Friday, October 30, 2009

Bengkel Liaison Officer

Dua hari kursus termasuk pagi tadi punya tazkirah dengan majlis meraikan staf...sebab tu lambat update blog. Macam2 cerita tapi seperti biasa takde gambar nak disertakan sebab saya tak rajin bergambar dan upload hehehe...

Tapi apa2 hal pun nak ucap tahniah kat ariza (wah, nak sambung masters dah ko ye....) Good day to asmahani (semoga hari2 ko penuh dengan cerita maka dengan itu blog ko akan sentiasa up to date dan maka dengan itu aku pun boleh baca blog ko hari2...tak bosan aku hehe)...

Anyway, banyak giler ilmu yang aku kutip masa bengkel 2 hari tu ...dan aku paling kagum dengan dua penceramah yang memang superb bila bagi ceramah...(aku nak dengar lagi!)..tak lain tak bukan bekas bos part time aku dulu (aku selalu buat kerja part time kat library sebab tu panggil beliau "bos part-time") Pn Salbiah dan Tn Hj Mokhtar (memang best dia bagi ceramah...mau gelak2 saja). Biasalah bila dah dengar ceramah tu mesti banyak ilmu kan. Ilmu communication skill, presentation skill, macam2 lagilah. Moga2 aku dapat manfaatkan ilmu tu sebaik mungkin. Nak berkongsi dengan kamu semua wahai pembaca tapi malangnya aku tak boleh nak cerita sebab tak tau nak cerita macam mana (nak tau...pergi dengar sendirilah hahahaha)

Apa2 hal pun, hari ni dah mula kerja balik. Kena siapkan apa2 yang perlu disiapkan (Hmm, macam banyak kerja aku). Nanti kalau ada cerita baru, ku akan update...Alright, jom KERJA!

Tuesday, October 27, 2009

LAyOUt BaRu!!

Haha hari ni tukar angin sikit. Tetiba je rajin nak tukar layout. Cantik tak kawan2? Cantik kan...

Tapi ada yang tak puas hati lah. Nape dia tak nak keluar Nav Bar tu? huhuhu...

Takpe2 akan ku usahakan untuk mencantikkan dan menambah baik(ayat piawai tempat keja aku) blog ni.

Jadi, kawan2 tunggulah cerita2 terbaru dariku ya...

Terima kasih...

Monday, October 26, 2009

sedara ku kawen

Yes! Ni masa aku nak cerita pasal weekend ku...bermula jumaat lepas...

petang tu aku keluar kejap pergi servis kereta, dah alang2 dekat, aku singgah opis lama aku. Sampai saja kat opis, tu abis ku serang semua umat yang ada kat situ...tapi ramai gak yang takde, cam bekas bos aku, Pn Zarina. dia pergi Terengganu ikut exhibition fair kat sana. Tapi rakan2 yang lain adalah. Takpelah, janji dapat jumpa diaorang hehehe..

Sabtu pagi pulak, kena bersiap2 awal sebab sedara ku nikah pagi tu. So, kenalah bertolak awal nak pergi ke rumah dia nak tolong apa2 yang patut. Sampai2 je, aku dah kena tugasan memegang dan membawa barang hantaran huhuhu..ku pun apa lagi kontrol ayu jela kerjanya...sebab kameraman nak tangkap gambar hahaha (apa salahnya tumpang sekaki nak glamer)...

Dah sampai kat masjid, sempatlah jugak snap beberapa keping gambar guna my phone...so, tengoklah gambar orang yang kontrol ayu nih...


gmbr ngn adik kecik
konon cunlah duduk cam gitu hehe


dengan mak


Ahad pulak pergi time sanding sedara ku pulak...pergh! makan best tu...tempat kejadian tu Kelab Darul Ehsan...leh tahan eksklusif tu....huuuu...tapi sorilah tak sempat nak tangkap gambar pengantin sebab ada kat kamera lain..yang ni semua gambar dalam my phone jer...hehehe

Marilah tengok gambar yang seterusnya...ada sekeping je kot hehehe


dengan adik kecik gak

notebook

malam karang aku nak citer psl aku buat apa time weekend..sebab apa malam karang?...Sebab aku nak letak gambar...dan aku tak suka guna komputer opis ni untuk bab2 camni...no privacy..

setakat nak tulis2, nak taip2 aku tak kisah tapi kalau nak letak gambar memang leceh kalau kat sini(sebab nanti student ingat aku tak buat kerja...padahal ada je, cuma aku pandai bahagi masa untuk blog jugak hehe)..jadi baik aku guna personal computer (masa ni lah dok teringat kata2 adik aku yang suruh beli notebook..hmmm, aku nak SONY VAIO...leh tak?..hati kata: takdak duit buat cara takdak duit..jangan nak berangan lebih!)..

cakap pasal notebook ni bukan apa..sebabnya aku selalu berebut dengan adik aku..dia asik nak main game...dan aku pulak sibuk nak tengok citer korea...so camne?

tapi Insyaallah...suatu hari nanti adalah notebook tu (cuma tak tau bila...dalam mimpi dah selalu ada hehehehe)

Friday, October 23, 2009

feels like...

no words can impress myself now...maybe it is true..OR..not

but why do i have to feel like this. Is something wrong or only i feel this..

what should i do?