Mesti ada yang tertanya-tanya siapalah sayangku tu?hehehe
Sudah semestinyalah kereta aku. Aku rasa dalam tahun ni ada beberapa kali aku cerita pasal sayangku tu. Ada kat sini dan sini. Kali ni aku nak cerita lagi. Nak tau apa pula yang jadi, kena baca sampai habis hehe.
Pagi tadi keluar rumah. Hujan masih turun. Jadi aku macam biasalah bukalah wiper kan. Takkan nak buka tingkap masa hujan betul tak?
Tengah elok-elok memandu, entah macam mana tiba-tiba wiper yang sebelah kanan (bahagian pemandu ok) boleh tercabut. Terkejut dan terkaget aku kejap. Ah, sudah. Boleh pulak dia tercabut. Aku dah mula risau tapi masih sempat gelak. Yelah, tak pernah-pernah dalam hidup aku wiper kereta boleh tercabut. Nak tutup wiper tu, hujan masih mencurah-curah turun. Sudahnya aku biarkan saja. Mula-mula risau juga sebab aku tak nampak sangat. Dahlah gelap lagi kat luar tu. Lama-lama aku jadi malu nak pulak bila berhenti kat traffic light. Orang duk pandang pelik je kat wiper aku yang sebelah dah hilang hehehe.
Takpe. Tengahari karang aku keluar cari yang lain.
Hehehe sampai sekarang aku duk teringat lagi macam mana wiper aku leh melayang terbang tadi.
3 comments:
gelak aku bc entri ko ni.. hehe.. aku lg dasat. mggu lepas, jumaat, ms nk g keje aku accident. langgar kereta org. huhu.. masuk spital saga biru aku tu. huhu.. n the best part, kena saman lepas buat repot polis. kopak!
huhuhu cian keta ko ye masuk spital..camne leh langgar keta org..siap kna saman lg...dah setel lum?
lampu brek keta dpn rosak kot. yg ade pn kecik halus kaler merah penjuru belah kanan, mn nk perasan sgt.. org dpn ckp dia brek mengejut. aku x expect la. dh dkt br perasan. aku pn brek ngejut gk la. igtkn slmt tp mmg slmt hentam blkg kereta dpn. kereta dpn pn hentam kereta dpn dia. huhu.. terus aku el hr tu. bt repot polis n hntr g bengkel. saman sume dh setel. trmsuk saman speeding, rm150. trbg rm450. huhuhu...
Post a Comment