Semalam datang angin nak masak Pasta Carbonara. Hari tu mak ada cerita masa rumah terbuka kakak saudara ada buat pasta ni. Mak kata teringin nak buat tapi entah macam mana aku pulak yang jadi tukang masak hehehe.
Sabtu lepas, terus aku cari kat Internet pasal resepi ni. Aku tengok-tengok jugak resepi-resepi yang sesuai sebab kadang-kadang Internet ni tak boleh percaya sangat. Ada sesetengah resepi tu tak masuk dek akal langsung. Masa tengah cari-cari tu, masuklah satu blog ni. Agak ringkas blognya tapi resepi yang diberi dalam tu agak menarik. Jadi aku cuba tengok-tengok resepi lain yang ada dalam tu. Nampak sedap pulak bila setiap resepi tu disertakan gambar, ada sesetengah resepi tu siap ada gambar sebelum dan selepas dimasak. Bila rasa dah puas hati, aku salin resepi. Bukan satu tapi dua resepi aku ambil.
Esok harinya (semalam lah tu!), aku ajak adik kecik temankan aku shopping barang untuk resepi. Puas jugak berpusing dalam pasaraya tu nak mencari bahan segala bagai. Dengan keju yang dua tiga jenisnya, nak cari daging kisar lagi, yogurtlah, entah apa-apa lagi. Sampai je rumah terus aku siapkan bahan. Kalau boleh nak sempat masak sebelum mak pergi kerja. Mujur jugak mak datang tolong. Dapatlah siapkan pasta carbonara tu. Dah siap, mintak mak cuba. Risau takut-takut tak sedap tapi jaranglah resepi yang aku buat tak menjadi. Mak aku kata sedap cuma masin sikit hehehe (tu pun mak yang letak garam dan penambah perisa...) TAPI kiranya menjadi lah kan kan ^_^. Lepas tu aku buat lagi satu resepi, Cheesy Potato. Agak mengambil masa sikit, mak aku tak sempat nak bawa bekal cuma dapat rasa masa balik kerja (aku simpankan untuk mak). Aku suka resepi ni sebab bahannya ringkas dan ada benda yang aku paling suka...KENTANG dan KEJU! Wuuhuu. Terima kasihlah pada puan pemberi resepi ni. Dapat jugak aku masak-masak hahahaha. Kalau nak cuba boleh check kat blog Sy Bakin' & Cookin' (Credits to Pn. Syaliza Ramlan). Ada lagi resepi lain kat situ.
Cakap pasal resepi ni, teringat pulak minggu lepas, buat Mee Sizzling. Dah lama nak buat sebenarnya, bahan-bahan pun dah ada tapi cuma masa je tak ada. Minggu lepas jugaklah yang sempat buat dengan mak. Leceh jugak nak siapkan tapi tetap seronok sebab menjadi jugak. Puas hati!
Sebelum ni pun, ada jugak resepi baru aku belajar. Makaroni Bakar dan Makaroni Keju. Boleh dikatakan tangan aku ni memang menjadi sebab kalau buat je mesti sedap (hahahahaha perasan tak hingat). Kalau nak diikutkan aku ni bukanlah rajin memasak. Leceh tau bab masak-memasak ni tapi kalau angin aku datang semua benda aku nak cuba. Setakat ni semua aku dah cuba cuma aku kurang sikit bab-bab dessert. Setakat puding tu ok lah, kalau kek dengan pastri aku jarang cuba. Sekali je aku pernah cuba buat Butter Cake tapi kek tu kurang menjadi. Tak kembang hehehehe. Lepas tu tak cuba-cuba nak buat kek. Tunggu angin karut-marut sampai baru nak cuba kot hehehehe.
Oklah..nanti nak cuba masakan lain pulak.
p/s: baru aku perasan...semua resepi kat atas tu kebanyakannya western style kan....mat saleh betul (gara-gara tengok channel Food Network kat Astro habis semua resepi barat nak cuba..ahaks)
0 comments:
Post a Comment