Monday, May 09, 2011

SeLamaT Hari Ibu

Hmmm sebenarnya nak buat entri lain dulu tapi masa tak ada nak buat. Jadi buat entri pasal ni. Walaupun dah lepas sehari tapi nak jugak cakap selamat hari ibu kepada mak, Asiah Endot. Mak lah the best mother ever (rasanya semua anak akan cakap macam tu kan hehehe).

Tak ada buat majlis apa-apa pun tapi semalam dapat jugaklah bagi best gift kat mak. Semalam ikut masuk bowling tournament yang dibuat salah satu jabatan opis mak. Kebetulan mak ajak dan aku memang suka giler, jadi beria-ia lah aku ikut.

Tournament tu buat kat Flamingo Ampang. Sampai kat sana dalam pukul 9.30 pagi. Masa sampai, dah diberi borang nama peserta. Mata aku dah bersinar tengok hadiah-hadiah yang terpampang atas meja. Nak pulak, hamper besau-besau kan. Rasa cam best kalau dapat satu. Dalam hati dah target nak dapat satu hamper tu. Nak bagi kat mak kalau dapat. Sedang elok pulak, announcer bagitau hadiah akan diberi kepada 8 orang individu yang terbanyak jatuhkan pin bagi kategori lelaki dan wanita. Aku dah mula pening. Aku bukannya hebat sangat nak main boling ni. Takat 100 lebih tu bolehlah. Tapi apa-apa hal pun aku tetap nak dapat. At least tempat ke-8 pun cukup lah (tu tempat terakhir tau).

So, lepas tu bermulalah tournament. Aku dengan mak beria-ia main. Nak pulak dua game je,kenalah bersungguh-sungguh kan. Tapi memang mencabar betul lah. Dengan orang yang mengacau, dengan orang yang nak tangkap gambar tengah-tengah alam. Ganggu konsentrasi aku nak melempar je. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh bermain dengan baik. Campur dua game aku berjaya dapat 245 jatuhan pin.

Yang paling seronok, masa pemberian hadiah. Tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Rasa macam mimpi pun ada hahahaha. Masa dia umumkan nama aku tu, terus aku cium tangan mak. Aku dapat hamper besar dengan baucer RM100. Masa tu tengok muka mak berseri-seri je hehehe. Aku siap bagitau tu hadiah hari ibu yang aku nak bagi. Mak senyum.

Walaupun tak sebesar mana, tapi aku rasa dah cukup seronok dapat puaskan hati mak. Yang paling penting aku pun seronok sama.

Nota kaki: Pertama kali dapat jadi juara main boling. Setakat ni banyak kumpul sijil penyertaan je huhu

Thursday, May 05, 2011

SelamaT Pagi SemUa

Salam...huu lama tak kemas kini blog. Bukan apa banyak benda lain yang buat aku terlupa nak menulis entri hehehe (alasan lagi!). Banyak perkara berlaku sepanjang aku tak buka blog ni. Nanti aku cerita kat dalam entri lain. Satu-satu aku buat nanti tau....

Ok, sekarang nak pergi shelf reading dulu. Nanti sambung balik ya

Thursday, April 14, 2011

INsuRans KereTa.Road Tax.Cuti LuAr NeGara

Tak buat lagi pembaharuan insurans kereta. Tarikh tamat dah nak dekat. Minggu depan. Pening nak cari duit nak bayar. Minta tolong adik bayarkan sebab aku dah call orang insurans tu, kalau adik aku datang boleh dapat diskaun lagi. Kalau aku yang bayar tak dapat diskaun sebab adik aku owner kereta yang sebenar. Boleh pulak masa sekarang ni dia sibuk. Aku dah lah risau separuh mati ni. Karang tak dapat guna kereta. Aku nak pergi dengan apa masa kerja nanti huhuhuhu.

Dalam duk risau tu, hati tengah teruja. Tak sabar-sabar nak bercuti. Biarlah risau macam mana pun, teruja tetap teruja hehehe. Lagi 4 hari sebelum berlepas. Aduh, beg tak kemas-kemas lagi. Memanjang sibuk. Balik rumah je terus rasa penat. Tup tup dah tidur huhuhu. Huish, balik ni kena kemas beg.

Aduh, asyik terfikir pasal insurans kereta je ni. Bila nak bayar?



Nota kaki: Tengah isi satu lagi borang ke luar negara. Berturut-turut aku pergi luar negara tahun ni...hmmmm seronok hehehe

Wednesday, April 13, 2011

StatUS CuKai PendaPatan

Baru selesai isi borang cukai pendapatan secara e-filing.

Tak payah bayar cukai lagi untuk tahun ni.

Kepada mereka yang belum isi, cepat-cepat isi sebelum tarikh akhir pada 30 April 2011. Tak lama lagi tu...

Sila klik di https://e.hasil.gov.my/ untuk mengisi borang.

Boleh juga melawat laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengetahui informasi terkini.

Tak BaLik RumAh

Semalam buat kerja gila. Semuanya jadi tak betul. Kecelaruan minda yang maha hebat memaksa aku buat sesuatu untuk bertenang.

Mujur ada kawan yang membantu. Betul, semalam aku tak balik rumah. Tak ada kemampuan nak memandu kereta. Beberapa kali hampir terbabas. Memikirkan keadaan yang sebegitu, aku memikirkan jalan yang terbaik untuk tidak mengambil risiko. Lantas, aku menghubungi kawan untuk menumpang sebentar di rumah dia. Aku hanya fikirkan untuk menumpang rehat sekejap dan malam tu aku akan balik tapi atas nasihat kakak ni, aku terus tak jadi balik. Tumpang tidur rumah dia. Memang gamble habis. Rasa bersalah pun ada sebab mengganggu dia, tapi kakak ni cukup baik benarkan aku menumpang. Dia tau aku nampak sungguh miserable semalam. Dia kata muka aku nampak macam orang yang terlampau tertekan.

Mujur dia ada. Mujur juga ayah boleh terima alasan aku tak balik rumah. Cara kami habiskan masa ~~ teman dia beli kek hari lahir untuk teman serumah, makan sup power, pastu tolong kawan serumah jolok buah mangga yang akhirnya selamat dikorbankan menjadi kerabu mangga pedas tapi sedap. Terima kasih kepada Kak Ina, tukang buat kerabu mangga. Kelakar bila ingat balik cara aku jolok mangga atas bumbung pakai payung je hehehehehe. Dah la rumah sebelah tu lelaki bujang, mesti diaorang fikir, apa lah budak-budak perempuan sebelah ni dok jolok-jolok payung. Hahaha! biarkan janji dapat makan kerabu mangga.

Sekarang ni aku dah ok. Syukur juga, emosi aku cepat berubah. Sekejap je dah boleh jadi biasa. Tu pun kalau ada kerja gila yang aku boleh buat ;)

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak Kak Fiza yang tolong saya. Dahlah bagi tumpang tidur, belanja makan, baju pun bagi pinjam. Hanya Allah je yang dapat balas budi akak. Lain kali saya minta tolong akak lagi ye hehehehe