Thursday, July 01, 2010

LaWatAn PerPustaKaan FaKUlTi

Semalam satu hari suntuk pergi lawatan ke perpustakaan fakulti UiTM Shah Alam. Ada 10 buah perpustakaan sebenarnya tapi yang kami sempat lawat cuma 8. Tu pun dah kira banyak kan. Yang pergi lawatan ni semua staf baru daripada semua perpustakaan di Shah Alam. Ada 30 orang termasuk aku. Ada lagi yang tak dapat ikut. Ada hal lain.

Kami berkumpul di PTAR 1 dan mulakan lawatan ke tempat aku dulu, PTAR 2. Kebetulan pulak masa tu bos aku kena ambil EL sebab ada sedara meninggal di Batu Caves. Jadi, maka dengan itu, akulah tukang yang memberi taklimat pasal perpustakaan kat staf-staf ni. Macam agak kelakar. Semuanya jadi last minute nye hal. Sekali aku jadi bidan terjun pulak kena terangkan. Tapi small matter je. Takat nak cakap-cakap,tunjuk-tunjuk,jawab menjawab, no problem. Semua beres. Dah habis bawak dia orang jalan-jalan, kami bergambar.

Lepas tu destinasi seterusnya ke Perpustakaan FSPU. Perpustakaan paling kecil di kampus induk. Kami diberi penerangan oleh Puan Shahidatul (ketua). Agak meriah walaupun tempat kecil. dengan ketuanya yang rajin ketawa dan bercakap, ditambah pulak staf-staf yang "nakal" hehehe, kira seronok jugak. Seperti biasa, sesi bergambar di depan perpustakaan.

Destinasi berikutnya, ke PTAR 3 dan PTAR 4. Perpustakaan ni letaknya sebelah menyebelah je tapi fungsinya lain-lain. PTAR 3 khusus untuk engineering, policy science and mass comm. PTAR 4 pulak untuk medical, dentistry dan computer science & math. Kami bermula ke PTAR 3. Macam biasa sesi taklimat dan jalan-jalan oleh Puan Adlina (ketua). Agak unik di perpustakaan ni kerana tiada tandas (diletakkan di bangunan lain. serupa juga di PTAR 4). Dan yang unik lagi, kedua-dua perpustakaan ni ada Annexe building. Aku tak tau maksudnya tapi yang aku faham, perpustakaan ni ada sebuah lagi tempat(jabatan) yang diletakkan di luar perpustakaan. Kami kena keluar dari perpustakaan dan kena naik lif untuk ke tempat tersebut. Lebih kurang macam tu lah. Habis lawatan, sekali lagi bergambar.

Kalau nak tau, kesemua perpustakaan di atas terletak dalam kampus induk sahaja. Dah banyak kan.

Seterusnya, kami ke Perpustakaan INTEC di Seksyen 17 (yang ni dah luar kampus induk). Antara perpustakaan terbaru (bukanlah baru sangat tapi bangunan baru dan boleh dikatakan antara perpustakaan UiTM yang terbesar dan canggih). Memang kagum kami dibuatnya...dan penat. Punyalah besar sampai termengah-mengah aku dibuatnya. Tapi memang aku kagum dengan infrastruktur dalaman. Siap ada perpustakaan kanak-kanak. Pusat IT yang besar (boleh memuatkan lebih kurang 160 buah komputer) dan juga sound proof. Huuuu, memang canggih. Yang lagi best ada Dewan Seminar dalam perpustakaan. Pun sound proof. Huish, kagum sangat-sangat. Kami berhenti makan tengahari di sini dan solat.

Jam dua, kami bergerak ke Petaling Jaya. Lawatan ke perpustakaan UiTM Jalan Othman. Kami sampai dalam pukul 3. Perpustakaan ni merupakan yang tertua di UiTM. Tempatnya kecil tapi menarik. Warna-warni macam kat Terminal Bas Seremban, ada staf kata. Yang best kat sini, ruang bacaan terletak di atas yang macam ruang loteng. Ala yang macam dari luar korang tengok satu tingkat je kan tapi kat dalam ada setingkat lagi, so, jadi tempat tu dua tingkatlah kan. Haa, macam tu lah kat sini. Masa naik kat atas tu rasa takut gak sebab bila pijak keluar bunyi krek, krek. Hehehe. Sekejap je kami ada kat situ . Tak sampai setengah jam pun. Kami terus bergerak ke destinasi berikutnya, Puncak Perdana.

Masa dalam perjalanan di Federal Highway tu, tiba-tiba jalan jam teruk. Aku macam dah agak ada something berlaku. Dan memang betul. Kat seberang jalan, kami nampak banyak kereta polis dan bomba serta kepulan asap kat tempat kejadian. Rupa-rupanya ada sebuah kereta terbakar kat atas jalan. Mercedes pulak tu. Aku tak taulah mana pergi pemandunya sebab tak nampak ada ambulans kat situ tapi kereta tu memang terbakar habis. Menjulang-julang api dia. Yang ni satu-satunya gambar yang dapat aku ambil masa semalam.


nampak tak kereta kat belakang tu terbakar. Sibuk pulak encik-encik bomba ni berposing masa aku tangkap gambar ni


Kami teruskan perjalanan tapi memang dah agak lambat. Dua tiga kali aku dapat panggilan dari Anuar budak Puncak Alam, tanya kami nak sampai jam berapa. Aku terpaksa bagitau yang kami mungkin terlewat daripada jadual. Dalam jam 4 kami sampai di Puncak Perdana. Tempat aku belajar dulu ^^. Yang seronoknya, kebetulan kat perpustakaan tu diadakan seminar kertas soalan peperiksaan oleh pensyarah fakulti aku. Semestinyalah aku dapat berjumpa dengan lecturer lama. Aku dah tak hiraukan pasal penerangan oleh Puan Sakmah dan Encik Arshad. Aku sibuk terkam jumpa lecturer. Best sekali dapat jumpa Encik Rosli, Encik Mahadi dan Encik Syed. Seronok kami bersembang. Encik Rosli siap cakap aku ni sombong tak nak tegur dia. Mentang-mentang dah jadi librarian. Terkekeh-kekeh aku gelak. Bukan tak nak jumpa tapi tak mau kacau. Last-last aku kacau jugak. Kak Fiza yang ikut sekali dengan aku pun jumpa semua lecturer ni. Yelah, dia senior aku masa diploma dulu. Mestilah dia kenal lecturer ni jugak. Puan Azizah dan Puan Sobariah pun aku dapat jumpa dalam seminar tu. ^^ Seronok sangat. Puan Azizah tak habis-habis mengomel pasal aku jadi trainer masa kursus sebelum tu. Puan siap mintak aku ajar dia pulak. Hehehe kelakar rasanya mengajar lecturer sendiri. Dah puas kami bersembang, siap kena tegur dengan staf-staf lain yang kami terlambat, barulah kami bergerak ke destinasi terakhir, Puncak Alam.

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4.30 dan disambut oleh Anuar dan Puan Nik Annita. Kami diberi penerangan sekali lagi pasal perpustakaan dan dijamu minum petang. Masa ni, masing-masing dah muka penat. Yelah, banyak berjalan. Aku pun sama tapi memang seronok dapat buat lawatan macam ni. Baru tau bentuk perpustakaan lain kat Shah Alam ni.



Huuu...panjang gak entri aku kali ni hehehe. Aku tak dapat nak tunjuk gambar. Gambar tu ada kat tuan kamera yang lain.




0 comments: