Wednesday, March 30, 2011

NganTuk.MakAn>AkU NaK KURus

Buat kali kedua dalam sejarah bekerja di uitm ni, aku tertidur kat depan komputer ni haa..mujur belum masuk waktu bekerja lagi. Boleh pulak tak sedar tertidur. Elok je aku tidur dalam keadaan duduk camni. Berjaya jugak tidur dalam 20 minit. Sedar-sedar je jam dah pukul 8. Hebat tak?

Mujur juga masa drive tadi tak jadi apa-apa walaupun rasanya sempat jugak aku pejam sesaat dua. Serius ngantuk dowh. Tak tau apa aku buat yang jadi sampai mengantuk macam tu. Nak kata tidur lewat, tak jugak sebab aku memang selalu tidur jam 11 lebih. Nak kata penat sangat pun tidak. Ke sebab aku makan banyak sangat malam tadi? Kejap nak check apa yang aku makan lepas balik kerja:~~makan nasi lauk ikan masak kicap, pastu roti sekeping, pastu salad brokoli. Ayah balik bawa bihun goreng dengan kuih seri muka. Makan lagi. Malam tu buat air milo. Pastu mak balik pulak bawa 1 balang kuih bunga ros. Pastu mak goreng keropok lekor yang sepupu aku bawa balik dari kampung. Jadi makan lagi. Hmmmm agak banyak di situ nampaknya. Puas jugak melantak semalam. Agak-agak makan macam tu boleh membawa kepada perasaan mengantuk di pagi hari tak?


Nota kaki: Taulah dah ramai puji aku kurus, mulalah nak buat hal makan banyak-banyak kan. Tapi takpe bukan selalu. Dah bajet nak maintain kurus ni hehehehehe

Nota kaki 2: Lupa pulak nak ucap tahniah kat Fairuz & Aini. Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia. Jangan lupa doakan untuk aku tau. Thanks Ariza tumpangkan aku pergi majlis kahwin diaorang hehe

Friday, March 25, 2011

HaRi MesrA PelAnggAn~HarI akU Yang SaNGat SiBuk

Lega majlis perasmian Hari Mesra dan gemilang siswa dah selesai dari Isnin sampai Rabu lepas. Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi tapi majlis berjalan dengan lancar. Kalau nak diikutkan, program kali ni memang agak meriah dan juga yang agak sibuk dan paling banyak tugas kena buat. Nak pulak aku kena jadi biro jamuan da tajaan. Agak mencabar jugak, dengan bajet yang kurang tapi semuanya nak extravagant...huuu memang mencabar.

Nak pula kali ni program sampai ke malam. Aku kena menumpang rumah member dua malam sebab dah tak larat nak drive balik gombak. Tapi yang tak best program malam kedua terpaksa ditangguhkan sebab tak nak clash dengan taklimat agama kat dewan sebelah. Masa tu frust sangat-sangat sebab nak tengok teater muzikal tapi dah nak buat macam mana, tak berkesempatan lah huhuhu.

Kali ni juga program melibatkan pelajar-pelajar MPP dan kementerian penerangan. Apa-apa hal kerjasama dengan mereka memang baik tapi biasalah kerenah manusia, semua nak nampak sempurna. Kita yang bertungkus-lumus, berhempas pulas ke hulu hilir nak memastikan majlis berjalan lancar, langsung tak dipandang. Ada juga yang cakap-cakap kat belakang. Biarkan je mereka itu!

Masuk hari ketiga program, aku dah rasa sakit sangat. Tak boleh nak bongkok badan sebab sakit belakang. terlalu sakit sampai nak solat pun terasa nak menangis. Last last semalam minta cuti, aku tidur puas-puas. Tapi takdelah sampai ke petang sebab masih nak kena memasak, abang sedara satu famili baru balik dari Eropah datang singgah rumah. Seronok jugak sebab anak buah ada. Main-main dengan diaorang dapatlah release tension sikit hehe.

Friday, March 04, 2011

KerjA berTamBah Lagi

Mengantuk pulak nak buat kerja petang-petang macam ni. Nak pulak baru pekena sup cendawan dan black pepper lamb pie Secret Recipe...lagilah buat aku bertambah mengantuk.

Habis rehat je, terus mengadap kerja baru aku. Menyiapkan laman web FCORP. Sekarang ni aku dalam proses mencari bahan untuk reading list fakulti yang aku jaga sekarang, business management.

Masih dalam fasa separa siap. Masalahnya deadline adalah pada 22 Mac. FCORP akan dilancarkan masa Hari Mesra PTAR yang jatuh pada tarikh berkenaan. Aku kena berhempas pulas menyiapkan laman web sebelum tarikh tu huhuhu. Nak pulak yang lancarkan FCORP adalah VC sendiri, huuuu, kena bagi siap dengan sempurna. 

Baru semalam pergi bengkel pemantapan semula FCORP. Template baru dah digunakan. Tapi tak banyak nak kena ubah. Masih sama, kena siapkan content yang diperlukan.

Kalau nak tengok rupa FCORP yang kami buat, boleh cuba link ni. Aku punya boleh tengok kat business management

Tak cantik sangat tapi itu tak penting. Yang penting content dalam tu. Tak terharga nilainya.

Ok..nak sambung belek-belek WEBOPAC, nak cari bahan...

Oh aku baru siapkan web resources je...Jadi, kalau korang nampak ada kursus yang tak berkenaan dengan business tu, paham-paham je lah. Maknanya aku tumpang ambil page content orang lain hehehehe

Nota kaki: bertambah skop kerja aku. Jadi webmaster pulak hehehe

Tuesday, March 01, 2011

KeRja.Staf.AkU.MeLancOnG

Sibuk dengan kerja, jadi masa untuk blog dah kurang (hehehe alasan je tu)..

Anyway, memang betul kerja banyak. Minggu lepas, baru habis mesyuarat dengan staf. Macam-macam yang ditayang, dipertonton, dicerita, ditunjuk dan macam-macam di... lagilah. Banyak jugak perkara-perkara yang perlu dijelaskan dengan terang bagi staf faham dengan tugas masing-masing. Tapi seperti biasa, nak dapat respon balik, agak kurang walaupun ada yang bagi pendapat masing-masing. Apa-apa hal, bagi aku itu suatu kemajuan. Dah ada staf yang berani memberikan pandangan. Tak adalah nak tunggu pegawai je yang bercakap. Bagi staf tahu masing-masing boleh bekerjasama antara pegawai dengan staf. Penstrukturan semula pun dah selesai. Tunggu nak buat pemerhatian kat staf. Tengok diaorang oleh buat kerja ke tak.

Tapi setakat ni ok. Alhamdulillah, staf boleh belajar benda-benda lain.

Yang aku pulak macam-macam benda lagi nak setel. Hari Khamis ni ada bengkel pemantapan FCORP. Aduh, laman web untuk fakulti baru siap sikit. Banyak lagi nak kena siapkan. Hujung minggu aku out station ke Terengganu selama 4 hari. Ada bengkel fasilitator KIK. Surat-surat tajaan untuk Hari Mesra pun baru siap draft je. Tak tunjuk lagi kat Kak Syaakirah draft tu. Nak kena siapkan minggu ni jugak. Hari-hari pulak aku kena mengajar student online database baru. Rasa-rasa aku boleh jadi cikgu jugak kot.

Hmmm, dalam banyak kerja tu sempat lagi aku nak buat hobi kesukaan aku hehehe. Aku nak pergi melancong lagi ....Oh Yeah!! Sukanya. Kali ni memang tak rancang tapi terjadi jugak. Yang paling best aku akan pergi ke tempat yang aku teringin nak pergi...Wuuuhuuuuu! Insyaallah bulan april nanti aku akan ke luar negara.

Yeah...wait for me KOREA!!