Friday, February 18, 2011

CeriTa DifItnaH

Dua tiga hari masuk kerja ni, macam-macam benda berlaku. Terutamanya pasal kerja. Memikirkan bermacam-macam perkara buat aku rasa penat. Belum reda cerita minggu lepas, minggu ni dah ada cerita baru.

Sungguh! Kelakar sungguh. Dijajanya cerita yang tak berapa betul pada orang. Apa yang dia dapat? Rasa bangga? Rasa hebat? Kesian pada bos yang dianiaya sebegitu. Juga pada aku yang difitnah. Secara jujur, dah letih melayan kerenah orang seperti ini. Tapi, manusia akan sentiasa ada ragamnya. Yang aku ada cuma kekuatan diri yang dipinjam dari Tuhan. Aku harus bersabar.

Aku rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada bila dengar cerita aku difitnah. Aku tak mahu cerita kat sini. Cukuplah hanya aku dan bos yang tahu. Biarlah tukang yang membuat cerita tu buat onar. Setakat cerita tak berasas tu, aku sikit pun tak hairan. Baik buat kerja lagi bagus. Pekakkan telinga dan duduk diam-diam.


Wednesday, February 16, 2011

SesI TenanGkaN FikiRan ~~ BaLik KampUNg

Aku dah lari jauh dan balik semula ke KL. Dah rasa tenang semula. Bukan senang dapat peluang nak lari dari masalah tenangkan fikiran.

Balik ke kampung je pun sebenarnya. Tapi sungguh menenangkan jiwa. Nak pulak macam-macam aktiviti buat.

Siap berkelah tepi pantai. Ini aktiviti wajib tiap-tiap kali balik kampung. Nak pulak mak dah bagitau awal-awal, memang dah termaktub dalam kalendar tahunan, kami kena balik sebulan sekali. Semenjak arwah tok meninggal, memang dah jadi rutin. Seronok berkelah ni, masing-masing bawak bekal. Lepas tu sesi membakar ikan pun ada. Puas aku membesarkan perut hehehehe. Masa berkelah tu ramai yang ada. Tak silap aku dalam 12 buah kereta yang ada. Bayangkan! Ramai tak ramai sedara mara sepupu sepapat aku tu.

Hari berikutnya, pergi berjalan ke Kuala Terengganu. Yang paling penting singgah Pasar Payang. Aktivti wajib, SHOPPING. Masalahnya aku sudah kelarian bajet maka aku tak membeli. Sekadar meneman mak dengan makcik-makcik dan jadi tukang pegang beg-beg plastik. Lepas, shopping, singgah makan kat medan selera Pantai Batu Burok makan Mee Bandung yang aku rasa bukannya mee bandung tapi lebih pada mee paprik huhuhu...Dah tambah tenaga, pergi pulak ke Taman Tamadun Islam. Seronok sebab masuk je dapat passport (tak payah pergi luar negara pun dapat passport). Oh, lupa bayaran untuk masuk adalah RM15 dewasa, kanak-kanak dan warga emas RM8. Kat sini, aku boleh menjelajah dunia tau. Kejap ada kat Turki, kejap ada kat Mesir, kejap ada kat Rusia. Ajaib kan! Sebenarnya kat sana kita boleh lihat monumen-monumen Tamadun Islam seperti masjid, kubah dan istana yang ada di serata dunia (tak semua tempat pun). Ada 21 buah monumen semuanya. Menarik. Siap naik trem (ada visitor guide yang akan beri penerangan setiap monumen). Kalau tak nak naik trem pun takpe. Ada pilihan lain lagi macam buggy, basikal, jalan kaki pun boleh. Kalau singgah di sesetengah monumen, kadangkala disediakan pameran dan tayangan video mengenai monumen tersebut. Dah habiskan masa kat Taman Tamadun Islam, singgah solat kat Masjid Kristal. Cantik bangunannya tapi terasa rugi pulak sebab tak boleh solat masa tu. Nak tengok jugak interior dalam macam mana huhuhu. Tapi adik cakap, dalam semuanya kaca lutsinar kecuali dinding. Aku tak pasti sama ada kaca atau kristal tapi masjid tu memang cantik. Lepas tu, baru bertolak balik ke kampung semula.

Hari terakhir iaitu semalam, sekadar menghabiskan masa kat rumah arwah tok. Mak Anjang awal-awal pagi dah sampai rumah. Nak bersiap sedia jadi chef masak mi calong. Paling best, kat rumah dah jadi pusat karaoke. Habis semua pakcik makcik menyanyi. Kalau tak menyanyi depan-depan pun jadi backup singer ok jugak. Aku pun tak ketinggalan. First time, nyanyi depan makcik pakcik. Nak lepaskan tekanan konon hahahahaha. Lantaklah, masa tu aku dah tak peduli pun. Janji lega dapat lepaskan. Tapi tak banyak lagu pun. Takat dua tiga buah je. Ayah lah yang paling seronok. Dari pagi sampai ke petang pegang mikrofon. Dah habis makan dan nyanyi, petang tu baru siap-siap nak balik KL. Pukul 7 petang baru gerak. Tu pun tak sampai separuh jalan, ayah dah minta aku drive. Ngantuk sangat. Kesan penat akibat terlalu banyak tenaga dihabiskan untuk menyanyi hehehehe. Tapi seronok jugak, pertama kali dapat drive jauh dengan kereta honda civic ayah hehehe.


Nota kaki: Seronok bercuti. Betul-betul dapat lupakan hal kerja dan peribadi. Hmmmm, bilalah nak cuti lagi?

Tuesday, February 08, 2011

Nak LaRi JaUh

Serabut otak sekarang. Emosi tak stabil. Terlalu banyak nak diluahkan tapi tak mampu nak berkata-kata. Nak ditelan sorang-sorang, rasa payah. Nak berkongsi, rasa tak mampu nak cerita kat siapa-siapa.

Walaupun jasad kat tempat kerja, hati dan minda dah terbang. Rasa nak lari jauh-jauh. Nak hirup udara yang segar, nak tenangkan hati, nak melapangkan fikiran.

Tangan dah menggeletar, hati dah berdegup kencang, mata dah mula nak berair.

Huuuuu, lama lagi nak menunggu hari Jumaat. Nak lari dari opis....nak jauh dari rumah...nak cari tempat yang boleh menyenangkan.

Fokus.....tolonglah aku...fokus dengan kerja sekarang.

Thursday, February 03, 2011

MaSAK SuP DaGInG

Hari ni pertama kali masak lauk sup daging. Selama ni tak pernah masak pun. Biasanya daging, aku akan buat masak kicap atau masak merah.

Tak tahu lah betul ke tak bahan-bahan tu. Tapi rasa macam dah ok je hehehe. Bukan setakat tu, aku masak sekali daging goreng kunyit. Simple je hehehe. 

Jarang nak masak lauk daging ni. Leceh nak tunggu daging lembut. Tapi bila dah takde bahan dalam peti dan tinggal daging je....hmmmm, nak tak nak kena masak jugak daging tu buat lauk. Mujur ayah kata sedap. 



Nota kaki: Suka buat resepi bikin sendiri. Bila tak tau tapi nak buat jugak kenalah cari resepiny yang betul-betul. Tapi Alhamdulillah selalu menjadi kalau pertama kali masak.