Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

SimpTom KuRanG SiHat. TahnIah

Sudah ada simptom berkenaan. Macam mana pun dah berkurangan. Cuma sakit tekak ni nak kena jaga. Air masak/putih/mineral/suam dan yang sewaktu dengannya yang menjadi pilihan sekarang. What to do...itu je yang termampu tahan dek tekak. Ais tidak digalakkan. Menambah perisa kepada kesakitan yang sedia ada.

Aduh...kejap lagi ada majlis makan-makan oleh staf. Banyak menu sedap-sedap. Nak buat-buat pantang rasa macam tak seronok je. Nak kena pantang juga ke? Tapi rasa sikit takpe kan..kan. Kira tutup sebelah mata je la kan..hehehe

Sebelum terlupa, nak ucap tahniah kepada kawan merangkap junior masa sekolah dulu (walaupun tak pernah jumpa kat sekolah), junior satu kursus, satu universiti dan juga rakan ofismate yang tak jadi sebab aku dah berhenti dulu sebelum dia masuk kerja (punya panjang intro nak kenalkan budak ni)..hanif yang sudah selamat melangsungkan perkahwinan pada 24 Ogos lepas. Tahniah...tahniah..semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Sori juga tak dapat nak datang kenduri masa 15 Sept. Akak kena balik kampung, sepupu kahwin huhu..

Seronok dengar cerita kawan-kawan dah kahwin. Aku?? hahaha bahagia seadanya. Doa-doakan lah semoga aku dapat kahwin. Nak spesifik lagi?? Korang doakan aku kahwin awal tahun depan. hahahaha

Tuesday, August 28, 2012

CuTi BerAYa

Hari ni baru start masuk kerja lepas cuti beraya yang agak panjang. Heheh seronok raya tahun ni. Banyak berjalan ke rumah saudara mara. Mana tahu tahun depan mungkin susah sikit nak pergi. Sebab?....hehehehe.
Okay tahun ni juga dapat buat macam-macam aktiviti. Main boling, lepak kat TC jam 2 pagi (Teluk Chempedak..siapa2 budak Kuantan memang tahu nama singkatan ni), berkelah sambil memukat ikan. paling seronok berkelah lah. Bayangkan dari siang sampai ke tangah malam berkelah. Tak pernah-pernah dibuat orang tu yang kami buat hehe.

Balik sabtu pagi lepas sahur. kononnya nak cepat sampai. Sudahnya sangkut dua jam kat Lebuhraya Karak smapai ke Tol Bentong. Sebabnya, ramai orang berhenti rehat. Lepas daripada tu jalan clear. Sampai kat Homestay jam 9.30 pagi. Rehat sekejap sebelum kemas rumah dan siapkan juadah berbuka dengan persiapan menu raya. Duduk kat situ untuk beberapa hari sebelum orang datang menyewa. Pada mereka yang datang ke Kuantan, bolehlah nak menyewa homestay kami ni (sempat promosi lagi).

Raya pertama, siapkan juadah Laksa Johor, menu wajib mak buat dan bawa ke rumah arwah tok. Makcik-makcik lain pun ada sediakan menu. Macam-macam ada. Mee jawa, nasi minyak, mi calong, nasi impit, ketupat palas dan rendang. Memang meriah. Nak pula, ramai saudara arwah tok datang. Kerja layan tetamu je lah hari pertama tu.

Raya kedua singgah kubur arwah tok dan toki. Lepas tu, baru keluar berjalan. Pergi rumah saudara dekat Pasar Ikan Beserah, Taman Satelit dan yang mana berdekatan. Memang berjalan habis.

Cakap pasal raya dan cuti panjang memang tak sah kalau tak ada kenduri kahwin. Sempat juga singgah kenduri dekat Bukit Rangin. Kat kawasan homestay pun ada. Ada dalam tiga tempat pergi. Boleh tahan kembung perut, asyik sumbat makanan.

Sambung beraya lagi kat Panching, Balok baru, Balok, Kemaman dan lain-lain tempat hari yang berikutnya. Kesimpulannya, tahun ni memang banyak berjalan. 

Selain daripada tu, aktiviti femes di kalangan kami sepupu-sepupu adalah Whatsapp. Nak pulak buat group chat. Seorang hantar cerita habis semua dapat tau. Senang nak jejak. Masing-masing pun senang nak rancang aktiviti. Yelah, saudara mara ramai. Cara yang terbaik Whatsapp. Sekejap je dah dapat plan aktiviti macam-macam. Rancangan mengenakan orang pun boleh. Rancangan menjeleskan sepupu yang tak dapat join aktiviti pun boleh. hahahaha...memang terbaikk!!



Tuesday, August 14, 2012

IftAr di PapA JohN

Semalam first time berbuka puasa di luar dengan housemate. Kami pergi bertiga dengan anak saudara Kak Kirah. Tempat iftar pun tak jauh dari rumah, kalau nak diikutkan boleh saja jalan kaki tapi kakak housemate kata "pakai baju kurung jadi malas pulak nak berjalan kaki". Maka, pergilah dengan kereta.

Sampai agak awal kat restoran tersebut. Dapatlah pilih tempat yang best-best. Anak buah kak Kirah pilih tempat tepi tingkap yang boleh menghadap pandangan luar. Dah siap pilih tempat, order dulu menunya lepas tu baru keluar jalan-jalan sekitar Plaza Masalam tu. Saja tengok-tengok mana tau ada yang berkenan. Tapi tak beli apa-apa pun. Cuma snek ringan untuk makan malam karang.

Dah puas jalan barulah balik ke restoran, tunggu waktu berbuka dan......Soru!!!

menu yang diorder tapi tak lengkap. Tak dan nak ambil gambar menu lengkap sebab dah bedal dulu.

air wildberry yang menarik. Nampak tak buah ceri kat bawah tu

Monday, August 13, 2012

SamBungAn BisUL

Sambungan daripada cerita bisul.

Hari Jumaat tu tumpang tidur rumah kawan kat Sek.17 memandangkan ada program iftar dengan kawan-kawan opis kat Flaming Steamboat Shah Alam. Masa tu buat tak kisah lagi dengan bisul tu. Yelah tak usik, tak sakitlah. Usik, boleh menyanyi soprano lah juga. Jadi, biarkan.

Petang tu lepas dah siap hantar kawan pergi perhentian bas kat Sek.17, aku dan Kak Fiza pergi ke tempat yang dituju. Aku tak pernah pergi lagi kat situ, jadi jalannya tak familiar. Namun, disebabkan kelebihan yang Allah beri (kata Kak Fiza), kami mudah jumpa tempat berkenaan. Alhamdulillah, setakat ni kelebihan yang Allah beri ni jarang benar aku sesat nak pergi mana-mana. Ibaratnya memang aku tak takut nak explore jalan-jalan sekitar sekiranya aku seorang saja.

Dah sampai kat Flaming, kami jumpa dengan kawan opis yang lain dan duduk. Sementara yang lain tengah berebut ambil bahan-bahan steamboat, aku dan Kak Fiza pergi ambil kuih-muih. Malas nak berebut. Makan saja apa yang ada dulu. Dah sudah berbuka dengan air, aku dan Kak Fiza segera bergegas ke surau. Nak tahu, surau di restoran ni sangatlah kecil. Dalam satu masa boleh muat tiga orang je. Jadi, kena pergi awal-awal solat sekiranya tak mahu beratur panjang macam nak tukar duit raya baharu kat bank. Dah lepas solat, barulah puas hati dapat makan macam-macam. Makan sampai kenyang tu. Rugi bayar RM27 tak makan tapi takdelah sampai kembung perut. Setakat merasa sikit-sikit apa yang terliur saja. Yang ruginya, masa kat sini tak sempat nak bergambar. Rasa teruja nak berbuka tu lebih sampai tak teringat.

Ok..aku kembali pada tajuk. Panjang pula cerita tadi. Ada kena mengena la juga sebenarnya. Dah lepas berbuka, kami balik dan masing-masing tidur tak ingat dunia. Ops, lupa. Ada satu cerita lagi sebenarnya. Ingat tak pasal kawan yang kami hantar ke perhentian bas tu. Rupa-rupanya, masa kami hantar dia bas ekspres tu dah lama gerak. Jadi dia tertinggal bas. Sudahnya, malam tu dia tumpang tidur juga rumah Kak Fiza sebelum bertolak balik pagi Sabtu. Serba salah juga kami dibuatnya sebabnya hantar dia gak terlewat sikit dari jadual. Tak sangka pula bas betul-betul bertolak ikut masa. Memang kesian kat dia. Mujur ada seorang lagi housemate Kak Fiza yang baik hati tolong ambil kawan tu kat perhentian bas.

Ok..aku dah lari jauh...kena kembali lagi ke pangkal jalan. Sambung pula cerita bisul. Keesokan hari (hari Sabtu), lepas hantar kawan yang tertinggal bas tu naik bas lain, aku dan Kak Fiza pergi klinik. Masa sampai tu aku tengok ramai juga orang yang datang. Jadi, giliran aku lambat sikit. Dah tunggu agak dalm 20 minit baru nama aku kena panggil. Masa masuk dalam bilik doktor, rasa tenang saja. Takde rasa cuak. Tapi bila doktor suruh aku baring, mulalah rasa cuak datang berganda-ganda. Bila doktor tu spray ubat bius belakang telinga lagilah rasa dug-dag-dug-dag. Masa dia cungkil bisul tu, sakitnya hanya aku dan tuhan je yang tau. Lepas letak dressing, doktor bagitau jangan buka dan kena jumpa dia lagi Isnin tu nak tengok balik ada lagi tak nanah yang tinggal lepas tu kena cuci. Yang paling tak seronok, doktor kata jangan bagi kena air tempat balutan tu. Aiseh, aku tak dapatlah nak basuh rambut. Terasa betapa tak selesanya nanti. 

Jadi, hari ni dah Isnin. Maka kejap lagi aku kena keluar jumpa doktor. Tak sabar-sabar nak buka balutan ni. Tak tahan. Rasa nak garu-garu saja. huhuhu.

Thursday, August 02, 2012

HujaN.ProgrAm BuBur LamBuk

Hari ni buat kesekian kalinya, hujan lagi di waktu pagi kat Shah Alam.

Jarang pergi kerja pagi-pagi hujan macam ni. Pagi-pagi dah nampak kilat dan bunyi guruh berdentum. Selalu tengok pun waktu petang-petang.

Takpelah rahmat hujan pagi turun, memandangkan waktu petang asyik cerah.

Esok nak kena bersiap sedia. Dapat arahan jadi AJK Program Bubur Lambuk kat Main Library. Aku kena jadi AJK Persiapan. Siap bagitau bawa pisau dan papan pemotong. 

Pertama kali merasa buat bubur lambuk ramai-ramai. 

Friday, June 08, 2012

NoT iN The MoOd

Adeh. Hari ni segala macam angin nak datang. Dengan angin sakit hati, kecewa, risau, marah..bercampur baur jadinya. Mujurlah dah lepas program-program yang mencabar minda. 

Dah lepas kejohanan boling. Baru tadi nak siapkan laporan pelarasan bajet. Kena lengkap, kalau tidak habis gaji I bulan depan. Laporan kejohanan tak buat lagi. Minta tolong staf buatkan sebab aku terpaksa fokus kepada perkara yang lain. Tetapi Alhamdulillah, tercapai matlamat aku nak jadi Top 16 players. Dan tak disangka-sangka aku dapat no 12. Berbaloi dengan segala kerja keras yang aku buat. Bukan senang nak jadi antara yang terbaik dalam UiTM seluruh Malaysia kan. Kira rezeki aku lah tu. Alhamdulillah juga aku dapat hadiah yang tak disangka-sangka daripada coach tak rasmi aku, dapat bola boling baru hehehe. Aku dah siap train pakai bola tu.

Dah lepas jugak, program CIS. Baru semalam habis. Ada suka ada duka sepanjang perjalanan program. Walaupun ada aku rasa kecewa sikit tapi terima je lah dugaan yang datang. Boleh diambil sebagai pengajaran untuk program yang akan datang. Namun, aku tetap berpuas hati. Ini baru sikit. Belum lagi perkara-perkara lain. Jadi kena fikir positif dan teruskan.

Tadi baru lepas sesi temubual dengan Ketua Bahagian Jurnal. Beliau meminta pendapat aku sikit berkenaan online database yang menang highest usage award. Jadi aku beritahu serba sedikit cara promosi dan lain-lain yang berkenaan. Lama juga temubual tadi. Adalah sempat bergosip sikit hehehe.

Hmm..apa lagi. Sebenarnya banyak benda lagi nak cakap tapi tak mampu nak tulis kat sini. Terlalu serabut kot.  Mohon dikuatkan semangat..

Friday, May 25, 2012

YeAh..

Yeah..lega! Semalam dah buat perbincangan pasal perasmian dan teks ucapan. Mujur aku tak kena duk depan dengan VIP. Tak tau nak borak-borak apa dengan KP nanti. Aku jadi orang belakang tabir. Bos yang akan duk depan dengan VIP. Selamat! Mujur juga ada Kak Bai dan Kak Lah di situ. Penyelamat keadaan memandangkan tumpuan aku kena bahagi dua sekarang ni. Satu nak fokus pada program CIS ni satu lagi fokus  pada pasukan boling library. Tu belum lagi nak bahagi tiga bila masuk bab peribadi. Nak tolong mak uruskan hal kenduri doa selamat dan nak beli perabot segala bagai untuk homestay. Mujur ada adik-adik yang boleh dilepaskan tanggungjawab.

Semalam buat latihan rasmi untuk boling. Lelaki dan wanita. Yang lelaki aku tak hiraukan sangat sebab aku dah tengok cara mereka bermain masa rabu petang. Yang wanita aku kena kisahkan. Nak tengok cara mereka pulak. Alhamdulillah, setakat ni ok. Cuma kena tingkatkan lagi latihan. Semalam pun markah mereka agak bagus. Kena kekalkan prestasi. Result aku pun agak bagus tapi risau juga, selalu masa latihan score memang cantik. Bila pertandingan je selalu score tu entah ke mana hala. Harapnya kejohanan kali ni aku dapat fokus. Latihan rasmi sesi kedua aku tak dapat nak join. Nampak gaya berlatih sorang-sorang nanti. Mungkin aku akan berlatih masa lepas mesyuarat Pengurus Pasukan rabu minggu depan. Ada peluang aku nak rasa berlatih kat tempat perlawanan, Sunway. Dah lama tak bermain kat situ. Rasa-rasanya 3 tahun lepas aku pergi sana dengan best friends (Dekni, Sal & Marli). Yup betul 3 tahun yang lepas, aku ada cerita kat sini. Huhuhu lama jugak tu. Dah tak tau rasa lane dia macam mana. Nak kena ujicuba betul-betul ni. Semangat giler nak bermain boling ni hahahaha..menang belum tentu lagi tapi sekiranya menang pun Alhamdulillah rezeki namanya tu.

Esok dah nak bertolak ke Kedah. Baju tak kemas lagi. Aduyai nak kena memikir pulak baju apa nak pakai. Hmmm, nampak gaya aku akan bermain campak-campak je la baju yang mana sempat aku capai nanti. Nak kena kemas baju untuk balik kampung lagi. Beg aku akan jadi dua nanti. Satu pakaian untuk ke Kedah, satu lagi untuk ke kampung. Hmmmm...serabut...

Tuesday, May 22, 2012

MacAm-MAcaM NaK KenA FikIR

Ok.. cuti dah kena tarik sehari. Nak tak nak terpaksa bekerja hari Selasa. Bos minta tolong untuk hadirkan jugak diri untuk bekerja. Mula-mula fikir jugak alasan apa nak bagi kat mak memandangkan malam tadi ayah bagitau tak dapat nak ikut balik kampung sebab bos tak bagi cuti. Ramai staf dah minta cuti memandangkan minggu depan cuti sekolah. Muka mak dah berkerut malam tadi. Terpaksa balik dengan adik-adik dulu jawabnya. Aku akan balik kemudian memandangkan aku kena pergi ke Sunagi Petani dulu.

Tadi, bila dengar bos dah minta tolong untuk datang bekerja, aku dah mula memikir nak cakap ke tidak kat mak. Tapi tak sempat otak nak memikir, tangan dah laju pegang handphone dan dail nombor emak. Bila dengar mak "Helo..." terpaksalah aku terangkan. Mujur mak faham dan beri keputusan kami akan balik ke KL hari Isnin. 

Bila tengok-tengok balik..memang mantap aku kembara kali ni. Sabtu pergi Kedah, Ahad pergi Pahang, Isnin Balik KL. Terbaikkk!! Boleh buat Jelajah Semenanjung Malaysia 2012 kalau aku rajin dan ada cuti dan ada bajet hehehe...

Ok...cerita pasal boling, Alhamdulillah dah selesai bab kelulusan. Wakil untuk wanita pun dah dapat, cuma wakil lelaki kena buat pemilihan. Hari Rabu lepas waktu bekerja nak buat sesi pemilihan. Borang wang pendahuluan pun dah bagi kat Kak Tun nak minta sign KP. Borang transport pun dah siap isi, tinggal nak letak nama peserta je lagi. Surat permohonan pelepasan waktu pejabat pun dah buat. Tinggal nak bagi kat KP je. Hari Khamis pulak ada perbincangan mengenai perasmian dan undangan untuk program CIS kami tu. Petang Khamis ada mesyuarat wakil PTAR untuk boling termasuk sesi latihan lepas tu.

Tak sempat lagi nak fikir pakai baju apa untuk best friend's wedding. Baju nak balik ke kampung pun tak kemas lagi. Hmmm...apa lagi ya? 

Monday, May 21, 2012

Too ManY ThiNGs To Do

Ok. Aku tau aku dah lama tak kemaskini blog. Bukan apa, macam tajuk kat atas tu memang banyak benda aku kena buat. Sejak minggu lepas, aku kena fokus kepada kerja. Memandangkan aku telah dilantik menjadi pengerusi sebuah program, maka memang menjadi keutamaan aku untuk memastikan program ini berjalan lancar. Namun, kita hanya merancang, segala yang terjadi Tuhan yang tentukan. 

Sepatutnya program ini berjalan 15&16hb lepas, tapi ada beberapa kekangan maka terpaksa diubah. Antaranya,  program yang kami jalankan ini melibatkan beberapa agensi dari luar seperti AKPK, KMC BNM dan MII. Ada pertindihan tarikh dengan program yang lain jadi kami diminta untuk mengubah tarikh ke 23&24hb. Namun, disebabkan ada kekangan kepada program lain pulak pada tarikh yang dipilih, terpaksa menukar tarikh kepada 6 & 7 Jun. Dah tiga kali tukar. Aku kesian kan juga AJK yang bertungkus-lumus menyiapkan semua namun kami kena terima hakikat. Walau bagaimanapun, ada hikmah di sebaliknya. Program kami nanti akan bekerjasama dengan program pelajar yang juga akan dibuat di perpustakaan kami pada minggu yang sama. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan daripada warga fakulti. Ada pensyarah yang sudi bekerjasama untuk melepaskan pelajar hadir ke taklimat yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat. Aku berharap tak ada sebarang masalah lagi yang timbul. Untuk mesyuarat seterusnya, aku akan banyak melihat progress program sbelum hari kejadian.

Selain itu, aku juga tengah sibuk menjadi Pengurus Pasukan Boling. Memandangkan UiTM akan buat kejohanan Boling Piala Naib Canselor pada 30 Mei-2 Jun, jadi masa yang tinggal tak banyak. Aku baru saja dapat kelulusan kertas kerja bajet dan sekarang ni tengah menunggu maklumbalas staf yang nak jadi wakil. Minggu ni kami buat latihan sebelum kejohanan minggu depan. Aku cuma tengah tunggu surat kelulusan sebelum nak minta bajet untuk yuran penyertaan, t-shirt dan bayaran sesi latihan. Lepas ni aku nak kena mohon kenderaan dan CTR untuk wakil peserta memandangkan kami kena pergi pada masa hari bekerja.

Minggu ni jugak, ada hal peribadi yang perlu diuruskan. Dah berbincang dengan member nak bertolak ke Kedah Sabtu ni. Hotel dah tempah, tinggal aku nak tau pasal tiket balik ke Kuantan. Lepas wedding best friend aku kena terus balik kampung. Nak uruskan majlis kenduri doa selamat homestay dan rumah baru kakak saudara. Selain tu, nak tengok-tengok jugak kedai runcit yang diuruskan koperasi keluarga. Aku akan bercuti sampai Selasa (29 Mei).

Hmmm....minggu depan langsung tak masuk opis. Lepas cuti aku terus kena pergi ke Kejohanan Boling kat Sunway Pyramid. Minggu selepas tu pulak terus kena fokus dengan program perpustakaan aku tu.

Huhuhu...Kalaulah aku ni boleh dibelah dua. Senang nak uruskan pelbagai perkara tapi takpe ini lah masanya aku nak rasa sibuk kot. Lepas ni tak tau lagi tahap sibuknya macam mana kan. Practice makes perfect.

Saturday, April 28, 2012

AktiviTi BaliK KAmpUng TerBaru-PukaT ikAn

Minggu lepas balik kampung 4 hari. Tujuannya nak teman mak dan ayah balik nak selesaikan pembelian rumah nak buat homestay. Kemungkinan besar boleh bermula bulan Mei atau awal Jun nanti. Bila dah siap aku akan war-warkan nanti ya. Selain tu, dapatlah melepakkan diri seketika daripada kesibukan kerja.

Dah alang-alang balik, Paksu aku ada mengajak berkelah di tepi pantai. Tempat biasa kami pergi ke Kampung Sg. Ular. Walaupun nama sungai tapi sebenarnya ni kawasan laut ya. Tengahari tu aku dan mak siapkan lauk-pauk yang nak dibawa. Famili lain pun sama. Siapkan lauk masing-masing. Aku dan mak masak lauk ringkas saja. Lemak putih kubis, ikan goreng dan sambal telur. Dah siap, tunggu untuk Solat Zohor sebelum bergerak.

Dah sampai, masing-masing hidangkan lauk dan sesi makan bermula. Dah siap makan masing-masing mulalah rehat dan buat macam-macam perkara. Yang kelakarnya, perempuan duduk lepak atas tikar, yang lelaki duduk dalam kabin sambil berkaraoke. budak-budak apa lagi. Mandi lautlah.

Bila waktu malam lepas solat Maghrib, Paksu ajak turun laut. Katanya nak memukat ikan. Katanya ikan senang dapat malam-malam. Masa nak pergi tepi laut tu pun dah nampak ada orang lain tengah menjala ikan jugak. Ni kira pengalaman pertama aku tengok orang menjala ikan. Kira jadi nelayan lah walaupun bukan aku yang pergi tangkap. Orang lelaki je yang pergi menjala. Yang perempuan bagi semangat kat tepi pantai hehehe.

Yang seronoknya, memang ada hasil pergi menjala ikan. Seronok tak terkata bila tengok ikan melompat-lompat tersangkut dalam jala. Bukan setakat ikan, ketam dan sotong pun ada. Malam tu kira bernasib baik jugak dapat ikan buntal hehe. Malam tu dapat sembilan ekor ikan termasuklah ikan bulan, ikan ebek. Makan malam dapatlah makan ikan segar. Terasa kemanisan ikannya. Memang seronok sangat.

Mak dah siap bagitau. Balik kampung nanti, lagi sekali akan menjala ikan. 

pemandangan waktu senja di tepi laut

nelayan-nelayan baru mencuba nasib hehe

antara hasil jalaan

bergambar dengan ikan sebelum masak 

lepak-lepak lepas berkaraoke

nelayan-nelayan yang gembira dengan hasil tangkapan

ketam batu

tukang sorak pada nelayan-nelayan pun nak bergambar dengan ikan

JurNal Ke PadaNg & BUkiT TingGi, IndONesia

3 minggu lepas berpeluang jejakkan kaki ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Lawatan kali ni pergi dengan famili Makde dan famili Pak Itam. Ada 15 orang semuanya. Famili aku yang tak ikut cuma Amir dan Abang Cik. Kami pergi ke sana selama 3 hari. Aku ingat lagi yang kami kena keluar rumah seawal 3 pagi untuk pergi ke LCCT sebab waktu penerbangan mula jam 7.50. Sampai di Padang lebih kurang pukul 9.00 pagi tapi agak panas cuaca masa tu. Terasa bahangnya macam dah pukul 11 pagi. Trip kali ni memang tak ada perancangan. Memang datang macam tu je sebabnya pertama kali datang. Yang tau pun cuma Makde itu pun dia dengar pengalaman kawan-kawan dia. Jadi, kami terus cari pemandu di lapangan terbang. Pada mulanya rancang nak naik bas mini tapi orang di sana suruh naik kereta saja. Lama juga mak ayah dan makcik pakcik berbincang pasal ni. Sebabnya kos pengangkutan agak mahal. Untuk sehari je kena bayar RP100,000 satu kereta kalau tak silap aku tak termasuk duit minyak. Kami kena bayar RP300,000 memandangkan 3 kereta kena ambil. Sudahnya kami tetap ambil kereta sebabnya pemandu tu cakap kalau pergi Bukit Tinggi jalannya agak kecil. Jadi bas tak dapat lalu banyak kawasan yang kami nak pergi. Tapi aku rasa macam pemandu yang cakap tu macam tipu pun ada, sebabnya aku nampak banyak jugak bas yang lalu. Tapi terima jelah masa tu, kami tak tau apa-apa sebab pertama kali sampai. 

Dari lapangan terbang ke Bukit Tinggi ambil masa dalam satu jam perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, sempat jugaklah tengok pemandangan. Tapi boleh dikatakan, trip kali ni memang banyak kali aku tertidur dalam kereta. Maka, banyak kali jugaklah peluang aku terlepas nak tengok pemandangan sekitar Padang & Bukit Tinggi. Kat sini banyak aku dapat merasa peluang pertama kali, macam pertama kali aku duduk hotel yang tak ada air cond, tapi aku tak rasa panas pun. Sebabnya kami duduk di kawasan yang tinggi. Ala lebih kurang macam kat Genting Highland la. Pertama kali jugak, aku dapat merasa makan telur penyu. Pertama kali dapat tengok dan jejak rumah-rumah minang. Dekat sinilah, asalnya keturunan Minangkabau yang kat Negeri Sembilan tu. Aku tengok orang-orang kat sini tak jauh beza dengan orang Malaysia. Berbeza masa aku Bandung dulu. Dekat sini juga orangnya agak ramah dan bersopan. Susah jugak nak jumpa budak-budak yang datang minta sedekah. Boleh dikatakan aku tak pernah jumpa sepanjang 3 hari kat sana. Memang pengalaman yang berbeza daripada masa kat Bandung dulu. Harga makanan dan membeli-belah tak kurang beza macam harga kat Malaysia. Kalau pandai tawar-menawar dapatlah diskaun sikit. Kat sini boleh kain pasang bersulam. Memang banyak jenis sulam yang dibuat. Selain tu, kain untuk langsir pun boleh dibuat. Kain pelekat dan telekung pun boleh dibeli. Memang cantik buatannya, lebih-lebih lagi telekung. Sulam yang dibuat agak tebal dan halus. Tudung bawal bersulam pun agak terkenal di sini. Sempat jugak aku beli 4 helai tudung.

Antara tempat-tempat yang kami singgah Lembah Anai Air Mancur, Rumah Minang, Lubang Jepang, Jam Gadang, Pasar Atas (tempat beli-belah), Kilang Kopi Bukit Tinggi dan Jambatan Nurbaya. Ada lagi tempat-tempat menarik yang lain tapi kami tak berkesempatan melawat. Dekat sini ada dua gunung berapi yang terkenal iaitu Gunung Merapi dan Gunung Sijangkang. 

Yang menarik perhatian aku bila datang kat sini ialah bila masa makan. Stail di sini, mereka akan hidangkan semua lauk-pauk yang ada atas meja dan kita ambil je lauk yang kita nak. Punya banyak lauk sampai penuh meja. Kadang-kadang lauk ayam pun sampai empat jenis ada kat atas meja tu. Makanannya banyak lauk kering dan tak jauh beza gulai yang dibuat macam di Negeri Sembilan. Cuma lauknya tak pedas sangat. Yang menjadi kegemaran aku ialah sambal lada hijau. Macam sambal belacan la fungsinya, penyedap makanan hehe. Harga makanan akan dikira mengikut lauk yang diambil. Masa mula-mula makan, kami tak tau, jadi ambil je semua lauk yang ada. Sudahnya kena bayar RP800,000. Lepas tu, barulah berhati-hati nak ambil makanan. Satu lagi yang sedap kat sana adalah Bakso. Memang terbaik dan murah. Aku tak ingat nama tapi lebih kurang macam ni lah namanya "Warung Pak..." Harga satu mangkuk Bakso cuma RP10,000. Jadi dua malam kami makan Bakso berturut-turut. Sebab sedap dan nak jimat belanja hehehe. 

Kat bawah ni antara gambar-gambar yang diambil masa pergi ke sana.
Air Mancur Lembah Anai

Depan perpustakaan Rumah Minang

Bergambar di pelamin Orang Minang

Bergambar dengan pasangan pengantin tua hehe

Gmabr beramai-ramai depan Rumah Minang


Antara lauk-lauk yang kami makan. Banyak kan

Lubang Jepang

Gunung berapi yang ada di Bukit Tinggi. Tak silap ni Gunung Merapi 

Jam Gadang

Pasar Atas

Di Kilang Kopi. Kat sini dapat merasa kopi percuma

Wednesday, April 18, 2012

HadiAh


Tak rugi datang online training semalam. Dapat gak hadiah jam. Berkenan pulak aku tengok jam tangan tu. Denagn kaler merahnya, corak yang cantik, ditambah pulak dengan design yang sedikit besar. Kalau letak tangan jauh-jauh pun boleh nampak lagi nombor tu.

Biarlah jam tu sebenarnya murah dan boleh dibeli di pasar malam atau uptown tapi keikhlasan orang nak beri tu kenalah ambil kira ye dak.

Semua yang datang masa latihan dapat jam tu. Ada jugak hadiah lain kami dapat. Bisaanya pembekal akan beri masa sesi latihan. 

Hehehe aku pun dah lama tak dapat hadiah. Dapat hadiah macam ni pun dah melompat-lompat suka

Friday, April 13, 2012

PasAl PizA Lagi

Ni cerita lain pulak. Tadi lunch kononnya nak pergi makan Domino's dengan opismate. Yelah, dah dapat kupon diskaun, nak try la kan. Sudahnya, opismate bagitau pulak pasal Papa John punya sup cendawan tu agak sedap, jadi melenconglah idea asal.

Singgah kat Papa John Sek. 9 tu agak awal, jadi tak ramai orang lagi. Interior menarik cuma agak kelam sikit lampunya, jadi kami pilih duduk tepi tingkap. Dah sampai kat meja, kami belek-belek menu yang ada. Dan sudah semestinya, opismate memilih sup pujaan hati dia tu, aku pilih nak ambil set piza untuk dua orang. Harga agak berpatutan. Dalam harga RM30, boleh dapat 1 regular sized pizza, 1 breadstick, 1 potato wedges dan 2 soft drinks. Yang pasti sos cicah potato wedges berbeza daripada sos cili biasa. Tak silap aku, pakai sos salsa. Dan dip untuk breadstick pun berbeza daripada kedai-kedai paiza yang lain, pakai sos butter with garlic (yang ini agak masin tapi masih sedap dimakan bersama roti). 

Secara keseluruhan, memang sedaplah kalau makan kat sini. Minta maaf takde gambar. Takun nanti letak gambar, orang yang membaca ni jadi terliur pulak kan. Saya rasa bersalah nanti. Walau apapun, pada mereka yang berminat bolehlah mencuba makan di restoran ni ya.

Tuesday, April 10, 2012

KertAs KerjA PertAndinGAn BoliNG

Minggu lepas sebelum bercuti aku sempat hantar kertas kerja untuk masuk kejohanan boling. Minggu ni tak dengar apa-apa berita lagi. Kemungkinan kertas kerja yang aku buat tu kena masuk mesyuarat ketua bahagian. Semalam staf aku dah tanya macam mana dengan projek ni. Aku cuma bagitau apa yang Bahagian Pentadbiran cakap. 

Harap-harapnya lulus kertas kerja yang aku buat tu. Kerja aku akan bertambah sikit nanti tapi aku rasa berbaloi memandangkan kejohanan tu nanti melibatkan semua jabatan dan fakulti. Rugi kalau library tak masuk. 

Tunggu dah dapat berita sahih nanti aku akan war-warkan kepada staf library untuk pemilihan wakil PTAR.

Doa-doalah semoga lulus

Monday, February 27, 2012

KawAn DataNg RumAH.MajliS Hi-TEa.PertAndinGAn BoliNg

Hujung minggu, ada aktiviti keluar rumah. Sebenarnya dah jarang aku keluar rumah masa hujung minggu. Lebih suka lepak-lepak. Betul-betul jenis orang rumah (homely type). Yelah, nak keluar pun tak tau nak buat apa. Aku ni pulak jenis bukan macam budak perempuan lain yang suka membeli-belah. Duit lebih banyak dihabiskan untuk beli makanan dan aktiviti lain seperti beli DVD anime@cerita jepun dan main boling. Itu pun sekiranya berkesempatan untuk keluar. Jika tidak, duduk di rumah je.

Ok, berbalik kepada cerita. Selasa lepas terima kunjungan member (Cik Aney) yang ingin tumpang tidur satu malam kat rumah. Sebabnya dia ada mesyuarat last minute kena pergi. Tak sempat nak tempah hotel. Jadi, dia telefon lepas aku tak jawab mesej dia. Sori, aku agak sibuk masa tu, tak dengar bunyi mesej. Lepas dah borak-borak dan aku pun setuju, aku terus telefon ayah aku pasal ni. Ayah macam biasa dengan ayat dia kalau orang datang rumah "Tolong kemas-kemas rumah dan bilik. Jangan bagi bersepah sangat terutama bilik along tu." Aku cuma gelak dan cakap "ya,ya along kemas nanti." Hakikatnya, kerja rumah yang paling aku tak suka ialah mengemas rumah. Sangat alah kalau nak mengemas. Pantang sapu sikit dah rasa semput macam orang tak cukup nafas. Bersin tak payah cakap, berjela-jela bunyinya. Sebabnya aku memang alahan pada habuk. Kadang-kadang bila dah teruk naik bengkak badan macam kena gigit nyamuk. Belum campur lagi, gatal-gatal kat badan tu. Asyik nak menggaru je nanti. Mujur sekarang dah kurang, sebab aku selalu jumpa doktor pakar. Sampai bila pun aku tak tau. Selagi ada janji temu dengan doktor, selagi itulah aku kena pergi. Ok, sambung lagi....balik lepas kerja pergi ambil Aney kat Kolej Seroja. Kami bersembang sambil duk fikir nak pergi bawak Aney jalan-jalan kat mana. Sudahnya, pergi singgah ke Wangsa Walk Mall. Senang nak pergi dan dekat dengan rumah je. Kami singgah solat dulu sebelum bawak Aney pergi meronda. Agak kelakar juga sebabnya tak beli apa-apa. Aney yang gila shopping pun tak beli apa-apa. Berjaya jugak aku mengawal diri daripada beli apa-apa DVD (sebabnya tak singgah situ pun, kalau singgah memang dah ada satu DVD kat tangan). Kami pergi makan je lepas tu. Terima kasih kat Cik Aney yang  sudi belanja makan. Dah siap makan, kami solat Maghrib dan terus balik.

Sabtu pulak, teman mak pergi majlis hi-tea. Adik pun ikut sekali. Mula-mula nak pergi naik bas sebab balik karang boleh balik terus dengan mak memandangkan mak kerja pagi hari tu. Hotel yang kami pergi tu dekat dengan hospital mak kerja, jadi takde masalah nak balik sekali. Tapi tak jadi naik bas sebabnya Abang Chik balik rumah, minta dia tolong hantarkan tengahari tu. Dah sampai kat hotel, kami terus jumpa kawan mak sebab mak tak habis kerja lagi. Terus aku dan adik pergi ambil makanan dan makan. Lepas dah makan satu pusingan tu baru mak sampai. Memang banyak pilihan yang ada. Ada nasi putih, nasi goreng, mee goreng. Lauk pula macam-macam jenis. Belum lagi pembuka selera dan pemanis mulut. Siap ada sushi lagi. Memang puaslah makan. Sudahnya balik tu meluru masuk tandas, aku dengan mak hehehe.

Ahad (semalam), ada pertandingan boling anjuran hospital mak. Aku pun masuk sekali. Dah dengar desas-desus masa hi-tea tu yang kawan mak cakap-cakap pasal aku pernah menang sekali masa tahun lepas, jadi kemungkinan besar aku akan menang lagi. Ada aku cerita kat dalam blog pasal ni. Mak risau juga mulanya tapi aku bagitau, rezeki Tuhan nak bagi, terima jelah. Lagipun belum tentu aku akan menang. Kalau menang pun, Alhamdulillah kan. Sudahnya, mak biarkan saja. Kami bertolak lepas Zohor dan sampai di Ampang Bowl Flamingo dalam 15 minit. Sampai-sampai je dah nampak kawan mak tengah ambil hadiah keluar dari kereta. Kami tolong angkat hadiah tersebut sebab banyak. Tak termampu kalau dua orang je nak bawak. Dahlah kawan mak tu mengandung. Dah sudah sampai kat tempat boling kami tunggu peserta lain. Lama juga nak mulakan pertandingan tu. Dari pukul 2 dah jadi pukul 3 kerana duk menunggu orang yang lambat sampai. Masa sebelum mula pun dah ada orang cakap-cakap dengan aku yang aku menang lagi. Nak pulak aku bawa bola sendiri lagilah orang nak cakap. Tapi aku senyum je. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi aku mungkin ada orang lain yang lebih pandai main. Aku pun tak berharap nak jadi juara lagi. Cukuplah dapat hadiah lagi (hehehehe gaya macam dapat je). Alhamdulillah masa permainan aku dapat  bermain dengan baik walaupun banyak kali diganggu (budak-budak kecil lah selalunya). Markah boling yang ni pun antara yang terbaik aku pernah buat. Keseluruhan dua permainan aku dapat kumpul 327 mata. Dan, Alhamdulillah sekali lagi dengan tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Siap MC dah bagitau "budak ni menang dua tahun berturut-turut". Aku senyum je lah nak buat apa lagi kan. Hadiahnya berupa hamper yang dah nak sama tinggi dengan bahu aku dan baucer JUSCO. Balik tu terus buka hamper. Punyalah tak sabar-sabar nak tengok isi kat dalam. Banyak makanan ringan yang semestinya adik kecik lah yang suka. 

Lepas ni ada lagi pertandingan boling. Bulan 3 nanti. Yang ni pertandingan boling keluarga. Ni acara tahunan jugak. Ada aku cerita jugak kat sini. Nak diikutkan 2 minggu je lagi. Nak kena berlatih bersungguh-sungguh lagi. Harapnya dapat keputusan yang baik jugak.

Nota kaki: Dah siap ajak mak awal-awal nak pergi berlatih hujung minggu ni. Nak ajak ayah sekali hehehe.

Tuesday, December 27, 2011

SamBUngAN Hobi Dolu2

Dulu pernah cerita pasal kegemaran aku di masa lapang iaitu menonton rancangan korea. Rancangan yang paling aku suka adalah We Got Married. Suka sangat cerita tu sampai berkali-kali aku buat entri. Aku pernah cerita kat sini, kat sini dan kat sini.

Ni aku nak tambah lagi pasal rancangan ni. Ada new couple yang aku suka tengok. Nak pulak melibatkan ahli kumpulan yang aku suka sangat-sangat iaitu Leeteuk dari Super Junior....Wahhhhhhh! Suka...suka....suka. Aku baru je dapat tengok memandangkan kat rumah komputer sudah siap pasang wireless receiver yang adik aku baru beli. jadi aku dapat meneroka rancangan kesukaan aku sesuka hati hehehe..

Anyway apa yang aku suka tentang couple baru ni - Leeteuk dan Kang Sora, diaorang sangatlah awkward tapi sangat berterus terang (somehow I wish to be brave like Kang Sora - she can express her feeling  well even though she is so cutely shy) dan saya suka cara Leeteuk tunjukkan his way of PDA (Public Display Affection) yang sangatlah somantik. Saya suka lelaki yang sebegitu. Cukup menghargai dan menghormati wanita. I strongly like! hehehe.

Kalau rasa nak tengok apa yang saya cakap ni betul ke tidak cuba lihat kat muka laman ni dulu http://wegotmarriedsubs.blogspot.com/ 
dan cari pasangan Leeteuk & Kang Sora. Ada juga couple yang lain, korang boleh tengok sendiri.

Kat bawah ni gambar pasangan Leeteuk dan Kang Sora

kredit: wegotmarriedsubs.blogspot.com


Enjoy!

Wednesday, November 30, 2011

FaMilY DaY PTAR

Saja nak pampang gambar ni kat sini. Aku pun join dengan keluarga. Cuma mak dengan adik yang ikut. Ayah nak berehat selepas balik haji. Adik-adik yang lain sibuk pulak.Tapi takpelah, janji aku dapat pergi. Best wooo....dapat banyak sponsor hehehehe...Hadiah-hadiah mestilah menarik

Tuesday, September 06, 2011

LibRary

Hari ni aku berpuasa. Ganti puasa dan nak ambil berkat puasa sunat hehe. Tahun ni sangat berazam untuk dapat pahala sunat 6, jadi kena tunaikan. Senang juga puasa. Tak payah semak fikir nak makan apa masa sarapan pagi. Tahun ni juga mak dah tak nak buat rumah terbuka sebab lebih fokus untuk buat kenduri doa selamat sempena ayah yang akan pergi tunaikan haji tak lama lagi. Tapi, apa-apa hal pun pada kawan-kawan yang nak datang beraya, silakan, jangan malu-malu. Cuma bagitau awal-awal, senang nak sediakan apa-apa. Ni pun aku dah dapat pelawaan nak datang ke rumah.

Ok, macam tak kena pulak apa yang aku tulis kat sini dengan tajuk yang di atas. Saja nak buat intro lain dulu hehe...Ok, sekarang kita masuk tajuk. Cakap pasal library, lately heard new stories about newly redesigned of Selangor Public Library. Situated at new location, in Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Sec 13, it gives such a pleasure to users. Kenapa macam tu? Sebabnya tempat itu sangat menarik sampai kita tak terfikir itu adalah perpustakaan. Sebenarnya, aku takde pengalaman pergi ke sana, cuma dapat pengalaman daripada rakan sepejabat dan gambar-gambar yang dikirim. Bila tengok gambar-gambar tu, rasa hati tu sangat teruja. Bayangkan, di perpustakaan ada gimnasium, tak ke menarik tu? Ada kafeteria dan yang paling best ada studio teater 6D. Dulu, famous dengan 3D. Sekarang library Selangor ada 6D, tak ke canggih tu?

Nampak menarik kan. Kebetulan tengah mencari info menarik pasal library ni, dapat surf satu blog ni. Kat sini blogger ni cerita pengalaman dia ke library ni. So, credited to The DIY Mum for having this great experience to share. Korang boleh klik kat sini jika nak tau lebih lanjut pasal perpustakaan ni.

Teringin nak curi masa pergi library ni. Dah alang-alang aku kerja kat Shah Alam kan, boleh juga nak jejak kaki kat sini. Nak dapat pengalaman lain daripada yang lain. Boleh juga nak tambah ilmu untuk buat learning commons kat library aku ni.

Korang semua pun jangan lepaskan peluang pergi ke perpustakaan ni tau. Dah pergi, boleh kongsi cerita dengan aku.

Nota kaki: Agak-agak kalau dating kat library ni, boleh tak? Saja nak cuba pengalaman lain...tapi masalahnya aku takde sapa-sapa nak ajak dating huhuhuhu...Ada sapa-sapa nak dating dengan saya pergi library?


Monday, June 20, 2011

FamilY daY HKL

Sabtu lepas ikut Hari Keluarga Jabatan Surgical (tak pasti nama tu betul ke tak) HKL. Saja nak join family day tempat keja mak. Tapi aku memang selalu ikut apa-apa aktiviti opis mak ni. Jadi peneman mak hehehe. Tapi hari tu kami pergi bertiga, aku, mak dan Abang Chik. Abang Chik ikut sebab dia tau tempat yang kami nak pergi ni. Tempatnya kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Dekat dengan kawasan rekreasi Sg. Congkak. Klik sini untuk tau pasal Nur Lembah Pangsun.

Kami sampai sana pukul 8.40 pagi. Waktu tu tak ramai lagi staf yang datang. Organizer pun tak nampak muka lagi. Kawan-kawan mak pun baru berapa kerat je yang datang. Disebabkan masa yang ada, aku dan Abang Chik berjalan sekitar kawasan. Agak menarik tempatnya. Betul-betul Eco Resort. Ada sungai, tasik, tapak perkhemahan, ada dusun buah-buahan, kolam ikan, siap ada stadium kecil. Memang sesuai kalau nak buat apa-apa aktiviti team building, family day or camping. Kemudahan yang disediakan agak lengkap. Ada asrama, vila, dewan seminar tertutup dan terbuka, dewan makan dan yang paling penting tandas.

Dah habis meronda, baru organizer sampai dan kami diberi sarapan. Nasi lemak dia agak lain. Dia letak halba, serai dan halia kat dalam nasi, jadi aroma dia sedap dan sambal dia pun terbaik. Puas hati makan. Lepas sarapan, kami terus ke stadium. Stadium dia atas bukit. Masa naik memang semput sebab bukit agak curam. Tak payah susah-susah nak buat warm up. Dah sampai, kami diberi sedikit senaman sebelum memulakan aktiviti sukaneka. Kami dibahagi 4 kumpulan. Aku kena masuk kumpulan lain, terpisah dengan mak dan Abang Chik. Mak kumpulan Kuning dan aku kumpulan Hijau. Macam-macam aktiviti sukaneka ada dan yang paling best diuruskan fasilitator Nur Lembah Pangsun (semuanya lelaki dan budak-budak muda...i like!). Antara acaranya ialah Belon Oh Belon (passing belon kat kawan sekumpulan ke belakang), Gula-gula dalam tepung, Pecah belon, Rabun Oh Rabun (Seorang ahli kena pakai kain penutup mata dan kena ambil seberapa banyak belon yang boleh. Ahli kumpulan kena bagi arahan dari kotak kawasan yang disediakan) game ni paling banyak main menipu hehehe. Lepas tu ada Musical Chair

Dah habis aktiviti, kami rehat dan makan tengah hari. Nasi ayam disediakan. Pun sedap. Aku suka tapi tak dapat makan banyak. Sebab lepas tu ada aktiviti lagi. Waktu petang, acara kemuncak sukaneka ialah tarik tali dalam sungai. Paling best dan paling seksa bagi aku. Sebab aku kena tarik 7 kali. Sampai kaki aku berdarah luka kena pasir dan batu. Kenapa aku kena tarik sampai 7 kali? Sebabnya untuk team aku, Hijau kitaorang kena tarik 2 kali untuk first round lawan dengan team Kuning. Kalah. Kali kedua, team aku lawan team Biru untuk dapatkan tempat ketiga. Yang ni kena tarik sampai 3 kali. yang tak bestnya team aku kalah lagi. Yang baki lagi dua tu, aku kena import masuk team Kuning. Mak yang tarik aku masuk team dia. Mujur dapat juara. Tak sia-sialah aku berbasah dan berluka. Tapi memang seksa lepas tu, tangan aku sakit sampai sekarang huhuhu.

Aktiviti yang berikutnya, berakit dan bina menara batu. Kami naik rakit yang disediakan dan cari batu-batu untuk buat menara di pelantar yang disediakan di hujung sungai. Kumpulan yang paling tinggi bina menara dikira sebagai pemenang. Lagi sekali, pasukan aku kalah sebab ada orang sabotaj, jadi menara kami jatuh. Tapi aku tak kisah pun sebab acara yang akhir sekali yang aku tak sabar-sabar nak buat. Flying Fox! Tapi risau jugak sebab masa aktiviti berakit tu hujan turun. Takut tak jadi naik Flying Fox. Alhamdulillah, hujan turun sekejap je, jadi dapat peluang. Sementara menunggu peluang nak naik Flying fox, ada seorang fasilitator bagi penerangan dan aku sempat borak-borak dengan dia. Rupa-rupanya dia buat part time kat situ. Student KLMU. Aku ceritalah pasal aku pernah jadi komander dulu. Part yang lepas ni aku suka sikit hehe...Dia tanya umur aku berapa..aku suruh dia teka. Yang bestnya dia cakap umur aku 25 tahun hehehehe...Aku bagitaulah umur aku lagi tua. Dia tak percaya. Siap cakap "Akak nampak mudalah" hehehehe kembang aku sekejap. Dah habis borak-borak, dia keluarkan sesuatu dalam beg. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya anak ular sawa. Dia suruh aku pegang. Aku dengan selamba pegang. Takdelah geli sangat. Seronok pegang ular. Kulit dia sejuk.

Lepas tu baru aku dapat buat flying fox. Agak tinggi jugak nak naik ke pelantar tu. Mengah sekejap. Tapi bila dah dapat turun tu rasa tak puas hati pulak sebab sekejap sangat rasanya. Nak kata gayat, tak jugak. Tapi kalau tengok bawah tu masa nak rentas tasik, boleh tahan gak rasa gerun tu. Dah habis semua aktiviti tu barulah, masing-masing tukar baju dan bersiap-siap. Dapat pulak minum petang. Makan sandwich tuna dan telur dan kuih lapis. Pun sedap. Mak siap ambil lebih nak bawak balik. Masa ni, organizer pun bagitau juara keseluruhan untuk Family Day. Kumpulan mak jadi juara. Team aku pulak dapat tempat ketiga. Kira okay lah tu kan...

Nota kaki: Kalau sempat, aku masukkan gambar ya. Nak tunjuk gambar aku pegang ular

Saturday, June 11, 2011

CuCi KerEta

Mode sekarang. Penat yang amat. 

Baru lepas cuci kereta. Bukan sebuah tapi dua buah. Basuh kereta Myvi dulu. Dah abis basuh, tengok sekejap hasil kerja sendiri. Puas hati. Nampak kereta mak dah berkilat.

Turn berikutnya kereta aku. Tapi hari dah makin gelap. Biasalah cuci masa dah petang rembang. Cepat-cepat bersih dan vakum. Tapi kalau dah kereta sendiri tak boleh nak main cincai basuh. Mesti ada je yang nak dicuci  bagi betul-betul bersih.

Basuh punya basuh tengok langit dah gelap. Aku cepat kemaskan semua. Masuk dalam rumah. Last last hasil kerja kereta sendiri tak tengok lagi. Dah gelap. Tak nampak. Kena tunggu esok baru nampak hasilnya.