Thursday, January 07, 2010

UiTM dah ada Naib CanseloR BarU

Bermula 1 Jan 2010, UiTm dah ada naib canselor baru menggantikan naib canselor sebelum ni Tan Sri Dato' Seri Prof. Ibrahim Shah. Tan Sri Ibrahim Shah bersara selepas 6 tahun mengemudi UiTM.

Sekarang ni, Naib Canselor baru UiTM ialah Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

HaRi ni RaSa HepI SanGat2

Muahahahaha....

Wednesday, January 06, 2010

SaRapaN

Minggu ni dah minggu ketiga pergi sarapan dengan kak Syakirah kat Bangi Kopitiam.Bukan kat Bangi tapi kat Sek. 7 Shah Alam.Mau jenuh aku nak ulang alik pulak Bangi-Shah Alam semata2 nak pergi sarapan.


Nak tau kenapa selalu pergi kat situ.Jawapannya....entah,saja suka2 hahahahahaha.Takdelah.Sebenarnya agak best sarapan kat situ.Tempat strategik,dekorasi cantik(ala2 antik..siap ada koleksi barang2 antik kat satu sudut),harga boleh tahan dan yang penting makanan sedap(bagi akulah,kalu orang lain aku tak tau)....


Lagi satu, dia ada promosi untuk makanan.Maknanya ada set2 tertentu dan pastilah harganya lebih murah berbanding beli satu2 hidangan.Favorite aku, set A(roti bakar 2 keping, telur separuh masak 2 biji dan air kopi) dan set C(nasi lemak, telur separuh masak 2 biji dan kopi putih Ipoh(Ipoh White Coffee))...yang set C ni aku melantak bila betul2 lapar.


Cuma,kat sini tak ada banyak pilihan makanan kerana tema restoran ni lebih kepada melepak2 bukan setakat tempat makan semata2.Konsepnya ialah "Muhibah".Maknanya,kita datang kat situ sambil beramah mesra(bukan dengan pekerja restoran tu tapi dengan orang yang korang pergi sekalilah...tetapi kalau nak berkenalan pe salahnya, ye tak hehehehe)....





Oklah, tu je kot.Opsss, sebelum tu nak tunjuk gambar salah satu hidangan kat Bangi Kopitiam


Nampak menyelerakan..kan.Tu Dolly noodle dry with sausage and egg(mak aih panjang betul namanya)

*kalau nak tau pasal Bangi Kopitiam klik sini

Monday, January 04, 2010

Sambut Tahun BaRu

Dah masuk beberapa hari tahun baru,aku baru nak update cerita.Anyway,tahun ni lain sikit sambut cara tahun baru.Kalau sebelum ni,kebanyakan duduk kat rumah,tengok tv bunga api meletup-letup tapi tahun ni pergi bercuti.

Aku dah ambil cuti awal2 hari Rabu dan Khamis (30&31hb).Mak suruh tak tau apa sebabnya mula2 tu.Aku ingatkan nak balik kampung je tapi mak cakap nak pergi Seremban.nak melawat makcik sakit.Pastu tetiba mak cakap suruh bawa baju lebih.Mungkin ada apa2 nanti.Sebagai anak yang baik,aku ikut je.Dalam hati bukan main melonjak2 macam kanak2 riang hehe.

Masa bertolak tu semua ikut kecuali Amir sebab dia kena kerja.Kesian dia hehe.Masa tu jugak dapat tau,kami akan bercuti ke Melaka.Wah!Melaka lagi.Rasa2nya banyak kali dah pergi Melaka tahun tu hehehe tapi takpe seronok sebab dapat berjalan2 lagi.

Yang paling best,bukan setakat Melaka jer,ke Johor pun sempat singgah siap melepak2 kat Jeti Tanjung Emas kat Muar pastu pergi ke Batu Pahat.Akhirnya!!! dapat gak jejak kaki kat Johor hahahaha.Kat Melaka pun puas berjalan2 cuma tak smepat nak naik belon panas kat Dataran Pahlawan.Takut gayat hahaha.Balik dari Melaka singgah Negeri Sembilan melawat makcik lagi barulah balik ke rumah.Fuh!!memang syok.Ornag lain pergi tengok bunga api meletup2,aku pulak pergi berjalan2 + sesi melihat2 orang hehehe..

Kena marah

Semalam kan...aku kena marah dengan mak.Tak taulah pe angin yang melanda mak ku yang tersayang tu sampai beria2 benar dia marah aku.Puncanya cuma aku tak kemas rumah.Huhuhu...

Sedih tau.Dahlah kena marah...kaw2 pulak tu.Mak siap cakap
"Kalau ada orang tanya pasal kau,mak cakap je kamu ni pemalas!!"
Wah..sampai camtu sekali.

Tapi bila ingat2 balik kan...memang kelakar.Selalu aku kena marah bab2 kemas rumah.Ketahuilah ibuku,dalam banyak2 kerja rumah ada dua perkara yang cukup benci saya buat...."Kemas rumah...Lipat baju"

Tolonglah...mana2 lelaki yang berkenan dengan saya.Sila2lah rajinkan diri untuk dua perkara di atas (statement yang confirm aku tak dapat bakal suami hahahaha)