Tuesday, April 10, 2012

MenganTUk Yang LUar BiaSa

Hari ni sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku dilanda rasa mengantuk. Sampai kereta aku pun dah tak ikut tanda jalan, asyik ke kiri dan kanan. Serius mengantuk. Sampai ke opis rasa mengantuk tu tetap ada. Jangan kata lah bab yang aku sempat lelap mata satu saat beberapa kali. Mujur takde apa-apa sepanjang perjalanan. Ish, kuat benar rasa mengantuk. Nak kata aku tidur lewat macam biasalah jam 12 aku tidur.

Nampak sangat diri ni dah tua hehehe. Kadang-kadang terfikir nak duduk menyewa tapi sampai sekarang malas nak mencari rumah kat sekitar Shah Alam ni. Aku lagi suka keadaan sekarang. Tunggulah sampai masa aku kena berpindah, aku tetap akan pindah.

Nota kecil: Adik-adik, sila jangan tiru saya. Pastikan anda sentiasa segar sebelum dan semasa memandu.

Monday, April 09, 2012

FrieNds and Good FriendS

Pagi tadi dengan rasa malas memandu ke tempat kerja. Mujur tak rasa mengantuk walaupun malam tadi aku tidur pukul dua. Gara-gara menonton semula WGM Yongseo couple. Lepas tu sempat tolong mak upload gambar dalam facebook dia. Gambar masa kami pergi Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia Khamis lepas.

Ok, aku bukan nak cerita pasal cuti, itu dalam entri yang lain. Cuma nak cerita pasal apa yang aku dengar pagi tadi kat radio. Sekarang ni aku rajin buka Fly FM. Lebih-lebih lagi waktu pagi ada sesi Judge Hakim. Aku suka dengar dia bagi verdict yang entah apa-apa. Suka juga dengar Hafiz dan Nadia (sekarang Juls ganti) bergaduh membela klien masing-masing. Tapi, pagi tadi aku suka dengar verdict yang Judge Hakim bagi. 

Saja aku nak quote kat sini perkataan dia. Mengenai kawan.

First quote:
"Friends are like money. You can have it but you can't keep it."

Second quote:
"Good friends are like stars. They can't always shine but you know that they are there."

Sweet kan. Totally in love with those quotes. and agree some more. Especially second quote. Sangat manis.

So for those my beloved friends, I dedicate these to you. Have a nice day!

Thursday, March 22, 2012

KerJa MaLam

Hari ni giliran aku kerja malam kat library juga hari pertama untuk minggu ni aku bekerja. Tiga hari lepas aku bercuti menjaga kebajikan rumah. Mak dan ayah kursus jadi aku ambil alih tugas menjaga adik kecik. Biasalah, aku je satu-satunya anak yang masih tinggal dengan mak ayah. Adik-adik lain duduk kat Shah Alam dan Rawang.

Kalau nak diikutkan ini bukan pertama kali aku kerja sampai malam. Pernah juga sebelum ni, bekerja sampai pukul 11 dan 12 malam. Itu pun kerja lebih masa jika ada program-program besar yang melibatkan aku jadi AJK. Memang akan pekerja yang 'terlebih rajin' masa tu hehehe. Ini pun bukan kali pertama aku kerja on duty ni. Sebelum ni pernah juga kerja Sabtu dan Ahad.

Cuma, ini kali pertama kerja di library sendiri. Sebelum ni, kerja lebih masa untuk pegawai selalu kena pergi library induk. Perubahan baru  setelah diluluskan pihak pengurusan. Jadi, pustakawan di perpustakaan fakulti dapat menjalankan tugas di perpustakaan masing-masing. Masuk pukul 1 balik pukul 10. Macam di tempat aku ni, pustakawan akan bekerja malam 2 kali seminggu ikut giliran. Jadi, hari ni giliran aku selepas beberapa orang rakan pustakawan lain dah menjalankan tugas bermula minggu lepas.

Selepas ini, akan ada lagi giliran bertugas malam sehingga habis semester ni.

Nota kaki: Selamat bertugas kepada mereka yang bertugas malam :)

Thursday, March 15, 2012

Pra Bengkel PS

Pagi ni semangat gila nak pergi pra bengkel...nak taip ringkas-ringkas je ni. Kejap lagi nak masuk bengkel dengar ceramah dulu. Bengkel dijalankan selama dua hari. Selamat perbelanjaan makanan aku untuk dua hari. Yelah, hujung bulan ni kena berjimat cermat. Duit gaji dah makin berkurang. Harapnya, tunggakan gaji boleh dapat cepat. Banyak nak pakai duit bulan depan. Nak tukar mata wang asing lagi, nak simpan sikit untuk renew insurans dan cukai jalan lagi, nak bayar hutang PTPTN lagi...hmmm, kena rancang betul-betul perbelanjaan aku ni.

Friday, March 02, 2012

HaRI Ini DalAm SejaraH

Sebenarnya tajuk kat atas tu untuk cerita semalam. Memandangkan semalam tak berkesempatan nak buat entri jadi baru hari ni aku dapat taip. Ok, kenapa jadi hari semalam jadi HARI INI DALAM SEJARAH? Sebabnya ada beberapa benda yang pertama kali dapat aku rasa dalam satu hari. Yang pertama, aku merasa pergi kerja ke Shah Alam naik komuter dari Sentul. Pertama kali juga pergi kerja naik komuter. Pertama kali pergi dan balik kerja menunpang orang sekejap. Banyak kan...

Semuanya berpunca sebab aku tak pergi kerja dengan kereta aku sendiri. Ini pun kira pertama kali jugak aku pergi kerja kat Shah Alam ni tak bawak kereta hehehe.

Kenapa jadi macam tu? Puncanya satu je. Kereta aku kena pecah semalam. Ada orang pecah tingkap dengan niat nak mencuri benda dalam kereta. Malangnya bagi si pencuri tersebut, kereta aku tiada barang berharga disimpan. Malah duit pun aku tak tinggal. Lebih malang lagi bagi si pencuri tu, dashboard aku dah rosak dan tak boleh bukak. Maka mungkin dengan malang yang dirasakan oleh pencuri tersebut, dia sempat merosakkan kereta aku dan berjaya membuat aku rasa malang kerana perlu mengeluarkan wang untuk bayar balik apa yang dia dah rosakkan. Sungguh kesian dan sungguh kurang ajar pencuri itu. 

Mungkin korang terfikir kenapa dalam keadaan yang sebegitu cemas, aku masih lagi kena pergi kerja. Percayalah, jika tak ada hal yang begitu penting, aku akan ambil cuti kecemasan. Tetapi, disebabkan aku kena jadi penceramah dan tenaga pengajar untuk sesi latihan kepada rakan-rakan pustakawan satu jabatan pada hari semalam, maka aku tetap kena pergi kerja. Rasa serba salah nak batalkan sesi latihan. Makanan dah tempah, undangan pun dah diberi. Tak mungkinlah nak batalkan. Nak pulak semester baru akan bermula minggu depan. Dah mula sibuk nanti.

Bila bercakap pasal komuter, perkara yang tak boleh lari, tren yang lewat sampai. Selama mana pernah aku naik komuter, rasanya setiap kali akan ada kes tren lewat tiba. Semalam pun sama. Aku dah sampai lebih kurang pukul 7.15. Tren berikutnya dalam 7.40. Sememangnya aku dah berfikir yang aku akan terlewat masuk pejabat memandangkan tinggal lagi 20 minit sebelum msuk waktu. Sedang berfikiran sebegitu, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan tren akan lewat tiba atas hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah mula menggelabah. Bukannya apa, jika masuk pejabat dan terus buat kerja tak apa. Ini aku sedang berada dalam mod sebagai seorang penceramah yang mana waktu aku kena mengajar adalah 9.00 pagi. Dah mula mengira waktu nak sampai pukul berapa nanti.

Sudahnya memang lambat dan aku rasa tak selesa. Seboleh mungkin aku akan tepati janji tetapi mujurlah rakan-rakan dah tau kes aku ni, maka aku dimaafkan. Mujur juga aku berjaya memberi ceramah dengan tenang. Cuma bila masa rehat dan habis ceramah, cepat je aku terfikir pasal kereta tu. Alhamdulillah, mak bagitau kereta dah siap baiki. Risau jugak kalau aku terpaksa ambil cuti hari ni sedangkan banyak kerja lagi nak disiapkan.

Nota kaki: Dugaan pada hari pertama bulan ketiga tahun dua ribu dua belas. 1/3/2012. Ada jugak yang pertama kan kat situ.