Monday, January 31, 2011

Eeeee...GeliNya!

Pagi ni bilik aku dicemari dengan insiden yang menggelikan dan mengerikan. Lepas balik dari sarapan kat HEP, singgah kejap kat bilik bos. Bincang tentang statistik yang diubahsuai sikit sebelum nak catit data. Lepas bincang, aku terus masuk bilik aku.

Masa mula-mula masuk memang aku pasti takde apa-apa yang ganjil kat lantai bilik. Jadi aku terus duduk dan buat kerja. Memang agak khusyuk aku buat kerja. Yelah, hari Isnin kan.Tengah rajinlah lagi. Nak pulak lepas tu cuti lama sempena Tahun Baru Cina, lagilah rajin nak siap segala statistik dan laporan.

Tak lama lepas tu, Kak Syaakirah masuk. Ok, aku buat dialog kat sini...

Kak Syaakirah (KS): Nik! ni nak bagi ni.....EHHH! NIK!
Aku: Kenapa Kak?
KS: Nik perasan tak ni?
Aku: Perasan apa Kak? (Masa ni aku masih pandang komputer jadi tak nampak)
KS: Nik tau tak apa kat bawah ni.
Aku: Apa bendanya Kak? (aku jenguk lepas tengok muka Kak Syaakirah yang agak pelik).....AHHHHHH! Kak bila masa dia ada kat sini.
KS: Nik tak perasan ke tadi masa masuk bilik?
Aku: Tadi takde. huhuhu


Korang nak tau apa benda kat lantai opis aku tu? Meh sini aku cerita...

Bila aku jenguk je lantai...Tu dia! seekor lipan bara sepanjang pembaris 15 cm tengah duduk melepak kat situ. Terus meremang bulu roma aku. Rasa geli, takut, seram semua ada tau. Kalau setakat lipan kecik aku boleh lagi nak ketuk. Ini lipan besar camtu.....huuuuuu takut sangatttttttt....

Terus aku cari tukang cuci. Masa nak lalu kat depan lipan tu, aku risau je takut-takut dia gerak. Dahlah kaler merah sangat...hmmmmm...tak senang duduk aku dibuatnya. Bila tak jumpa tukang cuci, aku cepat-cepat pergi bilik bos. Masa tu, bos ada perbincangan dengan staf tapi aku main redah je. Bos aku tanya kenapa, terus aku bagitau ada lipan besar kat bilik. Staf-staf lain semua tanya aku ada buat apa-apa ke tak...aku cuma geleng pastu cakap "sebab tu saya datang sini nak mintak tolong siapa-siapa yang boleh bunuh lipan tu". Staf semua gelak termasuk bos. Boleh pulak cakap aku ni penakut sangat. Haih, kalau besar camtu macam mana aku tak takut? Nasib baik ada seorang staf datang bantu. Siap pukul dengan buku lagi. Tak lama lepas tu ada lagi seorang staf datang jenguk dan cleaner lelaki 2 orang. Bukan main ramai lagi nak tolong aku huhuhu. Masa kat bilik bos, ada staf yang senior boleh cakap macam ni "Cik, kalau ada lipan datang dalam bilik,tu tandanya ada orang nak datang merisik." Ada ke pulak cakap macam tu. Yang bos aku ni pulak beria-ia setuju dengan senior staf tu. Siap senyum lagi. Sama jugak dengan staf-staf lain. Aku malas nak layan, terus aku keluar.

Sepanjang hari aku tak tenang nak buat kerja. Kejap-kejap jenguk kat bawah. Takut ada lagi yang datang. Huhuhuhu.


Nota kaki: Aku hairan apa kena-mengena lipan dengan merisik? Lipan tu datang nak merisik aku ke?

Thursday, January 27, 2011

PelanGGan.StAF.SenYUm

Tadi baru lepas perbincangan dengan pensyarah fakulti berkenaan pusat sumber yang hendak diupgrade. Masa mula-mula pergi, aku dengan bos tak tau jalan walaupun bangunannya hanya seberang jalan dengan perpustakaan kami. Macam hapa je kan! Mujur jumpa juga. Masa kami masuk ke tempat tu, kami agak kagum seketika. Bukan apa, dari luar pandangan bangunan biasa je tapi kat dalam...mak aih!cantik interior dia.

Lepas dah kagum tu, kami berjumpa dengan staf di situ berbincang tentang perancangan nak menaik taraf pusat sumber kat situ. Banyak juga input dan output yang aku dapat masa perbincangan tu. Teringat pulak masa kat opis lama.Masa aku kerja dulu, Library kat situ tak pakai lagi sistem canggih. Sekarang dah mantop! huhuhu rindu nak jejak balik kat KMC.

Okay, sambung balik. Lepas habis perbincangan, terkeluar satu cerita dari pensyarah ni. Dia kata dah lama tak masuk library kami sebab dah tawar hati. Masa beliau cakap macam tu, aku dengan bos dah berpandangan. Aku terfikir kes apa pula yang buat pensyarah ni tak mahu masuk library..
Rupa-rupanya beliau ada pengalaman pahit di kaunter sirkulasi. Katanya, staf perpustakaan garang dan tak mahu senyum. Sebagai pelanggan, beliau merasakan beliau tak mendapat layanan yang sepatutnya. Beliau kata dah lama tak masuk sebab kes tu. Dah setahun. Terus kami minta maaf pasal kes tu dan beliau ada beri cadangan supaya letakkan orang yang sesuai kat kaunter. Kalau boleh orang yang muda-muda.

Hmmm, nak salahkan staf pun tak boleh jugak sebab nak mengadap pelanggan yang pelbagai kerenah ni bukannya senang. Bukannya sorang dua kadang-kadang beratus orang setiap hari. Tapi yelah, semua orang nak kan layanan yang baik. Macam mana pun seorang staf perlu bersikap profesional dan bersedia menghadapi kerenah pelanggan lebih-lebih lagi frontliners. Mereka umpama cermin imej pada sesebuah jabatan atau organisasi. Kalau buruk perkhidmatan yang diberikan maka buruklah imej organisasi.

Hmmm, teringat pesanan bos tadi. Sentiasa senyum. Bercakap sopan. Walau teruk mana pun masalah yang kita hadapi tak kira masalah peribadi atau opis, jangan tunjuk depan pelanggan. Sentiasa ramah.


Nota kaki: Aku pun pelanggan, jadi aku faham situasinya. Aku pun tak suka kalau staf kat kaunter muka masam dan marah orang sesuka hati

Tuesday, January 18, 2011

Mee GorenG SeGEra

Hari Ahad lepas, malas nak masak sebab takde orang kat rumah. Mak Ayah dan adik keluar. AbangChik pulak keluar dengan sepupu. Tinggal aku sorang-sorang. Pagi tu dah sarapan dengan Oligo dan roti boom yang ayah beli. Lepas tu, aku lipat baju dan kemas dapur. Takat itu je yang termampu lepas baik dari demam. Siap dapat MC dua hari disebabkan sakit yang tiba-tiba datang tiba-tiba pergi.

Nak dijadikan cerita, petang tu rasa lapar tapi tak tau nak makan apa. Sekali teringat yang adik aku cakap pasal mee goreng indonesia Mamee. Aku cuba cari, dan rezeki aku rupanya ada lagi stok mee tu. Bayangkan mee goreng segera tu aku beli masa Jom Heboh tahun lepas, masa aku check ada lagi tiga bungkus. Punyalah tak makan sangat benda-benda ringan ni. Nasib baik belum expired lagi.

Lepas dah dapat stok mee, aku cepat-cepat masak ikut seperti di dalam arahan kat paket mee tu. Bila dah siap, aku cuba makan. Pergh!!! agak sedap, tapi pedas. Tambah pulak masa tu tengah lapar sangat-sangat, rasanya bertambah-tambah sedap. Cuma aku tak buat slurrrrrpp! macam Aril buat dalam iklan. Nanti jadi anak dara tak senonoh pulak kan walaupun bukannya ada orang nak tengok aku pun masa tu hehehehe!

Lepas habis tu, terus aku kenyang sampai malam. Dah tak makan benda lain pun...

Nota kaki: Tiba-tiba teringin nak makan lagi mee goreng tu hehehehe

Tuesday, January 11, 2011

AkU.TaK.SiHAt

Adeh! Dah lama aku tak rasa sakit macam ni. Bukan senang nak demam dah sekarang tapi hari ni aku dilanda wabak demam. Bukan setakat demam, sakit kepala pun boleh tahan jugak hebat bergendang di saat ni. Aku pun tak tau macam mana dengan jayanya aku boleh memandu tadi. Sikit pun tak hairan dengan sakit tu. Ops! aku datang kerja jugak kan masa sakit-sakit ni. Berdedikasi jugak ye aku ni hehehe (okay, stop it already). Sekarang ni tengah nak menyiapkan kerja walaupun sebenarnya aku dah tak boleh nak berfikir pasal kerja ni. Tapi dipaksa jugak. Nak kena siap cepat.

Aku tahu Tuhan sayang kat aku sebab tu dia bagi aku sakit macam ni. Nak aku hapuskan dosa-dosa sebelum ni. Aku bersyukur! Terima kasih Tuhan!


Nota kaki: Dah mula ayat merapu kan masa-masa camni. Hmm, nak balik awal..nak singgah klinik. Ada siapa-siapa nak ikut? Uwekkkkk! tak boleh hehehehehe

Thursday, January 06, 2011

RaMaLan TahUn TikUS 2011

Jumpa sesuatu yang menarik masa tengah surf blog orang. Ramalan mengikut zodiak Cina. Tak nak percaya pun benda ni tapi boleh diusahakan untuk menjadi sesuatu yang betul dan realiti. Nak berkongsi dengan anda semua pasal ni. Tapi aku ambil tahun zodiak aku ler hehehehe. Siapa-siapa yang sama tahun dengan saya iaitu tahun tikus, meh kita baca sama-sama ya.

Yang lain tu boleh check kat website ni http://www.moonslipper.com/chinese.html 
Dalam tu ada maklumat semua tentang zodiak. Siapa-siapa yang masih tak tahu zodiak masing-masing pun boleh check kat website tu ok.

Have fun!


The Rat
Rats are charming, elegant and clever. They can be a bit gossipy and prone to being distracted. They’re also thrifty and very good with handling money. Family and close friends are exceptionally important to them. The Rat is charming beyond words and throughout his undoubtedly long life he will always be popular and will have many friends.

Forecast for 2011
The Rat will feel glad in a lot of ways to see the end of the Year of the Tiger! There were a lot of changes and the pace was fast - not something the Rat is entirely comfortable with. The Chinese Year of the Rabbit is the opposite – its tempo will be slow and steady and the Rat must try to be patient and remain content with steady progress throughout 2011. Work will again be highlighted but this time the Rat’s experience and knowledge will be called upon, helping him to advance quite nicely in his career. April, October and November are well-starred for this. On the love and romance side of life, there could be cause for celebration during the year in the form of an engagement, wedding or birth. July, August and December and January will be particularly special months. An important aspect of 2011 for the Rat is time for personal growth, hobbies and developing skills that bring happiness. For any Rats that like to write, this year will see their creativity heightened and whether for pleasure or profit, writing is highlighted in a most positive way. Health wise, the Rat will have felt burnt out sometimes during 2010 and in 2011 his vitality will be improved. He will feel stronger and will also be taking better care of himself, maintaining a good diet and steady exercise routine.

Interesting Rat Facts:
Zodiac Stone: Garnet
Special Flower: Narcissus
Best Hours: 11 pm -1 am
Season: Winter
Horoscope Colors: Black, White, Purple

Nota kaki: Aku suka part 'On the love and romance side of life, there could be cause for celebration during the year in the form of an engagement, wedding or birth. July, August and December and January will be particularly special months' hehehehe....Agak-agak boleh terjadi tak? Doa doakan ya ^_^

EnTri PerTaMa Di TahuN 2011

Hahaha...baru nak tulis entri...sibuk sikit. Biasalah dah masuk tahun baru kan. Nak pulak semester baru dah bermula. Bertambah sibuknya. Macam-macam perubahan berlaku. Dalam hidup dan kerjaya. Setiap orang perlukan perubahan. Perubahan untuk kebaikan kan...kan...

Macam sekarang kat opis, aku dah ada bilik baru. Baru semangat sikit nak buat kerja. Bolehlah buat aksi-aksi terlarang (ek..macam mana tu? hahahaha) yang tak boleh ditunjuk kat budak-budak ni. Bolehlah nak letak barang-barang peribadi. Dekat opis pun dah ada perubahan. Ada staf bertukar, jadi kami dapat staf baru. Nak kata baru pun tak jugak sebab dia dulu kat tempat lain sekarang baru masuk kat sini. Apa-apa hal pun selamat bertugas kat dia. Sekarang pun, aku, bos dengan Kak Syakirah tengah sibuk buat senarai tugas staf yang baru memandangkan kami kena buat semula penstrukturan staf. Jadi ada staf yang bertukar unit. Nama unit juga dah diubah baru. Tugas kami pegawai pun dah berubah. Nak adjust dengan staf di bawah seliaan. Hmmm, memandangkan tahun baru ni, aku dah berazam nak menjalankan tugas lebih baik dan nak capai KPI yang diberikan. Semoga aku berjaya! Berusaha!

Terjumpa pulak dengan Kak Shikin, staf UiTM yang sambung belajar kat INCEIF. Nak buat perbincangan dengan kawan dia. Haa...kat sini pun ada kaitan dengan perubahan. Kak Shikin cakap aku dah kurus...Wow! Hahaha suka aku dengar bila orang cakap macam tu. Membuktikan yang memang aku tak tipu kalau cakap pasal sibuk ni. Hahahahah okla aku tambah sikit. Sebenarnya ada jugak aku buat senaman kat rumah. Yelah, kesihatan tak boleh dipandang remeh. Tak payah buat senaman berat-berat. Setakat buat rope jumping 100 kali, lari setempat 100 kali, push up 30 kali sehari, dah boleh kurangkan 5-10% kalori (yang ni aku tak berapa ingat tapi betul la tu kot) dalam badan.

Ada lagi perubahan di tahun baru ni tapi aku cerita sikit-sikit dulu. Baru ada feel sikit hehehehe..

Okay tu saja dulu. Apa-apa pun aku nak ucap


SelAmaT TahuN BaRu 2011
 SemOga TahuN BarU inI ANdA AkAn BerJayA meNjAdi seORanG yaNg BaRu. PerUBahaN yaNG MemBAwa KebAiKan.
BerUsahA !!!!