Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

SimpTom KuRanG SiHat. TahnIah

Sudah ada simptom berkenaan. Macam mana pun dah berkurangan. Cuma sakit tekak ni nak kena jaga. Air masak/putih/mineral/suam dan yang sewaktu dengannya yang menjadi pilihan sekarang. What to do...itu je yang termampu tahan dek tekak. Ais tidak digalakkan. Menambah perisa kepada kesakitan yang sedia ada.

Aduh...kejap lagi ada majlis makan-makan oleh staf. Banyak menu sedap-sedap. Nak buat-buat pantang rasa macam tak seronok je. Nak kena pantang juga ke? Tapi rasa sikit takpe kan..kan. Kira tutup sebelah mata je la kan..hehehe

Sebelum terlupa, nak ucap tahniah kepada kawan merangkap junior masa sekolah dulu (walaupun tak pernah jumpa kat sekolah), junior satu kursus, satu universiti dan juga rakan ofismate yang tak jadi sebab aku dah berhenti dulu sebelum dia masuk kerja (punya panjang intro nak kenalkan budak ni)..hanif yang sudah selamat melangsungkan perkahwinan pada 24 Ogos lepas. Tahniah...tahniah..semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Sori juga tak dapat nak datang kenduri masa 15 Sept. Akak kena balik kampung, sepupu kahwin huhu..

Seronok dengar cerita kawan-kawan dah kahwin. Aku?? hahaha bahagia seadanya. Doa-doakan lah semoga aku dapat kahwin. Nak spesifik lagi?? Korang doakan aku kahwin awal tahun depan. hahahaha

Tuesday, August 14, 2012

IftAr di PapA JohN

Semalam first time berbuka puasa di luar dengan housemate. Kami pergi bertiga dengan anak saudara Kak Kirah. Tempat iftar pun tak jauh dari rumah, kalau nak diikutkan boleh saja jalan kaki tapi kakak housemate kata "pakai baju kurung jadi malas pulak nak berjalan kaki". Maka, pergilah dengan kereta.

Sampai agak awal kat restoran tersebut. Dapatlah pilih tempat yang best-best. Anak buah kak Kirah pilih tempat tepi tingkap yang boleh menghadap pandangan luar. Dah siap pilih tempat, order dulu menunya lepas tu baru keluar jalan-jalan sekitar Plaza Masalam tu. Saja tengok-tengok mana tau ada yang berkenan. Tapi tak beli apa-apa pun. Cuma snek ringan untuk makan malam karang.

Dah puas jalan barulah balik ke restoran, tunggu waktu berbuka dan......Soru!!!

menu yang diorder tapi tak lengkap. Tak dan nak ambil gambar menu lengkap sebab dah bedal dulu.

air wildberry yang menarik. Nampak tak buah ceri kat bawah tu

Friday, April 13, 2012

PasAl PizA Lagi

Ni cerita lain pulak. Tadi lunch kononnya nak pergi makan Domino's dengan opismate. Yelah, dah dapat kupon diskaun, nak try la kan. Sudahnya, opismate bagitau pulak pasal Papa John punya sup cendawan tu agak sedap, jadi melenconglah idea asal.

Singgah kat Papa John Sek. 9 tu agak awal, jadi tak ramai orang lagi. Interior menarik cuma agak kelam sikit lampunya, jadi kami pilih duduk tepi tingkap. Dah sampai kat meja, kami belek-belek menu yang ada. Dan sudah semestinya, opismate memilih sup pujaan hati dia tu, aku pilih nak ambil set piza untuk dua orang. Harga agak berpatutan. Dalam harga RM30, boleh dapat 1 regular sized pizza, 1 breadstick, 1 potato wedges dan 2 soft drinks. Yang pasti sos cicah potato wedges berbeza daripada sos cili biasa. Tak silap aku, pakai sos salsa. Dan dip untuk breadstick pun berbeza daripada kedai-kedai paiza yang lain, pakai sos butter with garlic (yang ini agak masin tapi masih sedap dimakan bersama roti). 

Secara keseluruhan, memang sedaplah kalau makan kat sini. Minta maaf takde gambar. Takun nanti letak gambar, orang yang membaca ni jadi terliur pulak kan. Saya rasa bersalah nanti. Walau apapun, pada mereka yang berminat bolehlah mencuba makan di restoran ni ya.

Monday, April 09, 2012

FrieNds and Good FriendS

Pagi tadi dengan rasa malas memandu ke tempat kerja. Mujur tak rasa mengantuk walaupun malam tadi aku tidur pukul dua. Gara-gara menonton semula WGM Yongseo couple. Lepas tu sempat tolong mak upload gambar dalam facebook dia. Gambar masa kami pergi Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia Khamis lepas.

Ok, aku bukan nak cerita pasal cuti, itu dalam entri yang lain. Cuma nak cerita pasal apa yang aku dengar pagi tadi kat radio. Sekarang ni aku rajin buka Fly FM. Lebih-lebih lagi waktu pagi ada sesi Judge Hakim. Aku suka dengar dia bagi verdict yang entah apa-apa. Suka juga dengar Hafiz dan Nadia (sekarang Juls ganti) bergaduh membela klien masing-masing. Tapi, pagi tadi aku suka dengar verdict yang Judge Hakim bagi. 

Saja aku nak quote kat sini perkataan dia. Mengenai kawan.

First quote:
"Friends are like money. You can have it but you can't keep it."

Second quote:
"Good friends are like stars. They can't always shine but you know that they are there."

Sweet kan. Totally in love with those quotes. and agree some more. Especially second quote. Sangat manis.

So for those my beloved friends, I dedicate these to you. Have a nice day!

Friday, March 02, 2012

HaRI Ini DalAm SejaraH

Sebenarnya tajuk kat atas tu untuk cerita semalam. Memandangkan semalam tak berkesempatan nak buat entri jadi baru hari ni aku dapat taip. Ok, kenapa jadi hari semalam jadi HARI INI DALAM SEJARAH? Sebabnya ada beberapa benda yang pertama kali dapat aku rasa dalam satu hari. Yang pertama, aku merasa pergi kerja ke Shah Alam naik komuter dari Sentul. Pertama kali juga pergi kerja naik komuter. Pertama kali pergi dan balik kerja menunpang orang sekejap. Banyak kan...

Semuanya berpunca sebab aku tak pergi kerja dengan kereta aku sendiri. Ini pun kira pertama kali jugak aku pergi kerja kat Shah Alam ni tak bawak kereta hehehe.

Kenapa jadi macam tu? Puncanya satu je. Kereta aku kena pecah semalam. Ada orang pecah tingkap dengan niat nak mencuri benda dalam kereta. Malangnya bagi si pencuri tersebut, kereta aku tiada barang berharga disimpan. Malah duit pun aku tak tinggal. Lebih malang lagi bagi si pencuri tu, dashboard aku dah rosak dan tak boleh bukak. Maka mungkin dengan malang yang dirasakan oleh pencuri tersebut, dia sempat merosakkan kereta aku dan berjaya membuat aku rasa malang kerana perlu mengeluarkan wang untuk bayar balik apa yang dia dah rosakkan. Sungguh kesian dan sungguh kurang ajar pencuri itu. 

Mungkin korang terfikir kenapa dalam keadaan yang sebegitu cemas, aku masih lagi kena pergi kerja. Percayalah, jika tak ada hal yang begitu penting, aku akan ambil cuti kecemasan. Tetapi, disebabkan aku kena jadi penceramah dan tenaga pengajar untuk sesi latihan kepada rakan-rakan pustakawan satu jabatan pada hari semalam, maka aku tetap kena pergi kerja. Rasa serba salah nak batalkan sesi latihan. Makanan dah tempah, undangan pun dah diberi. Tak mungkinlah nak batalkan. Nak pulak semester baru akan bermula minggu depan. Dah mula sibuk nanti.

Bila bercakap pasal komuter, perkara yang tak boleh lari, tren yang lewat sampai. Selama mana pernah aku naik komuter, rasanya setiap kali akan ada kes tren lewat tiba. Semalam pun sama. Aku dah sampai lebih kurang pukul 7.15. Tren berikutnya dalam 7.40. Sememangnya aku dah berfikir yang aku akan terlewat masuk pejabat memandangkan tinggal lagi 20 minit sebelum msuk waktu. Sedang berfikiran sebegitu, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan tren akan lewat tiba atas hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah mula menggelabah. Bukannya apa, jika masuk pejabat dan terus buat kerja tak apa. Ini aku sedang berada dalam mod sebagai seorang penceramah yang mana waktu aku kena mengajar adalah 9.00 pagi. Dah mula mengira waktu nak sampai pukul berapa nanti.

Sudahnya memang lambat dan aku rasa tak selesa. Seboleh mungkin aku akan tepati janji tetapi mujurlah rakan-rakan dah tau kes aku ni, maka aku dimaafkan. Mujur juga aku berjaya memberi ceramah dengan tenang. Cuma bila masa rehat dan habis ceramah, cepat je aku terfikir pasal kereta tu. Alhamdulillah, mak bagitau kereta dah siap baiki. Risau jugak kalau aku terpaksa ambil cuti hari ni sedangkan banyak kerja lagi nak disiapkan.

Nota kaki: Dugaan pada hari pertama bulan ketiga tahun dua ribu dua belas. 1/3/2012. Ada jugak yang pertama kan kat situ.

Monday, February 27, 2012

KawAn DataNg RumAH.MajliS Hi-TEa.PertAndinGAn BoliNg

Hujung minggu, ada aktiviti keluar rumah. Sebenarnya dah jarang aku keluar rumah masa hujung minggu. Lebih suka lepak-lepak. Betul-betul jenis orang rumah (homely type). Yelah, nak keluar pun tak tau nak buat apa. Aku ni pulak jenis bukan macam budak perempuan lain yang suka membeli-belah. Duit lebih banyak dihabiskan untuk beli makanan dan aktiviti lain seperti beli DVD anime@cerita jepun dan main boling. Itu pun sekiranya berkesempatan untuk keluar. Jika tidak, duduk di rumah je.

Ok, berbalik kepada cerita. Selasa lepas terima kunjungan member (Cik Aney) yang ingin tumpang tidur satu malam kat rumah. Sebabnya dia ada mesyuarat last minute kena pergi. Tak sempat nak tempah hotel. Jadi, dia telefon lepas aku tak jawab mesej dia. Sori, aku agak sibuk masa tu, tak dengar bunyi mesej. Lepas dah borak-borak dan aku pun setuju, aku terus telefon ayah aku pasal ni. Ayah macam biasa dengan ayat dia kalau orang datang rumah "Tolong kemas-kemas rumah dan bilik. Jangan bagi bersepah sangat terutama bilik along tu." Aku cuma gelak dan cakap "ya,ya along kemas nanti." Hakikatnya, kerja rumah yang paling aku tak suka ialah mengemas rumah. Sangat alah kalau nak mengemas. Pantang sapu sikit dah rasa semput macam orang tak cukup nafas. Bersin tak payah cakap, berjela-jela bunyinya. Sebabnya aku memang alahan pada habuk. Kadang-kadang bila dah teruk naik bengkak badan macam kena gigit nyamuk. Belum campur lagi, gatal-gatal kat badan tu. Asyik nak menggaru je nanti. Mujur sekarang dah kurang, sebab aku selalu jumpa doktor pakar. Sampai bila pun aku tak tau. Selagi ada janji temu dengan doktor, selagi itulah aku kena pergi. Ok, sambung lagi....balik lepas kerja pergi ambil Aney kat Kolej Seroja. Kami bersembang sambil duk fikir nak pergi bawak Aney jalan-jalan kat mana. Sudahnya, pergi singgah ke Wangsa Walk Mall. Senang nak pergi dan dekat dengan rumah je. Kami singgah solat dulu sebelum bawak Aney pergi meronda. Agak kelakar juga sebabnya tak beli apa-apa. Aney yang gila shopping pun tak beli apa-apa. Berjaya jugak aku mengawal diri daripada beli apa-apa DVD (sebabnya tak singgah situ pun, kalau singgah memang dah ada satu DVD kat tangan). Kami pergi makan je lepas tu. Terima kasih kat Cik Aney yang  sudi belanja makan. Dah siap makan, kami solat Maghrib dan terus balik.

Sabtu pulak, teman mak pergi majlis hi-tea. Adik pun ikut sekali. Mula-mula nak pergi naik bas sebab balik karang boleh balik terus dengan mak memandangkan mak kerja pagi hari tu. Hotel yang kami pergi tu dekat dengan hospital mak kerja, jadi takde masalah nak balik sekali. Tapi tak jadi naik bas sebabnya Abang Chik balik rumah, minta dia tolong hantarkan tengahari tu. Dah sampai kat hotel, kami terus jumpa kawan mak sebab mak tak habis kerja lagi. Terus aku dan adik pergi ambil makanan dan makan. Lepas dah makan satu pusingan tu baru mak sampai. Memang banyak pilihan yang ada. Ada nasi putih, nasi goreng, mee goreng. Lauk pula macam-macam jenis. Belum lagi pembuka selera dan pemanis mulut. Siap ada sushi lagi. Memang puaslah makan. Sudahnya balik tu meluru masuk tandas, aku dengan mak hehehe.

Ahad (semalam), ada pertandingan boling anjuran hospital mak. Aku pun masuk sekali. Dah dengar desas-desus masa hi-tea tu yang kawan mak cakap-cakap pasal aku pernah menang sekali masa tahun lepas, jadi kemungkinan besar aku akan menang lagi. Ada aku cerita kat dalam blog pasal ni. Mak risau juga mulanya tapi aku bagitau, rezeki Tuhan nak bagi, terima jelah. Lagipun belum tentu aku akan menang. Kalau menang pun, Alhamdulillah kan. Sudahnya, mak biarkan saja. Kami bertolak lepas Zohor dan sampai di Ampang Bowl Flamingo dalam 15 minit. Sampai-sampai je dah nampak kawan mak tengah ambil hadiah keluar dari kereta. Kami tolong angkat hadiah tersebut sebab banyak. Tak termampu kalau dua orang je nak bawak. Dahlah kawan mak tu mengandung. Dah sudah sampai kat tempat boling kami tunggu peserta lain. Lama juga nak mulakan pertandingan tu. Dari pukul 2 dah jadi pukul 3 kerana duk menunggu orang yang lambat sampai. Masa sebelum mula pun dah ada orang cakap-cakap dengan aku yang aku menang lagi. Nak pulak aku bawa bola sendiri lagilah orang nak cakap. Tapi aku senyum je. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi aku mungkin ada orang lain yang lebih pandai main. Aku pun tak berharap nak jadi juara lagi. Cukuplah dapat hadiah lagi (hehehehe gaya macam dapat je). Alhamdulillah masa permainan aku dapat  bermain dengan baik walaupun banyak kali diganggu (budak-budak kecil lah selalunya). Markah boling yang ni pun antara yang terbaik aku pernah buat. Keseluruhan dua permainan aku dapat kumpul 327 mata. Dan, Alhamdulillah sekali lagi dengan tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Siap MC dah bagitau "budak ni menang dua tahun berturut-turut". Aku senyum je lah nak buat apa lagi kan. Hadiahnya berupa hamper yang dah nak sama tinggi dengan bahu aku dan baucer JUSCO. Balik tu terus buka hamper. Punyalah tak sabar-sabar nak tengok isi kat dalam. Banyak makanan ringan yang semestinya adik kecik lah yang suka. 

Lepas ni ada lagi pertandingan boling. Bulan 3 nanti. Yang ni pertandingan boling keluarga. Ni acara tahunan jugak. Ada aku cerita jugak kat sini. Nak diikutkan 2 minggu je lagi. Nak kena berlatih bersungguh-sungguh lagi. Harapnya dapat keputusan yang baik jugak.

Nota kaki: Dah siap ajak mak awal-awal nak pergi berlatih hujung minggu ni. Nak ajak ayah sekali hehehe.

Thursday, January 05, 2012

ReZekI TahuN BarU

Alhamdulillah. Baru dapat tau markah SKT tadi. Markah lebih baik daripada tahun lepas. Dalam seronok tu, masih terima pelbagai nasihat daripada bos besar. Ada lagi yang kena diperbaiki. A lot of skills to improve especially writing skills for official document. I admit that hehe. Kurang mahir nak karang surat rasmi. Lebih-lebih lagi bila nak buat ayat pertama. Mahu setengah jam nak cari perkataan yang sesuai. Mujur ayat-ayat dalam laporan dan minit mesyuarat oleh dikarang. Bos pun takde komen pasal tu. Bagusla kot kerja aku tu hehe. Bila dapat tau markah lebih baik bukan bermaksud dah boleh duduk senang-lenang. Kena fikir cara yang lebih baik untuk majukan diri. Jika boleh, nak kekalkan prestasi terbaik sepanjang tahun (ni boleh jadi azam tiap-tiap tahun). Dalam hati aku, banyak dah perkara-perkara yang dirancang, sedang dirancang, dalam proses, sedang dijalankan. Banyak sebenarnya lagi boleh dibuat kat library ni.

Contohnya sekarang tengah menambah baik senarai tugas staf. Dah siap, boleh laksanakan dalam minggu ni juga. Lepas tu, nak merancang untuk tambah baik servis perpustakaan. Ada yang perlu ditambah baik. Pelan untuk menambah baik rak-rak buku yang sedia ada. Boleh mula masa cuti semester ni. Yang terbaru, learning common. Ada penambahan perabot dan peralatan di perpustakaan. Yang seronoknya, kat library dah dapat TV baru selepas 2 tahun takde tv disebabkan kekangan-kekangan yang ada. Set sofa dan meja baru pun dah sampai. Tersusun cantik di Aras 2. Lepas ni, ada lagi perubahan yang akan berlaku. Huiii, tak sabar-sabar. Hmmmm, banyak lagi sebenarnya ni. Selesaikan satu persatu.

Cakap pasal rezeki ni juga, baru dapat tau aku dah disahkan jawatan. Alhamdulillah sekali lagi. Tahniah juga kepada rakan-rakan sejawat yang masuk melapor diri. Tahniah kat Edayu, Zu, Hafiz, Farabie. Alhamdulillah rezeki di awal tahun baru. Semoga dapat jadi perangsang untuk bekerja dengan lebih baik.

Saturday, November 12, 2011

DataNG Dan PerGi

Tengok blog dan web orang. Banyak kisah datang dan pergi. Maksud aku, kehadiran insan baru dan pemergian orang terdekat.

Macam minggu lepas, baca dalam FB kawan, dia beritahu tentang pemergian ibu tersayang. Takziah atas pemergian ibunya. Benarlah manusia itu "Daripada Allah dia datang dan kepada Allah juga dia pergi". Ada juga beberapa berita pasal "pergi" ni. Minggu lepas juga, dapat berita tentang tok saudara ku yang dah pergi mengadap-Nya.

Masa raya haji juga dapat berita pemergian salah seorang rakan sekerja. Meninggal akibat accident. aku dapat tau masa masuk kerja hari Selasa. Sedih juga memandangkan kawan sama angkatan, pustakawan tapi dia kat INTEC. Kira senior aku. Muda lagi. Baru umur 30 tahun. Beliau pergi meninggalkan suami dan anak beliau yang masih kecil.

Masa mesyuarat khamis lepas baru dapat tau cerita sebenar beliau meninggal. Rupa-rupanya dia tercampak keluar dari kereta. Yang paling teruk lepas tu digilis lori. Masa ketua jabatan kami cerita hal tu, kami masing-masing tergamam. Mujur cerita lepas dah habis meeting.

Dah habis bab tu, yang ni nak cerita bab lain pulak. Nak cerita pasal kawan yang dah menerima orang baru dalam famili dia. Tahniah atas kelahiran anak sulung Ita. Kawan seangkatan juga yang baru bersalin pertengahan bulan oktober. Baru sekarang aku nak ucap tahniah hehehe. Tapi takpe aku dah mesej dia awal-awal masa dapat tau dia dah bersalin. Baby perempuan. Comelnya! Jeles lak aku. Bila turn aku hehehe (kahwin pun tak lagi berangan nak dapat anak hehehe).

Nak ucap tahniah juga kat my BFF yang dah selamat bertunang masa 1 Oktober lepas. Tahniah Sal!! Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Sori banyak-banyak tak dapat datang masa majlis tunang. sibuk nak uruskan ayah yang nak pergi haji. Jangan risau, masa kahwin memang I datang. Dah janji kan.

Nak ucap tahniah juga untuk my officemate yang bertunang hari ni ke esok....tak ingat pulak tarikh dia. Dah selamat juga dia. Mesti berseri-seri muka dia sekarang. Apa-apa hal pun doakan yang terbaik untuk Fazlina. Semoga jodoh berpanjangan hehehehe. Aduy aku pulak yang rasa tak sabar-sabar hehehe.


Nota kecil: Sila doakan semoga saya mendapat jodoh yang baik. Sekarang ni memang tengah berkawan dengan seseorang. Masih dalam proses mengenali hati budi. 

Wednesday, July 20, 2011

KerJa YaNg InDah

Haha banyak sangat kerja sampai tak sempat nak update blog. Terlalu banyak yang nak disiapkan sebelum semester baru dibuka. Nak pulak menjelang puasa ni, lagi banyak kursus dan mesyuarat kena hadir. Tak nak ganggu bulan puasa.

Sekarang, fokus pada projek Stock Take. Banyak buku nak kena semak baca. Kulit dah jadi gatal-gatal kena habuk buku. Hidung pun dah gatal-gatal jugak. Menggagau cari ubat yang doktor bagi nak kurangkan gatal. Esok nak bagi taklimat kat staf pasal projek. Semua carta alir dan lampiran aku dah siap cetak. Tunggu nak bagi esok masa taklimat.

Minggu depan lagi sibuk. Dah tinggal seminggu nak puasa. Ada benchmark visit yang kena ikut. Nak kena siapkan juga projek FCORP. Dah bising-bising ketua projek minta siapkan course outline.

Aduh, kurang sudah masa nak berjimba-jimba. Entah bila dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa untuk diri sendiri pun tak ada ni huhuhu

Friday, June 17, 2011

JumPa KawAn LamA

Seronok betul dapat jumpa member-member lama. Macam-macam cerita ada. Tapi yelah, dah lama tak jumpa, biasalah habis keluar cerita-cerita lama. Tadi terserempak dengan kawan masa belajar dulu. Dia ni antara kawan lelaki yang rapat dengan aku dan geng-geng. Dekni, Ariza, mesti korang kenal dengan Azam kan.

Banyak sembang dengan dia tadi. Dari kafe kat Menara sampailah kat opis aku, PTAR 2 ni. Siap stop kejap tengok result dia pastu sambung balik borak-borak. hehehehe memang best. Yang tak tahan, boleh dia kacau makcik Sal yang dah lama tak contact tu. Siap berlakon jadi librarian kat Kedah kata Sal tak pulang buku lagi. Terkejut makcik tu dibuatnya. Aku dah terkekeh-kekeh gelak. Tu lah Azam, perangai tak berubah. Dari zaman diploma dulu sampai mengajar anak orang sekarang. Aku tak taulah macam mana rupa dia jadi pensyarah kat Merbok tu.

Cakap pasal kawan lama ni jugak, semalam buat lawatan ke Pusat Sumber Petroleum di KLCC. Masa lawatan tu ada sesi perkenalkan staf. Aku perasan ada seorang student internship kat situ macam aku kenal. Aku duk fikir jugak kat mana aku jumpa dia. Masa sepanjang lawatan tu, aku asyik fikir je kat mana aku pernah jumpa. Last last masa dah abis lawatan, baru aku teringat. Rupa-rupanya budak ni junior komander kat Merbok dulu. Bila aku tegur dia, dia pun perasan. Dia pun tanya "Akak ni komander jugak dulu kan." Aku pun menggangguk je lah. Lepas tu mulalah borak-borak dengan dia. Tapi sayang, masa tak panjang. Tak sempat nak borak-borak lagi. Tapi takpe, ada masa boleh jumpa lagi.


Nota kecil: Teringat kenangan masa belajar kat Merbok dulu. Ahhh, rindunya nak balik ke sana. Nak jumpa kawan-kawan lama.

Tuesday, June 07, 2011

MiNi ReuNioN BFF

Dah masuk petang macam ni, mulalah malas nak buat kerja. Jadi, buatlah entri baru. Nak cerita pasal semalam.

Semalam buat mini reunion dengan BFF (best friends forever) masa belajar dulu. Tak cukup korum sebab Cik Salfarina dan Cik Marli tak datang. Dia orang tak dapat datang sebab ada hal. Yang ada cuma aku, Ariza, Dekni dan Maziah. Dapat buat reunion ni pun sebab Maziah ada kursus kat KL. Dia ni je yang jauh. Tinggal kat Perlis. Yang lain semua kerja kat area KL dan Selangor. Nasib baik ada kursus. Kalau tak entah bila nak jumpa lagi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Mula-mula janji nak jumpa kat lobi hotel Grand Pacific tempat Maziah check in tapi memikirkan yang jalan kat situ agak sesak, nak pulak jumpa lepas waktu kerja, anda semua boleh bayangkan betapa payah nak ke sana. Last last aku call Dekni minta ubah tempat perjumpaan. Kata putus jumpa kat Tasik Titiwangsa. Disebabkan aku orang pertama sampai, jadi aku kena tunggu yang lain-lain. Sementara menunggu, aku ambil peluang lepak tepi tasik. Masa kat sana, aku cari kerusi rehat dan duduk. Bila sorang-sorang, korang taulah apa aku akan buat kan. Ya, aku duduk termenung. Masa tu mulalah nak fikir yang merapu. Siap boleh kata "Best gak kalau lepak sini petang-petang. Kalau aku tengah kecewa ke patah hati ke, boleh jugak datang sini jogging sorang-sorang". Siap fikir nak bawak bekalan baju dari tempat kerja. Sebelum keluar opis terus tukar baju siap-siap pastu singgah terus hehehe.. tapi entah bila masa aku nak kecewa pun aku tak tau hehehe.

Orang kedua sampai Ariza. Elok pulak kelam kabut nak cari parking. Aku pun main hentam je cakap aku kat mana-mana. Kesian orang tu nak cari parking. Rupa-rupanya tak jauh pun dia parking tapi terpaksa tukar park kat sebelah kereta aku. Masa ni, kami duk sembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Sempat call Maziah tanya Dekni dah sampai nak ambil dia dari Arkib. Elok lepas call dia, call Dekni pulak. Betul-betul baru sampai kat situ. Menunggu lagi ketibaan minah berdua tu. Pukul 7 lebih baru sampai. Singgah solat sekejap kat surau. Boleh pulak aku melawak dengan Dekni pasal tempat ambil air wuduk. Kawasannya agak terbuka. Kalau berdiri, dinding tu cuma paras dada. Boleh nampak kawasan luar. Nak pulak mengadap betul-betul berhadapan dengan surau lelaki. Aku cakap kat Dekni nak ambil wuduk kena jalan itik. Tak nak bagi nampak aurat. Kalau berdiri je mesti orang lelaki kat depan boleh tengok dengan percuma rambut kitaorang yang cantik ni hehehe. Mengekek Dekni ketawa masa nak ambil wuduk.

Dah habis solat, baru kami cari warung makan. Aku cadang pergi ke Satay Station. Saja nak cuba kat situ. Agak besar restoran terbuka tu. Sesuai untuk melepak. Kami duduk berdekatan dengan skrin besar. Nak tengok cerita Nora Elena (entah betul ke tak aku eja sebab aku tak berapa tengok sangat. bukan tak nak tengok tapi tak sempat). Bila dah order, masing-masing sambung lagi bercerita. Masa makanan sampai, masing-masing daripada muka happy jadi semacam je. Bukan sebab apa pun, cuma makanan agak sikit. Tapi makanan bolehlah tahan sedapnya. Ariza lagi kesian. Nasib dia kurang baik kot. Boleh pulak nasi goreng paprik dia ada serangga macam belalang kecil kat atas nasi. Kurang selera nak makan tapi terpaksalah telan sebab dah lapar kan. Bila dah habis makan, rasa macam lapar lagi. Terus kami order sate ayam 30 cucuk. Tapi yang menghabiskan sate, aku dengan Ariza je. Orang yang beriya-iya nak makan sate (Dekni) boleh pulak makan sikit je. Nasib baik perut aku muat lagi. Kalau tak rugi je tak dapat nak habiskan sate tu. 

Bila dah habis, jalan ke parking. Sampai kat situ lepak-lepak kejap. Sambung cerita lagi. Sempat jugak tangkap gambar. Part ni seronok sikit sebab kereta semua jenis Saga. Macam buat kelab tak rasmi je. Masing-masing bergambar dengan kereta sendiri kecuali Maziah yang menempel sebab dia menumpang orang. Dah habis bergambar, borak barulah nak balik.

Apa-apa hal pun memang best. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi memikirkan semua kerja besok (hari ni lah tu!), nak tak nak kenalah balik...


Nota kaki: Terima kasih Dekni, Ariza dan Maziah. Nanti jumpa lagi cuma tak tau bila kan. Kalau boleh bagi lengkap korum hehehe

Nota kaki 2: Nak tunggu berita gembira seseorang. Harap-harap menjadi hendaknya hehehehe

Friday, April 01, 2011

MaSa UntUK BeRjoLi EsoK

Yeah!!Esok nak jumpa kawan lama masa belajar kat diploma dulu. Dah lama benar tak jumpa dengan minah ni. Sekarang ni rajin dia contact aku. Aku pun kadang-kadang berbalas mesej dengan dia. Dia ni merupakan best friend yang agak pelik sikit perangai dia. Umur dah nak masuk 29 tahun tapi perangai macam budak-budak. Cuma sekarang dah ok sikit tapi masih gila-gila. Aku nak tengok esok, dia dah jadi feminin ke belum. Kalau masih lagi suka pakai sweater dengan sport shoes memang belum sampai lagi jiwa feminin dalam diri dia hehehehe....Kay Oone...Kay Oone.

Banyak memori dengan dia. Macam-macam kerja gila buat dengan dia dulu. Maklumlah masa tu aku rasa, aku je yang boleh masuk dengan perangai tak berapa betul minah ni. Yang lain boleh jugak tapi tak segila kami berdua dulu. Pernah ada satu masa kami berdua pergi jalan kaki ke Tupah semata-mata nak mandi sungai. Nak kata jauh dengan tempat belajar takdelah sangat tapi kalau jalan kaki hampir 1 jam jugak nak sampai sana. Gila kan! Dahla tak bawa baju lebih. Dengan baju yang sama kami pakai, baju tu lah kami mandi dan baju yang sama kami pakai waktu balik. Memang betul-betul gila. Dahlah pergi tak bawa apa-apa pun. Kalau polis ada,memang boleh dicap bukan warganegara. Masa kat sana, kena kacau dengan mat-mat askar tapi kami tak layan pun. Masing-masing buat tak tahu. Yang aku pulak,berenang jauh-jauh. Rimas! Mujur mat-mat askar tu pergi macam tu je bila tengok kami tak layan. Cuak jugak kalau jadi apa-apa. Dah puas mandi, rehat kejap, baru gerak balik ke kampus. Jalan kaki 1 jam lagi. Dengan baju basah-basah balik ke kampus. Untungnya, dah sampai pintu utama kampus, baju jadi kering hehehehe.

Tu salah satu kenangan yang tak boleh lupa. Tak silap aku masa tu jugak, aku kena pergi Unit Kesihatan sebab kuku ibu jari kaki tercabut sebab tersalah pijak batu, jadi tergelincir. Masa balik baru sedar, kaki berdarah. Tapi aku tak menangis pun sebab dah biasa kot. Tu kira kali kedua kuku kaki tercabut hehehe. Bayangkan betapa gagahnya aku masa tu. Jiwa kasar.


Nota kaki: Teman orang yang gila-gila pergi enjoy, kena ubah mood jadi gila-gila jugak. Baru haffening!!! hahahaha

Wednesday, December 29, 2010

CerITa KelaKar

Semalam keluar dengan my so called-what-he-wants-me-to-think-him-as-my-husband-to-be (aku cakap macam tu sebab dia suka bising-bising yang aku ni bakal isteri dia...hampeh...habis semua famili dengan member-member dia tahu....huhuhu)...temankan dia pergi opis dia kejap, nak ambil barang. Lepas makan malam kat Nasi Ayam Mancongkam, kitaorang gerak ke Sunway. Masa tu hujan lebat. Sepanjang perjalanan, aku tengok hujan mencurah-curah turun. Takde petanda hujan nak berhenti.

Masa kat opis dia pun macam tu jugak. Bukan main lebatnya hujan turun. Kesian pulak kat encik Dia, sampai basah bahagian bawah masa nak pergi ambil barang. Aku yang selamat sebab duduk dalam kereta je hehehe.

Ok, kenapa aku banyak cerita pasal hujan?...Bukan kerana kumpulan Hujan (huhuhu Noh dah bertunang, aku kecewa) tapi ada cerita yang berkaitan dengan hujan.

Masa balik dari opis encik Dia ni, entah hapa mimpi dia boleh ajak member main snuker. Aku dah tentu terpaksa ikut. Janji nak ambil kat area simpang Padang Balang. Masa tu masih hujan tapi dah kurang sikit lah. Nak dijadikan cerita, member encik Dia ni tunggu kat kedai gunting rambut. Masa nak dekat sampai, aku dah nampak kawasan tu macam banjir sikit sebab air dalam longkang dah melimpah keluar. Kami berhenti kat tepi tu. Member tu baru nak mulakan langkah tiba-tiba dah terjelepok jatuh kat depan. Terkejut kami dibuatnya. Nak gelak tak jadi sebab kesian. Ingatkan takat tu saja. Member tu dah bangun balik dan berlari-lari anak nak elakkan hujan dengan lopak banjir tu. Masa tu aku dah nampak dia nak buka pintu belakang. Aku alihkan sekejap je pandangan pastu encik Dia cakap "Eh, mana budak ni menghilang? Tadi nampak dia nak buka pintu." Rupa-rupanya lagi sekali mamat tu jatuh. Kali ni baik punya sebab dia betul-betul jatuh dalam longkang. Habis satu badan ada dalam longkang. Bila dia bangun tu, reaksi dia memang cukup kelakar. Habis satu badan basah kuyup siap dengan kepala basah macam orang baru lepas mandi sungai. Masa tu aku dah tak tahan, gelak sepuas-puasnya. Encik Dia lagilah tak payah cakap. Gelak sampai tak ingat dunia. Yang member tu muka selamba je bangun. Buat macam takde apa-apa. Cuma cakap "Aku nak balik tukar baju jap. Ni dah macam mandi rupanya." Masa tu kami gelak lagi sekali dengan tuan punya badan yang jatuh tu. Hehehehehe....Dalam kejadian yang tak dijangka tu boleh lagi mamat tu main dengan baik lepas tu. Encik Dia dah kurang fokus sebab asyik gelak je.

Serius sampai sekarang aku teringat-ingat cara mamat tu jatuh. Dah banyak kali rewind ni. Aduihlah, sakit perut aku. Mujurlah member tu jenis yang sabar. Kalau tak habis kami di maki hamun.


Nota kaki: Aku rasa setiap kali lalu tempat tu, aku akan jadi gila sekejap, senyum sorang-sorang tak pun gelak. Hahahahahaha....lawak giler. Bayangkan orang jatuh longkang macam chipsmore...sekejap ada, sekejap takde kihkihkihkih

Monday, December 13, 2010

AdiK ANgkAt.JoM HeBoh

Hujung minggu lepas banyak perkara tak sangka berlaku. Tak rancang pun nak jadi tapi kuasa Tuhan semua boleh jadi kan.

Asalnya, aku ada adik angkat. Baru kenal dengan dia masa aku pergi luar negara. Budak ni rajin bercakap. Suka sangat nak berborak dengan aku. Aku yang kurang bercakap pun dah jadi sama kecoh macam dia bila borak. Nak dijadikan cerita, adik angkat aku ni ajak keluar minum. Kebetulan kitaorang ni tinggal dekat-dekat. Sabtu tu aku pun keluar lah jumpa dia. Dah alang-alang tengahari, kitaorang keluar makan tengahari terus. Lepas tu, dalam bosan-bosan tu terus bagi idea kat dia, ajak pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil. Dia setuju ajelah. Masa sampai kat sana kenderaan memang banyak tapi kami dapat jugalah parking kereta dekat dengan karnival tu. Adik angkat aku ni pulak beria-ia. Dia siap cakap "Nak cari awek barulah. Kat sini ramai gadis-gadis." Aku pun beria-ia sokong budak ni. Tapi yang tensennya "Akak pun boleh cari bakal suami kat sini." Saja je nak kena sedas dua kat budak ni. Taulah aku tak kahwin lagi. Pulak tu dia pulak sibuk-sibuk nak carikan calon untuk aku. Hui, sabar ajelah. Mujur kitaorang tak duduk lama kat situ. Nanti entah apa jenis lelaki dia nak kenalkan dengan aku tak tau lah. Dah habis beli barang dan usha orang, baru kitaorang balik. Tu pun singgah minum kat kedai makan. Lama gak kitaorang lepak. Borak-borak. Nak dekat Maghrib baru aku balik.

Masa balik, aku cerita pulak kat mak. Beria-ia pulak mak nak pergi. Katanya tak pernah pergi lagi Jom Heboh. Maka Ahad tu aku keluar pulak dengan mak dan adik kecik. Kami pergi waktu tengahari, tak sangka pulak boleh jadi jem teruk masa tu. Masa aku pergi sebelum tu taklah seteruk ni. Hampir sau jam kami nak cari parking je. Mujur jugalah mak perasan ada tempat kosong dan mujur jugak aku bawa Myvi mak. Senang sikit nak drive. Yang paling best, parking dekat satu jam, pergi shopping tak sampai satu jam pun. Terus balik. Kitaorang tak sempat pun makan tengahari. Balik rumah ingat nak pergi makan. Mak dah tak larat, terus tidur. Aku pulak tak boleh nak tidur. Puas jugak pusing-pusing. Last last pergi main game PS 2. Puas hati. Malam tu baru makan. Tu pun suruh adik-adik pergi pasar malam.

Puas jugak berjalan dua hari tu. Macam-macam makanan aku borong. Dapat jugak kutip beg macam-macam warna. Heh, puas hati.

Thursday, October 21, 2010

TahNiah!

Oh lupa pulak..yang ni boleh aku cakap....

Cuma nak ucap tahniah kat kawan seorang ni....

Kawan sekelas masa diploma dulu.....Tengku Adil @ budak-budak kelas panggil dia Anton..

Dah sambung belajar kat luar negara..Melbourne, Australia. Aku tak sempat nak tanya dia sambung masters ke PhD...

Sebenarnya segan jugak nak tanya sebab jarang bercakap dengan dia ni huhuhu

Papehal pun tahniah dan selamat maju jaya kat Anton...fuhuhu seronok dapat belajar kat luar negeri.

RuMUSan AkTIviTi MiNggU LepAs

Terlalu banyak nak cerita. Banyak perkara berlaku minggu lepas. Jadi pening pulak nak cerita satu-satu. Senang aku buat rumusan apa yang aku rasa terbaik yang aku jumpa sepanjang aktiviti yang aku buat.

Hari Mesra PTAR 2
Tahun ni kali kedua buat hari mesra kat tempat aku. Tapi tahun ni agak grand sikit sebab ada bajet. Kebetulan tempat kami merupakan lokasi terakhir selepas PTAR 1, PTAR FSPU, PTAR 3 & PTAR 4. Jadi kami buat majlis penutupnya sekali. Dan nama aku naik jadi bendahari maka tugas duit advance dan perbelanjaan jadi urusan aku. Risau jugak mula-mula sebab dapat duit advance hampir 3K. Masuk pulak dalam akaun sendiri. Jadi gabra sangat, takut terbelanja duit tu. Mujur gak aku ni seorang yang berhemah (perasan lagi!). Jadi duit tu betul-betul guna untuk urusan hari mesra je. Memandangkan aku jugak merangkap biro aktiviti dan hadiah, jadi kerja bertambah-tambah. Nak mencari-cari hadiah yang sesuai, nak fikir pulak games mana yang menarik. Betul-betul menuntut keperahan otak nak memikirkan idea-idea menarik. Mujur juga dapat bantuan daripada ketua dan staf. Alhamdulillah, perjalanan hari mesra sepanjang 2 hari tu (ditambah dengan majlis penutup pada petang hari terakhir) berjalan dengan lancar. Aku dapat tau daripada bos, majlis kami tu menjadi buah mulut staf-staf yang hadir. Banyak yang memuji kelancaran program dan hadiah-hadiah. Alhamdulillah sekali lagi, berkat usaha kami yang bekerja. Tak sia-sia jugak aku balik lewat ke rumah (selalunya lepas maghrib) selama seminggu semata-mata nak siapkan program ni.

Bengkel Amalan Terbaik
Sekali lagi menjadi urusetia. Kali ni terlibat dengan pendaftaran. Agak sibuk juga memandangkan bukan staf library sini je, staf dari cawangan pun datang jugak. Sehari sebelum, AJK ramai turun padang, kemas dan buat persiapan. Aku tolong bahagian hadiah dan cenderahati masukkan barang dalam door gift. Banyak juga benda dalam goodies bag tu. set manicure, lanyard library, notepad, pensel, button badge (comel sangat), gula-gula dan asam. Sangat menarik! Dan esok harinya aku datang awal. Macam biasa selesaikan hal kerja sendiri dulu, baru uruskan hal bengkel. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit isu tapi masih terkawal. Pendaftaran dilewatkan sedikit tapi tak menjadi masalah kerana masih mengikut masa yang ditetapkan. Ada satu cerita kat sini. Aku terserempak dengan kawan lama. Masa belajar dulu. Aku dah pernah cerita pasal mak ayah dia meninggal baru-baru ni dalam blog aku. Mula-mula perasan belakang dia tapi tak pasti sama ada betul ke tak orangnya tu. Lepas tu memang dah ditakdirkan kami betul berjumpa, dia betul-betul lalu depan aku. Tak tau macam mana tiba-tiba terpanggil nama dia. Agak terkejut dia bila dengar nama dipanggil. Aku pun jadi terkejut tengok reaksi dia macam tu. Agak lama kami berborak. Macam-macam cerita keluar. Yang paling best, dia boleh bagitau dia mimpikan aku malam sebelum tu. Huuu, bagus betul mimpi dia. Cerita lain, dia ajak aku pergi kenduri kahwin dia bulan 12 ni. Kawan ni siap cakap kalau aku tak datang, dia nak cari aku kat UiTM ni. Huuuuu....aku cuma boleh bagitau dia aku tak berjanji tapi aku usahakan untuk datang. Cerita yang lagi satu aku dengar dan yang ni buat aku rasa kagum, rupa-rupanya ada kawan sekelas kami yang tengah buat PhD. Orang yang aku tak sangka-sangka pulak tu. Tapi mungkin dah rezeki dia. Aku cuma doakan semoga dia berjaya dapatkan title DR. tu. Bila cakap macam tu buat aku terfikir nak sambung belajar je hehehe. Okay habis bab ni.

Bengkel CoP
Kali ni aku jadi peserta. Agak berat pengisian begkel kali ni. Betul-betul sentuh bab pengurusan library. Aku satu kumpulan dengan Kak Fiza(pustakawan PTAR 3 - senior kat kedah dan masa degree) dan Anuar (Puncak Alam - junior masa degree). Yang lain semuanya orang besar-besar. Aku rasa kami bertiga je yang muda-muda dalam group 8 orang tu. Yang bestnya kami bertiga senyap je sebab tak boleh nak mencelah orang-orang senior bercakap. Cuma jadi tukang taip dan cantikkan slide presentation hehehe. Hari tu aku balik lambat gara-gara masa pembentangan yang agak panjang.

Hari Persaraan Ketua Pustakawan
Hari yang agak kelam kabut. Aku jadi urusetia lagi sekali. Kali ni jadi Urusetia sambutan. Banyak protokol kena ikut. Sebabnya Naib Canselor dan orang besar datang. Jadi persiapan kena buat sehabis baik. Bos aku pun dah jadi kelam kabut. Sekejap kat pentas, sekejap kat kerusi tetamu VIP, sekejap kat ruang makan. Kami pun ikut kelam kabut. kaki aku masa tu tak yah cakaplah. Rasa macam tak jejak lantai pun. Walau macam mana pun, majlis tetap berjalan lancar. Aku sempat bertegur sapa dengan Cik Aniey dan Cik Nurul. Puan Azizah dan keluarga En. Haron pun datang jugak. Puan nampak makin cantik. Sempat dia tanya kat aku dia nampak cantik ke tak? hehehe. Aku menjawab dengan seikhlas hatinya yang dia memang cantik. Yang seronoknya, walaupun VC sibuk dengan tugas dan sepatutnya beliau cuma datang sekejap je tapi VC memang seorang yang sporting. Beliau dan isteri sanggup tunggu sampai habis majlis. Siap makan-makan lagi. Bila acara "send-off" tu agak sedih. Aku sebenarnya tak nak menangis pun tapi entah kenapa bila terpandang Puan Azizah pastu tengok En. Haron salam dengan staf-staf terus je airmata aku bergenang. Puan Azizah yang cool tu terus je bagi tisu kat aku. Alih-alih tengok dia pun menangis jugak hehehe. Anyway happy pension day to Tn. Hj. Haron. Hmmm, dah takde orang yang happy go lucky macam En. Haron nak tegur-tegur staf. Tapi apa-apa pun kami dah ada big big boss baru hehehe...peace  ^_^ v

Tuesday, October 12, 2010

CeriTa kerJa.sTudeNt.

Pagi ni rasa ngantuk sangat. Sama ada aku tak cukup tidur ataupun kesan ubat batuk yang tak hilang lagi. Tekak pun rasa tak selesa je. Asyik-asyik batuk. Sampai mencucuk-cucuk dada. Sakit huhu T_T.

Tapi, walau sakit macam mana pun kerja tetap kena jalan. Pagi ni mungkin tak sibuk sangat. Cuma siapkan kerja-kerja hakiki. Statistik yang perlu disiapkan dengan diari aktiviti yang perlu ditambah. Tengahari dan petang karang mungkin agak sibuk. Persiapan tempat dan raptai untuk bengkel esok.

Aku dah siap bawa bekal baju lebih. T-shirt free library bagi sempena bengkel. Hadiah atas sumbangan staf library yang berusaha sungguh-sungguh dalam pekerjaan hehehe. Kaler biru turqoise. Sekali pandang macam kaler baju tempat kerja lama aku. Memang tak lari dari kaler favorite aku.

Student pulak macam biasa, banyak kunjungan. masing-masing tengah sibuk nak siapkan assignment. Memandangkan minggu ni minggu terakhir kuliah sebelum masuk study week. Sekejap je rasa. Lagi dua minggu mereka nak exam. Ah! teringat kenangan masa belajar dulu. Seronok!

Hmmm, semalam dah dapat surat salinan permohonan. Harap-harap diluluskan. Dapatlah pergi luar negara sekali lagi. Sibuk aku nak mengumpul duit nak bayar ke agensi dan nak berbelanja sakan hehehehe. Mak pun dah bagitau awal-awal suruh sediakan duit tukaran. Huhuhu tak sabarnya....

p/s: ariza, aku terjumpa orang yang sebijik macam sharizal kat sini. Aku ingatkan dia sambung belajar balik hehehe rupa-rupanya orang lain. Haa..lagi satu, terjumpa dengan orang yang mukanya sama macam Zain tapi yang ni lagi hensem ;) hahahaha. Kerja kat library jugak tapi kat bahagian lain.

Tuesday, August 10, 2010

PuaSa Dah TiBa

Lagi sekali aku tak dapat nak menunaikan janji untuk buat entri pasal induksi dan balik kampung lepas. Terlalu sibuk. Tak sempat nak bermalas-malasan di rumah. Ada je benda nak buat sepanjang masa huhuhu. Takpe-takpe hidup mesti diteruskan.

Oh yeah....oh yeah...oh yeah, yeah, yeah...hahahaha macam gumbira sangat-sangat. Puasa nak menjelang. Sekali lagi bersyukur dapat menempuh Ramadhan yang mulia. Kepada semua kawan-kawan yang mana kenal dan baca blog ni, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau ada apa-apa kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak. Saya pun telah memaafkan kesalahan anda semua ye. Kira kita sekarang 0-0 ye.

Uh....cakap pasal bulan puasa teringat berbuka kat luar dengan kawan-kawan. Rindu nak berbuka dengan kamu dan kamu dan kamu dan kamu.


P/S ~ Pada kawan-kawan: Takde acara berbuka kat mana-mana ke? Ajaklah kawanmu yang kerinduan nak berbuka sama-sama ni hahahaha

Thursday, July 08, 2010

UcaPAn~BirtHdaY kAwAn & AnniVeSaRy

Salam 1Malaysia dan selamat pagi

Sebelum aku terlupa dek banyak benda 'terkumpul' dalam otak, izinkan aku [macam hape je ayat..blog sendiri pun nak minta izin ka?]...ok, ulang semula. Izinkan aku untuk bagi ucapan ni kat semua.


Kepada Aney dan Dekni ~~ Selamat Harijadi yang ke....tuttttt hehehe. Maaf aku 'ter'cepat satu hari. Reason dah ada kat atas tu, tak payah aku ulang-ulang. Ke nak ulang jugak? Ok..ok...aku ulang. Sebabnya...aku takut terlupa. Apa-apa hal semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati tuhan dan paling penting semoga bertemu jodoh yang terbaaaaek. Apa? nak hadiah? jumpa aku baru boleh bagi hadiah. tarikh tutup minta hadiah adalah pada 15 Julai 2010. [malangnya aku kena kursus kat perak dua minggu bermula 16 Julai. Ada harapan tak korang nak jumpa aku ni. Tak kot hahahaha]<-----ayat kejam.

Kepada aku---->selamat ulangtahun pertama bekerja di tempat baru ni [tarikhnya minggu depan 16hb tapi yelah, dah pergi kursus tak sempatlah pulak nak update nanti. takut 'TERLUPA' lagi]. Wah, dah setahun. Macam tak percaya je. Kejap sangat. Tapi banyak benda yang masih aku perlu belajar. It's a life long learning. Banyak lagi yang aku tak kecapi. Salah satu contoh, berkahwin [hahaha tak boleh miss yang ni] dan ada lagi. Nak cerita banyak. Tulis kat sini karang tak termampu korang semua nak baca kan...kan..

Apa-apa pun. biar semua selamat dan selamat.

Wednesday, June 23, 2010

[UPDATE] Big Boss.VisiTs.LibRarY

Dapat berita daripada Pn. Ros a.k.a ketua jabatan kami...the very big boss a.k.a VC will visits library.

Ayooma! Omona! What to do?

Dahlah bos takde. Akulah yang kena take over. Kebetulan pulak aku tengah sibuk mengemaskini Koleksi Hadiah (serius penat buat kerja ni...tapi nak bagi kemas dan cantik..ku gagahkan jua). Memang dah puas aku kemas sampai naik lemas ^^

Sambil tu aku dah warning staf pasal apa-apa yang patut. Sempat lagi telefon bos tanya nak kena sedia apa-apa ke? Mujur tak payah buat laporan. Bagi je laporan yang sedia ada.

Hmmm...apa lagi ye? Takde dah kot....




p/s: ku berdoa kalau boleh janganlah VC datang kat sini hehehe tapi kalau datang pun takpe....Sila-sila lah jemput datang ^^

p/s p/s: Sori sangat-sangat. Sekali dah salah info daa pasal orang yang nak datang. Ni lah akibat misinformation. Nasib baik benda kecik. Kalau benda besar..apa akibatnya ek? Huuuu....anyway terimaaaaa kaaaaasih kat Ayuyu pasal info ni. Haa...lagi satu terimaaa kaaaasih kat Aney bagitau pasal shoutbox tu. Huhuhu cayang kamu dan kamu....