Monday, December 14, 2009

Cuti 3 hari+sakit yang tak diundang+kisah kawan kahwin

Minggu lepas cuti 3 hari. Nampak cam seronok tapiiiii...indah khabar dari rupa. Mula malam Jumaat tu dah naik gatal2 kat hidung, suhu kat badan pun dah rasa lain macam dan tengah malam tu...Yes!!aku demam dan selsema. Pakej sakit yang hampir sempurna. Hari jumaat tu puas lah aku telan pil selsema. Tengah2 mereng tu sempat kuar lagi pergi bayar duit kereta. Tak mau tangguh2. Singgah bank kejap, ada hal nak kena tanya pasal ASB. Singgah kedai makan beli tosei dengan roti telur kat mak ngan adik kat umah buat sarapan pagi. Petang kul 2 kuar dengan mak dan adik pegi Jusco, nak beli hadiah tuk besday ayah (sori ariza sebab tak dapat jumpa makan tengahari sama2) dan balik tu aku bertambah sakit..dugaan.

*****

Hari sabtu duk lepak kat rumah je. Memang tak larat nak buat apa2 pun. Kerja aku tido..tido..tido


*******

Hari Ahad, selsema dah ok, demam pun dah kurang. Tinggal batuk pulak huhuhu terasa ngilu dan sakit dada. Rasa malas nak bangun tapi dapat mesej dari kawan sekolah dulu ajak kenduri kahwin member kitaorang. Disebabkan dia nak datang amik, aku pun bersiaplah dengan ala kadar. check2 badan kejap kot2 demam lagi ke. Nampak ok, aku kira oklah kot nak kuar ni. Tapi kalau ikutkan hati malas nak pergi kenduri kahwin member ni. Mengenangkan perangai dia yang tak berubah daripada sekolah dulu. Mau rasa sakit hati tu timbul balik dan rasa2 nak balas dendam(yang baiklah sikit cth: tak yah datang kenduri dia) tapi mengenangkan kawan2 sekelas nak datang dan ni lah satu2nya peluang nak jumpa diaorang balik. Maka, dengan berat hati dan berat dada(bukan dada yang itu tapi sakit dada) aku pergilah. Mujurlah....ramai gak kawan2 dulu yang datang. Borak2,lepak2,borak2 lagi, lepak lagi sedar2 zohor nak terlajak. Cepat2 aku ajak member balik. Sempat lagi tukar2 no phone dengan kawan2 lama. Senang nak contact. Balik rumah solat jap, Amir lak ajak kuar pergi beli barang. Mak pun nak ikut, nak beli stok barang rumah. Hmmm, kuar lagi. Takpe2, leh singgah beli ubat batuk(heh, alasan je tu). Dan memang betul, bukan ubat batuk jer aku beli, entah hapa2 barang aku beli. Habis jugaklah duit gaji aku hari tu. Belanja punya pasal. Agaknya, sakit aku ni ada pengaruh dia. Naikkan mood aku tuk membeli belah huhuhuhu

Tuesday, December 08, 2009

Komik...Perfume

Semalam lepas balik keja singgah Giant sek. 13. Nak jumpa dealer perfume (saya sekarang membantu mak saya jual perfume hehehehe..kalau ada yang nak tau lebih lanjut sila beritahu kat emel saya nina_alona@yahoo.com. yang lain2 saya tak layan. tima kasih)

Sementara nak tunggu dealer tu, pegilah masuk pasaraya jap. Beli barang2 sikit. Kebanyakannya aksesori kereta hehehehe. sambil membeli tu, SMS kat dealer jap tanya pukul berapa nak sampai. Dapat reply, katanya setengah jam lagi. Ok, ada masa lagi nak merayau2. Singgah MPH jap (semenjak jd librarian cam wajib ja nak masuk kedai buku hehehe) belek2 buku, belek2 majalah. Last sekali pegi singgah bahagian komik (wajib!!). Pergh, banyak keluaran yang baru..yay, leh tambah koleksi lagi.

Puas membelek macam2 cara. Dah baca sinopsis. Tengok muka depan cantik ke tak. Huu, susah gak nak buat pilihan. Nak amik yang tu, sayang pulak tak amik yang ni. Yang tu cantik, yang ni pun cantik. Yang tu citer dia best, yang ni pun citer dia best. Arggghh, susahnya!

Akhirnya, aku amik 3 buah komik yang betul2 menarik minat aku. Harap2 citer dia best. Berat hati gak nak melangkah ke kaunter bayar...sebab...hmmm, sebab cam terasa nak amik lagi sebuah. Tapi memikirkan duit dalam dompet tu nak guna untuk perkara lain, huhuhu akhirnya terpaksalah melangkah. Cepat2 aku jalan, tak nak tengok belakang dah. Elok je tengah bayar, petugas kat kaunter masukkan sesuatu dalam bungkusan tu. Free gift!!! Hahahaha, seronoknya. Dapat beg uncang koleksi Gempak starz dengan kit yang dalamnya ada badge, pemadam pensil, sticker yang ada gambar watak2 komik hehehehe.

Aku dapat rasakan mukaku berseri2 bila keluar kedai hehehe. Nasib baik aku tak lupa diri. Mau jer nak balik rumah cepat2. Tak sabar2 nak belek2 komik. Aku pegi ke food court. Dah janji nak jumpa dealer kat situ. Memang timing yang tepat aku rasalah, sampai je kat situ dah dapat mesej daripada dealer yang dia dah sampai. Jumpa dia, tengok2 barang yang dibeli, borak2 sikit, barulah aku balik.

Sampai kat rumah je, mak aku dah siap tengok2 barang yang dibeli. Yela, takut ada yang tertinggal. Mujur, semua ada. Dah habis tolong mak, masuk bilik, kemas2 sikit katil tu, tepuk2 bantal, amik komik baru beli tadi, landing dan baca....




ok, pastu tido lah.

Monday, December 07, 2009

HappY MomenTs 2

Saja nak letak gambar kucin ku yang comel ni. Muka agak sombong(tapi memang dia sombong cuma time nak makan je baru nak manja2 dengan orang..Huph! hipokrit tul kucin ni) hehehe

Nama dia Charlie(ayah yang bagi nama tu) tapi aku suka panggil dia Amau je hehehe pelik sikit kan. Famili aku sayang giler dengan Amau ni. Mak aku pun sayang. Dulu mak tak suka kucin. Geli..kata mak. Tapi sekarang dah siap leh peluk2 Amau lagi kehkehkeh. Amau ni pelik sikit. Aku suka kalau dia nak minum air. Dia memang ada tabiat tersendiri(ke buang tebiat?). Tiap kali kami isikan air dalam bekas minuman, Amau mesti celupkan sebelah kaki(biasanya kaki depan belah kanan...gila curious aku sampai tau kaki belah mana dia letak hahaha) ke dalam bekas tu pastu dia jilat kaki kemudian baru minum. Sempoi! dia macam nak check air de ke takde hehehe. Kalau air takde dalam bekas minuman tu, dia akan mengiau(ada kan perkataan ni??) sambil tunggu kat bekas tu...Hohohoho sungguh comel. Ni aku letakkan gambar kucin ku...Silalah tatap puas2 hehehe





Macam2 gaya ada tapi comel kan hehehe...geramnya!

HappY MomenTs~~kyaaaaa

Hee..dah lama tak update blog ni...takde story mory nak citer. Tapi hari ni ade tau heheh...Pagi tadi pegi singgah makan kat menara. Jumpalah budak2 comey geng main library tengah beratur nak bayar. Tegur diaorang kejap sebab nak join makan sekali (ku sorang2 hari ni pegi makan, nasi baik ada member). Dah beli makanan, ku duduk dengan diaorang dan makn dengan khusyuk. Siap kena tegur "Pesal kak senyap jer." Ku selamba membalas "Tengah menghayati makanan." hehehehe

Anyway, Ayuyu cakap suh pegi tempat dia nanti. Ada nak bagi sesuatu. Ya! SESUATU.. Aku pun cepat2 makan tapi kena singgah ATM jap nak keluarkan duit sebab balik karang nak singgah ambil barang kat TUT...pastu barulah aku pegi tempat Ayuyu. Dia terus bagi bungkusan hadiah kat aku. Katanya sempena besday aku..huhuhu terharunya! isk..isk. Borak2 dengan dia jap pastu balik ke tempat aku. Nak tau pa yang aku dapat?? Haha tengok je kat bawah ni...





pandangan dari depan


pandangan dari sisi








pandangan dari atas(tag pun tak cabut lagi hehehe)





Comel kan.....hehehe Tu namanya tempat letak handphone. Ha.. yang ni plak pe Ayuyu tulis kat aku




Tak nampak sangat plak....yela pakai kamera handphone je. Nak tau ke pe yang dia tulis?

"To: Kak ehem ehem
~Happy belated birthday to you..may our friendship will be last forever..I'm happy coz have a friend like you..Friendship forever!!!~

~Ayue~"

Tima kasih banyak2 ye Ayuyu @ Ayue. Comel sangat ladybird tu. Nak panggil nama dia LADY la. Wahhh...sweet hehehe

Tuesday, December 01, 2009

Dah masuk bulan Baru

Hehe sekejap je kan..dah masuk bulan baru dan dah masuk hujung tahun. Cepat je masa dah berlalu. Tapi takpe, bulan ni yang paling best. Banyak cuti. Banyak agenda hehe