Tuesday, December 13, 2011

KaWaN.KeS PoliS

Sejarah dalam hidup aku pergi balai polis minggu lepas. Tak pernah pergi selama seumur hidup ni tapi terpaksa jejak kaki kat sana. Eh, bukan bukan aku kena tangkap buat salah. Tapi aku nak buat report. Ada kes yang  melibatkan aku. 

Hari Jumaat tu terpaksa mintak EL semata-mata nak selesaikan kes. Berulang-alik aku nak kena selesaikan perkara ni. Perkara yang betul-betul bagi pengajaran kat aku. Berhati-hati berkawan dengan orang. Aku dah cuba berhati-hati dengan orang ni sebab dah tau perangai dia tapi mengenangkan keselamatan diri yang tak terjamin, jadi ambil keputusan selesaikan guna kuasa pihak berkuasa.

Ya, dia memang marah. Marah yang amat. Sampai menuduh aku perempuan paling s*** dia pernah jumpa. Aku tak kisah dia nak cakap bukan-bukan. Orang yang tengah panas hatinya memang sesuka hati keluarkan segala perkataan yang tak enak didengar. Tapi tak fikir kesannya masa akan datang. Aku dah terbiasa dengan perangai kawan yang sebegitu. Memang dia akan marah dan maki hamun tapi bila dia dalam kesusahan dia tak akan cari orang lain lagi dah. Kawan yang s*** macam aku jugak yang dia cari nanti.

Cukuplah kali ni nak tolong dia. Lepas daripada kejadian tu, aku memang dah tak nak mengaku dia tu kawan. Bagi aku, dia bukan seorang yang baik. Langsung tak menghargai kawan yang banyak tolong dia. Dia pandai cakap yang bukan-bukan pasal aku.

Takpelah, aku sikit pun tak ambil hati atas apa yang dia buat. Aku pun takde rasa nak balas dendam. Bagi aku, aku hanya manusia biasa yang bukan selayaknya nak menghakimi dia. Ada yang lebih berhak. Biar Tuhan balas apa saja yang dia lakukan bukan saja aku tapi orang lain yang pernah dia sakitkan. Doa orang yang teraniaya memang dimakbulkan. 

Nota kaki: Mencari kekuatan moral untuk diri sendiri. 

Friday, December 02, 2011

Kes AmuK Kat LibRaRy

Pagi tadi datang opis dengan senang lenang. Bawak kereta pun tahap sederhana. Seronok kan dah hari Jumaat. Memang bersenang-lenang lah. Nak pulak esok cuti dan esok juga ada hari keluarga, jadi riang ria terlebih sikit.

Sampai kat opis, naik tangga nak masuk pintu utama, terkejut tengok rak kat luar ada yang jatuh dua tiga buah. Pastu tengok kerusi panjang yang letak sebelah dengan rak dah tercampak kat bawah. Tong sampah pun sama tercampak. Sampah dah bersepah-sepah atas lantai.

Masuk dalam opis kebetulan terserempak dengan staf. Tanya staf tu, dia bagitau ada pelajar mengamuk semalam kat libary. Aku tengok dalam library pun ada kesan amukan. Habis kemek tong sampah besi dalam library. Staf bagitau, student campak tong sampah tu kat staf sebab berang staf nak ambil gambar dia.

Aku masih tak tau kenapa student tu mengamuk tapi ada staf yang cakap student tu sakit  mental. Semalam siap polis datang dan hantar student tu ke hospital. 

Terkejut gak dengar. Pertama kali aku dengar orang mengamuk kat library. Student pulak tu. Nak kata musim exam, belum masanya lagi. Tapi entahlah, mungkin student dah tak tahan dengan tekanan. Berat kot tekanan dia sampai jadi macam tu.

Nota kaki: Kesian gak dengan student tu tapi aku ada kerja tambahan la pulak. Nak kena buat laporan lengkap hantar ke Ketua Jabatan. Hmmmmmm....

Nota kaki 2: Boleh jadi salah satu pengalaman nak cerita kat anak cucu nanti. Boleh tahan juga kan kerja kat library ni. Macam-macam ada...

Wednesday, November 30, 2011

NoV SudaH MaU PergI, DiS pUla MaRi

Hari ni hari terakhir bulan November. Esok dah 1 Disember. Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan je lagi untuk tinggalkan tahun 2011. Tahun baru Islam baru je bermula. Dah macam-macam azam nak buat. Untuk tahun baru orang putih ni tak tau dah nak fikir azam apa. Copy+paste azam masa Maal Hijrah boleh kan?

FaMilY DaY PTAR

Saja nak pampang gambar ni kat sini. Aku pun join dengan keluarga. Cuma mak dengan adik yang ikut. Ayah nak berehat selepas balik haji. Adik-adik yang lain sibuk pulak.Tapi takpelah, janji aku dapat pergi. Best wooo....dapat banyak sponsor hehehehe...Hadiah-hadiah mestilah menarik

Tuesday, November 29, 2011

NetBook

Sekarang tengah buat tinjauan nak beli netbook (laptop kecik). Nak cari yang standard aku boleh buat kerja dan pakai internet (dan main games sikit-sikit hehehe).

Sebelum ni takde keinginan pun nak beli, memandangkan takde keperluan dan komputer di rumah masih boleh pakai. Tapi memandangkan aku dah terminate W***x internet connection kat komputer bawah maka komputer dah tak berfungsi. Cuma menyimpan data-data lama. dan agak susah aku nak guna.

Jadi, aku cari sesuatu yang memudahkan untuk aku bawa ke sana dan ke mari, ruang untuk bersantai sambil bekerja, serta ruang untuk aku mengemas kini entri blog dengan cepat (itupun jika rajin hehehe), maka keputusan untuk mencari netbook adalah tepat.

Cuma, menunggu sumber kewangan yang mencukupi dan aku boleh mula netbook hunting selepas ini.

Teringat masa mula-mula pakai laptop. Waktu tu semester 4 diploma (tahun 2004 rasanya). Mula-mula dapat agak sedih, sebab dapat laptop takde jenama. Tapi lepas tu seronok pakai sebab memenuhi kehendak (aku dapat main games, tengok anime, buat kerja dengan speksifikasi yang agak ok ketika itu).

Teringat kenangan tengok anime Samurai Kyo Deeper sepanjang malam sehari sebelum exam dengan best friend , Kay Oone. Kerja gila. Mujur pointer ok. Teringat juga yang laptop aku jadi barang wakaf roommate. Guna sampai tak hingat tuan hehehe. Pernah juga laptop tu jadi bahan lepas geram. Dah beberapa kali kena baling, akibat perangai dulu yang agak hangin. Mujur sekarang dah takde tragedi baling-baling barang. Dah insaf..hehehe agaknya. Laptop yang sama jugak yang banyak berjasa masa sambung belajar degree dulu. Masih simpan lagi projek-projek kerja dulu-dulu. Tapi sayang, laptop tu tak boleh On dah sekarang. Habis semua khazanah terkubur dalam laptop tu. Siap dengan gambar-gambar lama.

Aduy lah, teringin nak hantar laptop lama tu pergi servis, aku nak ambil balik semua data-data nak simpan kat hard disk lain. Tak nak hilang kenangan berharga huhuhuhu...