Wednesday, November 30, 2011

NoV SudaH MaU PergI, DiS pUla MaRi

Hari ni hari terakhir bulan November. Esok dah 1 Disember. Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan je lagi untuk tinggalkan tahun 2011. Tahun baru Islam baru je bermula. Dah macam-macam azam nak buat. Untuk tahun baru orang putih ni tak tau dah nak fikir azam apa. Copy+paste azam masa Maal Hijrah boleh kan?

FaMilY DaY PTAR

Saja nak pampang gambar ni kat sini. Aku pun join dengan keluarga. Cuma mak dengan adik yang ikut. Ayah nak berehat selepas balik haji. Adik-adik yang lain sibuk pulak.Tapi takpelah, janji aku dapat pergi. Best wooo....dapat banyak sponsor hehehehe...Hadiah-hadiah mestilah menarik

Tuesday, November 29, 2011

NetBook

Sekarang tengah buat tinjauan nak beli netbook (laptop kecik). Nak cari yang standard aku boleh buat kerja dan pakai internet (dan main games sikit-sikit hehehe).

Sebelum ni takde keinginan pun nak beli, memandangkan takde keperluan dan komputer di rumah masih boleh pakai. Tapi memandangkan aku dah terminate W***x internet connection kat komputer bawah maka komputer dah tak berfungsi. Cuma menyimpan data-data lama. dan agak susah aku nak guna.

Jadi, aku cari sesuatu yang memudahkan untuk aku bawa ke sana dan ke mari, ruang untuk bersantai sambil bekerja, serta ruang untuk aku mengemas kini entri blog dengan cepat (itupun jika rajin hehehe), maka keputusan untuk mencari netbook adalah tepat.

Cuma, menunggu sumber kewangan yang mencukupi dan aku boleh mula netbook hunting selepas ini.

Teringat masa mula-mula pakai laptop. Waktu tu semester 4 diploma (tahun 2004 rasanya). Mula-mula dapat agak sedih, sebab dapat laptop takde jenama. Tapi lepas tu seronok pakai sebab memenuhi kehendak (aku dapat main games, tengok anime, buat kerja dengan speksifikasi yang agak ok ketika itu).

Teringat kenangan tengok anime Samurai Kyo Deeper sepanjang malam sehari sebelum exam dengan best friend , Kay Oone. Kerja gila. Mujur pointer ok. Teringat juga yang laptop aku jadi barang wakaf roommate. Guna sampai tak hingat tuan hehehe. Pernah juga laptop tu jadi bahan lepas geram. Dah beberapa kali kena baling, akibat perangai dulu yang agak hangin. Mujur sekarang dah takde tragedi baling-baling barang. Dah insaf..hehehe agaknya. Laptop yang sama jugak yang banyak berjasa masa sambung belajar degree dulu. Masih simpan lagi projek-projek kerja dulu-dulu. Tapi sayang, laptop tu tak boleh On dah sekarang. Habis semua khazanah terkubur dalam laptop tu. Siap dengan gambar-gambar lama.

Aduy lah, teringin nak hantar laptop lama tu pergi servis, aku nak ambil balik semua data-data nak simpan kat hard disk lain. Tak nak hilang kenangan berharga huhuhuhu...

PeNat SeHhhh...

Haiya..manyak sibuk lo (gaya amoi cina cakap hehehe). Banyak sangat benda sampai tak sempat nak buka blog nak tulis apa-apa yang patut. Minggu-minggu sebelumnya terlalu banyak aktiviti perah otak (maksudnya kerja lah tu...)

Tapi yang tajuk atas tu takde kena mengena pun dengan penat kerja. Ni nak cakap pasal telefon saya. Sudah penat kot nak ada dua nombor ni. Terlalu banyak gangguan. Sudah ada yang berani nak main-main dengan aku. Taulah terpampang 'private number' kat skrin telefon aku. Sangat kurang ajarlah tu. Mentang-mentang aku tak boleh nak call balik. Suka suki je nak kacau-kacau orang.

Tu belum campur lagi dengan orang yang entah apa-apa. Jadi tak senang hidup aku dibuatnya.

Dah lama fikir nak tamatkan perkhidmatan nombor maxis ni. Asyik tertangguh je. Tak sempat nak buat apa-apa.

Aku cuma nak tunggu bila aku telefon akan ada perempuan yang jawab macam ni "Harap maaf, nombor anda sudah ditamatkan perkhidmatan. Terima kasih."

Nota kecil: Kepada kawan-kawan yang ada nombor telefon saya, sekiranya nombor maxis itu tidak berfungsi lagi, maka faham-faham jelah. Sila guna nombor yang lagi satu untuk menghubungi saya. Terima kasih heheheehe 

Saturday, November 12, 2011

DataNG Dan PerGi

Tengok blog dan web orang. Banyak kisah datang dan pergi. Maksud aku, kehadiran insan baru dan pemergian orang terdekat.

Macam minggu lepas, baca dalam FB kawan, dia beritahu tentang pemergian ibu tersayang. Takziah atas pemergian ibunya. Benarlah manusia itu "Daripada Allah dia datang dan kepada Allah juga dia pergi". Ada juga beberapa berita pasal "pergi" ni. Minggu lepas juga, dapat berita tentang tok saudara ku yang dah pergi mengadap-Nya.

Masa raya haji juga dapat berita pemergian salah seorang rakan sekerja. Meninggal akibat accident. aku dapat tau masa masuk kerja hari Selasa. Sedih juga memandangkan kawan sama angkatan, pustakawan tapi dia kat INTEC. Kira senior aku. Muda lagi. Baru umur 30 tahun. Beliau pergi meninggalkan suami dan anak beliau yang masih kecil.

Masa mesyuarat khamis lepas baru dapat tau cerita sebenar beliau meninggal. Rupa-rupanya dia tercampak keluar dari kereta. Yang paling teruk lepas tu digilis lori. Masa ketua jabatan kami cerita hal tu, kami masing-masing tergamam. Mujur cerita lepas dah habis meeting.

Dah habis bab tu, yang ni nak cerita bab lain pulak. Nak cerita pasal kawan yang dah menerima orang baru dalam famili dia. Tahniah atas kelahiran anak sulung Ita. Kawan seangkatan juga yang baru bersalin pertengahan bulan oktober. Baru sekarang aku nak ucap tahniah hehehe. Tapi takpe aku dah mesej dia awal-awal masa dapat tau dia dah bersalin. Baby perempuan. Comelnya! Jeles lak aku. Bila turn aku hehehe (kahwin pun tak lagi berangan nak dapat anak hehehe).

Nak ucap tahniah juga kat my BFF yang dah selamat bertunang masa 1 Oktober lepas. Tahniah Sal!! Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Sori banyak-banyak tak dapat datang masa majlis tunang. sibuk nak uruskan ayah yang nak pergi haji. Jangan risau, masa kahwin memang I datang. Dah janji kan.

Nak ucap tahniah juga untuk my officemate yang bertunang hari ni ke esok....tak ingat pulak tarikh dia. Dah selamat juga dia. Mesti berseri-seri muka dia sekarang. Apa-apa hal pun doakan yang terbaik untuk Fazlina. Semoga jodoh berpanjangan hehehehe. Aduy aku pulak yang rasa tak sabar-sabar hehehe.


Nota kecil: Sila doakan semoga saya mendapat jodoh yang baik. Sekarang ni memang tengah berkawan dengan seseorang. Masih dalam proses mengenali hati budi.