Wednesday, November 25, 2009

Eheh

Pagi ni ngantuk dan rasa malas tu begitu memuncak ketika bangun. Tapi memandangkan hari ni last day sebelum cuti, terpaksalah ku menggagahkan diri untuk bangun. Dah siap2 (hari ni memang agak lembab aku bersiap, memang betul2 ku paksakan diri) tapi sampai opis tetap awal daripada orang lain. Sebabnya bila dah dalam kereta, memang terasa cam bawak kapal terbang. Kejap je sampai hehehehe.

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat tempat kerja baru ni (Fuyo!). Rasa cam baru je masuk minggu lepas. Sedar tak sedar gak, aku selalu bangun awal nak pergi keja. Takat ni tak pernah lagi aku bangun lewat yang betul2 lewat hehe. Masa kat tempat kerja dulu ada pernah sekali (eh, dua kali kot) aku terlajak tidur sampai pukul 9. Pergh, masa tu memang kelam kelibut dibuatnya. Gelabah abis tapi tetap cool bila tepon bos "Bos, saya lewat skit. Ada hal peribadi" kuikuikui padahal bangun lambat. Hal peribadi lah konon..ceh. Tapi betul masa tu memang gelabah. Maklumlah baru pertama kali kerja lepas graduate. Rekod nak kena cantekkk!

Tu taklah bermaksud aku nak buat kerja jahat kat tempat baru ni (eheh..skit2 jer hehe). Cuma yela, kalu aku dah terbiasa buat rekod baik (baiklah konon) memang tak pernahlah aku nak buat benda yang tak berfaedah. Tak best lah camtu. Biarlah orang kata aku budak lurus (sebab ikut rules sangat...tapi atas jalanraya ikut suka suki aku je hehe)...ahhh...aku peduli hapa! Janji hidup tak kacau orang. Harap2lah aku dapat kekalkan perangai ku yang ni (bukan yang kat jalanraya tu..adik2 sila jangan ikut perangai saya ni...memandulah dengan berhemah ya).


Haa..pagi tadi pergi singgah main library. Ada tazkirah. Lepas tu ada makan2. Eheh, nasi lemak tu. Banyak betul nasi dia. Semua tu dah siap dalam bungkusan. Jadi, kami amik jer bungkusan tu dan blah. hehehe senang kan...Aku pun tapau je. Balik makan kat tempat aku. Privacy skit hehe.

Hmm, apa lagi ye. Takde dah kot. Oh, cuma hari ni mungkin duduk kat meja rujukan. Ada student datang nak tanya macam2 soalan. Time2 cuti sem pun ada student kan. Takpe2, tanggungjawab tu. Kena laksanakan sebaik mungkin (ayat tak leh tahan)...ok...hwaiting (ni maksudnya berusaha dalam bahasa korea)

eSok sayA CuTi

Dimaklumkan esok saya cuti sampai hari Isnin....Yay! seronoknya dapat balik kampung...

Monday, November 23, 2009

RefReshinG ModE

*Refresh mode*...ChanGe! (haha macam nak tukar jadi Sailormoon pulak)

Anyway...hari ni cam biasa sudah masuk Isnin yang baru. Takde pape sangat cuma sambung dengan projek cuti sem. Tengok menengok, pantau memantau....rajin gak staf2 buat kerja...yela, mesti kena siapkan sebelum buka sem baru. Nanti susah pulak student nak cari buku.

Hmm, hujung minggu lepas takde pape yang menarik dibuat. Buat keja yang biasa dibuat, relakskan diri tapi yang tak bestnya tak dapat nak tido. Susah betul nak lelapkan mata. Bila dah lelapkan mata, Subuh sudah nak mari. Yang tambah tensennya, macam ada pakatan tak rasmi, ada pulak gangguan dari handphone, pagi2 Sabtu dan Ahad. Wrong phone call, Non-stoping SMS-es, menjejaskan jam tidur aku. SMS yang best takpe gak...ni tak..bagitau caller ringtone punyer update la, expired credit la, info "ON SUKAN" la.....aishh, saja ja.

Sama cam malam tadi, pun tak leh tido. Mujurlah aku leh bangun cam biasa dan pergi keja cam biasa. Kalau ngantuk, camne aku bawak keta nanti? Syukur, selamat sampai tempat kerja. Pagi ni breakfast berat sikit, tengahari nanti leh lepak kat surau, tido hehehe...



Okay, nak tukar mode

*Working mode*...Change!!!

Friday, November 20, 2009

PeneMan

Lately ni, tiap kali pergi dan balik kerja...asik bukak Red fm...cuma time pagi jela, kejap2 aku tukar dengan Hot fm sebab nak dengar Panggilan Hangit hehehe (i like...)

Kenape saya dengar Red fm?

Cuba bukak dan dengar sendiri hehehe..takdelah...pilihan lagu memang best...tapi lagu omputih je la..bukan apa kadang2 dapat dengar lagu2 lama (macam tadi dapat dengar lagu N'Sync yang dah lama sangat tak dengar pastu lagu YMCA pastu favorite lagu aku "I Look To You" Whitney Houston" pergh...memang best)

Kalau lagu versi korea pulak aku sekarang ni suka berulang2 kali dengar lagu Rain "Rainism" dengan Hwangbo "Arisong" (maaf SS501 sebab tak dengar lagu kamu sangat)...

Kalau kat rumah pulak, peneman aku sekarang adalah citer anime "Nodame Cantabile" (ni tengok kat Animax Astro). Jam 7 petang, aku akan pastikan aku ada kat depan tv (sebenarnya aku dah ada depan tv kul 6 ahaks) nak tengok anime. Malam tu pulak, sambung anime lagi hehe (memang jiwa "otaku" betul aku ni). Tengok The Adventure of Avatar (tak pasti sangat tajuk dia tapi rasanya camtulah kot) yang adik aku download...memang super lawak yang best.






*Agak2 korang ada ke orang yang leh terima aku yang camni....ke patut jer aku kawen dengan watak anime...hmmm?susah nak jawab?...*fikir*....susah kan

Tuesday, November 17, 2009

BiLik KerJa BarU

Yay! Semalam projek baru cuti sem dah mula. Banyak kerja nak kena buat masa cuti sem ni. Walaupun camtu ada gak student yang datang guna library. Ada gak yang tak nak balik (ataupun tak boleh balik hehehe).

Banyak nak kena ubah kat library. Kat Aras 2, kena ubah susunan buku. Bahagian Rujukan kena letak kat belakang *sigh* buku banyak tu. Tapi takpe untuk kesenangan dan keselesaan pegguna. Kat Aras 2 gak, aku ada bilik baru. Kat bahagian koleksi Buku Kualiti. Agak besar bilik tu. Dan agak terperosok sikit. Kalau masuk kat Pintu Aras 2 tu tak jumpa pun lagi bilik tu. Kena jalan depan sikit baru nampak. So, semalam staf tukar susunan rak dalam bilik tu. Ikut arahan aku hehehe. Sebab aku yang nak duduk situ nanti. Yang best siap ada set sofa lagi. Nanti ada partition pulak, huu leh buat macam2 dalam bilik tu hehehehe. Nanti ada dua tempat aku kena jaga. 1) meja rujukan & kaunter khidmat pelanggan dan perkhidmatan maklumat kat Aras 1. 2) Aras 2 - bilik kualiti dengan rak terbuka....pergh! Macam banyak kan kerja aku...takpe2 keseronokan bekerja.

Aras 3 lagi banyak nak kena ubah. Hampir kesemua rak nak kena ubah susunan buku. Memang agak mengambil masa. Mujur aku cuma tolong sikit2 sebab Aras 3 tu Kak Syaakirah punya tempat. Papehal memang kena rujuk dengan dia dulu. Lagipun Aras 3 special sikit. Law Collection. Memang lain lah cara susunan dia. Kalau silap memang tak leh jumpa la buku tu huhuhu

Hari ni sambung lagi projek....caiyok!