Tuesday, September 15, 2009
Friday, September 11, 2009
BaliK AwaL!!
LamBat BerBuKa
Semalam tak rasa mengantuk buat kerja sebabnya ramai student datang tanya soalan. Cakap pasal student ada satu kes menarik semalam. Ceritanya macam ni. Ada satu group ni dah datang sehari sebelum tu, diaorang nak bahan2 dari library untuk projek diaorang. Jadi, aku pun prepare lah ikut apa yang diaorang nak tapi adalah beberapa benda yang buat aku pening sikit. Mula2 tengok tajuk projek berkenaan research tapi yang buat aku tak faham apa kena mengena dengan library. Rupa2nya tajuk research diaorang tu berkaitan dengan technology usage. Diaorang nak minta macam mana library dapat membantu untuk mengurangkan stress pelajar in the usage of technology. Masa diaorang datang semalam, baru aku dapat terangkan kat diaorang apa yang dah library sediakan terutamanya library portal. huh, memang berteknologi sangat hehehe.
Lepas dah tolong student tadi aku pun buatlah kerja aku balik. Datang lagi satu kumpulan nak berjumpa. Mereka pun nak bahan yang sama. Mula aku rasa pelik kat situ. Tengok surat diaorang pun serupa macam group tadi. Ades, macam mana nak buat ni. group tadi dah amik semua bahan. Aku pun jumpalah bos tapi ada student lain pulak dalam tu. Lantaklah, redah je. Dan nak dijadikan cerita student yang jumpa dengan bos pun minta benda yang serupa. Huik?? Apa kes sampai 3 group buat tajuk research yang sama. Takkan lah lecturer tak bagi tajuk lain? Takkan takde sumber lain diaorang boleh cari? Tak ke rasa pelik bila buat research tajuk serupa jer? Macam2 soalan pulak keluar. Iyalah, tapi aku memang tak faham. Dulu masa belajar takde pulak kes macam tu. Kalau senior buat pastu ada junior pun buat oklah sebab lain semester. Ni satu kelas buat tajuk yang serupa. Hmmm, tapi apa2 hal pun aku dan bos sedaya upaya tolong student tadi, so harap2lah diorang boleh buat yang terbaik dan jangan lupa pulangkan balik bahan2 tu kalau dah habis kerja.
Aku balik agak lambat sikit. Bukan apa, amik masa sikit tuk solat Asar dulu. Sampai rumah pun agak lambat, dalam pukul 6.20. Ayah pergi berbuka kat luar dengan kawan2 opis. Mak pulak masuk shif petang. Tinggal aku tiga beradik je nak berbuka. Aku ajak Amir (adik aku) pergi beli makanan untuk berbuka. Si kecik pulak tak nak ikut sebab nak tengok cerita kartun favorite dia. Dasar Budak Kecik!
Aku dengan amir saja pergi cari juadah kat tempat jauh sikit sebab malas dah nak pergi yang dekat dengan rumah. Punyalah ramai umat sampai nak letak kereta pun dah takde tempat. nak tak nak kenalah parking jauh sikit. Dah sampai tu, terus aku dengan amir cari juadah. Masing2 mulalah pening nak beli apa. Aku belilah sikit lauk-pauk dengan pita kebab(si kecik tu minta). Amir pula beria2 nak beli ayam golek. Last2 tak dapat ayam, dibelinya ikan kembung bakar. Lepas tu adalah sikit kuih2 yang kami beli. Dalam duk sedap membeli tu tak sedar jam dah pukul 7.05. Kami pun apa lagi cepat2lah nak balik. Aku lagilah kaget sebab tak buat apa2 lagi tu berbuka. Memang agak kelam kabut aku siapkan juadah. Aku rasa lipas kudung pun kalah masa aku siapkan juadah. nasib baik tak tergolek je ulang alik ke dapur dengan meja makan. Jadinya, kami berbuka lambat sikit tapi Alhamdulillah semuanya ok. Hmm tu lah, nak pergi tempat jauh kan dah berbuka lambat huhuhu. Tapi takpe, pengalaman yang best hehe.
Wednesday, September 09, 2009
HaRi PeLuH SedUniA!!
nak tau camne panasnya libraray tu? ibaratnya korang masuk sauna lah. heh, jimat duit nak pergi bersauna. entah berapa kilo agaknya kalori aku turun lepas "bersauna" semalam.
disebabkan library tetiba jadi "pusat sauna" (marilah berpanas bersama saya!) maka tak ramailah student petang tu. pagi dan tengahari jer agak ramai, petang tu aku tengok dalam pukul 3 dah tak ramai student. selalu ada jer student datang kat library tapi kat pusat IT pun tinggal berapa kerat je petang semalam. fuh, leh cipta rekod tu hehe.
balik rumah cam biasa tapi entah camne dah nak sampai area rumah, jalan sesak yang amat. rupa2nya ada orang besar nak datang kat masjid kawasan rumah. nak tau siapa? jeng...jeng...jeng...sultan selangor dan anaknya datang berbuka puasa. menteri besar pun ada. memang sesak habis kawasan rumah. kat masjid pulak tak leh parking sebab khemah2 ada maka kawasan perumahan aku lah jadi tempat parking sementara. jauh bebenar aku parking kereta aku. hmmm, tadi berpeluh sebab masuk sauna...yang ni pulak berpeluh sebab kena menapak balik ke rumah.
boleh jugak nak kata hari tu "hari berpeluh sedunia" bagi aku.
hmmm, kesian...
Monday, September 07, 2009
Tak JadI punYer CeriTa..
Huhuhu...hari ni sedih sgtlah. Ingatkan di hari cuti yang berbahagia ni bolehlah dapat membuat memori yang indah2(macamlah de memori indah hoho). Takdelah, bangun tadi buatlah kerja rumah macam biasa(kat rumah memang camtu...tu lah kerja rutin). Lepas dah kemas rumah, basuh baju, kemas dapur, duduklah lepak depan komputer. Pe lagi, mulalah teroka internet. Macam2 duk cari tapi yang utama download WGM. Sambil2 tu, tengok persembahan SS501(tak tau nape tp dah minat giler ngan kumpulan ni heheheh) kat youtube.
Tengahari tu dapat mesej dari sorang kawan. Nak ajak berbuka. Mula2 nak pergi berbuka kat McD Sogo pastu tukar venue, kat jusco wangsamaju. Aku pun cadanglah nk pegi tempahkan tempat. Suma dah set jadi aku dan 2 orang lagi kawan nak pergi berbuka sama.
Entah camne, petang dalam kul 5.30 aku dah bersiap2 nak keluar. Rasa suma dah ok jer, tapi entah camne kereta aku wat hal. Adehlah, time2 ni lah ko nak wat hal kereta yer. Aku dah mula bengang. Masa dah berlalu. Last2 aku call ayah suh tengok2 kan. Satu hal plak nak kena tunggu ayah. Pastu dapat call dari kawan, tanya aku katne. ‘Aku kat umah lagi lah. Korang pergilah dulu. Copkan tempat.’
Dalam 10 minit baru ayah aku sampai. Tapi masalahnya kereta tak leh start lagi. Uh, camne aku nak buat ni. Ayah call pomen suh datang tengok.
Aku tengok jam kat tangan. Hu, sempat ke nak pergi. Tiba2 aku dapat call. Aiseh kawan aku!!
“Ko jadi ke tak nak pergi. Tukar plan ni. Tak jadi kat wangsa maju tukar AU2. Leh ke tak? Kitorang dah nak sampai ni. Ko tau kan tempat tu?” aih, banyak songeh plak minah ni. Aku nak pergi tapi kereta aku...huhuhuhu. camne nak buat ni. Hmm...
“hmm, aku ada masalah sikitlah. Sori banyak2 tapi aku tak dapat nak join korang lah. Kereta aku ada masalah. Sori yer. Lain kali kita pergi berbuka sama.”
“Ala ko ni, baru jer nak ajak dating sama. De hal la pulak. Hmm, takpelah lain kali ok. Ko jangan tak jadi lagi.”(buat pengetahuan suma kawan aku ni perempuan ye, jangan fikir yang bukan2. Ni memang cara kami berkomunikasi)
Akhirnya, baru aku kereta aku tu sebenarnya meragam sebab satu hari aku tak sentuh dia. Mengada2 betul. Pomen tu sekali jer hentak terus enjin leh jalan. Hampeh, buat malu jer dengan pomen tu huhuhuhu
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
-
PTAR MOBILE APP!4 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru14 years ago
-
Learning Commons@PTAR16 years ago
-
Labels
My Blog List
-
Rahim Rempit5 months ago
-
Bubye Vyonce1 year ago
-
-
Beyond The Scene9 years ago
-
.:ispahan cake:.10 years ago
-
~ Singapore - work-related ~11 years ago
-
-
-

