Monday, December 28, 2009

Girls Day OuT

Weekend yang busy. Jumaat dan sabtu, tolong jiran selang sebuah rumah.Ada kenduri kahwin anak dia merangkap kawan sepermainan aku masa kecik2.Masa tu tak ramai budak perempuan baya2 kitaorang.Kat tamn tu ramai budak laki je.Jadi, selalulah kami berdua main sama2.Kadang2 join budak laki main game ntah hapa2.Main kejar2,lompat getah,galah panjang,tuju selipar,lumba beskal,"ronders"(ntah btul ke tak ejaan tu tapi game dia ala2 besbal),macam2 lagilah.Syok woo!

Tau2 dia kahwin dulu(budak ni muda setahun dari aku) huhuhu.Masa dok tolong2 tu adalah makcik2 jiran aku ni keluar ayat special "Haa,yang ni bila lagi?" sambil jari telunjuk tunjuk kat aku.Aku cuma senyum dan senyum sampai sakit rahang.Malas nak jawab sebab aku memang malas.Nanti nak kena soal jawab macam2 huuuu lagi haru.Dan punyalah tahap malas tu,aku tak banyak pun amik gambar.Nanti makcik2 tu bising lagi...kata "haa,tu nak buat panduan tuk kenduri dia lah tu."Aishhh...


Papehal pun Ahad tu yang best,keluar ngan kawan2 masa belajar dulu(sayang cik Ariza takde).Seronok!Dah lama tak jenjalan cam gitu.Memang betul2 Girls Day Out.Kitaorang pergi Sunway Piramid.Aku tumpang Cik Sal je.Marli pun ada sekali.Cuma Dekni a.k.a Wanie drive sorang2 sebab dia dari Putrajaya.Aku,Sal & Marli pulak tak jauh tempat tinggal,so,bolehlah pergi sekali hehehe.Masa sampai kat sana,macam2 kami buat.Main boling,memanah,pegi shopping...fuh!memang best.Sampai lenguh2 kaki ngan tangan.Siap tunjuk terer main panah2 ni.Jangan tak tau,saya pernah masuk kelab memanah masa sekolah dulu cuma tak dapat jadi wakil sebab masa tu dah SPM huhuhu.Tapi masa main semalam tu,ntah ke mana2 je anak panah tu pergi.Hampeh!




Anyway,ni gambar yang sempat aku tangkap.Tak banyak sangat sebab sibuk bergambar ngan kamera orang lain hehehe.(yang ni saja nak buat Ariza jeles hehehehe)

Cik Sal,Cik Marli,aku,Cik Wanie






ntah camne aku leh tersepit camtu.Kacolah cik Wanie ni



ni kat pentas utama.Cantik kan!


gambar ngan cik sal tapi tak nampak lak pentas belakang tu huhu





ni gambar saya yang poyo memanah




ni plak masa main boling.anak sapalah yang tonggek2 kat belakang tu hahahaha


ngan cik sal lagi...isy2 takde orang lain ke


Tu jela kot gambarnya.Tapi papehal pun memang best cuma rugi pulak rasa tak merasa ice skating huhu

Thursday, December 24, 2009

Aku BerCeriTa

Dah dua hari aku tak tulis pape kat blog ni.Pasal aku kena jadi urusetia bidan terjun untuk Bengkel Mesra Pelanggan.Tapi aku tak kisah pun.Seronok pa!Bukan senang nak dapat ilmu2 yang takda dalam pasaran ijazah atau diploma yang berlambak2.Ilmu yang perlu dicari sendiri lebih baik daripada menunggu ilmu tu datang pada kita.

Tapi yang tak berapa bestnya...bila ada orang dah diberi peluang untuk menimba ilmu yang jarang2 ada tapi tak merebutnya.Siap leh kata macam2 lagi.
"Ala,saya dah nak pencen dah.Takan nak belajar lagi benda2 camni."
"Kalau tak nak datang boleh tak?"
"Saya ada banyak kerjalah."
..dan macam2 alasan lagi....
Macam mana nak praktikkan budaya "mesra & profesional" kalau mcam ni gayanya.Yang lagi malang,pengerusi bengkel tu bos anda sendiri!Apa perasaan beliau bila orang berkata
"Encik,macam mana ni.Kita buat bengkel ni untuk staf.Kita nak tolong staf tapi staf Encik sorang pun tak nampak muka."Aku dapat lihat muka bos yang berubah.Aku lagilah,tempiasnya memang kena tepat kat muka.Apa yang aku dengan bos buat,cuma senyum dan senyum...*mengeluh*

Aku nak nasihat lebih2 kang,kebanyakan diaorang lagi tua dari aku.Tapi kalau tak cakap,diaorang kata aku pegawai kayu.Hmmmmmm.....

Tapi takpe,sekurang2nya aku akan cuba mengubah paradigma seperti itu.Biarlah ada sikit perubahan.Bukankah itu lebih bagus daripada takde langsung!Memang bukan senang tapi selagi tak cuba takkan tahu ada kesan ke tidak.Ibarat kata penceramah bengkel tu "We never know until we try"

******************

Dalam dok busy dengan bengkel,dapat berita dari kawan baik merangkap x-officemate dulu.Mak staf dia(x-officemate aku gak) meninggal semalam.Kebetulan gak,staf kat library fakulti lain pun ada sedara dia meninggal.Dua berita kematian sekaligus dengar.Betul2 mengingatkan aku yang manusia tak boleh nak jangka tentang kematian tapi sememangnya kita tau yang suatu hari nanti kita akan pergi jua meninggalkan dunia yang sementara ni.




........diam............

Monday, December 21, 2009

Pelan BerCuti

Baki cuti tahun ni ada lagi tapi rasa malas nak membazir.Nak bawa cuti tu ke tahun depan.Sebab apa?Sebab tahun depan dah ada pelan bercuti hehehe.Nak ke mana?Nak ke......BEIJING....yay!!!

Wah! tak sabarnya nak pergi Beijing....bulan 4 nanti nak pergi...so,baik kumpul duit sekarang.Deposit dah bayar separuh kat mak.Oh ya, lupa nak cakap.Saya pergi Beijing nanti dengan mak.Jangan membuat andaian yang saya akan pergi dengan sesapa ya.

Hmm pe lagi ya.Oh ya,bulan 2 nanti pergi Terengganu pulak.Ada seminar kat sana.3 hari.Cantekkk!!Leh pergi berjalan2 lagi





Hmmm,nampaknya kena kumpul duit banyak2 dari sekarang.Banyak benda nak kena beli nanti....hehehehehe

p/s:Agak2 musim pe ya kat Beijing masa bulan April tu nanti?Musim bunga ke?

p/s p/s:Agak2 saya boleh jumpu SuJu tak nanti kat Beijing.dengar citer dorang rajin pergi China kan hehehehe...jangan marah ye Cik Kaseh

Thursday, December 17, 2009

Ada lagi pe kejadahnya ni..

Pehal pulak dengan handphone aku ni haa...



Pesal kamera handphone aku tak leh nak tangkap gambar...
takkan dah rosak...huhuhuhu







benci...benci...benci

Pe Kejadahnya ni..

Semalam masa balik kerja ingat nak duk depan komputer.Tunggu emel dr TripleS Malaysia nak dapat no id.Pastu beranganlah nak beli album SS501kat website TripleS.Malangnya, dah sampai rumah.Dah ada penunggu(adik aku) depan komputer tu...huhuhu mestilah aku tak dapat nak guna..huu,takpe2 leh check masa pergi keja esok.

******
Kat Opis pagi tadi...
*******

Apahal pulak internet down haaa!

Dahlah tak dapat nak surf internet...emel opis pun tak leh bukak...
arghhhhh....

Nak dekat tengahari baru internet ada. Masalahnya nak masuk gmail pulak tak boleh...
camne nak tau aku dah dapat no id?camne aku nak beli dvd tu?
Nape time aku tengah teruja boleh pulak jadi camni...
WHY????WHY???







Saja ja menda2 camni nak main2 dengan aku...