Tengah berkejar menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Persiapan Hari Mesra minggu depan dah hampir 80% siap. Sekarang, tengah mengejar dengan muka tak malunya pada fakulti untuk dapatkan jumlah pensyarah dan pelajar. Semua tu untuk audit perjawatan. Nak menguruskan hal pelajar-pelajar yang nak konvo, sibuk nak membayar denda dan pulangkan buku yang dipinjam tapi tak pulang-pulang. Ada juga yang dah hilangkan buku tapi liat nak bayar. Lain-lain pun ada. Sampai dah ada yang jumpa dengan pemangku ketua pustakawan kata dah pulang tapi disalahkan library yang tak rekod. Sudahnya, library kena cari balik buku-buku tu dan check pada cctv, nak lihat bukti pelajar ni dah pernah pulang buku. Keputusannya, kemudian selesaikan.
Semalam ada mesyuarat jabatan. Satu hari suntuk. Banyak isu yang dikupas. Lebih-lebih lagi sekarang, library di fakulti dalam proses untuk lanjutkan waktu perkhidmatan. Sebelum ni buka hingga 9.45 malam. Sekarang, di PTAR 3 dah mula lanjutkan sehingga 12 tengah malam. Faculty library lain akan menyusul. Perubahan yang menarik dan tak menarik. Menarik untuk pengguna dan tak menarik untuk staf. Tapi kena berfikiran positif. Untuk keselesaan pengguna.
Isu stock take juga, banyak yang nak kena dibuat. Buku-buku yang nak dikira jumlah. Belum campur dengan buku-buku yang bermasalah. Nak kena asingkan dan masuk dalam senarai.
Lepas habis Hari Mesra, kena bersiap sedia pula untuk kursus jabatan. Pegang portfolio undangan dan perasmian. Dah kena mula war-warkan kepada kampus induk dan cawangan mengenai kehadiran. Nota-nota penceramah lagi dan hal-hal lain.
Mula 24hb dah kena pangku jawatan. Nak memegang amanah ni kena bersedia. Memang seronok dapat elaun tapi memikirkan beban tugas ni sebenarnya amanah. Bos dah yakin kata aku boleh. Berdoa selalu supaya aku boleh seperti yang diharapkan. Nampak macam senang, diusahakan juga agar aku boleh.
Nota kaki: Selalu ingat ayat ni "Sentiasa Bersedia".