Akhirnya..benda yang dijanjikan dah tiba...
Banyak benda aku nak cerita ni. Banyak benda aku terjah sepanjang dua minggu lebih aku berkursus. Belum lagi tambah cerita aku balik kampung. Jadi, aku mula satu-satu dulu. Kita mulakan dengan induksi ye.
Aku bertolak kat sana dengan menumpang kawan satu jabatan. Kami berempat (aku, Ayu, Moja@Hafiz, Farabie) bertolak dengan kereta Moja dan kami berkonvoi dengan 3 buah kereta lain. Yang aku kenal masa tu cuma Anuar dengan Amir. Yang lagi dua orang tu tak kenal (tapi aku kenal diaorang dah masa kursus tu...lama beb! dua minggu tu...). Kami sampai Perak dalam pukul 3. Masa sampai, aku dan Ayu daftar bilik dan ambil seterika tapi lepas tu kena tukar bilik lain sebab bilik kami air-cond rosak. Lepas tu, kami dibahagi kumpulan dan aku dengan Ayu bernasib baik dapat satu kumpulan (itu pun ada bantuan hehehehe). Lepas tu, aku cerita dalam bentuk rumusan seminggu sebab aku malas nak taip panjang-panjang.
Hari pertama, kami dah dibahagi dua kumpulan besar (Wawasan dan Warisan) dan kami menggunakan dua dewan yang berbeza mengikut nama kumpulan. Aku dan yang lain-lain dalam Wawasan. Masa kat dewan pulak kami dibahagi lagi dalam kumpulan yang kecil. Aku dan Ayu dalam kumpulan 10 dan tambah dengan ahli-ahli yang lain, kami semua ada 11 orang. Kami semua kena buat aktiviti membina kumpulan dan menara impian. Oh, aku lupa. Aku dilantik menjadi penolong ketua kumpulan. Tugas yang tak akan lari jauh dari aku tak kira mana-mana aku pergi. Mesti ada je jawatan aku kena pegang. Okay, sambung balik. Lepas dah buat carta organisasi, logo, bendera, visi, misi dan menara, kena buat pembentangan malam tu. Semua ada 5 kumpulan dan macam biasa kumpulan kami yang terakhir. Aku rasa kumpulan kami buat yang terbaik dan yang lain pun ok tapi ada benda yang buat aku terasa malam tu tapi aku tak mau fikir bukan-bukan, jadi aku
stop kat situ je. Lepas tu, kami ada kelas tiap-tiap hari dan yang penting tiap-tiap pagi kami kena menyanyi lagu Negaraku dan Wawasan 2020. Tapi yang
best, kami makan 6 kali sehari tu pun minggu kedua aku dah muak sebab menu sama je. Dalam minggu tu jugak kami diberi tugasan. Dua tugasan individu dan dua tugasan kumpulan. Tugasan individu tak susah tapi kena buat tiap-tiap hari. Buku kerja tu tiap kali penceramah habis bagi ceramah kami kena tulis balik kandungan ceramah dalam
point-point. Ada 10
point untuk setiap tajuk dan tak silap aku ada dalam hampir 20 tajuk yang ada. Aku sememangnya buat dengan bersungguh-sungguh sebab selalu disogok cerita-cerita orang gagal oleh penceramah setiap kali kelas. Buat takut hamba saja...padahal takdelah gempak sangat yang beria-ia kata orang ramai gagal. Kalau nak tahu kenapa aku kena bersungguh-sungguh, sebabnya di penghujung induksi ada peperiksaan, jadi, nak kena studi. Memang agak mencabar jugak, sebab masa untuk studi tu boleh dikatakan takde. Setiap hari, ada aje aktiviti kena buat sampai ke malam. Bila dah balik bilik, tak fikir benda lain dah. Badan mesti dah buat
port baik atas tilam, lepas tu Zzzzz...
Dalam dua minggu induksi tu, cuma ada sehari je cuti. Masa tu pulak nak kena siapkan kerja-kerja lain yang kena dibuat. Dengan assignment individu,kumpulan, aktiviti berkumpulan, nak kena
prepare pulak untuk buat persembahan masa malam gala lagi, memang penuh masa cuti tu dimanfaatkan. Lagi sekali tak dapat studi.
Minggu Kedua
Minggu paling sibuk. Dengan aktiviti sukaneka yang bermacam-macam ragam (tak terkecuali aku)..dengan kelas lagi..fuhhh,memang sibuk. Aku rasa takde kerja lain dah aku buat sepanjang kursus. Rutin yang sama je. Pagi
breakfast, pastu pergi kelas, pastu minum pagi, pastu kelas balik, makan tengahari pulak, solat, pastu masuk kelas lagi, minum petang, aktiviti riadah, makan malam, buat kerja individu, tengah malam baru tidur. Haa, macam tulah tiap-tiap hari. Tpai,
time sukaneka tu
best. aku paling suka
part main tarik tali. Beria-ia aku tarik sampai luka tapak tangan. Tapi berbaloi! menang tau. Puas jugaklah. Dapat merehatkan otak setelah disumbat dengan macam-macam isi ceramah masa kelas. Yang lagi seronok bila dapat siapkan
group assignment. Aku dapat rasakan aura puas terpancar kat muka aku bila pegang
assignment yang dah siap di
binding tu. Bukannya satu tapi dua. Agak bangga jugaklah dengan
group sendiri masa tu, dapat siapkan kerja. Yang selepas ni lagi
best, kami kena fikir idea untuk buat persembahan untuk malam
dinner. Mula-mula dah ada idea nak buat rakaman video - sketsa pasal nilai-nilai murni. entah macam mana, ustaz rahman(ketua kumpulan aku...kami panggil dia ustaz sebab dia ada aura ustaz hehehe) bagitau kumpulan kami (kumpulan 10 Wawasan) kena bergabung dengan kumpulan 5 Warisan. Jadi, nak tak nak, aku kena pergi
meeting dengan kumpulan belah sana. Kira aku, ustaz dan En. Ariffin jadi wakil kumpulan yang kena pergi berbincang. Mula-mula bincang, aku dengan uztaz pakat nak kekalkan idea dan kumpulan sebelah sana
ok. Sebab diaorang baru nak
brainstorm idea nak buat persembahan. Mula-mula nak buat Sketsa P Ramlee tapi lepas tu tak jadi sebab diaorang kata nak cari sesuatu yang hampir sama dengan kumpulan kami. Yelah,
at least tak lari jauhla topik. Entah macam mana, ada seorang ahli kumpulan bagi cadangan suruh buat boria, masa tu kebetulan dia tengah tengok boria dalam
YouTube. Dan kebetulan ahli-ahli kumpulan sana memang
happening. masing-masing otak gila-gila, jadi semua setuju nak buat. Yang
bestnya, sorang pun tak tau nak menari boria! Masalahnya masing-masing dah gian goyang tangan, tapi tak tau nak koreograf. Masa tulah jugak, aku rasa aku buat
statement yang aku rasa nak cekik diri sendiri lepas tu. Aku tercakap kat ustaz yang aku pernah menari boria dulu (gara-gara jambori komander tu punya pasal) dan kebetulan ketua kumpulan 5 yang kebetulan jugak ahli-ahli diaorang panggil ustaz fauzi (kami punya ketua nama ustaz rahman hahaha berapa kali aku nak sebut nama dia) terdengar aku cakap macam tu. dan secara automatiknya aku dilantik pengajar menari boria secara tak rasmi. SUNGGUHLA!..aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala aku masa tu tapi nak buat macam mana...Mula-mula tu memang segan sangat..sebab kumpulan sana ramai lelaki dah tu pulak perangai sorang-sorang huuu
seriously crazy...tapi lepas-lepas tu jadi kelakar pun ada. Sebab masing-masing kayu. Susah nak menari. Puas jugak aku jerit macam Linda Jasmin dalam Akademi Fantasia nak mengajar diaorang menari (baru ku tahu ku ada bakat lain sebenarnya hehehehe).
First day, memang kelakar. Lagu dah ada (Boria Miskin Kaya - Senario). Aku ciptalah sikit-sikit geraktari yang ringkas supaya senang mamat dan minah kayu ni boleh menari. masing-masing berterabur menari. Ikut gaya suka hati sendiri. Tapi
enjoy! bila dah lepas berlatih, diaorang ada ajak ahli-ahli kumpulan kami
join. Dan-dan
time tu jugak ustaz rahman suruh aku dengan En. Ariffin join. Siap tanya lagi sapa lagi yang boleh
join.
So, masa kami balik bincang dengan kumpulan, ada jugaklah yang nak
join, tapi tak ramai. Memandangkan masa persembahan tu lama (dalam 10 minit), jadi kami bahagi dua. Kumpulan 5 buat boria dan kumpulan kami buat
group video. Tapi 4 orang ahli termasuk aku kena masuk boria. Kami ambil masa 3 hari je nak berlatih boria dan alhamdulillah tak sia-sia. Masa malam gala tu, kumpulan kami yang paling banyak dapat sambutan hehehehe...masing-masing
happy. aku ingat lagi masa menari tu memang terpaksa buang perasaan segan. Mula-mula jelah rasa segan, lepas tu bila dah duduk atas pentas tu, aku rasa dah tak ingat hapa pun. Syok menari hahahaha! memang
best, sampaikan geng-geng boria tu cakap dengan aku diaorang tak puas. Rasa nak naik balik atas pentas tu dan menari lagi. hahahahaha asbestos punya perangai. Tak sedar tinggal sehari je nak
exam. Hari-hari terakhir macam biasalah, sibuk nak hantar semua kerja-kerja dan studi untuk
exam. aku ingat lagi, masa studi tu, aku banyak tidur hehe penat tak hilang lagi. Tapi biasalah, cakap hal studi mulalah mulut tu nak menguap je. Tapi bersengkang mata jugaklah baca nota-nota yang tebal sangat tu. Bila
time exam tu, punyalah
nervous sampai teringat-ingat masa belajar dulu. otak sibuk menghafal macam-macam ayat azimat. Alhamdulillah, aku rasa berbaloi jugak tidur pukul 2 pagi, soalan tu aku boleh je jawab. Rasa macam air mengalir, idea dalam otak aku masa tu. Dapat keberkatan kot hehehe...
Apa-apa hal pun, aku dah berjaya lepasi induksi tu. cuma tak tau apa keputusannya. Aku harap luluslah hendaknya...amin...
Ni aku letak gambar-gambar masa kejadian. Have a look ;)
|
Ahli kumpulan aku - TITAN (Kump. 10) |
|
Menara kumpulan kami - Menara Pandora |
|
Ni kami punya carta - Pandora Tree |
|
Tengah sibuk buat assignment kumpulan. Serius tu |
|
Masa Sukaneka (muka aku terlindung belakang kakak pakai tudung pink huhu) |
|
Yeah! Kumpulan Boria 5 & 10. Best wooo!
sumber: Noredayu pic's. Thanks Ayue!
|
2 comments:
xda gambar ke?
ada tp dlm FB kwn...aku x amik pn lg hehehe
Post a Comment