Malam tadi keluar rumah pukul 8.20 dengan mak dan Amir, AbangChik..Wayang mula pukul 9. Masa dalam perjalanan Amir hampir-hampir nak langgar kereta depan. Kereta depan tu berhenti mengejut tiba-tiba. Aku dengan mak kat belakang memang dah cium kerusi kat depan. Bayangkan betapa rakusnya cara berhenti kereta yang dilakukan oleh Amir. Mengucap panjang aku. Mujur tak langgar. Kalau tak,memang wayang malam tu tak jadi.
Dah sampai kami cepat-cepat ke TGV. Ramai juga orang tangah menunggu nak masuk. Aku sempat lagi dengar lagu kat MP3 sambil berjalan masuk ke panggung. Sebelum masuk, aku dan mak singgah tandas. Ada satu kejadian menarik di situ. Sementara tunggu ada tandas kosong dan kebetulan aku sorang dengan dua orang kakak cleaner yang baru nak cuci, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke tandas. Masa dia masuk, aku dah terkejut dan tenung dia. Kakak cleaner pun terkejut. Yang lelaki tu pulak boleh tetiba terkaku kat depan pintu. Kami semua terdiam sekejap. Adalah dalam 5 saat camtu. Lepas tu, barulah salah seorang kakak cleaner tu cakap tandas lelaki kat depan. Lelaki tu pun angguk dan terus tunduk. Dah malulah tu hehe. Aku rasa nak tergelak tapi entah macam mana aku leh control muka tenang. Kejadian tu tak sempat aku cerita kat mak dengan adik-adik sebab dah lambat. Kami cepat-cepat masuk panggung. Dah ambil tempat duduk, kami menunggu dengan penuh sabar. Aku tengok muka mak penuh dengan kekaguman dan teruja yang amat. Kami menonton preview filem Mantra sebelum cerita ditayangkan. Agak seram di situ. Tapi nampak boleh tahan ceritanya.
Ok...dan tiba masanya rumusan cerita (agak panjang versi pendahuluan aku kali ni. Yelah banyak benda berlaku sebelum tu). Bagi akulah, ni pendapat aku yang ikhlas tau, cerita ni tak menarik sebab banyak babak dalam novel tak masuk dalam filem. Aku faham sebab masa tayangan yang agak terhad tapi bagi sekurang-kurangnya biarlah cerita tu ada flow, jangan sekejap tukar babak lain lepas tu tiba-tiba masuk babak lain. Aku tak habis lagi nak menghayati babak tu tetiba dah tukar. Lagi satu, flashback macam tak kena. Dan yang lagi tak kena, aku dah boleh tau jalan cerita tu walaupun baru separuh jalan cerita tu ditayangkan. Watak dalam cerita pun perlu dikembangkan. Bagi tonjol watak tu betul-betul. Tapi aku memang suka watak Fazura dalam filem ni. Walaupun sekejap dan watak yang biasa tapi dia boleh bawa watak tu dengan baik. Bukan Farid Kamil dan Lisa Surihani tu tak bagus tapi sebab mungkin dah terbiasa dengan watak diaorang sebagai kekasih, jadi tak ada kelainan bagi aku. Que Haidar macam biasa, memang nampak dia berjaya lakonkan watak orang yang ganas. Bagi akulah watak tu ganas bukan kasar. Watak jahat dia sebenarnya tak menonjol sangat. Bagi aku kalau betul-betul watak jahat tu dikembangkan contoh bukan setakat pukul dan lempang semata-mata tapi tonjolkan reaksi yang betul-betul sayang tapi cemburu yang ketara, aku rasa lah dia akan menjadi watak yang aku benci bukan menakutkan. Betul...lakonan dia buat aku rasa takut yang amat. Macam terasa dia yang lempang aku huhu. Watak Amelia (aku tak tau nama pelakon baru ni) bagi aku biasa jela. Kalau dilatih lagi dia boleh jadi pelakon yang baik. Lagi satu, aku tak tau macam mana nak cakap tapi aku tak suka babak close up muka watak-watak ni. Aku nak tengok cerita bukan nak tengok muka pelakon.
Bagi aku secara keseluruhan cerita ni sederhana je tapi nanti ada bahagian dua pulak. Hmmm, kita tunggu jela macam mana tapi aku harap ada perubahan. Kalau ada babak yang menarik, aku harap fokuskan lebih pada apa yang watak tu buat sampai kita ada feel yang dia tengah sedih ke seronok ke nakal ke apa-apa lagilah. Janganlah nanti tak sempat nak feel tiba-tiba dah tukar babak lain huhuhu. Papehal semoga berjaya untuk bahagian kedua.
p/s: ni pertama kali aku bagi rumusan filem dan agak panjang pulak tu. selalu semua komen simpan dalam hati je ^^
skip to main |
skip to sidebar
Wednesday, June 16, 2010
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
My Blog List
-
Tersengih-sengih di tengah malam6 months ago
-
-
Umrah: Part 31 year ago
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:choc matcha cheese cake:.8 years ago
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment