Monday, May 21, 2012

Too ManY ThiNGs To Do

Ok. Aku tau aku dah lama tak kemaskini blog. Bukan apa, macam tajuk kat atas tu memang banyak benda aku kena buat. Sejak minggu lepas, aku kena fokus kepada kerja. Memandangkan aku telah dilantik menjadi pengerusi sebuah program, maka memang menjadi keutamaan aku untuk memastikan program ini berjalan lancar. Namun, kita hanya merancang, segala yang terjadi Tuhan yang tentukan. 

Sepatutnya program ini berjalan 15&16hb lepas, tapi ada beberapa kekangan maka terpaksa diubah. Antaranya,  program yang kami jalankan ini melibatkan beberapa agensi dari luar seperti AKPK, KMC BNM dan MII. Ada pertindihan tarikh dengan program yang lain jadi kami diminta untuk mengubah tarikh ke 23&24hb. Namun, disebabkan ada kekangan kepada program lain pulak pada tarikh yang dipilih, terpaksa menukar tarikh kepada 6 & 7 Jun. Dah tiga kali tukar. Aku kesian kan juga AJK yang bertungkus-lumus menyiapkan semua namun kami kena terima hakikat. Walau bagaimanapun, ada hikmah di sebaliknya. Program kami nanti akan bekerjasama dengan program pelajar yang juga akan dibuat di perpustakaan kami pada minggu yang sama. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan daripada warga fakulti. Ada pensyarah yang sudi bekerjasama untuk melepaskan pelajar hadir ke taklimat yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat. Aku berharap tak ada sebarang masalah lagi yang timbul. Untuk mesyuarat seterusnya, aku akan banyak melihat progress program sbelum hari kejadian.

Selain itu, aku juga tengah sibuk menjadi Pengurus Pasukan Boling. Memandangkan UiTM akan buat kejohanan Boling Piala Naib Canselor pada 30 Mei-2 Jun, jadi masa yang tinggal tak banyak. Aku baru saja dapat kelulusan kertas kerja bajet dan sekarang ni tengah menunggu maklumbalas staf yang nak jadi wakil. Minggu ni kami buat latihan sebelum kejohanan minggu depan. Aku cuma tengah tunggu surat kelulusan sebelum nak minta bajet untuk yuran penyertaan, t-shirt dan bayaran sesi latihan. Lepas ni aku nak kena mohon kenderaan dan CTR untuk wakil peserta memandangkan kami kena pergi pada masa hari bekerja.

Minggu ni jugak, ada hal peribadi yang perlu diuruskan. Dah berbincang dengan member nak bertolak ke Kedah Sabtu ni. Hotel dah tempah, tinggal aku nak tau pasal tiket balik ke Kuantan. Lepas wedding best friend aku kena terus balik kampung. Nak uruskan majlis kenduri doa selamat homestay dan rumah baru kakak saudara. Selain tu, nak tengok-tengok jugak kedai runcit yang diuruskan koperasi keluarga. Aku akan bercuti sampai Selasa (29 Mei).

Hmmm....minggu depan langsung tak masuk opis. Lepas cuti aku terus kena pergi ke Kejohanan Boling kat Sunway Pyramid. Minggu selepas tu pulak terus kena fokus dengan program perpustakaan aku tu.

Huhuhu...Kalaulah aku ni boleh dibelah dua. Senang nak uruskan pelbagai perkara tapi takpe ini lah masanya aku nak rasa sibuk kot. Lepas ni tak tau lagi tahap sibuknya macam mana kan. Practice makes perfect.

0 comments: