Dah habis kursus yay. Habis jugak gemuruh aku bagi latihan kat geng-geng pustakawan. Hilang semua rasa berat kat kepala. Bukannya senang kan nak bercakap depan orang ramai. Tak tau kenapa tadi agak ok lah. Sepanjang dua hari kursus tu aku sentiasa diusik kawan-kawan dengan panggilan "cikgu". Huu, makin nervous aku dibuatnya. Mujurlah aku boleh kawal diri daripada bercakap spesis keretapi laju Jepun. Masa aku belajar dulu, selalu kena marah dengan lecturer pasal ni. Sebab aku suka cakap laju-laju. Entah hapa yang aku nak kejar sampai cakap bukan laju. Mungkin pengalaman kot banyak bantu aku bercakap dengan tenang hehehehe. Tapi ni pertama kali aku jadi peserta kursus dan penceramah pada masa yang sama. Pengalaman yang menarik ^^
Minggu ni punya aktiviti tak habis lagi. Esok aku ada lawatan ke perpustakaan fakulti. Kat Sek. 17, Petaling Jaya, Puncak Perdana, Puncak Alam dan dalam kampus induk. Memang satu hari suntuk kitaorang pergi melawat je. Hari Khamis pulak ada lagi taklimat perpustakaan nak bagi kat budak baru. Minggu depan lagi sibuk. Semester baru dah mula dan pelajar-pelajar baru mula kuliah.
Kerja....kerja...kerja
Lupa nak cerita masa hari kursus tu. Tima kasih banyak-banyak ye aney dan nurul bagi aku tumpang tidur kat tempat kamu. Serius kelakar, kita bertiga tidur di atas katil yang kecik tu siap dengan kaki berjulur. Kena potong kaki tu, panjang sangat hahahaha. Dan best jugak dapat tengok wayang malam tu, tengok cerita A-Team yang super kelakar. Tima kasih sekali lagi kat aney yang bagi pinjam baju kurung. Baju aku berlubang hehehe..kesan kena seterika panas. Aney, kamu kata aku bagi taklimat terbaek, hahaha..aku rasa jantung aku nak terkeluar je masa bagi penerangan tu tau. Mujur dah lepas. Lepas ni, aku nak dengar kau pulak cakap boleh? ^^

0 comments:
Post a Comment