Tuesday, May 31, 2011

JurNal Ke VieTnam

Baru balik dari Vietnam sabtu lepas. Masuk ni dah tiga kali pergi ke sana. Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa aku suka sangat pergi sana kan? Jawapannya ialah sebab aku suka shopping kat sana. Macam-macam aku boleh beli. Nak pulak semua tu aku boleh dapat dalam satu kawasan je. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Cakap je nak apa...kasut, baju, kain ela, beg, topi, perhiasan rumah, cenderahati...semua tu ada kat Ben Tanh Market. Ala macam korang masuk kedai arked kat Jalan TAR tu tapi pasar ni besar yang dipenuhi kedai-kedai kecil. Luas kedai tu ibarat pakcik aku cakap saiz dalam 2x2 mtrpersegi. Kecil kan. Jarak antara kedai yang bertentangan pun kecil je. Panjangnya macam korang depakan kedua-dua belah tangan. Sempit kan. Kalau lalu tak langgar orang memang tak sah. Tapi shopping punya pasal memang sanggup redah.

Yang paling seronok, jarak hotel ke Ben Tanh Market tu sangatlah dekat. Tak sampai 5 minit pun. Sampai mak aku cakap, Tak payah singgah tandas awam kalau nak buang air. balik hotel je. Bayangkan punyalah dekat. Oh lupa, aku pergi sana dengan mak, adik bongsu aku Aiman, Makde dan suami, Pak Cik Man, Mak Itam dengan Pak Itam dan kawan mak, Makcik Yatimah. Kami berlapan pergi sendiri. Tak pakai agensi pun sebab Makde cakap aku dengan mak dah mahir kawasan ni. Kami ke sana selama 3 hari. Bertolak hari Khamis sampai KL hari Sabtu. Pergi dengan Air Asia je. Perjalanan ambil masa selama 1 jam 50 minit. Waktu di sana lewat 1 jam dari Malaysia tapi matahari cepat naik dan turun. Kalau kita kat sini pukul 7 matahari dah naik, dekat sana pukul 5.30 pagi dah macam pukul 7 pagi.  Petang pulak, pukul 5.45 dah boleh solat Maghrib. Kalau ada kawan-kawan yang berhajat nak pergi Vietnam, cakap dengan aku. Kita boleh pergi tahun depan. Aku boleh tolong arrange kan.

Kat sana, aku paling suka shopping baju kurung. Baju kurung dia sangatlah cantik. 3 kali aku pergi sana mesti ada baju kurung yang aku beli. Macam mana aku tak beli, Dah lah potongan baju tu cantik, kemas jahitan, siap ada labuci penuh kat bahagian dada dan tangan. Mahu tak geram tengok. Tambahan pulak harganya murah (dalam RM70-200). Lagilah suka hati nak beli kan. Masa aku singgah butik baju ni, ada seorang wanita, orang Malaysia, beli baju tersangatlah banyak. Rupa-rupanya, kakak ni jual baju kurung kat Malaysia.

Cakap pasal orang Malaysia, sepanjang aku ada kat sana, setiap masa aku boleh jumpa orang Malaysia. Dah macam duduk negara sendiri pulak. Yelah, toleh kiri orang kita, toleh kanan pun orang kita jugak. Masing-masing ada tujuan datang ke Vietnam. Ada yang saja bercuti tapi majoriti nak membeli belah. Sampai orang Vietnam yang jual barang pun dah pandai cakap Bahasa Melayu. Bangga sekejap rasa. Orang luar boleh cakap bahasa kita.

Pasal makanan pun tak perlu risau. Ada restoran halal disediakan. Paling popular Restoran 4 Season dan Kedai Makan Shamsudin. Walaupun orang Vietnam(muslim) yang buka restoran ni tapi masakan memang tak jauh beza dengan Malaysia. Kira boleh telan juga makanan yang disediakan. Harga mungkin sedikit mahal tapi berbaloilah. bukan senang nak cari restoran halal kat negara orang kan.


Itu je kot cerita aku masa di Vietnam. Nampak seronok kan!

Nota kaki: Maaf takde gambar disediakan sebab tak ambil banyak. masa diperuntuk lebih untuk shopping saja.

Nota kaki 2: Cerita kat Korea pun aku tak masukkan lagi kan kan...bilalah aku nak buat...hmmmm

Monday, May 30, 2011

SAGMEN 50 BLOGLIST BLOGER BARU

Photobucket


Saja nak join ni... korang boleh check kat blog cikgu ni http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/05/iisshhhkkk-sagmen-bloglist-untuk-bloger.html

Sebab apa join???
- nak tambah kenalan
- Nak share cerita dengan blogger lain

Kebaikan join??
- Dapat tambah kenalan blogger
- Dapat share cerita
hehehe

Saya nak cadangkan blogger yang boleh maju dengan jayanya (Tapi tak paksa ya penama di bawah ni join)

Cik Ariza

Monday, May 16, 2011

KenDuri KaHwIn SepuPu daN PertAndinGan BolinG KeluarGa Nik Chik

Hari ni nak berceloteh lagi. Nak cerita pasal kenduri sepupu dan pertandingan boling keluarga minggu lepas.
Sabtu minggu lepas balik kampung. Kami bertolak awal pagi sebab hari yang sama kenduri sepupu dibuat. Masa kami sampai kat rumah pengantin, jam dah pukul 11. Kami terlewat sikit je masa sepupu nikah. Tema warna perkahwinan Kak Ina warna pink. Kebetulan, aku dengan mak pakai baju ikut tema. Dah alang-alang datang kenduri, kami tolonglah apa-apa yang patut. Aku tolong siapkan lauk-pauk pengantin, mak pulak potong buah kat belakang rumah.

Sempat jugak aku tangkap gambar majlis walaupun tengah sibuk layan tetamu. Suka tengok majlis orang hehehe. Majlis sendiri tak tau bila huhuhu. Masa hari tu, cuaca agak panas. Terik sangat. Bermandi peluh aku dibuatnya. Kalau aku dah macam tu, tak taulah pengantin macam mana rasanya kan. Kesian tengok Kak Ina dengan suami berdiri tengah panas. Tapi biarlah panas macam mana pun, mekap Kak Ina tetap maintain hehe.

Bila dah petang, orang dah ramai balik. Masa ni kami baru dapat berehat. Kumpul dengan sedara mara lain, borak-borak ajelah kerjanya. Keluar lah cerita pertandingan boling keluarga. Nak diikutkan keluarga belah ayah ni dah banyak kali buat pertandingan boling, cuma kali ni baru famili aku dapat turut serta. Masing-masing dah tak sabar nak tunjuk skill. Aku dengar je tapi dalam hati dah teruja sebab dah lama tak pegang bola boling hehehe

Esoknya, pagi-pagi lagi dah sampai kat Kuantan Plaza. Sementara nak tunggu saudara mara yang lain, aku pergi ke tandas tapi kena tahan dengan cleaner pulak. Kata baru cuci tandas. Terpaksalah tunggu nak dekat 15 minit baru boleh masuk. Macam tak berbaloi tunggu pun ada, tandas serba kurang. Dengan paip air takde, pastu sabun pun tak disediakan...aduh rasa macam nak tahan je air kencing tapi faham-faham jela takkan nak biarkan je. Karang tergedik-gedik pulak masa nak main boling.

Ok..stop pasal tu. Cerita pasal boling ni pulak, ada 5 pasukan. Aku tak dapat masuk pasukan mak ayah. Kena team up dengan pasukan lain. Dengan Pak Yu dan Cik Yu. Aku dalam pasukan hijau. Baju pun kena pakai kaler hijau. Mak Ayah pasukan kuning. Abg Chik pasukan oren. Masa mula-mula, Pak Yu dah bagitau pasukan hijau ni jarang menang. Selalu dapat tempat ke-4 atau 5 je. Aku bagitau tak kisah, janji dapat main boling. Tapi dalam hati teringin gak nak dapat tempat best-best hehehe.

Masa dah main tu, sempat jugak tengok team-team lain. Hebat masing-masing. Aku rasa tercabar pulak. Tapi markah aku pun lebih kurang je. Mujur game kedua aku agak bagus point. So, seronok sikitlah.

Bila tiba pengumuman, tu yang paling mendebarkan. Masing-masing duk menunggu siapa jadi juara. result dia seperti berikut: Juara - Merah, Naib Juara - Hijau, Ketiga - Kuning, Keempat - Coklat, Kelima - Oren.

Jadi, macam korang tengok kat atas dah tau kan aku dapat apa kan. Hehehehe....kalau tak tau meh sini nak cakap. Alhamdulillah kami dapat Naib Juara. Seronok sangat Pak Yu dan Cik Yu suami isteri. Yelah selama ni jarang dapat. Kali ni ada rezeki dapat naib juara. Cuma terkilan sikit sebab beza markah kami dengan juara cuma 17 pin je huhuhu. Tapi, apa-apa hal pun memang seronok dan happening masa main boling hari tu.

Kat bawah ni gambar-gabar hari kejadian. Tak banyak pun ambil. Ni pun aku ambil dari Facebook makcik aku hehehe


Yang ni gambar masa kami dapat hadiah. Masing-masing muka happy

Pasukan Hijau

Gambar dengan pengantin

Yang ni famili aku dan famili Makde bergambar dengan pengantin

Monday, May 09, 2011

SeLamaT Hari Ibu

Hmmm sebenarnya nak buat entri lain dulu tapi masa tak ada nak buat. Jadi buat entri pasal ni. Walaupun dah lepas sehari tapi nak jugak cakap selamat hari ibu kepada mak, Asiah Endot. Mak lah the best mother ever (rasanya semua anak akan cakap macam tu kan hehehe).

Tak ada buat majlis apa-apa pun tapi semalam dapat jugaklah bagi best gift kat mak. Semalam ikut masuk bowling tournament yang dibuat salah satu jabatan opis mak. Kebetulan mak ajak dan aku memang suka giler, jadi beria-ia lah aku ikut.

Tournament tu buat kat Flamingo Ampang. Sampai kat sana dalam pukul 9.30 pagi. Masa sampai, dah diberi borang nama peserta. Mata aku dah bersinar tengok hadiah-hadiah yang terpampang atas meja. Nak pulak, hamper besau-besau kan. Rasa cam best kalau dapat satu. Dalam hati dah target nak dapat satu hamper tu. Nak bagi kat mak kalau dapat. Sedang elok pulak, announcer bagitau hadiah akan diberi kepada 8 orang individu yang terbanyak jatuhkan pin bagi kategori lelaki dan wanita. Aku dah mula pening. Aku bukannya hebat sangat nak main boling ni. Takat 100 lebih tu bolehlah. Tapi apa-apa hal pun aku tetap nak dapat. At least tempat ke-8 pun cukup lah (tu tempat terakhir tau).

So, lepas tu bermulalah tournament. Aku dengan mak beria-ia main. Nak pulak dua game je,kenalah bersungguh-sungguh kan. Tapi memang mencabar betul lah. Dengan orang yang mengacau, dengan orang yang nak tangkap gambar tengah-tengah alam. Ganggu konsentrasi aku nak melempar je. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh bermain dengan baik. Campur dua game aku berjaya dapat 245 jatuhan pin.

Yang paling seronok, masa pemberian hadiah. Tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Rasa macam mimpi pun ada hahahaha. Masa dia umumkan nama aku tu, terus aku cium tangan mak. Aku dapat hamper besar dengan baucer RM100. Masa tu tengok muka mak berseri-seri je hehehe. Aku siap bagitau tu hadiah hari ibu yang aku nak bagi. Mak senyum.

Walaupun tak sebesar mana, tapi aku rasa dah cukup seronok dapat puaskan hati mak. Yang paling penting aku pun seronok sama.

Nota kaki: Pertama kali dapat jadi juara main boling. Setakat ni banyak kumpul sijil penyertaan je huhu

Thursday, May 05, 2011

SelamaT Pagi SemUa

Salam...huu lama tak kemas kini blog. Bukan apa banyak benda lain yang buat aku terlupa nak menulis entri hehehe (alasan lagi!). Banyak perkara berlaku sepanjang aku tak buka blog ni. Nanti aku cerita kat dalam entri lain. Satu-satu aku buat nanti tau....

Ok, sekarang nak pergi shelf reading dulu. Nanti sambung balik ya