangkap gambar ni
Kami teruskan perjalanan tapi memang dah agak lambat. Dua tiga kali aku dapat panggilan dari Anuar budak Puncak Alam, tanya kami nak sampai jam berapa. Aku terpaksa bagitau yang kami mungkin terlewat daripada jadual. Dalam jam 4 kami sampai di Puncak Perdana. Tempat aku belajar dulu ^^. Yang seronoknya, kebetulan kat perpustakaan tu diadakan seminar kertas soalan peperiksaan oleh pensyarah fakulti aku. Semestinyalah aku dapat berjumpa dengan lecturer lama. Aku dah tak hiraukan pasal penerangan oleh Puan Sakmah dan Encik Arshad. Aku sibuk terkam jumpa lecturer. Best sekali dapat jumpa Encik Rosli, Encik Mahadi dan Encik Syed. Seronok kami bersembang. Encik Rosli siap cakap aku ni sombong tak nak tegur dia. Mentang-mentang dah jadi librarian. Terkekeh-kekeh aku gelak. Bukan tak nak jumpa tapi tak mau kacau. Last-last aku kacau jugak. Kak Fiza yang ikut sekali dengan aku pun jumpa semua lecturer ni. Yelah, dia senior aku masa diploma dulu. Mestilah dia kenal lecturer ni jugak. Puan Azizah dan Puan Sobariah pun aku dapat jumpa dalam seminar tu. ^^ Seronok sangat. Puan Azizah tak habis-habis mengomel pasal aku jadi trainer masa kursus sebelum tu. Puan siap mintak aku ajar dia pulak. Hehehe kelakar rasanya mengajar lecturer sendiri. Dah puas kami bersembang, siap kena tegur dengan staf-staf lain yang kami terlambat, barulah kami bergerak ke destinasi terakhir, Puncak Alam.
Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4.30 dan disambut oleh Anuar dan Puan Nik Annita. Kami diberi penerangan sekali lagi pasal perpustakaan dan dijamu minum petang. Masa ni, masing-masing dah muka penat. Yelah, banyak berjalan. Aku pun sama tapi memang seronok dapat buat lawatan macam ni. Baru tau bentuk perpustakaan lain kat Shah Alam ni.
Huuu...panjang gak entri aku kali ni hehehe. Aku tak dapat nak tunjuk gambar. Gambar tu ada kat tuan kamera yang lain.
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
My Blog List
-
what should4 years ago
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:ispahan cake:.8 years ago
-
~ Singapore - work-related ~9 years ago
-
-
-