Thursday, November 25, 2010

SiapA PuNya KerJalah Ni...

Heheheh siapa punya kerja duk hantar emel pencari jodoh kat aku. Kelakar betul. Macam terdesak sangat aku dibuatnya...hahahahaha

Mehla aku tolong promosi sikit benda ni. Mana tau ada yang nak mencari jodoh ;)

Masuklah kat laman web ni

KerJa DaN CuTi

Mengantuk pulak hari ni. Nak pulak ada sengal-sengal, lenguh-lenguh kat badan. Bahana duk mengubah meja-meja belajar kat library masa Hari Gotong-Royong kelmarin. Banyak jugak perubahan kat ofis ni. Aku berubah tempat lagi sekali. Duduk kat depan tepi kaunter OPAC. Tapi nanti aku akan pindah masuk ke dalam bilik. Kemungkinan bulan depan, baru pindah masuk. Hmmm, lagi sekali berpindah. Tempat aku sekarang bakal jadi Kaunter Informasi. Akan ada shift, maknanya aku tak akan duduk di kaunter ni sorang-sorang. Nanti bertukar-tukar staf. Dekat sini, ada lagi perubahan akan berlaku. Bilik kerja staf akan diubah di Aras 1. Aras 3 pun dah ubah kedudukan meja belajar dan rak. Agak menarik kali ni, student mungkin terkejut dengan perubahan  yang kami buat. Bersungguh-sungguh aku, Kak Kirah dengan bos memerah idea nak ubah persekitaran. Cuma Aras 2 belum lagi. Takde idea nak buat. Serabut sebab banyak benda nak kena setel lagi.

Semalam buat Majlis Perpisahan staf yang bersara dan berpindah kampus. Dua orang semuanya. En. Shaari yang akan bersara minggu depan dan Cik Fatimah yang akan berpindah ke Kampus Kuala Terengganu. Aku ditugaskan untuk membalut hadiah. Panik sekejaplah masa nak balut hadiah sebab tersilap potong kertas pembalut. Lagi panik kertas pembalut tak cukup sebab hadiah besar sangat. Last-last aku tibai kertas putih nak tutup ruang yang terbuka hahahaha...oklah janji tak buruk. Masa waktu makan, masing-masing bawa potluck. Ada staf bawa nasi dagang versi Kelantan, bos bawa spaghetti kuah merah. Aku pulak bawa dadih..coklat dan strawberi (permintaan bos). Ada lagi yang lain. Ada kek coklat kukus, kek coklat badam, apam comel, keropok lekor losong, nugget, puding buah, sumi dan lain lain. Air pun buat sendiri. Nak jimat duit. Bajet untuk majlis keraian takde. Jadi buat jelah apa-apa yang termampu. Seronok dalam sedih sebenarnya semalam. Seronok sebab majlis simple tapi dengan kehadiran Puan Ketua Pustakawan dan Ketua Jabatan datang jadi menarik. Sedih sebab majlis ni majlis perpisahan. Kedua-dua staf ni memang ada kelebihan mereka sendiri. Rasa sayang nak lepas tapi yelah dah tiba masa mereka pergi, kenalah relakan.

Hari ni pulak nak siapkan kerja. Nak siapkan laporan jam latihan staf untuk mesyuarat khas besok. Bajet perjawatan baru siap hari tu. Tazkirah pun ada esok sebelum mesyuarat. Isnin minggu depan ada bengkel. Bengkel 3 hari.

Tapi yang seronok, lepas bengkel aku dah mula bercuti. Tak sangka sekejap je masanya. Tinggal beberapa hari je aku akan keluar negara. hahahaha seronoknya...

Nota kaki: Nak siapkan kerja yang banyak ni cepat-cepat. Tak mahu ganggu masa cuti aku nanti....Uweeee~~ 

Monday, November 22, 2010

UmuR.JoDoH

Dah nak masuk bulan Disember 2010 tak lama lagi. Maknanya, tahun depan umur aku menginjak lagi satu. Dah boleh dikategorikan sebagai umur penghujung 20-an. Wuuuuu...menakutkan hehehehe.

Bila umur tu dah makin lanjut, mulalah kedengaran bunyi-bunyi halus di belakang. Bercakap tentang jodoh. Nak pulak masa balik kampung baru-baru ni, makcik-makcik beria-ia cerita pasal anak masing-masing yang dah pasang niat nak kahwin (kebanyakannya sepupu lelaki dan yang lagi sadis...mereka semua tu muda daripada aku). Aku yang mendengar ni muka tetap selamba tapi dalam hati tu...hanya Tuhan yang tahu. Kadang-kadang kesian jugak tengok muka mak. Tapi mak pun tau perasaan aku. Mak cuma cakap "Takpelah, aku seronok anak-anak ada kat sisi lagi. Taklah merasa anak tu dah jauh." Aku cuma senyum je. Aku pun tak salahkan makcik-makcik. Mungkin dia orang risau tengok aku tak berpunya. Risau takut aku jadi anak dara tua. Aku lagi risau sebenarnya ni tapi buat-buat tak risau je hehehehe.

Yang pasti, aku tahu, pertemuan, jodoh, rezeki dan ajal semua di tangan Allah. Cuma kita yang perlu rajin berdoa tanpa putus asa. Jangan sekali kali merintih. Jodoh itu ada, cuma termaktub di Loh Mahfuz sama ada cepat atau lambat.


Nota kaki (tiba-tiba nak pakai ayat Melayu..nampak menarik ^_^): Mentang-mentang dah cuti sekolah, nak pulak asyik dapat kad undangan..gatal lah nak buat entri pasal ni. Saja nak sedapkan hati sendiri hohohoho

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya.ArwAh ToK

Baru je seminggu tak menulis kat blog ni tapi rasa macam dah lama. Ada perkara yang membuatkan aku agak lambat menulis. Sebelum terlupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Tahun ni tak balik beraya kat kampung. Macam tahun-tahun lepas. Memang jarang balik. Tapi tahun ni raya mungkin dah tak menarik macam dulu. Meriah mungkin, sebab adik beradik mak ramai cuma dah tak jadi menarik sebab Tok dah takde.

Hari ni genap seminggu arwah Tok pergi. Masih terasa kehilangan Tok. Nak pulak esok raya. Lagi terasa. Tapi walaupun Tok dah takde, raya kena sambut jugak. Makcik makcik semua bercadang nak buat tahlil lagi esok. Cuma keluarga aku dan Makcu yang takde esok. Esok juga ada majlis aqiqah anak saudara.

Cakap pasal arwah Tok, macam-macam memori ada. Tapi rasa sekejap sangat Tok pergi. Macam baru semalam je jumpa Tok, borak-borak, usik Tok. Tau-tau je Tok dah takde. Teringat lagi kenangan dengan Tok masa raya puasa lepas. Masa tu Tok dah tak sihat tapi masih lagi boleh bercakap dan bergurau. Tok memang seorang yang suka bergurau. Ada je ayat-ayat dia yang boleh buat orang tergelak. Masa raya tu tak tau pun, rupa-rupanya raya terakhir Tok dengan kami. Tapi aku perasan ada beberapa perkara yang tak pernah dibuat Tok sebelum ni, semuanya ada masa raya. Tok macam tau je yang dia akan pergi.

Salah satu perkara yang aku ingat, arwah Tok sebelum ni memang jarang bergambar. Dia memang tak suka orang ambil gambar dia. Kalau ada cucu yang nak tangkap gambar, cepat-cepat dia mengelak. Kadang-kadang dia tolak je kamera tu. Tapi masa raya baru ni, arwah Tok sendiri tak kisah pun, siap senyum lagi walaupun muka tak pandang kamera. Banyak jugak gambar dia yang ada dalam kamera. Tok macam dah tau yang gambar-gambar tu bakal jadi kenangan bila dia dah takde.

Ada lagi perkara lain tapi aku tak mau cakap. Dah rasa sedih ni. Karang menangis pulak. Bila cakap hal arwah Tok, makin banyak memori yang keluar. Jadi makin sentimental pulak.

Yang pasti, raya tahun depan dan seterusnya dah tak menarik lagi. Satu-satunya Tok yang ada pun dah pergi. Cuma nanti dapat sambut dengan keluarga dan saudara mara je.

Al-Fatihah untuk arwah Tok dan Toki sebelah mak dan ayah...

Tuesday, November 09, 2010

StAtus akU SekAranG ni

Rasa nak menangis lagi tapi tak leh nangis kuat-kuat. Nanti budak-budak kat sini pandang semacam je...

Nangis dalam hati je lah...uhuk huhuhuhu T.T