Thursday, February 11, 2010

Borang Bercuti Ke LuaR NegAra

Kejap lagi nak hantar borang ke luar negara.Bahagian pentadbiran nak cepat sebab borang aku kena hantar ke VC dan seterusnya ke kementerian.Berdebar2 aku tau..

Tarikh bercuti tu jauh lagi(walaupun tinggal dua bulan je tapi nampak cam jauh gak) tapi sebab banyak prosedur,borang kena hantar awal.

Rasa terketar-ketar tangan nak bagi.Doa banyak-banyak agar permohonan berjaya.

huhuhu

Amin!!!

\^^/

Wednesday, February 10, 2010

BerSungguh-sunGGuh

Pagi tadi buka emel.Ada satu emel yang dilanjutkan oleh ketua jabatan aku.Emel berkenaan survey daripada salah satu vendor pangkalan data.Survey yang dijalankan untuk pengguna pangkalan data tersebut.

Agak menarik soalan2 yang diberi.Antaranya "Berikan cadangan agar kami dapat meningkatkan perkhidmatan kami".Yang bertambah menarik bila mendapat maklumbalas daripada pengguna. Tak semua pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.Betul tak semua tapi yelah dah adatnya macam itu.

Ini semua membuatkan aku berfikir,Adakah aku masih kurang baik dalam memberikan perkhidmatan??

Ya...kalau kurang,aku kena perbaiki diri agar menjadi lebih baik.Sekurang-kurangnya di tempat aku ini.

Semoga aku berjaya. Amin!!

^^

Monday, February 08, 2010

GathEring yaNg To GathEr-GatHer

Hahaha puas hati semalam.Penat tak yah cakap.Rasa habis tenaga dah ku perah semalam.Gathering yang masyuk.Walaupun aku gamble sorang2 je pergi tapi PEDULIKAN semua itu.Yang penting seronok habis.

Segalanya memuaskan.Dari tempat makan,orang2 yang happening ke acara yang menarik..Fuhh!Tak rugi lah aku bayar RM50(termasuk kos makan+tol+contribution untuk Kyu Jong punya Birthday Project)...Admin Triple S pun siap bawa patung gorila hadiah kat Kyu Jong tunjuk kat kami semua...Memang cute sangat!!(tak sempat nak ambil gambar.Ramai sangat yang nak bergambar dengan gorila tu huhuhu)



Makanan kat Restoran FullHouse pun sedap.Memang menarik!!Betul2 tarik selera orang nak makan.Dekorasi tempat tu pun cantik.Purely white(jarang tengok restoran warna putih..nampak cute heheh).Aktiviti2 pun ok.Siap kena tulis mesej untuk birthday Kyu Jong.Aku tak tau nak tulis apa, jadi aku tulis apa2 jelah yang terlintas dalam otak.Yang sempat aku tengok,ada seorang peminat fanatik Kyu Jong sanggup buat mesej yang cantik2.Siap potong kertas2 warna,tulis dengan pen kaler2 huuuuuuuu!!Tapi tengok muka dia semalam memang puas hati sangat2 dengan hasil dia tu.Hopefully,Kyu Jong dapat rasakan apa yang peminat tu tulis kat dia.Dengan bersungguh2 tu tau!




Oklah.Ni gambar2 yang sempat diambil masa Gathering hari tu.Enjoy~~






Ni gambar badge Leader(Kim Hyun Jong).Yang ni free sebab aku member Triple S




Yang ni pulak badge Kyu Jong.Aku beli sebab minat dia hehe





Poster SS501.Free gak





T-shirt Triple S Malaysia+badge+poster...semua tu aku punya





Membership card...nombor ahli yang cantik




Restoran Fullhouse






Set makanan yang aku pilih.Thomas's Favorite Meal.Ada spageti+mushroom sup+ice lemon tea(gelas comey)






ni pulak dessert yang manis2 hehe sedap~~yummy


Bergambar dengan Kak Aidah.Dia ni peminat fanatik SS501.Siap nak pergi konsert Persona kat Bangkok dan Encore kat Korea.Cayalah akak!!



Lastly,kami bergambar ramai2 sambil nyanyi birthday song dalam bahasa korea (pic credit to Triple S Malaysia: www.triplesmalaysia.com)




Friday, February 05, 2010

Tak SabAr-saBar

Yuhu...hujung minggu ni memang ada aktiviti nak buat. Nak pulak dua2 hari ada aktiviti.Esok nak pergi Hi-tea party tempat keja mak kat Hotel Grand Season, lusa pulak nak pergi Gathering. Uweeeee~~~~ tak sabarnya hahaha...


Oh ada satu cerita best. Semalam kucinku pergi klinik.Mak dengan AbangChik yang bawa.Semalam memang keadaan dia agak teruk.Lemah tak boleh nak bergerak.Tak mau makan.Asyik tidur je.Kalau nak diikutkan Selasa hari tu dah nampak dia sakit tapi tak seteruk semalam.Mak cerita, masa AbgChik riba dia dalam kereta,banyak bulu2 badan dia gugur.Badan panas semacam.Mak dah panik.Tak menyempat2 nak pergi klinik cepat2.Risau jugak mak ya huhuhu..Masa kat klinik,veterinar tu ambil suhu badan.Memang panas! 39.5 ⁰C...pastu ambil darah,timbang berat badan....kucin aku ringan.Tak sampai berat badan normal.Kena bagi makan banyak2 ni.Dalam RM143 mak kena bayar untuk semua tu termasuk khidmat konsultan huhuhu....

Alhamdulillah malam tu kucin aku dah sihat.Pagi tadi dah bising2 mengiau nak makan hehehe


*Mahal gak ya nak berubat kucin sakit....orang pun tak bayar banyak tu kalau pergi klinik huhuhuhu

Tuesday, February 02, 2010

CeRita baLik KampUng

Balik kampung hujung minggu lepas.Sampai hari Isnin
Tak banyak aktiviti tapi banyak cerita
Biasalah...kalau balik kampung makcik2 pakcik2 suka cerita macam2
Biasa saja rasanya...

Hari Isnin malam Ahad dapat berita.Tok sedara meninggal.semoga rohnya dicucuri rahmat.
Isnin tengahari singgah hospital.Lawat salah seorang sedara yang sedang koma..


Petang sebelum balik KL, singgah Bukit Gambang Waterpark.Saja2 nak main air.Seronok~~

Hmmm tu jer kot..



p/s: maaf tak ada gambar nak tunjuk.Tak terasa nak ambil gambar sepanjang cuti ni.