Monday, September 06, 2010

Persediaan RaYA

Hari ni masuk hari yang ke 27 berpuasa. Tinggal 3 hari nak raya, InsyaAllah maka dengan itu, tinggal berbaki 2 hari kerja sebelum aku bercuti. Tahun ni aku ambil cuti agak lama. Dalam 8 hari, mula Khamis ni sampai Khamis minggu depan. Pelan habiskan cuti kat kampung semuanya. Huu, tak sabar-sabar. Banyak aktiviti nak buat sempena raya ni. Mak pun bersemangat kali ni. Beriya-iya buat kuih raya pelbagai jenis. Kira-kira dalam 8 jenis dah ada sekarang. Belum campur dengan yang dibeli. Oh ya, dalam 8 jenis tu ada beberapa kuih yang aku buat tau ehehehe. Tetiba rajin pulak nak buat. Sebelum ni aku bukan tak nak buat tapi takut. Takut tak jadi. Tapi lepas aku dah train skill aku dengan begitu mantop, maka kali ni aku buat dengan mudah (bukan nak riak tau!). Lepas ni boleh pelawa Tok rasa kuih aku hehehe. Tok suka benda-benda manis ni. Ingat lagi sampai sekarang favorite dia air Coke. Kalau dia dapat air tu sebotol yang 1.5L tu pun boleh habis hehehehe.

Raya tahun ni sama macam tahun lepas. Bawa dua buah kereta. Yang pastinya Saga aku akan jadi mangsa. Awal-awal lagi aku dah topup Touch 'N Go banyak-banyak. Senang sikit. Tambah pulak pakai Smart Tag lagi pantas jadinya. I like! Ayah pun aku dah siap belikan Smart Tag baru. Kenapa aku kena beli? Sebab aku cekau dia punya. Nak tak nak kena ganti lain lah.

Rasa-rasanya tahun ni memang banyak barang nak kena bawa balik ke kampung. Walaupun tahun ni aku rasa paling banyak sekali menjengah balik ke kampung tapi takpe aku tak kisah. Janji Tok gembira, mak ayah pun gembira. Adik-adik tak yah cakaplah, masing-masing duk fikir tak dapat tengok channel Astro kat kampung. Dah siap plan aktiviti-aktiviti nak menghilangkan bosan duduk lama-lama kat kampung. Aku? Selagi ada novel, komik, buku Sudoku, Word Search, aku takkan bosan.

Malam ni nak tolong emak ayah masukkan duit raya dalam sampul. Huhuhu, aku pun sama, kena keluarkan pengeras duit raya. Mengenangkan anak-anak buah yang begitu ramai, rasanya macam tak cukup je tapi takpe yakinkan diri supaya cukup. Janji mereka semua senyum bila mintak duit raya dengan mak long diaorang ni kan kan.

Okay...Selamat Hari Raya semua! Semoga raya ni menjadi satu hari kemenangan yang terindah dan terbaik! Jangan lupa datang rumah terbuka aku nanti ye. Nak datang masa bukan rumah terbuka pun boleh tapi pastikan tuan rumah ada ye hehehehe

0 comments: