Friday, October 07, 2011

DiaRi KerJA MinGGu ni

Tengah berkejar menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Persiapan Hari Mesra minggu depan dah hampir 80% siap. Sekarang, tengah mengejar dengan muka tak malunya pada fakulti untuk dapatkan jumlah pensyarah dan pelajar. Semua tu untuk audit perjawatan. Nak menguruskan hal pelajar-pelajar yang nak konvo, sibuk nak membayar denda dan pulangkan buku yang dipinjam tapi tak pulang-pulang. Ada juga yang dah hilangkan buku tapi liat nak bayar. Lain-lain pun ada. Sampai dah ada yang jumpa dengan pemangku ketua pustakawan kata dah pulang tapi disalahkan library yang tak rekod. Sudahnya, library kena cari balik buku-buku tu dan check pada cctv, nak lihat bukti pelajar ni dah pernah pulang buku. Keputusannya, kemudian selesaikan.

Semalam ada mesyuarat jabatan. Satu hari suntuk. Banyak isu yang dikupas. Lebih-lebih lagi sekarang, library di fakulti dalam proses untuk lanjutkan waktu perkhidmatan. Sebelum ni buka hingga 9.45 malam. Sekarang, di PTAR 3 dah mula lanjutkan sehingga 12 tengah malam. Faculty library lain akan menyusul. Perubahan yang menarik dan tak menarik. Menarik untuk pengguna dan tak menarik untuk staf. Tapi kena berfikiran positif. Untuk keselesaan pengguna.

Isu stock take juga, banyak yang nak kena dibuat. Buku-buku yang nak dikira jumlah. Belum campur dengan buku-buku yang bermasalah. Nak kena asingkan dan masuk dalam senarai.

Lepas habis Hari Mesra, kena bersiap sedia pula untuk kursus jabatan. Pegang portfolio undangan dan perasmian. Dah kena mula war-warkan kepada kampus induk dan cawangan mengenai kehadiran. Nota-nota penceramah lagi dan hal-hal lain.

Mula 24hb dah kena pangku jawatan. Nak memegang amanah ni kena bersedia. Memang seronok dapat elaun tapi memikirkan beban tugas ni sebenarnya amanah. Bos dah yakin kata aku boleh. Berdoa selalu supaya aku boleh seperti yang diharapkan. Nampak macam senang, diusahakan juga agar aku boleh.

Nota kaki: Selalu ingat ayat ni "Sentiasa Bersedia".

Monday, October 03, 2011

HAti DInG DonG

Suppose tugas saya sekarang adalah membuat kerja. And I knoe it is my duty. Somehow, I feel like doing nothing. Got mild stress from a lot of work. Last week was hectic. I don't have time for myself. Totally, working out with my mind and body. Both in work and personal life.

Apa-apa hal pun nak fokus juga pada kerja. Tapi ingatan masih nak selit-selit cerita peribadi. Nak pulak sekarang ni asyik terdengar perkataan "jodoh", "kahwin", "pasangan", "suka", "sayang" and whatsoever related to the issue. Seriously, semalam tengok kat tv, keluar klip-klip video artis kahwin, sudah terasa cemburu memikirkan "Bila agaknya turn aku?" Suka tengok baju-baju yang dipakai, pelamin yang cantik, hantaran pun cantik. Teringin sangat nak merasa (harus sabar).

Sebelum ni, memang susah nak fikir pasal benda-benda tu. Totally euwww. Tapi semenjak umur dah meningkat ni, mulalah rasa nak menggatal. Siap dah bayang nak tema kaler apa, nak jemput siapa, nak buat kat mana, semua tu dah terbayang tapi masalahnya TIADA pasangan. Bukan tak nak berusaha, puas sudah. Namun, sebagai manusia perlu menerima bahawa jodoh di tangan Tuhan. Kita sebagai mestilah tak jemu-jemu berdoa.

Bersempena dengan keberangkatan ayah saya menunaikan haji esok, aku pun teringin nak bagitau ayah supaya dipertemukan jodoh yang sesuai denganku (balik karang nak bagitau, nak bagitau awal-awal segan pulak rasanya)

Nota kaki: Sebenarnya hati ni dah ada rasa ding dong. Ada seseorang yang berjaya buat hati saya jadi resah. Tapi hubungan kami ni agak complicated. Tak tahu nak terangkan.

Wednesday, September 21, 2011

WorKinG ModE

Back to work mode...Definitely needs to finish some work before getting 'surat memangku kerja'. Hai, banyak lagi ni. Kertas kerja Hari Mesra dah siap. Kejap lagi, pergi Main library nak hantar borang permohonan pendahuluan pelbagai. Nak dapat bajet untuk Hari Mesra. Pukul 10 karang ada janji temu dengan Dr. Zuriah, Pengarah GBS. Ada perkara yang perlu dibincang dan diperjelas pasal GBS. Petang karang, ada kelas kemahiran maklumat untuk pelajar Sarjana. Nak kena siapkan borang kehadiran dan penilaian kelas.

Esok, masih sama. Pagi ada mesyuarat PTAR 2, petang ada kelas kemahiran lagi. Hari Jumaat ada Majlis Suaraya UiTM. Tak tahu nak pergi ke tak. Tahun lepas tak sempat nak pergi. Ada kerja kena siapkan.

Buat masa ni, siapkan kerja di sini dulu. Ura-ura bulan 10 nanti, baru aku ke PTAR JO. Itu pun, aku sekejap kat sana, sekejap kat sini. Pun dengar-dengar cerita kemungkinan aku akan ke sana terus. Banyak lagi aku nak belajar ni. Kat sini pun dah pegang Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Maklumat rasa kecah lagi. Masih ada kesilapan yang aku buat. Bila memangku yang sana, jawatan dah berubah. Dengar nama 'Ketua' pun macam dah gah tapi aku ilmu kurang lagi. Harapnya, Ketua Jabatan berubah hati. Moga-moga tak jadilah rancangan pindahkan aku.

Sekarang tengah work out dengan homework, cari alasan kenapa aku tak perlu pindah. Bukan tak nak, tapi aku lebih diperlukan di sini. Kat sini banyak kemahiran aku boleh belajar dan mengajar. Pelajar pun ramai.

Apa-apa hal pun aku kena siapkan maklumat ni sebelum diminta. Okay, mari bekerja.

Wednesday, September 14, 2011

RuiN My DaY

Tersilap melakukan suatu perkara yang tak sepatutnya aku buat. Rasa menyesal pun ada. Benar-benar buat hati aku tercalar. Totally ruin my day today.

Hilang mood nak buat apa-apa. Mula otak rasa nak melayang-layang. Perut pun terasa sebu.

Kenapa itu berlaku?

Tabahkanlah hati.


Nota kaki: Kadang-kadang rasa payah kan nak ikut expectation orang. Kita ni bukan sempurna. Banyak kelemahan lagi.

Friday, September 09, 2011

HandpHone

Ohh...rasa sungguh rugi sekarang ni. Tak dapat nak masukkan gambar yang menarik masa makan tengah hari tadi. Walaupun, menu makan tengah hari tadi begitu ringkas dan ringan tapi disebabkan hiasan yang dihidangkan tu menarik sampai terasa sayang nak makan pulak (dan seperti biasa, rugi saya tak dapat masukkan gambar yang menarik itu atas kesilapan teknikal)..Ni yang terasa nak beli handphone baru. Sejak dua menjak ni, handphone meragam pulak. 

Taulah nak perli aku yang kurang pakai handphone sekarang ni kan. Nak buat perangai tak semenggah pulak. Memang buat aku berangan-angan nak beli handphone baru. Tunggulah, ada rezeki nanti aku tukar. aku takdelah nak beli yang canggih-canggih cukuplah ada apa yang aku nak kat handphone tu. Aku nak handphone tu ada function mp3 player dan kamera yang cantik gambarnya cukup. Yang lain tak nak. 

sekarang, nak kena survey lah handphone yang menepati citarasa. Dah tanya kat adik-adik. Untung ada adik lelaki, senang nak minta tolong dia orang survey.Dah ada beberapa pilihan tapi aku aku berkenan yang satu ni. 

Nak tahu apa dia handphone tu? .......Tunggu aku dapat dulu nanti aku tunjuk hehehe