Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, February 08, 2012

PerUtuSan PeNtAdbIraN

Baru saja balik daripada dengar perutusan pentadbiran yang melibatkan tiga jabatan pentadbiran UiTM. Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan UiTM. 

Singgah makan dulu kat kafe sebelum pergi dewan. Takut terdengar perut bunyi masa kat dalam dewan. Dah mendaftar, baru dapat tau ada disertakan makan pagi. Jadi bekalan makan tengahari lah jawabnya hehe. Door gift pun ada, yang menariknya beg sponsor by perpustakaan. Jadi ada jenama perpustakaan di beg tersebut. 

Ucapan pertama diberi oleh Ketua Pustakawan. Banyak intipatinya. Sesuatu yang menarik tapi kesian kat Encik Hidayat yang tak berapa sihat tapi tetap gagah beri ucapan. Antara intipati yang menarik perhatian adalah berkenaan tagline baru perpustakaan "Library For All'. Maksudnya meluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan yang tak terhad kepada pelajar saja tetapi merangkumi semua pengguna khususnya warga UiTM. Selain daripada itu, beberapa inisiatif perpustakaan untuk meluaskan perkhidmatan termasuklah perubahan jumlah naskhah yang boleh dipinjam kepada staf pentadbiran dari 10 kepada 20 naskhah, pinjaman berkelompok kepada jabatan-jabatan lain, pembukaan perpustakaan selama 24 jam, global outreach dan lain-lain.

Selepas tu, taklimat daripada Bendahari. Temanya ialah "from usual to unsual". banyak inisiatif baru yang dibuat untuk meningkatkan bajet universiti. Termasuk pelaksanaan portal kewangan yang dijalankan secara web sebagai one stop centre. Penggunaan tema lean budget management ditambah baik dengan beberapa perkara untuk menjana kewangan universiti.

Akhir sekali ucapan daripada Pendaftar. Semestinya melibatkan sumber manusia. Pendaftar banyak kali menyentuh tentang Budaya PERDANA selain warga kerja yang berproduktif serta kreatif dan inovatif. Selain itu, ada juga menyentuh tentang warga pentadbiran yang berilmu tinggi. Beri peluang kepada staf pentadbiran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Buat aku terasa nak sambung belajar hehe.

Lepas dengar perutusan tadi, banyak yang aku belajar. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan perlu dibuat tindakan. Apa-apa hal pun perutusan tadi bertepatan dengan tema yang perpustakaan sediakan. Kena juga dengan penstrukturan semula perpustakaan. Semoga terus maju hendaknya. UiTM di hatiku.

Friday, July 01, 2011

PoSitiVE ThinKinG

Thoughts of the day - Positive Thinking.


Be in positive mind even though people cursing at you.

Don't lose your confidence when people look down on you.

Listen when someone shared his/her problem with you.

Think positive when something bad happen to you.

Sunday, April 10, 2011

BahAsa MelAyu

Baharu nak kemas kini blog. Minggu ni agak sibuk. Baharu sahaja lepas kursus penulisan kertas kerja dan Hari Mesra Pelanggan di PTAR FSPU.

Mesti korang nampak pelik kan aku guna ayat Bahasa Melayu baku kat atas. hahahaha kesan daripada kursus yang aku pergi. Memang tabik dengan cara En. Karim dari DBP yang menjadi penceramah kami selama dua hari berkursus.

Selama ni ingat dah jadi orang Melayu, dah tak payah nak belajar lagi Bahasa Melayu dengan betul. Sibuk nak belajar bahasa-bahasa asing.Tapi masa kursus hari tu, rupa-rupanya banyak kena belajar lagi tentang Bahasa Melayu. Kosa kata, simpulan bahasa, tatabahasa, dan banyak lagilah. Ada banyak perkataan yang kita tak tau tapi ada dalam Kamus Dewan.

Kata-kata penceramah tu masih lagi aku ingat. Katanya "Betulkan apa yang biasa, biasakan apa yang betul". Sebagai contoh, selama ni kita asyik cakap ïnterview tu temujanji tapi sebenarnya adalah janji temu (siap kena jarakkan ayat tu ya). Kalau selama ni asyik sebut penganggur sebenarnya ada perkataan lain kita boleh gunakan iaitu "tuna karya" maksud tuna=tiada, karya=kerja. Ada lagi beberapa perkataan lain, tapi aku tak ingat.

Kalau sempat rajin-rajinkan tengok Kamus Dewan ataupun dalam laman web DBP ya!

Thursday, January 06, 2011

RaMaLan TahUn TikUS 2011

Jumpa sesuatu yang menarik masa tengah surf blog orang. Ramalan mengikut zodiak Cina. Tak nak percaya pun benda ni tapi boleh diusahakan untuk menjadi sesuatu yang betul dan realiti. Nak berkongsi dengan anda semua pasal ni. Tapi aku ambil tahun zodiak aku ler hehehehe. Siapa-siapa yang sama tahun dengan saya iaitu tahun tikus, meh kita baca sama-sama ya.

Yang lain tu boleh check kat website ni http://www.moonslipper.com/chinese.html 
Dalam tu ada maklumat semua tentang zodiak. Siapa-siapa yang masih tak tahu zodiak masing-masing pun boleh check kat website tu ok.

Have fun!


The Rat
Rats are charming, elegant and clever. They can be a bit gossipy and prone to being distracted. They’re also thrifty and very good with handling money. Family and close friends are exceptionally important to them. The Rat is charming beyond words and throughout his undoubtedly long life he will always be popular and will have many friends.

Forecast for 2011
The Rat will feel glad in a lot of ways to see the end of the Year of the Tiger! There were a lot of changes and the pace was fast - not something the Rat is entirely comfortable with. The Chinese Year of the Rabbit is the opposite – its tempo will be slow and steady and the Rat must try to be patient and remain content with steady progress throughout 2011. Work will again be highlighted but this time the Rat’s experience and knowledge will be called upon, helping him to advance quite nicely in his career. April, October and November are well-starred for this. On the love and romance side of life, there could be cause for celebration during the year in the form of an engagement, wedding or birth. July, August and December and January will be particularly special months. An important aspect of 2011 for the Rat is time for personal growth, hobbies and developing skills that bring happiness. For any Rats that like to write, this year will see their creativity heightened and whether for pleasure or profit, writing is highlighted in a most positive way. Health wise, the Rat will have felt burnt out sometimes during 2010 and in 2011 his vitality will be improved. He will feel stronger and will also be taking better care of himself, maintaining a good diet and steady exercise routine.

Interesting Rat Facts:
Zodiac Stone: Garnet
Special Flower: Narcissus
Best Hours: 11 pm -1 am
Season: Winter
Horoscope Colors: Black, White, Purple

Nota kaki: Aku suka part 'On the love and romance side of life, there could be cause for celebration during the year in the form of an engagement, wedding or birth. July, August and December and January will be particularly special months' hehehehe....Agak-agak boleh terjadi tak? Doa doakan ya ^_^

Thursday, August 26, 2010

SelAmaT Hari KemErdekaAn!!

Sebelum aku terlupa, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-berapa adik-adik?
Tak tau?..
Meh sini nak bagitau
Kita sekarang menyambut kemerdekaan yang ke-53 ya adik-adik sekalian.

Tak tau tema merdeka tahun ni?
Tak tau jugak?
Ok...kakak pustakawan nak bagitau lagi...
Tema tahun ni ialah "1 Malaysia menjana tranformasi"

Nak tau logonya macam mana?
Nak tunjukla ni..
Macam ni ha...

Nak tau rasionalnya logo ni?
Logo ini melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa

Lagu baru sempena kemerdekaan juga ada. Liriknya kat bawah


LAGU 1MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha



Ok...Tu aje..terima kasih...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

TazKiRah BulaN RamaDhan

Tadi pergi PTAR1 dengar tazkirah. Banyak ilmu baru belajar lagi hari ni. Nak pula Ustazah yang memberi tazkirah tu sungguh bersemangat walaupun dalam bulan puasa. Terima kasih Ustazah Hjh. Norrihah!

Antara yang sempat aku tangkap masa dengar tazkirah tu:
- Bulan Ramadhan adalah bulan penghapus segala dosa dan merupakan bulan keberkatan.
- Bulan Ramadhan merupakan masa untuk kita menjaga kesempurnaan zahir dan batin
- Bulan dilimpahi nikmat yang banyak
- Bulan rezeki yang melimpah ruah

Ada satu perkara yang aku suka masa Ustazah bagi. Beliau ada beritahu Bulan Ramadhan ni merupakan bulan bonus pahala untuk lelaki dan perempuan dengan mengerjakan "sunat luarbiasa" untuk pasangan yang berkahwin. Bonus pahala untuk lelaki adalah membenarkan isterinya bangun awal untuk melakukan solat sunat Tahajjud dan lelaki itu sendiri yang menyiapkan makanan untuk bersahur. Manakala yang wanita kerana melakukan solat-solat sunat pada waktu malam yang tak dapat dilakukan pada bulan-bulan biasa. Menarik kan!

Lagi satu, Bulan Ramadhan adalah bulan "berjemaah". Sebabnya satu keluarga dapat mengeratkan silaturrahim ketika "berjemaah" semasa sahur, "berjemaah" semasa berbuka, lagi untung "berjemaah" waktu Maghrib dan yang kelakar tapi masih relevan nak shopping raya pun "berjemaah" :)

Sedekah paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadhan.

4 golongan yang syurga rindukan ialah:
- pembaca Al-Quran
- orang yang memelihara lisan
- orang yang memberi makan pada orang yang lapar
- orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

Akhir sekali, "Seseorang yang memberi makan pada orang yang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu"

Wednesday, November 25, 2009

Eheh

Pagi ni ngantuk dan rasa malas tu begitu memuncak ketika bangun. Tapi memandangkan hari ni last day sebelum cuti, terpaksalah ku menggagahkan diri untuk bangun. Dah siap2 (hari ni memang agak lembab aku bersiap, memang betul2 ku paksakan diri) tapi sampai opis tetap awal daripada orang lain. Sebabnya bila dah dalam kereta, memang terasa cam bawak kapal terbang. Kejap je sampai hehehehe.

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat tempat kerja baru ni (Fuyo!). Rasa cam baru je masuk minggu lepas. Sedar tak sedar gak, aku selalu bangun awal nak pergi keja. Takat ni tak pernah lagi aku bangun lewat yang betul2 lewat hehe. Masa kat tempat kerja dulu ada pernah sekali (eh, dua kali kot) aku terlajak tidur sampai pukul 9. Pergh, masa tu memang kelam kelibut dibuatnya. Gelabah abis tapi tetap cool bila tepon bos "Bos, saya lewat skit. Ada hal peribadi" kuikuikui padahal bangun lambat. Hal peribadi lah konon..ceh. Tapi betul masa tu memang gelabah. Maklumlah baru pertama kali kerja lepas graduate. Rekod nak kena cantekkk!

Tu taklah bermaksud aku nak buat kerja jahat kat tempat baru ni (eheh..skit2 jer hehe). Cuma yela, kalu aku dah terbiasa buat rekod baik (baiklah konon) memang tak pernahlah aku nak buat benda yang tak berfaedah. Tak best lah camtu. Biarlah orang kata aku budak lurus (sebab ikut rules sangat...tapi atas jalanraya ikut suka suki aku je hehe)...ahhh...aku peduli hapa! Janji hidup tak kacau orang. Harap2lah aku dapat kekalkan perangai ku yang ni (bukan yang kat jalanraya tu..adik2 sila jangan ikut perangai saya ni...memandulah dengan berhemah ya).


Haa..pagi tadi pergi singgah main library. Ada tazkirah. Lepas tu ada makan2. Eheh, nasi lemak tu. Banyak betul nasi dia. Semua tu dah siap dalam bungkusan. Jadi, kami amik jer bungkusan tu dan blah. hehehe senang kan...Aku pun tapau je. Balik makan kat tempat aku. Privacy skit hehe.

Hmm, apa lagi ye. Takde dah kot. Oh, cuma hari ni mungkin duduk kat meja rujukan. Ada student datang nak tanya macam2 soalan. Time2 cuti sem pun ada student kan. Takpe2, tanggungjawab tu. Kena laksanakan sebaik mungkin (ayat tak leh tahan)...ok...hwaiting (ni maksudnya berusaha dalam bahasa korea)

Friday, August 21, 2009

Tazkirah dan majlis tahlil

x tau nape hr ni library menjadi sgt sejuk..dr pagi td blazer mmg tersarung x cabut2 disebabkan sejuk yg amat...dan disebabkan sejuk + kurg keja = ngantuk nk masuk mode Zzzzzz...
ni pagi td punyer cerita...


pagi spt biasa nk kuar breakfast kat tempat biasa (menara)..tggu kak syakirah tp dia x turun2..aku pn pe lg trus je bergerak bebas ke menara(wah bertmbh kurus aku camni hehehe)..smpai jer kat sana, aku tgk kurg kelibat org library kat situ...'dorg ni dh start puasa ke?'aku pn trus lah bungkus nasi goreng ngan telur dadar tuk lunch karang(pagi tu aku mkn kuih jer 3 ketul)...lps dh bli tu baru teringat yg sbnrnya kat ptar 1 de tazkirah skali ngan bacaan yasin dan tahlil..of course lah dorg x mkn sbb pastu de mkn2 time lps tazkirah (hehehe ku dh kerugian duit sbb terbeli dulu mknan..haiya)


aku pn trus bergegas(x leh lenggang kangkung sbb dh lmbt) ke ptar 1 dan menuju trus kat tempat anis(sbb bilik dia dkt ngn bilik seminar a.k.a tmpt tazkirah diadakan)..mujur dia de lg..so lepak2 kat tmpt dia jap(konon kata dh lmbt tp smpt lepak2 lg kui3)


bacaan yasin dan tahlil td diketuai ustaz muda dr CITU(institut kefahaman Islam)..umo dia br 24 thn..sygnya aku x igt nama dia...sedap gak bacaan dia(suara dia x m'gmbrkan dia tu umo 24 thn...agak matang dan jelas - ni bkn puji sbb terpikat tp betul2 puji tau)..lps tu barulah tazkirah diadakan disampaikan oleh Ustazah dari CITU gak(pun x igt sapa nama dia - hr ni mmg aku agak super slow + blur)..tazkirah berkenaan kedtgn Ramadan..yg paling aku igt bab yg x membatalkan puasa..sbnrnya de perkara2 yg x membatalkan puasa tapi disebabkan kekeliruan membuatkan kita terasa puasa kita terbatal...sbg cth: ustazah kata klu kita disuntik(tuk tujuan kesihatan),tu x membatalkan puasa melainkan suntikan yg menyebabkan kita kekenyangan(x taulah camne rupanya)...sbbnya kata ustazah kata kna lihat blek mksd puasa terbatal "dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan"...maka dgn itu klu suntikan td memberi kekenyangan, terbatal lah puasa secara automatik - ustazah tu kata...


de lg cth2 lain tp aku x brp jelas (x nk tulis takut nnt bg mksd berbeza kat org lain...bhy gak klu x betul ckp psl agama ni, x psl2 leh jadi dosa...huhuhu x nk!! dhlah sy masih jahil psl agama ni)...nasib baiklah tazkirah ni de...dan bgs gak aku pegi sbnrnya...dptlah tmbh ilmu baru...papehal pd mereka terutama pd kwn2 yg mengenali aku ni...ku di sini nk mohon maaf byk2 klu de tersalah kata terslah bahasa ke....dan insyaAllah dosa2 kalian ku dah maafkan..semoga ramadan kali ni bw berkat yang lbih baik dr ramadan yg lalu...


ok...ciao