Tuesday, June 14, 2011

DeNgar Radio UFM

Masa kerja aku suka dengar siaran ni. Rasanya UiTM kot yang ada siaran radio sendiri. Kalau ada universiti lain yang buat, sila maklumkan kat aku. aku nak dengar.

Pada mereka yang ada kat area Shah Alam boleh buka frekuensi ni di 93.6 fm.

Mereka yang berada di luar Shah Alam, boleh layari secara online UFM Live

Siaran ni bermula jam 7 pagi hingga 7 petang.

Selamat mendengar!

LelAki Itu...

Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku dilanda gangguan daripada opposite gender...

Hairannya, masa aku menggedik nak berkawan dengan lelaki, takde pulak nak berkawan.

Bila tak mahu menggedik, berduyun tibaaaaa gangguan tersebut. Rasa nak off handphone je. Biar aman sikit.

Yang tak paham, dah cakap tak berminat nak layan, masih lagi nak menghantar mesej-mesej. Nak suruh aku cakap bahasa tamil ke baru nak faham.

Ingat lagi dulu masa kenal dengan mamat ni. Sekali je jumpa dia lepas tu terus tak jumpa dah. Sebabnya, aku tak suka perangai dia. Belum apa-apa dah sibuk gatal nak pegang tangan orang. Belum lagi bab kita orang berlawan pendapat. Cukup sinis dia memerli hal-hal cinta dan institusi perkahwinan. Aku ingat lagi dia pernah cakap "Ala tak payah kahwin pun boleh dapat semua", "tak payah cinta-cinta ni, kita bukan nak setia pun. Berlambak perempuan boleh cari" dan lagi satu "Bukan budak perempuan KL suka sosial ke. Awak kan budak KL. Takat pegang tangan dengan peluk-peluk ni benda biasa je kan." Bengang je aku rasa sampai aku terfikir biar tuhan buka hati dan minda dia. Bagi kesedaran minda dan sivik. Biar ada rasa hormat dengan perempuan. Bagi dia betul-betul rasa sakit akibat jatuh cinta. Masa tu baru dia tahu, penangan cinta ni.

Dan aku rasa apa yang aku cakap kat atas tadi macam dah terjadi kat mamat ni. Mungkin tuhan dah buka hati dia. Masalahnya, aku yang jadi mangsa. Dah lama kami tak jumpa. Dekat 3 tahun. Aku ingatkan dia dah lupakan aku. Bagi aku memang sepatutnyalah dia boleh lupakan aku sebab kami hanya berjumpa sekali saja dengan ending yang best. Takde senyum-senyum, tergedik-gedik masa nak cakap babai. Aku blah macam tu je lepas aku basuh dia habis-habisan. Sikit pun aku tak pandang dia. Agak thrill kan. Memang masa tu rasa sakit hati sangat sampai tak nak pandang muka dia. Umur je dah masuk 30 tapi perangai tak matang langsung.

Sekarang, boleh kata hari-hari dapat mesej dia. Tanya khabarlah, say good night lah. Bab rindu, tak yah cakaplah, sampai naik muak dengar. Tapi minta ampun dan maaf, aku tak nak keluar dah dengan dia. Cukuplah pengalaman dulu. Karang aku takut mulut aku keluar api, terbakar hangus dia pulak nanti.


Cukuplah....

Monday, June 13, 2011

MemAng NaK kEna TuL nI...

Bengang. Pagi-pagi sudah bikin hati rasa panas. Siapalah yang kurang ajar hack emel aku. Habis hantar emel mengarut kat semua orang dalam mail address aku.

Tak pasal-pasal kena tukar password baru. Aduh, aku tak pernah kacau orang. Nak buka spam mail pun payah. Tak pasal-pasal kena hack.

Hilang mood nak buat kerja.

Saturday, June 11, 2011

CuCi KerEta

Mode sekarang. Penat yang amat. 

Baru lepas cuci kereta. Bukan sebuah tapi dua buah. Basuh kereta Myvi dulu. Dah abis basuh, tengok sekejap hasil kerja sendiri. Puas hati. Nampak kereta mak dah berkilat.

Turn berikutnya kereta aku. Tapi hari dah makin gelap. Biasalah cuci masa dah petang rembang. Cepat-cepat bersih dan vakum. Tapi kalau dah kereta sendiri tak boleh nak main cincai basuh. Mesti ada je yang nak dicuci  bagi betul-betul bersih.

Basuh punya basuh tengok langit dah gelap. Aku cepat kemaskan semua. Masuk dalam rumah. Last last hasil kerja kereta sendiri tak tengok lagi. Dah gelap. Tak nampak. Kena tunggu esok baru nampak hasilnya.

Tuesday, June 07, 2011

MiNi ReuNioN BFF

Dah masuk petang macam ni, mulalah malas nak buat kerja. Jadi, buatlah entri baru. Nak cerita pasal semalam.

Semalam buat mini reunion dengan BFF (best friends forever) masa belajar dulu. Tak cukup korum sebab Cik Salfarina dan Cik Marli tak datang. Dia orang tak dapat datang sebab ada hal. Yang ada cuma aku, Ariza, Dekni dan Maziah. Dapat buat reunion ni pun sebab Maziah ada kursus kat KL. Dia ni je yang jauh. Tinggal kat Perlis. Yang lain semua kerja kat area KL dan Selangor. Nasib baik ada kursus. Kalau tak entah bila nak jumpa lagi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Mula-mula janji nak jumpa kat lobi hotel Grand Pacific tempat Maziah check in tapi memikirkan yang jalan kat situ agak sesak, nak pulak jumpa lepas waktu kerja, anda semua boleh bayangkan betapa payah nak ke sana. Last last aku call Dekni minta ubah tempat perjumpaan. Kata putus jumpa kat Tasik Titiwangsa. Disebabkan aku orang pertama sampai, jadi aku kena tunggu yang lain-lain. Sementara menunggu, aku ambil peluang lepak tepi tasik. Masa kat sana, aku cari kerusi rehat dan duduk. Bila sorang-sorang, korang taulah apa aku akan buat kan. Ya, aku duduk termenung. Masa tu mulalah nak fikir yang merapu. Siap boleh kata "Best gak kalau lepak sini petang-petang. Kalau aku tengah kecewa ke patah hati ke, boleh jugak datang sini jogging sorang-sorang". Siap fikir nak bawak bekalan baju dari tempat kerja. Sebelum keluar opis terus tukar baju siap-siap pastu singgah terus hehehe.. tapi entah bila masa aku nak kecewa pun aku tak tau hehehe.

Orang kedua sampai Ariza. Elok pulak kelam kabut nak cari parking. Aku pun main hentam je cakap aku kat mana-mana. Kesian orang tu nak cari parking. Rupa-rupanya tak jauh pun dia parking tapi terpaksa tukar park kat sebelah kereta aku. Masa ni, kami duk sembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Sempat call Maziah tanya Dekni dah sampai nak ambil dia dari Arkib. Elok lepas call dia, call Dekni pulak. Betul-betul baru sampai kat situ. Menunggu lagi ketibaan minah berdua tu. Pukul 7 lebih baru sampai. Singgah solat sekejap kat surau. Boleh pulak aku melawak dengan Dekni pasal tempat ambil air wuduk. Kawasannya agak terbuka. Kalau berdiri, dinding tu cuma paras dada. Boleh nampak kawasan luar. Nak pulak mengadap betul-betul berhadapan dengan surau lelaki. Aku cakap kat Dekni nak ambil wuduk kena jalan itik. Tak nak bagi nampak aurat. Kalau berdiri je mesti orang lelaki kat depan boleh tengok dengan percuma rambut kitaorang yang cantik ni hehehe. Mengekek Dekni ketawa masa nak ambil wuduk.

Dah habis solat, baru kami cari warung makan. Aku cadang pergi ke Satay Station. Saja nak cuba kat situ. Agak besar restoran terbuka tu. Sesuai untuk melepak. Kami duduk berdekatan dengan skrin besar. Nak tengok cerita Nora Elena (entah betul ke tak aku eja sebab aku tak berapa tengok sangat. bukan tak nak tengok tapi tak sempat). Bila dah order, masing-masing sambung lagi bercerita. Masa makanan sampai, masing-masing daripada muka happy jadi semacam je. Bukan sebab apa pun, cuma makanan agak sikit. Tapi makanan bolehlah tahan sedapnya. Ariza lagi kesian. Nasib dia kurang baik kot. Boleh pulak nasi goreng paprik dia ada serangga macam belalang kecil kat atas nasi. Kurang selera nak makan tapi terpaksalah telan sebab dah lapar kan. Bila dah habis makan, rasa macam lapar lagi. Terus kami order sate ayam 30 cucuk. Tapi yang menghabiskan sate, aku dengan Ariza je. Orang yang beriya-iya nak makan sate (Dekni) boleh pulak makan sikit je. Nasib baik perut aku muat lagi. Kalau tak rugi je tak dapat nak habiskan sate tu. 

Bila dah habis, jalan ke parking. Sampai kat situ lepak-lepak kejap. Sambung cerita lagi. Sempat jugak tangkap gambar. Part ni seronok sikit sebab kereta semua jenis Saga. Macam buat kelab tak rasmi je. Masing-masing bergambar dengan kereta sendiri kecuali Maziah yang menempel sebab dia menumpang orang. Dah habis bergambar, borak barulah nak balik.

Apa-apa hal pun memang best. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi memikirkan semua kerja besok (hari ni lah tu!), nak tak nak kenalah balik...


Nota kaki: Terima kasih Dekni, Ariza dan Maziah. Nanti jumpa lagi cuma tak tau bila kan. Kalau boleh bagi lengkap korum hehehe

Nota kaki 2: Nak tunggu berita gembira seseorang. Harap-harap menjadi hendaknya hehehehe