Wednesday, April 18, 2012

Isi BorAng Cukai secara M-filing

Canggih dah cara nak isi borang cukai sekarang. Sebelum ni, pakai e-filing, sekarang dah boleh pakai m-filing. Memudahkan orang ramai nak isi borang cukai.

Yang ni maklumat aku dapat daripada laman web LHDN -  http://www.hasil.gov.my

Pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) dengan menggunakan peranti mudah alih.
Keperluan m-Filing

  • Pelayar web peranti mudah alih
  • Mod Rangkaian : WAP, GPRS, EDGE atau 3G
Sistem pengoperasian peranti mudah alih yang disokong
  • iPhone dan iPad dengan iOS versi 4.0 ke atas
  • Android versi 2.2 (Froyo) ke atas
  • BlackBerry (versi 6 dan ke atas) dan Playbook
  • Windows Phone versi 7.0 ke atas, 7.5 (Mango) disyorkan
Cara-cara mengakses m-Filing
  • Aktifkan pelayar web peranti mudah alih
  • Taip URL : https://mfiling.hasil.gov.my atau login ke laman e-Filing dan klik ikon 'm-BE 2011'
  • Login dengan menggunakan Sijil Digital sedia ada sama seperti yang digunakan untuk e-Filing
Pengguna baru
Sila layari https://e.hasil.gov.my/ dan klik Permohonan No. Pin untuk mendaftar Sijil Digital



Jadi pada mereka yang tak sempat nak isi borang cukai secara manual bolehlah isi guna handphone masing-masing.

Tak pun pakailah e-filing macam biasa. Seperti biasa, aku nak ingatkan tarikh tutup isi borang ialah pada 30 April 2012.

Tinggal 12 hari je lagi nak kena isi. Isi cepat-cepat ya

Friday, April 13, 2012

PasAl PizA Lagi

Ni cerita lain pulak. Tadi lunch kononnya nak pergi makan Domino's dengan opismate. Yelah, dah dapat kupon diskaun, nak try la kan. Sudahnya, opismate bagitau pulak pasal Papa John punya sup cendawan tu agak sedap, jadi melenconglah idea asal.

Singgah kat Papa John Sek. 9 tu agak awal, jadi tak ramai orang lagi. Interior menarik cuma agak kelam sikit lampunya, jadi kami pilih duduk tepi tingkap. Dah sampai kat meja, kami belek-belek menu yang ada. Dan sudah semestinya, opismate memilih sup pujaan hati dia tu, aku pilih nak ambil set piza untuk dua orang. Harga agak berpatutan. Dalam harga RM30, boleh dapat 1 regular sized pizza, 1 breadstick, 1 potato wedges dan 2 soft drinks. Yang pasti sos cicah potato wedges berbeza daripada sos cili biasa. Tak silap aku, pakai sos salsa. Dan dip untuk breadstick pun berbeza daripada kedai-kedai paiza yang lain, pakai sos butter with garlic (yang ini agak masin tapi masih sedap dimakan bersama roti). 

Secara keseluruhan, memang sedaplah kalau makan kat sini. Minta maaf takde gambar. Takun nanti letak gambar, orang yang membaca ni jadi terliur pulak kan. Saya rasa bersalah nanti. Walau apapun, pada mereka yang berminat bolehlah mencuba makan di restoran ni ya.

KupoN Piza

Masa tengah buat kerja tadi entah dari mana seorang mamat ni datang nak promo dia punya baucer kat aku. Masa dia bagi katalog kupon tu sambil penuh semangat menerangkan segala alah menda promo, aku duk membelek-belek je katalog tu dengan niat tak mau beli. Tapi entah macam mana ayat yang mamat tu pakai jadi power semacam sampai buat aku terpengarauh dengan mudahnya.

Terbang jugak RM20 gara-gara kupon tu. Takpe, yang penting piza tu aku suka makan. Kalau aku tak habis pun, famili aku ada. Nak pulak adik-adik aku memang suka piza Domino's ni. Jadi, biarlah aku beli.


Nota kaki: tula, saja-saja gatal nak beli kan. Mentang-mentang benda favorite, abis hentam walaupun duit tinggal tak seberapa. Ni mula duk terfikir, nak cari duit kat mana nak buat alignment kereta.

Thursday, April 12, 2012

HatI BungA-BunGa

Hati sedang berbunga-bunga. Rasa nak senyum satu hari. Kalau orang datang marah-marah pun aku masih boleh tersenyum. Pelik kan.

Jangan salah sangka ya. Ini tak ada kena mengena dengan kisah cinta. Sungguh! Bukan sebab ada orang suka kat aku atau yang sewaktu dengannya. Cuma hati berbunga pasal Yongseo buat comeback jadi host dalam sebuah rancangan muzik. Aku merupakan peminat mereka jadi bila dapat tahu perkara macam ni memang buat aku jadi teruja habis dan senyum tak henti-henti. Aku suka..suka...suka. Ihik! 

Tuesday, April 10, 2012

KertAs KerjA PertAndinGAn BoliNG

Minggu lepas sebelum bercuti aku sempat hantar kertas kerja untuk masuk kejohanan boling. Minggu ni tak dengar apa-apa berita lagi. Kemungkinan kertas kerja yang aku buat tu kena masuk mesyuarat ketua bahagian. Semalam staf aku dah tanya macam mana dengan projek ni. Aku cuma bagitau apa yang Bahagian Pentadbiran cakap. 

Harap-harapnya lulus kertas kerja yang aku buat tu. Kerja aku akan bertambah sikit nanti tapi aku rasa berbaloi memandangkan kejohanan tu nanti melibatkan semua jabatan dan fakulti. Rugi kalau library tak masuk. 

Tunggu dah dapat berita sahih nanti aku akan war-warkan kepada staf library untuk pemilihan wakil PTAR.

Doa-doalah semoga lulus