Monday, July 05, 2010

HaRi Yang KelAm KaBut

Pagi ni terlewat bangun. Tak dengar bunyi loceng kat handphone. Serius memang aku lewat sangat. Aku bangun pun bila Amir kejut. Tengok-tengok dah pukul 6.30. Babas habis. Selalu masa tu aku dah bergerak pergi kerja. Entah hapa masalah kat handphone tu sampai tak bunyi langsung. Cukup tak macho. Penat tukar handphone tu dengan Amir. [Ah! aku rindu kat handphone lamaku].

Keluar rumah pukul 6.50. Memang aku bersiap ala-ala komander. Sepantas kilat. Tak mau terlambat. Mujur Amir yang pandu [tu pun aku yang suruh. Siapa suruh tak kejut awal-awal]. Oh ya, kali ni Amir ikut sekali. dia pun ada kelas pagi tu. Barang-barang dia pun dah siap humban dalam kereta. Tunggu nak sumbat kat rumah sewa dia je.

Sampai ofis dalam 7.30. Tu pun pintu ofis tutup lagi. Cepat-cepat punch in bila pintu dah buka lepas tu aku hantar Amir ke fakulti dia. Masuk balik ofis, dah ada banyak kerja. Tambah pulak dengan pelajar baru masuk. Masing-masing memenuhi ruang legar perpustakaan. Tunggu nak daftar kursus. Dan aku menjadi teramatlah sibuk dengan pelbagai benda. Dengan kerja aku lagi, nak layan kerenah student lagi. Dan masa ni lah library portal nak buat hal. Aku punyalah geram, rasa nak hempuk-hempuk je keyboard tapi aku sabarkan je. Rupa-rupanya memang ada masalah tapi orang bahagian sistem tak bagitau. Memang terbaekkkkk!

Dan dalam kegeraman yang amat, aku terpaksa terangkan kat student pasal masalah tu. Mujur dia faham. Ada student lain lagi yang tanya soalan. Masa ni lah ada pulak telefon bunyi. Aku pandang handphone dan nampak nama malaun tu terus aku putuskan. Masa-masa sibuklah dia nak kacau. Bila aku hantar mesej yang aku kata sibuk, boleh pulak dia hentam bagi "Yelah kita dah tak sama level dengan awak. Takde siapa nak tolong kita." Mau je aku nak baling handphone tu. Kau ni faham bahasa ke tak. Aku bukan tak nak tolong tapi aku sendiri pun kelam kabut nak buat semua kerja. Mujur ada student depan aku. Boleh jugak aku tahan marah aku ni jap. Muka nampak senyum, dalam hati aku dah sumpah seranah orang tu. Mujur aku dah tak kawan dengan kau tau tak. Tak sanggup aku nak layan kerenah kanak-kanak bawah 5 tahun kau tu. Sebab tu tak ramai orang lekat dengan kau. Jenis yang TAK FAHAM BAHASA.

Sabar...sabar. Aku ada kerja lagi nak buat ni. Banyak benda aku kena setel sebelum aku pergi induksi minggu depan. Lama pulak tu aku takde kat ofis. 2 minggu!

Petang ni ada lagi orientasi nak bagi kat student baru. Kerja yang kena dibuat setiap kali buka semester.



Hmmm, apa lagi. Dah! Cukup! Aku nak buat kerja....

0 comments: